Chapter 14

Drama Series 633633

“I’m sorry. I don’t want you to be worried. I know what you’ll do so not telling you was the best option at that time” Hana Aishah cuba menjelaskan pendiriannya kepada Mikhail waktu itu.

“I’m just so damn mad with you right now. My God Hana. If Scott didn’t accidentally spill it how long did you plan to hide it” Hana Aishah diam membisu mendengar bebelan Mikhail. Jarang lelaki itu akan memarahinya. Rasanya ini adalah kali ketiga.

“I’m coming to Malaysia today” Hana Aishah mengeluh berat mendengar bicara Mikhail. Tangan kirinya memicit dahinya yang mula berdenyut itu.

“No. This is exactly why I didn’t want to tell you. Cause I know you’ll leave everything to be with me and Adam. Please. This is your future. We’re fine here. I promise you” bersungguh - sungguh Hana Aishah meyakinkan Mikhail tengah hari itu.

Mereka sedang bersiap untuk pergi ke hospital melawat Teacher Basirah dan memberitahu pendirian mereka sekeluarga mengenai rawatan Teacher Basirah apabila telefon bimbit Hana Aishah berdering. Melihat nama pemanggil dia terus melarikan diri ke belakang rumahnya.

“You both are more important than this stupid course so no way I’m leaving you both there alone” suara Mikhail kedengaran nekad waktu itu.

“Mika please. If you really care about me and Adam you will finish your course and pray for us from there” kata - kata Hana Aishah dibalas dengan kebisuan Mikhail.

Mata Hana Aishah tidak tenang melihat pemandangan belakang rumah ibu bapanya yang dihiasi dengan taman bunga itu. Rindunya dia dengan pemandangan itu. Tempat dia mencari ketenangan sewaktu dia melalui waktu - waktu sukar.

“The problem is I love you both and putting both of you there , in a place that cause so much scar to you, I cant... I just cant ok” suara Mikhail naik seoktaf setelah beberapa ketika lelaki itu membisu.

Hana Aishah memicit kepalanya yang mulai pening.

“Mika please” Hana Aishah memecahkan kesunyian yang menyesakkan dia.

“I want to hate you for doing this” Mikhail bertutur kegeraman.

“But you cant. Cause you love me” Hana Aishah tersenyum mengusik saat itu.

“So damn much” dalam sekelip mata , senyuman Hana Aishah hilang mendengar kata - kata jujur Mikhail. Bibirnya terkunci rapat. Tidak tahu bagaimana mahu membalas.

“I miss Adam already and now knowing him being that far away. Ya Allah” Mikhail mengeluh berat.

“He misses his papa too” Hana Aishah cuba memujuk hati Mikhail. Saat itu hanya itu yang dia mampu.

“I need to go Mika. We`re deciding regarding mak`s operation today” suara Hana Aishah bertukar risau.

“Everything is just going to be fine. Don’t worry that pretty little head of yours ok beautiful” Mikhail seperti selalu sentiasa positif dikala Hana Aishah mula berfikir buruk.

“You don’t know that. I..” laju sahaja Mikhail memotong sebelum sempat Hana Aishah membawa dirinya lebih teruk ke kancah mindanya yang negatif sentiasa.

“You don’t know that either so just pray. Keep on praying to Him ok” jawapan standard Mikhail yang akan mematahkan kata – kata Hana Aishah.

“Ok Mika. We both miss you so much but promise me you`ll finish the course?” Mikhail membisu seketika sebelum membalas permintaan Hana Aishah yang sukar untuk dia terima itu.

“The minute the course is over I`m coming” Hana Aishah tersenyum lebar mendengar ayat Mikhail yang kegeraman itu.

“And we are here waiting for you papa” Hana Aishah membalas lega.

“Take care please Hana. And don’t hide things for me. I`m worried about both of your safety” Mikhail memesan lagi.

“Ye. I will take care of myself and Adam. Janji” Hana Aishah memeterai janji barulah Mikhail mematikan talian.

Tetapi saat talian dimatikan, realiti yang sedang berlaku menyesakkan kembali mindanya. Terlalu banyak perkara dan sejujurnya dia sudah terlalu lama melarikan diri sampaikan dia sudah terbiasa untuk tidak berhadapan dengan masalahnya. Keluhan berat dia lepaskan sambil matanya merenung bunga – bunga yang tidak semekar selalu. Barangkali merindu tuannya yang sekarang hanya memikirkan sang isteri yang sedang terlantar sakit.

