OLB 3 : ISTANA CINTA

Romance Completed 18684

“You think I want to believe what you said? Proof it!” ujar Nicholas Dave lagi sambil menyilangkan
kedua-dua tangannya apabila dia mencurigai kelakuan Victoria Skye yang tidak selesa berada
dekat dengan lelaki itu.

Dimitri Rune yang masih dalam keadaan pening kepala, pantang dicabar, tanpa disangka, dia memegang muka Victoria Skye dan mencium bibir gadis muda itu. Nicholas Dave terkejut.

Victoria Skye menolak dada Dimitri Rune dan
menampar muka lelaki itu. Dengan muka yang merah padam dan air mata yang bergenang,
Victoria Skye bergegas masuk ke dalam kedai dan masuk ke dalam bilik rehat.

Dimitri Rune merasa terkejut dengan tindakan Victoria Skye itu. Seumur hidupnya, tidak pernah seorang perempuan pun yang berani menampar pipinya.

Nicholas Dave merenung tajam ke arah Dimitri Rune.
“Better you go right now before I’m doing something bad more than this.” Ujarnya lagi lalu dia bergegas masuk ke dalam kedai dan mencari Victoria Skye.

Victoria Skye mengesat air matanya dan berdiri dari duduknya. Dan pura-pura senyum apabila
Nicholas Dave masuk ke bilik rehat dan menegurnya.

“Are you okey?” soalnya dengan perlahan.

Victoria Skye angguk kepala. “Ya.. I’m okey. I need to continue my work. Sorry Bos.” Jawabnya lagi, ingin melangkah pergi dari situ.

Namun langkahnya terhenti apabila Nicholas Dave memegang lengan tangannya.

“I don’t know what happen between you two. Tapi saya akan bagi awak pulang awal hari ini. Awak tak boleh keluar dengan wajah begini.” Ujar Nicholas Dave lagi.

Dia menghadap gadis itu yang sudah tunduk dan diam. Nicholas Dave menghela nafas yang berat. Dia mengenali Victoria Skye setahun yang lalu ketika dia meminta kerja di kedainya dengan pengalaman yang kosong, sehinggalah menjadi seorang pekerja yang baik di antara semua pekerja.

Bahkan Nicholas Dave memang baik dengan semua pekerja di sana. Menjaga kebajikan dan keselamatan semua pekerja. Namun di dalam hatinya, Victoria Skye seorang pekerja dan seorang perempuan yang istimewa di dalam hatinya.

“Adakah saya ni nampak murah di depan mata semua lelaki?.” Soal Victoria Skye dengan tiba-tiba.

Nicholas Dave geleng kepala.
“Why you saying like that? Did that guy always treat you like that?”

Victoria Skye menarik dan menghela nafas yang panjang. Kemudian dia menceritakan apa yang
berlaku kecuali kejadian yang berlaku di hotel. Nicholas Dave terdiam sebentar.

“Okey… Awak boleh balik, lagipun sudah 1 petang. Make sure take a lunch. Saya akan sign kedatangan awak full hari ini. Or you want me to
send you home?” kata Nicholas Dave lagi.

Dia agak risau jika Dimitri Rune masih ada di luar dan cuba menganggu Victoria Skye.

Victoria Skye geleng kepala dengan senyuman tawarnya.

“Bos dah banyak buat baik dengan saya. I don’t want to make you trouble.” Jawab Victoria Skye.
Dia mula berkemas dan mengambil jaket panjangnya di dalam almari.

“Just called me, Dave. Just like the others.” Ujarnya lagi dengan senyuman.

Victoria Skye ketawa kecil.
“Okey lah Bos Dave.” Jawab Vanessa sambil memandang lelaki itu.

Dia sangat mengkagumi kehidupan lelaki itu. Sangat matang dan bermotivasi. Kemas dan tegas, dan baik hati, tambah lagi dia tampan. Ciri-ciri idaman setiap wanita untuk dijadikan seorang suami.

Nicholas Dave senyum dan lega melihatnya senyum.

Setelah memastikan Dimitri Rune tiada di luar kedai, Victoria Skye keluar dari kedai dan pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Rumahnya tidak jauh dari sana. Mengambil masa selama 10
minit sahaja.

