Aku menukar tempat dudukku dengan aisyah. aku berteman dengan fahmi.bagiku biar kami berjauhan untuk sementara.
"sampai bila korang nak macam ni"soal syirah
"sampai dia jadi diri dia.. aku cuma nak suami aku semula itu saja.. bukan lelaki bacul macam sekarang"geramku
"apa bezanya sama je aku tengok"ujarnya
"sama apanya.. dia takut pada bayang bayang sendiri..lepas tu nak jadikan aku sebagai mangsa untuk dia lepaskan diri"ujarku
"sastera sangat lah kau ni.. tak faham aku.. cuba lukis"tawanya dihujung
"dia masih terkepung dengan rasa bersalah dia.. dia tak bagi peluang dekat kami untuk bantu dia.. lepas tu dia nak ceraikan aku dengan alasan dia nak aku gembira.. mana dia tahu aku gembira ke tak..ada jaminan aku akan bahagia dengan orang lain... habis tu dia.. dia.. "sudu yang ku pegang aku tikam dimeja. syirah tergamam. kalau boleh aku nak siat siat kulit dia tampal kulit baru jadi orang baru... gerammmmmmm
"tapi kau bagi peluang si diva tu untuk dekat dengan laki kau"farah yang duduk disebelah arash bermesra manja.makin kemas genggaman tanganku. kepalaku di tolak dari belakang. liza dan rubi berdiri disebelahku
"aku dengar ayah kau mati sebab kena bunuh.. betul.. "soal liza.mata aku terpaku pada dua gadis itu.
"apasal ayah kau kena bunuh"soal liza lagi.
"tu lah kau melacur tak kena gaya kan dah mati bapak kau"herdik rubi.
"perempuan macam kau tak layak nak berlagak suci...bitch.."air sirap yang dituangnya mengalir diwajahku. aku diam..aku diam kerana tidak mahu libatkan syirah dal hal ini. arash... boleh dia tengok je.. sakit pula hati aku.. tapi hati aku menangis sedih. aku bangun dan meninggalkan kantin.aku menangis sepuas puasnya ditandas.
"hajar, awak kenapa ni"soal sir rahimi
"tak de pape cikgu.. "dalihku
"ni basah..tudung awak.."soalnya aku diam
"liza buli awak lagi"tekanya.
"sir.. biar saya uruskan hal saya sendiri.. saya pun tengah kusut banyak masalah nak kena hadap"marahku
"macam mana saya nak duduk diam kalau orang yang saya sayang dalam keadaan macam ni.. awak rasa saya boleh duduk diam"aku ternganga. apa... bala apa pula ni
"saya...risaukan awak"ujar sir rahimi
"apa maksud sir..kenapa sir nak risaukan saya"aku memancing
"biar saya jujur dengan awak.. saya ikhlas sukakan awak.. saya nak kenal dan rapat dengan awak ke satu tahap yang lain dan berbeza dari pelajar dekat sini..awak fahamkan"ujar lelaki itu. aku mati kata. baru nak selesai satu masalah datang pula masalah lain.. Hajar Anisa kau memang menempah bala.
"aku dah agak dah... tengok cara dia layan kau pun aku tahu.. "ujar syirah.aku hanya mampu diam.arash banyak termenung dijendela.sungguh aku rindu dia. dirumah aku cuba mengelak dari bertemunya.apakah aku harus mula fikir akan pengakhiran kisah kami.arash seolah main tarik tali.
"hajar senarai untuk lawatan esok awak pegang,esok pagi catit kehadiran, saya dah copy cukup untuk tempoh lawatan"ujar sir rahimi
"ok class untuk lawatan esok berkumpul disekolah sebelum pukul 9.30 pagi sebab kita akan bertolak pada pukul 10pagi... lagi satu bas kita kita kongsi dengan pelajar kelas 5 efisyen...esok sampai daftar dulu dekat hajar"ujarnya sebelum keluar kelas.aku berkemas untuk pulang.
"arash.. esok kita duduk sekali ya"aku melirik dari hujung mata.. arash memandangku.aku tidak mengendahkannya.
"lambat pula ibu hari ni"soalku.qayyum menghulurkan keropok kepadaku
"tak nak"tolakku
"ayong.. ayong dengan abang iyan ni nak gaduh sampai bila"soal qayyum. aku harus menjawab dengan berhati hati agar tidak diceramah lagi
"kami perlukan masa untuk perbaiki kesilapan masing masing"ujarku
"angah nampak abang iyan cuba untuk berbaik tapi ayong.. ayong tu.. haishhhh"digelengkan kepalanya.
"ntah ayong tu jual mahal"sampuk redza
"apasal ayong jual mahal pula.. dah dia yang nak kan ruang untuk kami berfikir.. ayong ok je"ujarku
"kesian dia.. tiap tiap malam mengendap bilik ayong..siapkan bekas pensil ayong.. bersih kan kasut sekolah ayong.. "ujar qayyum. aku canggung.. aku perasan dua minggu kebelakangan ni kasut aku sentiasa bersih.. pensil dan pen aku cun semua.ahhhh...itu hanya lakonan semata mata.