Kemudian wajahnya didongakkan memandang ke langit yang cerah. Matanya dipejam sebentar menikmati kepanasan Malaysia. Haruman tanah kelahirannya menggamit ketenangan yang selama ini dia cari. Rindunya dia. Untuk seketika keresahannya di bawa pergi.

“Make it ease please. Its hard” dia berbisik tengah hari itu.

Sekali lagi nafasnya dihela berat. Tubuhnya dipusingkan untuk menuju ke dalam rumah tetapi saat matanya bertemu dengan sepasang anak mata hitam yang tidak pernah gagal mengucar kacirkan hidupnya, kaki Hana Aishah terus kaku berdiri tidak jadi melangkah. Wajah lelaki yang membawa seribu rasa sedang merenungnya. Wajah yang tiga tahun lepas amat sukar untuk dia baca tetapi kali ini segalanya jelas di wajah itu.

“Everyone is waiting for you. Have you settled everything sayang?” Hana Aishah menarik nafasnya saat Fakhrul memecahkan kesunyian mereka.

Bibirnya Hana Aishah diketap geram mendengar suara lelaki itu. Sakit hatinya kembali, kegeramannya bertambah memuncak mendengar bait bicara yang keluar daripada bibir itu. Tanpa membalas pertanyaan lelaki itu, Hana Aishah terus melangkah masuk ke dalam rumah dan memastikan jaraknya jauh daripada lelaki itu.

“Meluat betul” Hana Aishah berbisik kasar sewaktu dia memasuki ruangan dapur rumah keluarganya. Menyampah betul dia dengan lelaki itu.

Tetapi segala rasa itu terus hilang saat dia mendengar tawa Adam yang sedang mengekek daripada arah ruang tamu. Bibirnya yang tadi diketap terus mengaris segaris senyuman lebar. Itulah ubat paling mujarab untuk Hana Aishah. Muhammad Adam.

“Sukanya baby Umi. Sampai belakang Umi dengar?” Hana Aishah menegur ceria saat dia memasuki ruangan ruang tamu utama.

Pemandangan di hadapannya, membuatkan rasa gembira itu datang bertalu – talu sekaligus membawa pergi deritanya untuk seketika. Adam sedang dikendong Alif Haziq. Tetapi yang membuatkan hatinya benar – benar bahagia adalah saat melihat Adam berinteraksi dengan Kapten Azam apabila bapanya menggeletak perut anaknya yang boroi itu.

“His laugh is so infectious. Patutlah kedekut nak gelak cucu Tok Abah ni” Kapten Azam tersenyum lebar tengah hari itu. Lega hati Hana Aishah melihat Adam yang senang mahu masuk dengan keluarganya. Adam sangat susah untuk menerima orang baru, jadi melihat sikap Adam yang seperti dapat merasai ikatan darah mereka hati Hana Aishah yakin ini adalah waktu yang terbaik untuk mereka pulang.

“Its been years since he smiles like that. Thank you adik” Hana Aishah dapat merasai pelukan erat kakaknya di pinggangnya. Kata – kata Hana Azuwa itu membuatkan air matanya bertakung kembali.

“I`m sorry for leaving” bibirnya bergetar menahan sebak melihat wajah bapanya yang kelihatan amat uzur saat itu. Lelaki yang sentiasa kelihatan tegap itu berubah 360 darjah. Yang ada di wajah itu hanyalah kesuraman.

“Kak Wa tak marah adik. I know what you was the best for both of you. I held on for as long as I could waiting for your return” Hana Aishah menarik Hana Aishah supaya tubuh yang membelakanginya itu sekarang bertentangan dengannya. Wajah Hana Aishah yang menunduk memandang lantai itu, ditariknya supaya merenung kearahnya.

“Sebab akak tahu, jauh mana adik pergi pun you will come back. This is where you belong. This is home” Hana Azuwa tersenyum lebar sambil tenang bertutur. Tubuh adiknya ditarik erat ke dalam pelukannya.

Hana Aishah tersenyum pahit mendengar bicara kakaknya kerana sejujurnya dia tidak tahu kebenaran kata – kata itu lagi. Hana Aishah yang dahulu hatinya tetap untuk terus berada di tanah di mana dia dilahirkan di samping keluarganya tetapi dua tahun dia menanggung derita yang meninggalkan satu parut yang terlalu lama dia ambil masa untuk sembuhkan. Jadi dia tidak tahu sama ada dia masih sanggup memperjudikan sekali lagi hatinya untuk dilukai untuk entah kali keberapa ataupun tidak.
***************************************************

Fakhrul sedang berdiri di ruang keluarga rumah mertuanya bertentangan dengan isterinya yang sedang dipeluk erat kakak iparnya. Tangannya digenggam kuat menahan diri daripada meluru ke tubuh yang dia rindui itu. Kalau ikutkan hatinya, mahu dipeluk dan dicium tubuh itu berkali – kali tetapi dia tahu itu hanya akan memburukkan lagi keadaan.

“We are over Fakhrul. There is nothing left for us anymore” kata – kata Hana Aishah yang terngiang – ngiang di mindanya sehingga saat itu.

Perbualan Hana Aishah sebentar tadi, memporak perandakan lagi mindanya. Daripada isi perbualan Hana Aishah tadi insan bernama Mika itu benar – benar penting dalam hidup anak isterinya. Seperti mana lelaki yang berada di dalam bilik hotel isterinya. Tetapi siapa mereka, apa hubungan mereka dengan anak isterinya masih menjadi rahsia.

“One step at a time Fakhrul. The things that you did to her are something incomprehensible Fakhrul. Give her time. But more importantly give yourself time” nasihat Hariz malam tadi kembali menjengah ingatannya.

“Baby step Fakhrul. Time. We just need time” Fakhrul berbisik memujuk dirinya melihat Hana Aishah tertawa riang bersama ahli keluarganya.

“Abang Fakhrul buat apa berdiri kat sini” teguran Hana Aqilah yang baru keluar daripada kamar Kapten Azam menegur.

“Beg baju mak ke tu?” Fakhrul terus menukar topik saat melihat beg yang dipimpin Hana Aqilah itu.

“A`ah. Nak ambik baju kotor mak and give her a new one. Mak bukan suka pakai baju hospital tu” Fakhrul tersenyum mendengar omelan adik iparnya.

“Come. Let me carry the bag. Achik settle kan budak – budak” Hana Aqilah memandang abah iparnya sejenak sebelum dia menghulurkan bagasi di tangannya itu. Fakhrul baru memulakan langkah menuju ke ruang tamu apabila Hana Aqilah menegurnya.

“Give Kak Dik time. She`s very forgiving when it comes to family” Fakhrul tersenyum pahit mendengar bicara adik iparnya sebelum menganggukkan kepalanya.

“InsyaAllah. Achik doakan abang ye” Hana Aqilah tersenyum penuh keyakinan mendengar permintaan Fakhrul sebelum dia menuju ke ruang tamu di mana keluarganya sedang berkumpul.

“Guys. Lets go. Mak mesti tengah tunggu kita” suara Hana Aqilah menegur sebelum masing – masing tersedar kelewatan mereka.

“A`ah Dik. She mustve been waiting for us. Jom. . Everybody get your things and masuk kereta. Abah kunci pintu semua dulu” masing – masing mengambil barangan sebelum satu per satu keluar.

Fakhrul sedang menuju ke pintu rumah apabila, satu panggilan yang menjadi kegemarannya dipanggil. Terus hilang keresahan hatinya.

“Bah. Bah” Adam memanggil.

“Yes sayang” Fakhrul meletakkan bagasi ditangannya sebelum dia mengambil Adam daripada dukungan Alif Haziq.

“I miss you already” Fakhrul berbisik saat dia menghidu haruman tubuh Adam itu. Adam memeluk erat lehernya saat itu.

“Bah. Babah” Fakhrul tersenyum gembira mendengar panggilan itu yang di sebut berkali – kali oleh anaknya.

“I love you so much” pipi Adam dikucup penuh cinta. Hatinya tidak mampu menanggung rasa bahagia yang datang tanpa henti ke dalam hatinya setiap kali dia berada bersama Adam.

“Let’s go see nenek okay” Adam tersenyum menampakkan sebaris giginya yang putih itu.
*****************************

Hana Aishah sedang duduk kegeraman di tempat duduk belakang kereta lelaki itu. Geram betul dia apabila Fakhrul membuatkan dia terpaksa menaiki kereta lelaki itu tadi. Saat dia sampai ke laman rumah keluarganya, Adam sudah di dudukkan di kerusi bayi dan Fakhrul dengan selamba memperlawa Kapten Azam menaiki kereta BWM lelaki itu membuatkan dia sekaligus tidak dapat menolak.

Sepanjang perjalanan tadi Hana Aishah hanya membisu sahaja. Nasib baik Adam sudah tidur di dalam kerusi bayinya. Silap besar kalau Fakhrul ingat dia akan menurut sahaja segala kata lelaki itu. Mereka sudah tidak mempunyai hubungan apa – apa.

“Kenapa Fakhrul tak masuk ikut tempat selalu kita park tu. Ni area mana?” suara Kapten Azam kedengaran.

“We are parking at the back entrance. Sebab nak bawak babies semua masuk kan” Hana Aishah hanya menjadi pemerhati daripada belakang semenjak tadi. Menyampah melihat lelaki itu melayan bapanya dengan ramah. Dia kenal sangat lelaki bernama Fakhrul. Sekarang memang lah baik, nanti dah dapat apa yang lelaki itu mahukan memang macam nerakalah hidup.

“Fakhrul dah tanya Dr Kamal ke. There`s a lot of us” suara Kapten Azam kedengaran gusar.

“Fakhrul nak surprise kan semua orang actually” lelaki itu membalas saat kereta itu diberhentikan di tempat letak kereta yang sunyi itu.

“Huh. Surprise apa?” Kapten Azam bertanya sambil membuka tali pinggang keselamatannya.

“Mak dah dekat wad sekarang. Pagi tadi diorang transfer” Hana Aishah dapat melihat wajah bapanya yang bertukar lega.

“Alhamdulillah. Ya Allah. Terima kasih” Hana Aishah ikut sebak saat mendengar berita itu.

“So insyaAllah, no issues semua orang nak visit mak. Fakhrul dah inform Kamal that all of us are coming and he will meet us after lunch to discuss regarding the operation” Hana Aishah terdiam sejenak apabila Kapten Azam memeluk Fakhrul erat.

“Terima kasih Fakhrul. Abah owe you big time for helping my family when we are in need. If it weren’t for you I don’t know what will happen to Basirah” air mata Hana Aishah mengalir mendengar suara sebak bapanya. Dia pergi. Dia pergi meninggalkan ibu bapanya terkontang kanting keseorangan sampai perlu menagih pertolongan orang lain.

“Our family. Mak abah sampai bila – bila pun mak abah Fakhrul. No matter what happen” saat kata – kata itu meniti bibir Fakhrul, mata Hana Aishah bertentangan dengan mata lelaki itu. Untuk kesekian kalinya dia terdiam.

Keikhalasan lelaki yang jelas terpancar di anak mata hitam itu. Kejujuran yang cuba ditunjukkan kepada Hana Aishah. Tetapi yang paling penting harapan yang dibawah sepasang anak mata hitam itu. Menghentikan saat itu. Siapa lelaki di hadapan Hana Aishah ini? Sejujurnya dia sudah tidak mengenali lelaki ini.
***************************************

Matanya tidak mahu lelap semenjak semalam. Asyik memikirkan anaknya yang telah pulang. Hana Aishah telah kembali. Anak yang dia nantikan kepulangan selama ini telah pulang. Bahagianya tidak terungkap waktu itu. Tetapi dia sedih kerana tidak dapat memeluk anaknya lama. Tidak dapat memberitahu penyesalannya. Tidak sempat memohon maaf atas kekhilafannya. Sudahlah di ICU dia tidak dibenarkan memegang telefon bimbit. Teacher Basirah hilang punca semenjak semalam.

“Mana nurse ni?” bibir Teacher Basirah sudah membebel sendiri. Saat dia sampai di wad itu beberapa jam lepas, dia sudah banyak kali meminta jururawat di situ memanggil keluarga tetapi sampai sekarang jururawat itu tidak muncul.

Dengan keadaan tubuhnya yang masih lemah, hendak duduk pun dia akan cepat mengah. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia melangkah keluar meminjam telefon sesiapa untuk memanggil anaknya.

“Ya Allah. Tolong. Aku nak jumpa adik. Pendek sangat masa Kau beri semalam” air mata Teacher Basirah mengalir merayu pada Yang Satu. Wajahnya di palingkan merenung ke arah Menara KLCC yang berdiri gah itu.

Segalanya serba tak kena. Dia tidak suka hospital. Dia terasa seperti hak ke atas tubuhnya sudah tiada setiap kali dia pergi ke hospital. Mereka akan berbuat sesuka hati dan tidak kisah akan keselesaannya. Lamunannya terhenti apabila pintu biliknya kedengaran berbunyi seperti seseorang sedang membuka pintu itu.

“Adik nurse. Boleh tolong mak cik. Tolong call anak mak cik. Cakap mak cik nak jumpa” sekali lagi dia merayu. Sudah tiada malunya saat itu. Dia perlu jumpa Hana Aishah.

“Assalamualaikum Basirah” saat suara suaminya membalas, terus keresahannya hilang. Tubuhnya cuba didudukkan mahu melihat disebalik langsir itu tetapi dia tidak kuat.

“Waalaikumussalam. Abang. Adik mana. Saya nak adik” suaranya sebak meminta. Saat wajah ceria suaminya muncul dari sebalik langsir, hatinya sedikit lega.

“Ya Allah. Awak nak pegi mana tu Basirah” tetapi suara Kapten Azam terus bertukar keras saat melihat keadaan dirinya yang sudah berada di hujung katil seperti mahu jatuh itu.

“Saya nak jumpa adik. Semalam kejap sangat” air mata Teacher Basirah yang tadi bertakung terus gugur apabila suara suaminya sudah naik satu oktaf.

“Ya Allah, tapi tak kan lah sampai nak terjun katil. Awak tu belum sihat lagi” Kapten Azam membaringkan semula isterinya.

“Sudahlah tu. Tak payah la nak nangis. Saya risau kan awak tu yang saya marah awak. Bahaya tau kalau awak jatuh”Kapten Azam mengelap air mata isterinya sebelum katil itu ditegakkan sedikit.

“Selesa?” Teacher Basirah hanya mengangguk sebelum wajahnya dihalakan semula ke jendela tadi.

“Merajuk lah ni” Kapten Azam mengusik tetapi wajah isterinya tetap kesedihan.

“Kalau saya bagi hadiah, am I forgiven” masih tiada balasan.

“Ok lah kalau macam tu cancel la Wa hadiah untuk mak. Mak merajuk tu tak nak tengok hadiah abah nak bagi” saat mendengar bicara suaminya hati Teacher Basirah sedikit berbunga bahagia tetapi rajuknya masih ada kerana itu dia masih tidak mahu memandang ke arah suaminya.

“Ok betul ni. Awak tak nak tengok hadiah saya nak bagi ni?” Kapten Azam mengugut.

“Awak suka marah saya. Mentang – mentang saya dah terbaring macam ni” laju air mata Teacher Basirah mengalir.

“Saya marah sebab sayang” satu kucupan di hadiahkan di dahi isterinya. Wajah isterinya ditarik merenung ke arahnya.

“Saya rindu isteri tapi saya bersyukur sebab Allah bagi saya peluang untuk jaga awak” air mata Teacher Basirah mengalir lebih deras saat melihat tubir mata suaminya yang sudah bertakung itu.

“Saya nak awak senyum macam dulu. Saya tak puas lagi hidup dengan awak” Teacher Basirah dapat melihat senyuman pahit yang cuba diukir suaminya seupaya mungkin.

“Anak cucu kita belum puas lagi spend time dengan awak” bibir suaminya bergetar menahan sebak saat itu.

“And most importantly cucu… Allahu Akbar.. cucu kita Adam belum sempat lagi kenal awak” saat kata – kata itu meniti bibir suaminya, pandangan Teacher Basirah terus dilarikan kea rah laluan masuk ke bilik di wad itu.

Bibirnya terkunci rapat. Lidahnya kelu melihat sekujur tubuh yang sedang didokong Fakhrul. Yang sedang terlentok nyenyak di bahu Fakhrul.

“Adik… Ya Allah. Adik” teresak – esak suaranya kedengaran saat dia melihat Hana Aishah yang sedang berdiri menikus di belakang tubuh Alif Haziq saat itu.

Matanya silih berganti memandang daripada anak perempuannya kepada sepasang tubuh yang sedang tidur nyenyak itu. Mindanya cuba memproses segala maklumat walaupun sejujurnya dia tidak tahu mahu berkata apa melihat nikmat yang Tuhan berikan kepadanya saat itu.

Detik berlalu perlahan seperti mengerti perasaanya waktu itu. Bunyi derapan kasut Fakhrul kedengaran saat menantunya mendekatinya. Matanya masih tertacap pada tubuh yang berseluar pendek berwarna berwarna khaki dan bersinglet biru.

Terkial – kial dia cuba mendudukkan dirinya sebelum suaminya datang membantu. Fakhrul mendudukkan dirinya di birai katil pesakit itu. Tiada bicara diperlukan, hanya renungan mata. Anak mata setiap penghuni bilik itu yang membawa seribu cerita.

Fakhrul tersenyum penuh keyakinan sebelum perlahan – lahan tubuh yang sedang berbaring terlentok di bahu kirinya, di renggangkan dan dibaringkan di riba Teacher Basirah. Bibir Teacher Basirah terkunci rapat.

Dia meneliti setiap inci anak di ribanya itu. Kehangatan tubuh yang sedang tertidur nyenyak, dengkuran halus yang kedengaran, naik turun dada itu bernafas tenang menandakan tidur yang nyenya. Raut wajah yang saling tak tumpah seperti Fakhrul.

Kemudian tangannya yang penuh dengan kesan suntikan dan wayar itu, diangkat sebelum dia mengelus rambut ikal mayang berwarna hitam itu. Bibir dia yang kering itu mengukir senyuman lebar sampaikan pedih yang di rasai saat bibirnya merekah kesakitan tidak diendahkan.

“Rambut adik. He got your hair” air matanya diseka saat kata – kata itu meniti bibirnya.

Dengan segala kudrat yang tinggal ditubuhnya, Teacher Basirah mengangkat tubuh montel cucunya. Ditarik erat ke dadanya. Adam yang sedang tidur nyenyak itu lansung tidak menyedari apa yang terjadi.

Saat tubuh itu selamat berada di dadanya segala derita yang dia bawa selama tiga tahun ini dibawa pergi. Bahagia yang sudah asing di dalam hatinya kembali memunculkan diri.

“Nenek buat dosa dengan abang Adam. I disown him and I`m paying for the consequences now” mulut memulakan bicara ke telinga Adam.

“I thought I wanted to go. I want to be with him there although I might have a very slim chance of going into heaven after everything that I did” dia tertawa sendiri mendengar harapannya.

“But now I want to stay. Nenek nak spend time dengan Adam. I want to redeem back what I did eventhough I know it will never be enough” bibirnya mengukir senyuman pahit.

“Jadi, boleh tak Adam ampunkan dosa nenek dan terima nenek” air matanya mengalir lebat sehingga menitik ke pipi cucunya.

“Mak mintak ampun dekat Adik. Dekat Adam. Although it will never be enough. Tapi mak… mak..” sebelum sempat bicaranya habis, Hana Aishah sudah meluru kepadanya sebelum wajah dia dikucup berkali – kali.

“Mak tak ada dosa dengan Adik. Tak ada walau sekecil zarah pun” esakan Hana Aishah kedengaran.

Hana Aishah anaknya yang sentiasa mendahulukan dia dan suaminya. Hana Aishah anak solehah dia. Saat itu dia sedar akan keegoaan yang menyangka dirinya hebat dan mulia. Dia riak dengan nikmat yang Tuhan beri sampaikan dia tidak dapat menerima ketidak sempurnaan anaknya yang sebenarnya sudah terlalu sempurna untuk dirinya yang hina itu.

Share this novel

Roz Zana
2021-03-31 15:19:15 

update pls...

YAZNI-ERNIE
2021-03-27 03:55:06 

morning, dear. kata nk update

Roz Zana
2021-03-24 23:58:58 

i like this chapter... hope sgt hana and mika bersama


NovelPlus Premium

The best ads free experience