” Terima tak?” Soal Ikhwan.
” No..”
” Yes..”
” No…No..No..”
Karim dan Zarina berpandangan antara satu sama lain sambil memerhatikan Zulaika dan Ikhwan yang saling berbalas kata. Sejak tadi lagi perbincangan antara mereka berdua tidak sudah-sudah.
” Eh..eh.. Apasal korang ni. Kejap ‘no’ kejap ‘yes’. Ayah dengan mak pun dah pening tengok korang berdua ni.” Tegur Karim membuatkan kedua-duanya terus senyap.
” Ika ni pak cik dia tak nak jadi isteri saya. Sampai bila lagi saya nak tunggu.” Beritahu Ikhwan tanpa berselindung membuatkan wajah Zulaika terus berubah warna. ‘Tak malu betul mamat ni’. Dia menyiku lengan Ikhwan.
” Alah…Mak Ika muda lagi tau. Tak puas lagi nak enjoy.”
” Lepas nikah pun boleh enjoy juga. Lagi seronok tau enjoy dengan suami sendiri.” Kata-kata Ikhwan mengundang tawa pasangan suami isteri itu. Zulaika bertambah geram apabila acap kali Ikhwan mengenakannya. Dilihat Ikhwan tersenyum penuh makna memandangnya.
” Ika nak tunggu sampai bila lagi. Rasanya sekarang inilah masa yang sesuai untuk Ika mendirikan rumah tangga. ”
” Betul cakap mak Ika tu. Ayah Setuju.” Jawab Karim menyetujui kata-katanya isterinya itu.
Zulaika terdiam. Dia memandang kedua ibu bapanya silih berganti. Kemudian pandangannya terhala pada Ikhwan yang turut memandangnya. Ikhwan tersenyum. Dia membalas senyuman lelaki itu. Memang benar dia juga menyintai pemuda itu sejak setahun yang lalu.
” Yes ” Soal Ikhwan tiba-tiba.
” Hmm…Nanti nak fikir kejap.” Jawab Zulaika.
” Fikir apa lagi. Ika…” Ikhwan geram dengan jawapan Zulaika.
” Okeylah” Zulaika akhirnya memberi jawapan.
” Alhamdulillah….Kalau boleh saya nak minta kebenaran pak cik dan mak cik buat tiga dalam satu. Itu pun kalau pak cik dan mak cik setuju.” Beritahu Ikhwan dengan perancangan yang telah dibuat dari awal lagi. Sebenarnya awal-awal lagi dia sudah berbincang dengan keluarganya. Dia bersyukur kerana bapanya telah merestui pilihan hatinya. Kalaulah ibunya masih ada pasti arwah juga turut rasa gembira.
” 3 dalam 1. Apa tu?” Soal Zulaika masih tidak memahami kata-kata Ikhwan.
” Merisik, meminang dan menikah terus.”
” Haa…cepatnya.” Wajah Zulaika sudah berkerut.
” Lagi cepat kita nikah, lagi cepat kita dapat anak” Jawab Ikhwan selamba. Karim dan Zarina sudah ketawa melihat telatah Ikhwan. Wajah Zulaika sudah merona merah. Geramnya pada Ikhwan tidak terkata. Suka cakap lebih-lebih.
” Awak ni…Tak malu betul!” Marah Zulaika. Ikhwan hanya ketawa.
” Betulkan pak cik, mak cik.” Sekali lagi tawa Ikhwan bergema’ bergabung pula dengan kedua ibu bapa Zulaika. Mereka memang satu kepala.
” Kalau itulah yang terbaik buat kamu berdua pak.cik dan mak cik ikut je. Lagi cepat lagi bagus.” Balas Karim.
Zulaika tersenyum bahagia. Dia sebenarnya tidak menyangka Ikhwan bakal menjadi suaminya tidak lama lagi. Sebenarnya sebelum pertemuan di Putrajaya tempoh hari lagi Ikhwan sudah beberapa kali bertemu dengan kedua ibu bapanya terlebih dahulu. Cuma dia sendiri yang tidak tahu. Patutlah dia melihat hubungan Ikhwan dengan kedua ibu dan bapanya agak rapat. Sejak dari itulah Ikhwan tidak jemu cuba memujuknya.
Kalau diikutkan hati memang sudah lama dia menerima Ikhwan. Cuma dia sengaja yang jual mahal. Dia ingin melihat kesungguhan lelaki itu terhadapanya sehinggalah dia benar-benar yakin cinta Ikhwan terhadapnya. Ikhwan tidak pernah jemu mendekatinya dan kedua ibu bapanya. Ikhwan juga pernah membuat kejutan membawanya bertemu dengan ahli keluarga Ikhwan tanpa pengetahuan darinya. Tetapi dia rasa amat bersyukur kerana keluarga Ikhwan menerima dirinya dengan baik. Dari situ barulah dia mengetahui ibu Ikhwan sudah lama menyahut panggilan Illahi sejak dua tahun yang lalu akibat barah payudara kerana sebelum ini dia memang tidak pernah langsung bertanyakan perihal keluarga lelaki itu.
Sejak dia menghilangkan diri setahun yang lalu, barulah dia mula menyedari yang dia juga turut sama mempunyai perasaan terhadap Ikhwan. Setiap hari dia mula merindui Ikhwan. Dia mula rasa kehilangan. Dia rasa menyesal kerana menolak cinta Ikhwan. Tetapi apakan daya perasaannya berbelah bahagi kala itu dengan perwatakan ‘tomboy’ nya dan sikapnya yang agak kelelakian dia merasakan dia tidak sesuai langsung dengan Ikhwan. Dia merasakan perbezaan mereka bagaikan langit dan bumi.
Tapi sekarang dia amat yakin hatinya tulus menyintai lelaki itu dan begitu juga perasaan Ikhwan terhadapnya. Dia benar-benar rasa bersyukur dengan perubahan dirinya dan keluarganya yang dirasakan lebih sempurna sekarang. Dia berharap agar kebahagiaan ini akan terus berkekalan untuk selama-lamanya.
Share this novel