"Am tak nak la mak. Kenapa buat semua tu tanpa pengetahuan Am. Sepatutnya ibu dengan ayah tanya dulu pendapat Am."
Am meninggikan suaranya. Sungguh dia tidak menyangka ibubapanya serius.
"Tapi Am dengan Ain kan dah berkawan lama. Tak kan Am tak suka dekat Ain. Ibu buat semua ni untuk kebaikkan Am taw."
Am sungguh marah dengan tindakan ibu dan bapanya meminang Ain untuknya. Sudah la dipinang sekaligus bertunang. Bagi Am dia perlu di beri kebebasan untuk memilih pasangan hidupnya. Tapi Ain. Jauh skali.
Ayah Am yang baru selesai menunaikan solat menyertai perbincangan ibu anak itu.
"Selama ni ayah dengan ibu beri kebebasan untuk Am pilih haluan Am sendiri. Tapi kali ini Am mesti ikut pilihan ibu dengan ayah."
Am terdiam. Dia memang tidak berani membantah ayahnya. Haji Ahmadin memang seorang ayah yang tegas dan penyayang. Jika dia sudah membuat keputusan tidak ada seorang pun yang boleh membantah.
"So sekarang Ain tu tunang Am la. Macamtu. Ok fine. Am ikut apa je yang ibu and ayah buat. Walaupun Am kahwin dengan Ain tapi Am tetap tak suka."
Am segera meninggalkan ruang tamu yang dirasakan semakin panas tu. Dia menghempaskan pintu bilik sekuat hatinya. Di dalam bilik dia sudah berkira-kira apa yang perlu dilakukannya selepas berkahwin nanti. Dia tersenyum.
=====
Aku memeluk patung beruang sebesar pemeluk orang dewasa yang ku beli bersama Am. Air mataku tidak berhenti-henti mengalir.
"Dah la tu Ain. Kalau semua ni menyeksa jiwa kau baik kau batalkan je."
Amira memelukku. Diusap-usap bahuku berkali-kali untuk menenangkanku.
"Tak kan aku nak pentingkan diri aku sendiri Mira? Kad undangan dah di edar. Duit hantaran 10 ribu dah masuk akaun aku. Malu keluarga aku nanti."
"Habis kau sanggup korban kan diri kau kahwin dengan lelaki yang kau tak kenal tu."
Farina yang baru selesai mandi menyertai aku dan Amira. Aku tahu sahabat baikku ini khuatir dengan keadaanku. Sudah la aku baru sahaja dikecewakan oleh Am. Kini tiba-tiba sahaja aku perlu berkahwin dengan lelaki yang aku tidak kenali.
2 minggu lepas ibuku memberitahu bahawa dia menerima pinangan seorang lelaki untukku. Pinangan itu disertakan sekali cincin pertunangan. Tapi ibuku merahsiakan siapa lelaki itu. Aku cuba membantah. Tapi menurut ibuku lelaki itu adalah yang terbaik untukku. Mahu atau tidak aku terpaksa menerima perkahwinan ini. Segala persiapan sudah dibuat. Lagi 2 minggu aku bakal bergelar isteri kepada tunang yang masih misteri.
=====
Segalanya sudah selesai. Pagi tadi aku sah menjadi seorang isteri kepada Amran Marzuki. Tidak aku sangka bakal suamiku adalah lelaki yang selama ini aku sayang dalam diam.
Tapi ketika majlis pernikahan berlangsung, aku dapat melihat dengan cukup jelas wajah Am yang tidak gembira. Ketika sesi membatalkan air sembanhyang, cepat-cepat dia menarik tangan sebelum aku sempat mengucupnya. Aku merasa sungguh malu ketika itu.
Tanpa membuka tudung aku merebahkan tubuh ke atas katil. Badan terasa amat penat. Selesai majlis kami sekeluarga membersihkan segala yang mampu. Hanya tinggal bangsal sahaja yang tidak dikemas.
Tiba-tiba pintu bilikku di buka. Am baru sahaja selesai mandi. Dengan selambanya dia menanggalkan tuala dan memakai baju dihadapanku seolah-olah tiada orang lain di bilik itu. Aku pura-pura memejamkan mata seperti tidur.
"Kau tak payah nak berlakon sangat. Aku nampak kau belum tido masa aku masuk bilik ni. Aku suami kau. Apa yang kau nak malukan."
Perlahan-lahan aku membuka mata. Tidak aku pedulikan kata-kata Am. Aku bingkas bangun dan mencapai tuala untuk membersihkan diri.
Tiba-tiba Am memelukku erat dari belakang. Kepalanya diletakkan di bahuku.
"Kau suka la kan dapat kahwin dengan crush kau. Untuk pengetahuan kau aku tak pernah suka dengan semua ni. Dengan engkau-engkau sekali aku tak suka."
Am menolakku ke depan. Dia memandangku dengan pandangan yang jijik dan terus baring ke atas katil. Aku segera masuk ke bilik air. Di dalam bilik mandi aku menangis sepuas-puasnya. Aku tidak menyangka Am akan berkata seperti itu.
Di mana sahabat baikku yang dulu. Sahabat baikku yang tak pernah meninggikan suaranya kepadaku. Di mana dia yang selalu tersenyum kepadaku. Ya Allah betulkah perkahwinan ini membunuh erti persahabatanku dengannya?
Share this novel