"abang iyan hari hari kena marah dengan ibu tiap kali ayong tak layan panggilan abang iyan.. ibu marah betul"ujar redza
"ayong geram pun jangan sampai menderhaka.. ingat tu..kalau ayah ada tentu ayah marah"ujar qayyum.arash keluar dari pintu pagar bergandingan dengan farah,liza dan rubi. aku berdiri seperti patung. ibu sudah sampai.
"maaf ibu lambat.. kereta buat hal"ujarnya.
"tak pe ibu.. kami pun baru je keluar."dalihku. kami masuk ke dalam kereta.
"arash esok sebelum pukul 9.30 tau.. jangan lambat.. ibu bawa kereta elok elok ya"pesan farah.ibu mengangguk.kelakuan farah diajuk redza tawa kami berderai.arash memerhatiku dari cermin sisi. aku diam
"dah siap mengemas"soal ibu
"belum...dok terfikir nak bawa apa lagi"aku perhatikan dalam almariku pakaian yang sesuai untuk aku bawa.aku mengambil beberapa helai pakaianku untuk kubawa.pintu bilikku ditolak dari luar. arash masuk dengan beg serta bajunya.
"ni iyan punya.. tolong kemaskan"pintanya lalu baring dikatilku. aku diam. aku melipat bajuku.matanya menatapku.
"shuuutt.. "bisiknya
"shuuutttttttt"lagi
"shuuttttt"aku memandangnya
"apa"tempikku.
"ayongggg"qayyum bersuara
"apa"nadaku perlahan
"tutup pintu.. "suruhnya.aku bangun dan menutup pintu
"kunci kunci"suruhnya.aku menekan kunci ditombol pintu.bajuku aku simpan dalam beg. bajunya aku lipat dan aku susun didalam begnya. aku memandang. dia hanya tersenyum
"apa lagi yang nak bawa"soalku.dia memanggilku. aku menghampirinya
"nak bawa isteri"bisiknya.aku bangun dan duduk dimeja belajarku. segala dokumen dan jadual aturcara aku simpan dalam fail.arash hanya memerhati.
"anisa nak tidur.. "ujarku. dia menepuk tilamku agar berbaring disebelahnya. aku mengambil toto dari dalam almari lalu aku bentang ke lantai.aku baring disitu.
"sayang.. sayang"panggilnya.aku diam. malas aku melayannya.. esok harus keluar awal dari rumah. aku memejamkan mata. terasa ada tangan yang melingkar dipinggangku. aku mahu menjerit tapi mulutku diterkup arash
"sayang.. iyan ni"bisiknya.aku membuka mata suasan bilikku gelap.aku berpaling. arash berbaring disebelahku.
"nak apa"bisikku.dia duduk disebelahku.
"iyan minta maaf atas keterlanjuran kata kata iyan hari tu"tapak tanganku diletakkan dipipinya.
"iyan tahu iyan tak patut cakap macam tu... iyan tak patut jadikan sayang mangsa keadaan"ujarnya
"iyan dah tak sayang anisa ke"soalku.
"sayang.. iyang sayang anisa sangat sangat.. "dicium tapak tangan ku berkali kali
"habis tu.. kenapa terfikir sampai nak lepaskan anisa"soalku
"maaf.. iyan tak dapat berfikir dengan baik masa tu"ujarnya.aku bangun dan duduk dihadapannya
"anisa perlukan iyan untuk anisa kuat.. iyan yakin ke anisa boleh gembira dan bahagia dengan orang lain.."soaku
"iyan tak tahu"balasanya
"habis tu.. kalau kita berpisah.. iyan macam mana"soalku
"tak tahu"dia tunduk. dikepit jarinya dengan kukunya.aku memegang tangannya.erat
"itu tandanya iyan perlukan anisa.. macam tu juga anisa perlukan iyan.. jangan korbankan diri untuk perkara yang tak pasti arash sufiyan"ujarku
"sayang... janji jangan tinggal iyan walau apapun jadi"pintanya.matanya yang redup itu bercahaya dalam gelap. dalam samar cahaya bulan wajah sugul itu aku tatap.
"anisa janji. iyan pun janji jangan buat dah.. apa apa yang terjadi kita bincang dulu"pesanku.
"janji"ujarnya.dia bermain dengan jariku yang berada didalam pangkuannya.
"ibu hari hari marah iyan sebab sayang buat tak heran je dekat iyan"ceritanya.aku diam
"sayang betul ibu dekat sayang..sampai dia pulau kan iyan.."luahnya lagi.
"kalau anisa jadi ibu pun anisa marah"ujarku.
"habis takde siapa nak kesian kan iyan ke"rajuknya.aku tertawa.
Share this novel