Dalam fikirannya, dia masih tidak faham kenapa Dimitri Rune mencarinya dan bertindak untuk mencium nya lagi. Tapi kali ini, bau lelaki itu seperti pernah berada di hospital.

Victoria Skye dalam kekeliruan. Pada masa yang sama, dia perasan seseorang mengikutnya dari belakang. Victoria Skye mengorak langkah yang besar dan makin laju, kadang-kadang dengan
larian dan cepat-cepat melintas jalan.

Apabila dia berjaya berada di seberang jalan dan sebuah lori melalui jalan itu, Victoria Skye menyorok di tepi rumah orang dan memerhati seberang jalan untuk mengetahui siapa yang
mengikutinya. Dari jauh, dia melihat Dimitri Rune mencari kelibatnya. Victoria Skye tercungap cungap keletihan. Kemudian dia cepat-cepat pergi dari situ.

-

Pada malam itu, setelah bersiap semuanya, Victoria Skye duduk di tepi tingkap, di mana
dia menyewa di sebuah rumah teres. Dalam fikirannya masih teringat kejadian tengah hari
tadi.

Ketika dia memandang ke bawah, tiba-tiba dia melihat seorang lelaki di bawah memandangnya ke atas dengan senyuman. Victoria Skye agak terpana sekejap melihat Dimitri Rune yang kelihatan sudah kemas rapi.

Victoria Skye menghela nafas yang panjang,
kemudian dia turun juga dan keluar dari rumah sewanya. Dia memandang Dimitri Rune yang
seperti sudah jadi lelaki yang normal.

“Hmm… Kacak juga dia ni.” Bisik Victoria Skye dalam hati.

Dimitri Rune yang melihat Victoria Skye sudah berada di depannya, dia memegang tapak tangan gadis itu dan menunjuk ke arah sebuah café tak jauh dari mereka berdua berdiri.

Jantung Victoria Skye berdegup dengan kencang apabila merasa hangatnya tapak tangan Dimitri Rune yang lebar dan agak berurat itu. Dalam café itu, tetiba pula keluar lagu jiwang.

‘I will be right here waiting for You’

Oceans apart, day after day
And I slowly go insane
I hear your voice on the line
But it doesn't stop the pain

… If I see you next to never
How can we say forever?

… Wherever you go, whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

Victoria Skye hanya duduk menunggu Dimitri Rune datang membawa snack malam berupa dua cup mocha panas dan dua potongan kek coklet dan kek strawberry.

“You like sweet, right? Chocolate or strawberry?” soal Dimitri Rune dengan senyumannya.

Misai dan jambang serabutnya dia sudah cukur. Menampakkan wajahnya yang bersih, licin dan
cerah. Dan muda dari usianya. Kadang-kadang Victoria Skye melihatnya seperti usia 25an. Tapi
melihat gaya tubuh, sudah mau mencapai 40an.

Well, Victoria Skye memang hebat menilai
seorang lelaki dari luaran.

“How do you know I like sweet things? I didn’t tell you right?" Victoria Skye mencalit sedikit kek ising strawberry menggunakan jari telunjuknya dan dimasukkan di dalam mulutnya.

“Young people like you love sweet things. Chocolate, flower, teddy bear, jewels..” jawab
Dimitri Rune. Dia menghirup mocha dengan perlahan dan gentlemen.

“Kau pula? Kau suka ke benda manis macam ni?"

“Hmmm… I do. Tetapi itu 10 tahun yang lalu.” Jawab Dimitri Rune sambil memandang Victoria Skye dengan pandangan yang boleh membuat hati semua para wanita cair.

Victoria Skye mengelak daripada memandang matanya dan berkata, “So, you 38 years old? Sama macam Dave ke? .”

“Dave? Your bos? You called your Bos by name?” soal Dimitri Rune dengan tiba-tiba dengan
nada yang agak tinggi.

“Why? Kenapa kau cakap macam tu?” ujar Victoria Skye lagi, sedikit demi sedikit dia makan kek nya.

“No reason.” Jawab Dimitri Rune bersahaja.

Entah kenapa timbul perasaan cemburu apabila
Victoria Skye menyebut nama lelaki lain di depannya. Mungkin perasaannya kot.

