(sessantuno)

Other Series 152481

"Argh!!" tubuh si dia ditolak kuat menjarakkan diri. Aleena menarik selimut nipis di atas katil dan menutupi tubuhnya yang masih lengkap berpakaian semalam.

"Aduh.. sakitlah.." Naufal mengerang kesakitan, menggosok dadanya yang ditolak agak kuat tadi.

"Ap..apa yang awak buat pada saya?! Kenapa Naufal?!" Aleena mula memarahinya.

Air mata yang kering sebentar tadi kembali mengalir. Menatap Naufal tajam.

"Awak menangis tadi.. Sa..Saya cuba nak tenangkan awak je.. Maaf Aleena." Naufal cuba menerangkan situasi mereka tadi.

"I swear of my life, saya tak berniat apa-apa pun tadi.. betul.. Ianya bukan macam apa awak fikirkan Leena.. Let me explain what happened yesterday first.. Okay?" Naufal panik melihat Aleena menangis, dia kembali merapatkan jarak mereka dan duduk di hadapan Aleena.

Aleena kelihatan was-was, dia makin menjarakkan diri. Tapi lama-kelamaan dia mula termakan dengan pujuk rayu Naufal yang tampak ikhlas pada pandangan matanya.

"Apa.. yang berlaku sebenarnya?" Aleena bertanya serak. Air hidung ditarik perlahan sambil mengesat air mata di pipinya.

"Sebenarnya saya keluar jalan-jalan malam tadi.. saja nak ambil angin. But waktu saya naik ke bukit, baru pertengahan jalan.. awak melintas depan saya. I'm very shocked and saya terus brek mengejut."

Aleena mendengar tekun penerangan Naufal.

"Mula-mula saya tak tahu pun itu awak.. Sebab awak terus jatuh pengsan. Tapi bila saya keluar dari kereta dan nampak wajah awak barulah saya tahu masa tu.." terang Naufal perlahan-lahan.

"Macam mana dengan orang-orang yang kejar saya tu? Mana mereka?" Aleena bertanya lagi. Ingin tahu.

"Ouh orang-orang tu.. saya panik lepas nampak awak pengsan di tempat yang macam tu seorang diri.. jadi saya angkat awak ke dalam kereta. Tapi lepas saya baru masuk bahagian pemandu. Ada beberapa orang lelaki datang dari arah depan. Saya tak fikir lama lepas nampak pistol dekat tangan diorang... jadi saya reverse and try to speed as possible as I could. Then I bring you home and here you are."

Panjang lebar dia menerangkan peristiwa semalam, lelaki-lelaki berpistol dan berwajah Eropah itu.. dia yakin Aleena adalah sasarannya dan itu bukanlah rompakan atau penculikan rambang.

Naufal mengeluh perlahan seraya menundukkan kepala, dia berfikir sejenak. 'Perlu ke aku tanya dia..' dia yakin, keselamatan Aleena terancam kini.

Adakah dia perlu buat laporan polis? Atau perlukah dia mencari tahu kebenarannya? Apa saja yang dia mampu lakukan? Semua ini ada kene mengena dengan suami Aleenakah?

Terlalu banyak persoalan yang timbul di benak fikirannya. Akhirnya, dia bertanya juga apabila melihat Aleena bagaikan kebuntuan.

"Aleena.. don't you mind to share with m-" baru saja dia hendak bertanya, Aleena memintas.

"No! Saya tak kan beritahu awak apa-apapun Naufal." lembut suaranya tapi penuh ketegasan. Naufal terdiam, suasana canggung seketika sebelum Aleena berkata..

"I'm sorry.. saya tak berniat nak tinggikan suara pada awak.. maafkan saya dan terima kasih sangat-sangat pada awak kerana selamatkan saya Naufal." Aleena cuba mengukirkan senyum nipis pada raut wajahnya.

Hati lelaki itu berbunga-bunga indah setiap kali Aleena menyebut namanya. Tanpa sedar, bibir tersenyum manis.

"Saya tak terasa pun.. my bad. Saya tak sepatutnya tanya awak. Saya cuma curious dan risau pada awak je. Maafkan saya." tuturnya tenang.

Aleena mengangguk mengiakan sebelum lengan Naufal yang berlapik dipegang, ditarik sedikit baju itu bagai mahu meminta sesuatu.

"Saya nak minta tolong awak sesuatu boleh?" Aleena bersuara lembut, matanya dwi-coloured nya menikam mata hitam Naufal, membuatkannya seperti disampuk, lelaki itu hanya mengangguk saja.

"Hantarkan saya ke rumah suami saya."

~~~~~~~~~~~~~

"It hurts please stop!!" Joseph merayu kuat di kediaman baru Dom jauh di dalam sebuah hutan hujan di Pahang. Jeritlah sekuat mana pun, tiada yang akan mendengarnya.

"Te lo chiederò ancora una volta.. where the fucking is he?!" (Aku tanya kau sekali lagi..) sekali lagi wajah Joseph ditumbuk kuat hingga tersembur darah dari mulutnya.

Entah yang keberapa kali sejak malam semalam, wajah Joseph ditumbuknya hingga pecah berdarah.

Matanya tertutup dek pendarahan dan hidung tingginya patah. Darah mengalir keluar tanpa henti dari mata, hidung dan mulutnya.

Dengan sedaya upaya Joseph menggeleng dan tercunggap-cunggap mencari nafas. Dia sudah tak berdaya mahu berkata-kata, hanya raungan dan rayuan saja yang mampu dituturkannya.

"I'm just asking the most easiest question and yet, you're not answering me until now Josephine." rambut Joseph ditarik supaya wajah itu menghadapnya.

Pisau belatinya diambil dan mencungkil bahagian atas kelopak kedua-dua belah mata Joseph, mengeluarkan darah-darah yang berkumpul.

Erangan kesakitan lelaki itu Dom abaikan. Dia tak peduli jika dia perlu menjadi seorang yang tak berperikemanusiaan seperti dulu asalkan dia dapat selamatkan Aleena dan bunuh Javier.

Sekarang dia tak akan larikan diri lagi, akan dia buru orang-orang lelaki itu dan kemudian.. bunuh pula kepalanya.

Martin.

Sebaik saja darah mengalir keluar, Dom mencekak semula rambutnya membuatkan Joseph mendongak menatapnya. Matanya akhirnya dapat melihat walaupun perit apabila dia cuba membuka.

"This is your last chance Josephine Marco. Answer me.." tahap kesabaran Dom sudah sampai ke kemuncaknya.

Rahangnya bergerak beberapa kali menahan geram.

"Davvero non lo so." (Aku betul-betul tak tahu.) perlahan dan sukar hendak dia ucapkan walaupun sebaris ayat itu akibat kecederaan pada wajahnya.

Dom merengus kasar sambil menolak kepala Joseph membuatkan dia terkulai di kerusi kayu itu. Tubuhnya yang diikat di situ membuatkan dia tak mampu bergerak ke mana-mana.

Dom mencapai sesuatu di dalam laci tak jauh dari situ, dia mencari sesuatu sebelum alat itu dibawa ke arah Joseph.

"Ti prego Dom.. I don't know. I'm swear of god!" Joseph yang melihat malaikat ajalnya menjemput terus mampu bersuara melawan kesakitan. Dia tak sanggup mati dalam keadaan tragis sebegitu..

Entah apa yang bakal dilakukan pada dirinya, dia tak pasti tapi apa yang dia tahu... ianya akan menjadi sesuatu yang amat menyeksakan, pengakhiran sisa-sisa hidupnya yang terakhir.

Parang nipis sepanjang hujung jari ke siku itu ditekan hujungnya dia atas peha kanan Joseph sambil Dom menatapnya tajam.

"While I'm torturing you, you're going to answer all my questions honestly okay?" sesuatu dikeluarkan dari poket kanannya, penutup lut sinar itu dibuka.

"You know what the hell is this? Its a 'truth-serum'." Sebuah picagari berjarum halus ditunjukkan di hadapan Joseph dengan ceceir kekuningan di dalamnya.

"You must think I'm an idiot person right? 'Truth serum'? Nonsense. What a dumb bullshit. But you're totally wrong.. this isn't a usual useless shit ass drug world's scientists made.. like Scopolamine.. Amobarbital..or Ethyl Alcohol. It's a Sodium Thiopental, Josephine.."

Dingin suara Dom bertutur sebelum dia tersenyum sinis memandang tepat mata Joseph.

"That I made myself with my own formula."

Sekuat hati, jarum picagari dicucuk ke bawah lengan kiri Joseph dan ditekan ombohnya membolehkan dadah itu meresap masuk ke dalam tubuh.

Sengaja Dom menyuntik di situ supaya membolehkan aliran darah beroksigen daripada vena peparu dalam bertekanan tinggi daripada pengecutan septum ventrikel kiri ke aorta dapat dialirkan ke seluruh badan.

Memandangkan tekanan aliran darah pada bahagian kiri badan adalah lebih tinggi dari bahagian kanan, ianya lebih memudahkan Penthotal atau Sodium Thiopendal tadi tersebar dengan lebih cepat ke seluruh tubuh.

Apabila ianya di pam kembali ke cor nya (jantung) melalui vena kava inferior mahupun superior untuk menghantar darah terdeoksigen yang sudah bergaul sebati ke seluruh badan bersama dadah tadi, serta merta dadah akan memasuki ruangan kiri dan kanan jantung, melalui peparu dan mula memasuki ke bahagian larynx untuk dihantar ke otak apabila jantung berdegup.

Dan itulah yang akan mencetuskan suatu keadaan iaitu "insensibility partial" dalam pemikiran seseorang setelah serebrum diserang oleh aktivis dadah.

Bahagian otak di serebrum yang berkaitan seperti lobus frontal sebagai pengendali memori dan lobus temporal (samping) yang juga bertindak sebagai indra pendengaran, ingatan,emosi serta bicara membolehkan pelakunya dikawal dalam sedar oleh kesan dadah.

Dom melihat jam pintarnya, membiarkan Joseph dalam seminit sebelum mula menyoal,

"Tell me.. where is Javier and my wife?" soalnya serius. Parang sudah sedia di peha Joseph.

Membulat mata Joseph memandang Dom seperti terenjat, urat-urat darah dari lehernya mula timbul dan wajahnya memerah.

He's out of control.

"I don't.. know.." serak dan sukar sekali dia bertutur dalam kesakitan.

Dom menekan secara mengiring bilah parang di atas ketulan daging peha Joseph, mengeluarkan aliran darah yang banyak dari situ. Tangan masih tak diangkat.

Lelaki itu tak mampu menjerit, kerongkongnya tersekat. Dia tak mampu mengawal sebahagian tindak balas tubuhnya. Hanya mampu rela menerima kesakitan yang teramat daripada syaitan itu.

"Okay then.. next question, why did Javier want Aleena so much?" mata mereka bertentangan tepat.

Entah kenapa, biji mata Joseph terketar-ketar, dia mahu mengalihkan pandangan tadi langsung tak mampu. Saraf optiknya dirasakan bagai ditarik-tarik dari dalam. Perit.

Tanpa sedar, dirinya menjawab perlahan-lahan.

"Javier already know your weakness. Family. That's why he wants Aleena so much. He'll use Aleena to get you. Martin also wants Aleena back to him."

Kesakitan dalam setiap urat saraf Joseph dirasakan bagai tak tertanggung. Sakit yang amat. Dia tak mampu untuk pitam atau pengsan akibat kesan dadah Penthotal tadi membuatkan dia bagai diseksa ngeri.

Dom berdecit sambil merengus kasar. Shit.

Parang ditekan lagi, sesekali dia menghiris perlahan isi kental kaki itu, makin ke dalam isinya tanpa mengalihkan pandangan mata pada mata Joseph.

"What is his further plan Joseph?" Tangannya yang dipenuhi darah hanyir pekat lelaki itu meninggalkan parang yang sudah terbenam jauh di dalam isi peha Joseph, naik memegang rahang lelaki itu dan diusap lembut.

"Did you know anything?" lembut suara Dom berbisik di hadapan wajahnya.

"Yes. I know.." suara Joseph hampir tak kedengaran.

Dom tersenyum sinis mendengar jawapan lelaki itu, "Tell me everything dear.." sesuatu dikeluarkan dari belakang pinggulnya.

Sebuah rantai bergerigi sepanjang sedepa dikeluarkan, dililit ke leher Joseph sebelum di tarik agak kuat hingga lehernya berdarah.

"Javier want to.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience