Cukup 44 hari aku berkurung... hahhhh... terasa nyaman sekali. baru ku dapat melihat dunia luar. Haris aku gendong didalam carrier dan berjalan ke gerai ibu.Arash masih di belum bangun agaknya kerana kelibatnya tidak kelihatan. aku dan dia masih dingin. tembok pemisah antara kami masih belum pecah.
"ala cucu nenek dah sampai"ibu mendukung haris. aku membantu ibu digerai. ramai juga pelanggan yang datang. rata rata memuji haris yang mesra dengan orang luar.
"arash macam mana, lama tak nampak"soal tok penghulu
"dia sihat tok cuma kaki dia belum pulih sepenuhnya"balasku
"owh.. harap harap cepatlah sembuhnya.. dah lama dia tak dengar dia azan dimasjid.."aku hanya mampu tersenyum.
rumah sunyi. kelibat arash tidak kelihatan.aku meletakkan barang barang niaga ibu di meja. haris mengikut ibu ke pekan. aku mengintai ke bilik arash. dia masih berbaring tapi kelihatannya dia tidak selesa
"tak sihat ke"soalku.dia mengerang,aku cuak.
"iyan kenapa ni"aku meletakkan telapak tanganku ke dahinya. panas. aku segera mengambil ubat dan air lalu masuk kebiliknya dan memberi dia makan.dia memegang kaki nya
"kenapa dengan kaki.. sakit ke"soalku
"ha ah.. "balasnya
"nak buat macam mana.. nak sapu apa"kalutku.aku tidak tahu aoa haris kau lakukan.didalam kakinya diletakkan besi jadi aku tidak berani sebarangan, takut bertambah teruk.
"sapu krim ni"diberikan ku krim hangat. aku sapu dikakinya. tatkala melihat dia sebegini sayu dihati mula membenih.air mata ku mengalir.
"dah.. sakit lagi"aku mengesat airmataku.
"dah"balasnya.dia memandangku tepat. aku bingkas bangun dan keluar dari bilik.
Borang permohonan kerja diberi qayyum. katanya syirah memberi padanya untukku. aku mengisi borang tersebut.harap harap adalah rezeki aku
"kau biar betul ayong.. nak kerja dekat pekan tu"ujar qayyum
"ye lah.. abis tu kau nak suruh aku duduk rumah goyang kaki"soalku semula
"kau nak pergi naik apa"soal qayyum
"moto arwah ayah adakan.. "jawab ku ringkas
"habis haris"soal qayyum lagi
"ayong dah bincang dengan ibu.. kalau ayong kerja pagi..ayong hantar dekat rumah chu bedah.. ibu habis kerja ibu amik.. kalau ayong petang ibu jagakan. chu bedah tu ayong bayar hari"jelasku.qayyum diam.
sudah seminggu aku bekerja.agak letih tapi aku harus kuat kan semangat ku demi haris.
"kau nak sandiwich"soal syirah yang bekerja di subway sandwich club.
"boleh juga.. tapi taknak banyak sos"pintaku.tidak lama kemudian syirah datang bersama sebungkus sandawich.
"kau balik malam nanti sorang je ke.. "soal syirah
"ye lah sapa nak amik aku.. ke kau nak hantar aku"seloroh ku.
"aku kejap lagi balik.. tak lah mana tahu kot kot qayyum ke datang.. arash ke"ujarnya
"qayyum.. dia sibuk dengan kerja sekolah.. lagipun dia spm tahun ni.. aku tak nak ganggu dia. arash... hurmmm... nak amik aku.. dia pun guna tongkat"balasku
"tapi kau balik hati hati.. "risau syirah. tepat pukul 11 aku pulang menaiki motor. hatiku juga agak.mulutki tak terhenti terkumat kamit. akhirnya aku nampak bumbung rumah. lega.
Haris sudah tidur di bilik ibu. ibu tidak beri aku mengambil haris takut mengganggu tidurnya. aku mandi dan mengemas rumah agar tidak menyusahkam ibu esok hari. naju qayyum dan redza sudah tersedia. badanku kurebahkan ke katil.. lelahku kulepaskan semahunya. aku terlena.kedengaran tangisan dan esakan yang sayup sayup.dalam keadaan kelam malam kelihatan kelibat seseorang bersandar dialmariku.aku amati wajah itu tapi sukar kerana wajahnya tenggelam dalam kabus malam. mimpikah aku. aku sambung lena ku.
Pagi itu aku ke gerai membantu ibu. haris ceria seperti selalu.
"ibu semalam anisa tak tahu la.. anisa mimpi ke atau realiti, anisa nampak ada orang dalam bilik, dia bersandar dekat almari anisa lepastu menangis"ceritaku
"anisa tak nampak muka dia"soal ibu
"tak sebab malam..gelap pula tu.. lagi pun dia tutup muka dia dengan tangan dia.. anisa tak perasan"ceritaku
"mimpilah tu.. "ujar ibu. mungkin juga ada betulnya kata ibu.
"arash dah rajin buat fisio.. dia dah belajar berjalan tanpa tongkat"cerita ibu
"iya.. Alhamdulillah.."adakah itu satu berita gembira atau berita duka bagiku.. andainya dia boleh berjalan seperti biasa dia akan mulakan kerja seperti biasa dan akan berjumpa dengan jue dan akhirnya aku ditinggalkan. otakku mula berfikiran.hari ini aku agak letih kerana stok barang sudah sampai.aku pulang ke rumah semua telah tidur. aku masuk ke bilik ibu untuk melihat haris. lenanya dibuai mimpi indah barangkali.aku. mandi dan menyiapkan baju qayyum dan redza.tergerak hatiku untuk memeriksa beg adik adikku.aku membuka beg qayyum dan terjumpa sepucuk surat. permohonan untuk ke madrasah. aku terkejut. qayyum tidak pernah mengutarakan hal ini pada ku mahupun ibu. kenapa qayyum boleh membuat keputusan tanpa memberitahuku.aku simpan persoalan ini nanti.. surat itu aku simpan. aku masuk ke bilik dan lena dikatil.kali ini kedengaran lagi suara tangisan dan esakan. masih bersandar dialmariku. hatiku mula tidak senang.aku membuka mata dan aku cuba amati wajah itu namun dihalang oleh tangannya.aku mula cuak. kerana hampir seminggu aku melihat kelibat itu. aku menjadi penasaran sendiri.aku harus mencari tahu siapa itu dan.malam itu seperti biasa selepas habis kerja kau pulang ke rumah. selesai aku siapkan kerja ku aku tutup lampu dan berbaring di katil.ku menanti kelibat itu muncul. pintu bilikku di tolak dari luar. sepasang kaki yang tidak sempurna jalannya masuk ke bilikku. dibelai rambutku diusap pipiku.lalu tangisnya berderai. dia bersandar ke almariku.
"sayang maafkan iyan.. "aku tersentak. aku bangun dan memeluknya seeratnya. arash kaget.
"kenapa ni.. kenapa menangis ni"aku turut sebak melihatnya begitu. arash membalas pelukanku
"iyan berdosa pada sayang, iyan dah banyak sakit kan hati sayang"ujarnya
"anisa maafkan.. tapi janji lepas ni jangan buat lagi.. apapun terjadi kita hadapi bersama.. susah senang kita bersama"ujarku
"tapi iyan tak layak jadi suami sayang.. iyan bacul dan dayus"ujarnya.
"siapa kata iyan tak layak.. insyaAllah kita perbaiki kelemahan dan ke khilafan kita sama sama ya"pintaku.esakan arash terhenti didalam pelukan ku.
Pagi itu rutin ku seperti biasa. aku ke gerai ibu. membantu apa yang patut.haris aku tidak bawa hari ini kerana arash mahu menjaganya.
"lega ibu tengok korang dah berbaik.. macam tu lah suami isteri..apa apa masalah bawa berbincang bukan sibuk nak bercerai"ujar ibu. aku termalu dek ke lancangan mulutku.
"maaf ibu,anisa masih belum sempurna sebagai isteri dan ibu"ujarku
"tak pa belajar dari kesilapan, ingat haris perlukan kalian"ujar ibu.
Aku ke tempat kerja hari ini dihantar qayyum. risau katanya bila kerap aku pulang seorang diri. kesempatan itu aku ambil untuk bertanyakan tentang madrasah
"angah ada minta nak masuk madrasah ke"soalku
"mana ayong tahu"borang yang aku ambil dari dalam begnya aku hulurkan
"alhamdulillah,angah ingat hilang..ayong amik rupanya"ujar qayyum
"sekarang jawab soalan ayong"ujarku
"ha ah.. tengok lah kalau tak tengah tahun ni mungkin lepas spm.. angah nak masuk madrasah.. "
PANGGG
kedengaran talam jatuh. syira terkejut. talam yang dibawanya telepas dari genggamannya.
"awak tak bagitahu saya pun"aku pula yang terkejut
"saya nak bagitahu tapi tunggu keputusan madrasah dulu"ujar qayyum
"hei hei heiiiiii.... korang ni apa sebenarnya ni"soalku
"sorry hajar..aku bukan nak rahsiakan dari kau tapi kami tunggu masa yang sesuai untuk bagi tahu.. "ujar syirah
"apa.. apa yang aku terlepas"soalku
"aku couple dengan qayyum dah dua tahun.. bulan depam cukup tiga tahun"ujar syirah. aku merenung qayyum. dia hanya tersenyum seperti kerang busuk.
"angah... kau sejak bila pandai couple couple ni"soalku
"ayong kami couple pun mana ada pegang tangan.. mana ada dating dating.. jumpa pun dekat sekolah itupun sekali lalu sebab takut ayong tahu... sekarang syirah dah habis sekolah ni kadang kadang angah datang sini jumpa dia"cerita qayyum
"sorry hajar... aku terngorat adik kau dan tersuka tiba tercouple "ujar syirah.
"angah dia beza 2 tahun tau dari kau.. "uji ku
"dah beza dua tahun kenapa apa masalahnya.. nabi dengan siti khadijah pun beza usia juga"balas qayyum
"thats my love"sorak syirah
"aku nikah baru nak masuk dua tahun korang dah nak masuk tiga tahun.. advance korang ni"ujarku
"aku acah je purpose nk couple tibe qayyum setuju aku on la.. terus declare couple.. "ujarnya
"kiranya kau nawaitu awal tu nak memain la"uji ku
"awal tu aku nak mengusik tapi tak sangka pula boleh dapat.. qayyum baik apa.. ada ciri ciri imam terbaik"puji syirah. qayyum tertunduk malu.
"apa apalah korang ni.. qayyum ayong nak kau jaga batas.. ingat pesan arwah ayah.. kalau kita tak nak orang sakiti ibu kita kita jangan sakiti wanita..layan wanita seperti kita layan ibu kita"ingatku.
"angah ingat ayong"balasnya
"ni cerita madrasah tak habis lagi kan"soal syirah
"saya memand dari dulu lagi nak masuk madrasah tapi tak kesampaian sebab ayah tak sihat.. sekarang saya rasa masa yang sesuai.. baru nak mohon..kalau dapat pertengahan tahun ni saya pergi..kalau tidak lepas spm saya pergi"ceritanya
"habis tu saya"soal syirah.
"kau.. kenapa dengan kau.. adik aku nak sekolah.. kau kan nak sambung belajar"ujarku
"aku nak study satu u dengan dia"rengek syirah
"ah ngade lah kau"lenganku dirangkul syirah
"tiga atau empat tahun je.. habis tu..insyaAllah kita study sama sama"ujar qayyum. terukir senyuman dibibir syirah. geram pula aku dekat dua ketul ni.. tapi aku turut gembira qayyum dapat menentukan haluan hidupnya sendiri..aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka.jam hampir 11 malam. qayyum masih belum kelihatan.
"hajar belum balik lagi"soal managerku
"belum lagi abang sam.. tunggu adik, tak datang lagi"ujarku
"nak abang hantarkan ke"soalnya
"eh takpe saya tunggu adik saya"lelaki itu berdiri disebelahku. motor ex5 ayah kelihatan.. tapi bukan qayyum yang bawa tapi arash. aku tersenyum lebar.
"adik awak dah sampai"soal managerku
"tak dia suami saya"raut wajah lelaki itu berkerut. aku bersalam dengan arash. dia mengucup dahiku.ramai mata memerhati.apa aku nak heran suami sendiri.. untung kawin awal...
"nak balik terus ke nak pergi makan dulu"soal arash
"kita pergi makan lepas tu kita pergi dating mau tak.. dah lama tak dating"ajakku.arash ikutkan saja. selesai makan kami berpusing dipekan.memandangkan esok hari minggu dan hari cuti ku ramai pengunjung yang berkunjung ke dataran tasik menikmati pancaran cahaya yang berkilauan melalui air pancut.
"lama dah tak dating macam ni.. seronoknya"ujarku.arash memelukku erat
"terima kasih sayang sebab sudi maafkan iyan.. iyan tak tahu apa nak jadi kalau sayang betul betul tinggalkan sayang"ujarnya
"jangan cakap macam tu.kita sama sama ada silap"ujarku.jari jemariku dibelai lembut arash. bahagia yang telah lama tertanam kini berbenih semula.
"sayang berhenti kerja.. sambung belajar"ujar arash. aku mendongak memerhatikannya
"anisa nak kerja,nak tolong ibu..qayyum dengan redza tanggung jawab anisa"ujarku
"dorang tanggungjawab iyan.. sebab iyan ketua keluarga"ujarnya
"hah sebut pasal qayyyum.. iyan tahu dorang dah couple dah nak masuk tiga tahun dah"ujarku teruja
"tahu"apa dia tahu.. tapi aku tak tahu
"macam mana iyan boleh tahu"soalku
"hari tu kantoi dekat padang, dorang dating,mula iyan tanya dorang tak mengaku last last iyan ugut nak beritahu sayang dorang mengaku.. tapi dorang minta rahsiakan.. so iyan diamkan jelah"aku mencubit paha arash tanda geram
"qayyum nak masuk madrasah.. "ujarku
"hah bila.. "soal arash
"baru nak mohon kalau tak pertengahan tahun ni mungkin lepas spm"ujarku.arash mengangguk.
"sayang... iyan sayang sayang sangat sangat.. "dikucup ubun ubun ku berkali kali. dakapannya dieratkan.
Share this novel