“So? And you Tuan Dimitri Rune? Who are you actually? Betul ke kau ni kaya? Kenapa kau tiba-tiba berminat sangat nak dekat dengan aku?” soal Victoria Skye dengan panjang lebar. Kali ini dia pula yang merenung lelaki itu.

Dimitri Rune mengelap mulutnya dengan tisu yang disediakan.

“Salahkah aku interested dengan seorang perempuan. I’m not gay. And yes, I’m rich sebab
aku mewarisi kekayaan ayah aku yang sudah meninggal sejak aku masih kecil lagi. Tapi itu
bukan alasan aku untuk memikat seorang perempuan.” Jawab Dimitri Rune dengan terperinci.

“So, kau nak memikat aku lah ni?” soal Victoria Skye lagi.

Dimitri Rune memandangnya balik dengan senyuman.

“Mungkin, ya?”

“What do you mean by Mungkin? Perkataan itu Cuma ada satu maksud. Iaitu, 50-50 percent.
Anytime you can cancel the deal. I’m sorry, I’m not interested.” Jawab Victoria Skye dengan
tegas. Dia bangun dari kerusi dan hendak beredar.

“How about three things?” soalan Dimitri Rune membuat Victoria Skye menoleh ke arahnya.

“What three things?”

“Money, Sex and Love. I already try to give you money, but you give me back. And you also
didn’t choose sex. So, the left one is, Love..” Dimitri Rune bangun dari kerusi dan mendekati
Victoria.

Tiba-tiba café itu mendendangkan lagu,

Soledad

If only you could see the tears
In the world you left behind
If only you could heal my heart
Just one more time
Even when I close my eyes
There's an image of your face
And once again I come to realize
You're a loss I can't replace

Dia tidak pedulikan orang di dalam café itu, cuma hanya sepasang pasangan melihat mereka.

Nafas Victoria Skye tidak tentu apabila lelaki itu mendekatinya dengan minyak wangi yang mampu menggoda jiwanya sebagai seorang wanita.

“You know what, your breath makes me crazy. That’s why I can’t hold myself to kiss you.”
Bisik Dimitri Rune membuat Victoria Skye sudah tidak tentu arah.

Jantungnya sudah berdegup dengan
kencang. Dia memang pernah bercinta dengan mana-mana lelaki, namun tidak pernah merasa
sebegitu apabila berdepan dengan lelaki itu.

Tiba-tiba Dimitri Rune ketawa kecil dan dia menjauhkan diri daripada Vanessa dengan satu
langkah.

Victoria Skye berdehem-dehem. Dia dapat merasakan wajahnya merah padam, terasa malu dengan diri sendiri. Kemudian dia keluar dari café itu dan berhenti di depan traffic light, menunggu untuk melintas jalan.

Dia tersenyum. Namun senyumannya disembunyikan apabila Dimitri Rune berdiri disebelahnya.

Apabila lampu untuk penjalan kaki berwarna hijau, Victoria Skye mengorak langkah. Diikuti
Dimitri Rune yang tiba-tiba memeluk pinggangnya dari arah kiri. Victoria Skye agak terkejut namun dibiarkannya sehinggalah sampai di depan rumah sewanya.

“Why do you do this? To make me feel love then you left me again, just like before?” soal
Victoria Skye lagi. Dia merasa tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu yang membuat nya
merasa resah.

“Are you falling in love with me?” soal Dimitri Rune balik.

Soalan itu membuat Victoria Skye tidak tentu arah lagi mahu menjawab apa. Kadang-kadang dia merasa geram.

“Okey. Mari kita selesaikan masalah ini dan make it clear. You tell me what you want, and I
will tell mine what I want. Agree?” ujar Victoria Skye lagi. Dia tidak mahu merasa perasaan itu tergantung begitu sahaja.

“Alright. I Want you. And you?” jawapan singkat Dimitri Rune membuat gadis itu mau gila.

“What’s wrong with you??” marah Victoria Skye dengan tiba-tiba. Mukanya merah menahan
marah dari tadi. Dimitri Rune mengerutkan dahi.

“Nothing’s wrong with me. Salah kah kata aku tadi? I want you. It just you didn’t tell me
what you want.” Jawab Dimitri Rune dengan nada yang bersahaja.

Vanessa mengeluh dengan suara yang dalam kemarahan. Namun dia cepat-cepat bertenang.
“Mr Rune, or whatever people called you. I can’t give you… Hmmm… I can’t give you my body..or sex..” Victoria Skye menjawab dengan kata yang putus-putus.

Dimitri Rune yang mendengarnya, mula ketawa kecil kemudian kedengaran besar.
“I think you wrong about me. What I mean just now, I want you to be with me. It’s that wrong?”

Entah kenapa dia tidak merasa marah dengan tuduhan Victoria Skye itu. Bahkan dia merasa comel melihat tingkah laku gadis itu.

“Why…??” Victoria Skye tidak mahu menerima janji palsu lagi.

“Hmmm… perbualan ini akan menjadi yang sangat Panjang… I give you time. I promise,
tomorrow morning I see you again. Masa itu, aku akan beritahu kenapa. Dan kau mesti beritahu aku apa yang kau mahu. Okey?” soal Dimitri Rune sambil menunjukkan jari kelingkingnya kepada Victoria Skye.

“Macam janji budak kecil saja.” Ujar Victoria Skye. Akhirnya dia menyetujui cadangan lelaki itu.

Tak lama kemudian, dia melihat lelaki itu beredar dari sana menggunakan kereta berwarna
hitam berkilat. Menguatkan tekaannya bahawa lelaki itu memang kaya..

-

Keesokan paginya.

Kali ini, janji Dimitri Rune dikotakan. Dia sudah bertapak di depan rumah sewa Victoria Skye dengan senyuman dan gaya yang sememangnya membuat dirinya menjadi idaman para wanita.

Victoria Skye yang sudah bergegas bersiap secantik-cantiknya, turun ke bawah dengan
senyumannya sampai ke telinga.

Bila dia berdepan dengan Dimitri Rune, senyumannya hilang. Dia pura-pura menjual mahal dan sombong.

Dimitri Rune yang melihat Victoria Skye
berpakaian serba cantik, senyum sahaja. Biasalah jiwa remaja.

Dimitri Rune membuka pintu keretanya bahagian kiri untuk Victoria Skye. Setelah itu, dia masuk dan memandu pergi dari situ.

“Kita nak ke mana awal-awal pagi ni?” soal Victoria Skye. Kedengaran lagu English lama
dipasang.

“My house.” Jawab Dimitri Rune singkat.

Victoria Skye yang mendengar, perasaannya bercampur baur. Dia bimbang akan di apa-apakan. Namun dia memang sudah bersedia spray lada dan pisau lipat di dalam beg kecilnya.

“Jangan risau. Selagi kau dengan aku, kau akan selamat.” Jawab Dimitri Rune dengan senyuman.

Victoria Skye hanya diam sahaja. Maklumlah, kali pertama pergi ke rumah seorang lelaki bujang. Kacak lagi tu. Dan kaya.

45 minit kemudian, kereta Dimitri Rune melalui sebuah Kawasan rumah dan laman yang sangat
besar.
Victoria Skye terpegun, ternganga dan merasa teruja melihat rumah besar seperti istana
itu.
“Rumah siapa tu? Macam istana. Best lah kalau aku tinggal sana.” Ujar Victoria Skye dengan keterujaannya. Kali pertama lah tu.

Dimitri Rune hanya senyum sehinggalah dia masuk di kawasan halaman rumah itu. Dan pada masa itulah, terjawablah akan persoalan Victoria Skye siapa pemilik kekayaan itu. Mulut Victoria Skye kembali terkunci.

Dia menjeling ke arah Dimitri Rune yang sudah
memberhentikan keretanya di depan rumah besar dan beberapa kenderaan serta sebuah
helicopter berwarna hitam yang besar.

Victoria Skye seperti hendak mati. Dia tidak keluar dari kereta dan diam mati akal. Dia menutup muka apabila Dimitri Rune datang dan membuka pintunya dan menyuruhnya keluar.

Victoria Skye geleng kepala. Apabila dipaksa beberapa kali oleh lelaki itu, akhirnya Dimitri Rune membuat keputusan mengangkat badan Victoria Skye yang bertubuh sederhana itu seperti pasangan pengantin, seorang suami mengangkat badan si isteri masuk ke dalam rumah.

Bersambung...

Enjoy :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience