BAB 1.

Romance Series 7123

"KENAPA lama menyepi? Busy sangat ke sampai tak ada masa langsung untuk, saya?" Adarra menyoal di laman Face Time. 

"Yang awak nampak macamana? Fail-fail ni?" Sela Mateo sengaja menimbunkan lagi longgokan fail kerja-kerjanya. 

"Yang awak sekarang ni marah saja kenapa? Saya sekadar bertanya. Takkan itu pun salah? Awak tahu tak yang gadis awak ni teramat merindukan awak. Rindukan senyuman awak. Rindukan kata-kata manis awak dalam mesej. Tapi sekarang semuanya dah lain," hambur Adarra sambil memegang head phone. 

Addara juga perasan. Mateo pasti akan mengekori pergerakan mukanya. Dia seakan-akan mahu menutupi belakangnya. 

"Saya marah sebab awak tak pernah nak faham saya. Saya sibuk tahu tak? Awak takkanlah masih tak faham-faham kerja saya?" Mateo semakin tinggikan suaranya. Sesekali dia mendesis. Adarra perasan bukannya dia tidak perasan pada gelagat kekasih pjj nya itu. 

"Ye… faham… awakkan exec terkenal di kota London tu. Saya pun busy jugak awak. Dengan study saya lagi. Saya pun berkerjaya jugak wak… tapi boleh je saya bahagikan masa." Suara Adarra seakan menyindir. Memang itu pun niatnya.

"Ah!' Dengan tak semena-mena Mateo melonjat. Sebenarnya hadapan dan di bawah meja Mateo sedang duduk mendepani laptop itu, ada seseorang.  Seseorang itu pula dalam posisi merangkak dengan wajah penuh menggoda. 

"Apa awak sedang buat tu?" Tidak sempat Adarra Aisyah menyambung kata-kata talian mereka terputus. Spontan dia memegang dada. Semakin kuat debaran pabila momen Mateo melonjat seolah-olah menahan geli, terpampang di mata bagai tayangan filem.

"Apa yang awak sedang lakukan sebenarnya? Kenapa awak asyik mendesis?" Soal Adarra mengingati semula mimik muka Mateo. Sebab itulah lelaki itu tidak memberi sepenuh perhatian pada apa yang sedang mereka bualkan.

"Apa awak buat, Mateo!!!" Adarra terus memekik keberangan. Head phone dengan segera ditarik secara kasar lalu dihempaskannya atas meja.

Pap!

Begitu juga dengan laptop. Terhempas lalu tertutup dengan sendiri. Adarra sangat sedar kelakuan Mateo terhadapnya semakin kasar. Tiada lagi kata-kata manis. Hubungan semakin terasa amat jauh bagaikan ada jurang menghalangi.

"I miss my old, Mateo. But where? Where is my soft spoken lover? Awak ingin menjauh dari saya kan, Mateo? Awak fikir saya tak tahu apa awak lakukan di sana walau awak block Instagram dan Fac saya? Mateo... kenapa awak? Kalau awak tak sukakan saya kenapa dicuri hati ini? Sakit tahu tak? Argh!!!" Pekik Adarra langsung menyembam wajah kebasahannya atas permukaan sepasang lengannya.

Adarra menangis seorang diri dalam kamar apartmennya. Tanpa ada yang mahu memujuk. Dari tersembam dalam keadaan teresak-esak, Adarra laju dongakkan kembali muka. Muka dan mata dikesat-kesat dengan kasar.

Telefon pintar pula dicari. Menatal nombor dan setelah menjumpainya. Nombor tersebut terus didail. Panggilan pertama engage. Panggilan kedua juga sama.

"Pick up the phone, honey please... pick up the phone. I miss you, sayang. Mateo! Hello! Mateo bercakaplah..." Adarra mendesak seorang diri. Adarra tidak mahu cepat berputus asa. Nombor panggilan antarabangsa dia dail tanpa takut bil melambung.

"Kenapa tak angkat? Mateo, tolonglah angkat. Kenapa awak sangat berlainan sekarang ini, hah? Apa kesalahan yang saya dah lakukan?" Adarra bercakap pada telefon sebelum dia membuat pesanan voicemail pula.

"Sayang, call saya semula. Kalau awak marahkan saya kerana hal tadi. Awak marahlah. Tapi... tolong sayang. Tolong call saya balik..."

Tiga bulan kemudian,

Setelah didesak dengan banyak kali. Akhirnya Adarra Aisyah dapat tersenyum girang. Dia kini sudah pun terhias indah. Lengkap berbusana serba putih. Mekap natural mengindahkan lagi wajah putih ayunya.

"Terima kasih, Allah kerana menemukan dia sebagai jodohku..." Ucapnya yang sedang menatap jasad sendiri di dalam cermin.

Dalam Adarra asyik tersenyum melihat dirinya dalam pakaian pernikahan. Dia memasang telinga pada suara-suara riuh di luar kamarnya.

Pang!

Pintu yang ditolak secara kasar menghempas dinding. Adarra laju berpaling pada susuk tubuh berkurung. Wajahnya ditenung dengan kedutan mulai berlapis di dahi Adarra Aisyah.

"Cammy, why? Kenapa dengan kau? Apa yang riuh-riuh tu?"

"Adarra, sebelum aku bagitahu perkara ini. Aku nak kau kuatkan semangat."

Spontan tangan kiri Adarra memegang dada. Cammy teragak-agak namun dia kena beritahu juga.

"Mateo!"

"Kenapa dengan dia? Cammy... tolong jangan main-main waktu-waktu macam ini?" Suara Adarra juga semakin berlainan. Ada getar di penghujung soalan.

"Mateo kena tangkap basah dengan Elly!" Cammy akhirnya bersuara dalam keketaran. Adarra Aisyah secara tiba-tiba menjadi keras seperti anak patung.

"Adarra! Apa bakal suami kamu tu dah buat, hah sampai kena tangkap khalwat? Baik kamu cakap Adarra! Kamu memang nak malukan?" Menerpa serta melengking suara Puan Roha setelah berada dalam bilik.

"Roha. Jangan dok buat kalut macam ini. Malu nanti..." Johar juga berang dengan tingkah bakal menantu tak jadinya itu. Tapi, bila nasi dah jadi bubur apa saja yang boleh dilakukan.

"Aku dari mula lagi tak bersetuju tapi kau berdegil. Nak jugak laki mat saleh tu. Boleh bimbing konon. Bimbing taik kucing! Kau tahu tak laki mat saleh tu kena tangkap dengan siapa? Kawan baik kamu sendiri. Aku tengok gambar pun jijik! Ni sekarang ni kamu nak aku buat apa? Tu depan tu... dalam khemah tu. Dah ramai tahu tak. Ee... kalau diikutkan hati aku lah. Kau ... kau!"

Adarra Aisyah tidak mampu nak melawan sepatah kata pun. Dia rela saja bila Puan Roha menunjal dahinya.

"Johar, kadi dah sampai tu. Apa kita nak buat sekarang ni?" Satu suara parau hadir menjengah di muka pintu berlangsir songket bilik pengantin itu.

"Allah, Roha apa kita nak cakap dengan kadi ni? Penat sajalah dia datang dari kampung sebelah."

Makin bercucuran airmata Adarra saat itu. Cammy berlari dan mendakap tubuh itu. "Sabar sayang. Sabar. Aku faham perasaan kau... aku juga tak menyangka Elly sanggup tikam belakang kau," pujuk Cammy pada Adarra yang teresak-esak.

"Cammy... apa aku nak buat sekarang ini? Aku malu, Cammy. Aku malu. Mak bapak aku lagi. Allah!!!" Usai saja berkata-kata mencurah lagi tangisan Adarra Aisyah di bahu Cammy.

"Tak apalah biar abang jumpa dengan tok kadi. Berterus-terang sajalah..."

"Senangnya abang bercakap! Habis tu segala pelamin, tu kat luar sana tu!" Suara Roha yang kuat sedikit-sebanyak dapat dikurangkan dengan muzik dari Dj setelah ada orang memberitahu. Barulah beberapa orang yang tadinya tertinjau-tinjau mahu tahu apa yang bising-bising dalam rumah pengantin, bersurai dan masuk ke dalam khemah kembali.

"Assalamualaikum," sapa satu suara. Memaling Johar, tok kadi serta beberapa orang saksi di ruang tamu pada satu susuk tubuh yang sedang menanggalkan kaca matanya.

"Waalaikumussalam. Anak ini siapa ya? Nak cari siapa ya? Kawan Cammy ke atau Adarra?" Johar yang telah bangun terus bertanya.

'Baik, aku sahut cabaran papa!'

slow update free reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience