BAB 15

Family Completed 4130

KISAH MUAZ

Dengusan nafas yang kasar kedengaran diikuti dengan dadanya yang kuat berombak bersilih ganti. Tangan digenggam sekuat hati sebelum melepaskannya ke hadapan. Dia perlu kuat. Kuat untuk menghadapi lelaki-lelaki yang sering membulinya di kawasan perumahannya.

Hampir setiap hari, dia sering dibuli. Sekumpulan yang sememangnya terkenal dengan sikap yang kurang ajar, suka melepak dan memeras ugut kepada mereka yang tinggal dikawasan tersebut.

Semuanya bermula pada enam bulan yang lalu. Peristiwa di mana dia telah menyelamatkan seorang gadis dari dibuli. Ketika itu bukanlah ketua geng yang melakukan perkara tersebut, hanya konco-konconya yang masih budak hingusan.

"Terima kasih menyelamatkan saya."Ucap gadis itu dengan lembut.

Kaku. Itu yang dia rasa kini. Raut wajah gadis itu baru jelas kelihatan dari dekat. Wajah yang putih melepak, pipi kemerah-merahan bila dipanah cahaya matahari, bibir yang amat mengoda dengan rambut yang panjang mengurai hitam pekat.

"Tak tak tak apa."

Muaz sudah berkira untuk berlalu daripada situ. Cukuplah setakat gadis itu sudah selamat daripada diganggu oleh budak-budak tadi. Itu sudah memadai.

Tiba-tiba lengan Muaz dipegang dari belakang sehingga membuatkan kakinya terhenti. Kepalanya laju sahaja menoleh ke belakang, di mana gadis itu masih berada.

"Lengan awak berdarah."

Bila disebut berdarah, lengan yang dimaksudkan berdarah itu dilihat. Memang ada darah, tapi tidaklah seteruk yang disangkakan. Dia masih boleh merawat tampal dengan plaster pun sudah cukup.

"Cik, tak apa, sikit saja ni."

Dia ingin berlalu dari situ. Kalau boleh dia tidak mahu lama-lama. Sekali lagi lengannya dipegang, kali ini ditarik pula supaya dekat dengannya. Gadis itu mengeluarkan tuala satin kecil berwarna kucing dari dalam beg tangannya. Terus sahaja tuala satin itu mendarat ke atas luka tadi. Terjerit kecil Muaz bila disapu tanpa dibersihkan luka itu dahulu.

Gadis ini pun, kalau nak buat macam dalam cerita-cerita romantik tu, cucilah dulu luka aku ni. Haish!

"Terima kasih, Cik..."

"Nora."

"Terima kasih Cik Nora. Saya pergi dulu."

Tuala satin tadi disuakan kepada Cik Nora. Cik Nora menolak tangannya yang memegang tuala satin itu.

"Ambillah tuala ini. Takut darah tu keluar lagi. Nanti ada kuman."

"Darah ni tak memudaratkan Cik Nora. Cik ambillah balik tuala ini."

"Tak apa, awak ambillah tuala ni. Saya pergi dulu."

Belum pun sempat Muaz menahan gadis itu, laju sahaja Cik Nora berlari menuju ke belakang bangunan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience