*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
*Buat tatapan anak ibu yang amat ibu sayangi dan ibu rindui selalu.
*Angah, mungkin saat angah membaca surat ibu ni, ibu telah kembali ke rahmatullah. Ibu ingin memohon kemaafan kepada anak-anak ibu kerana merahsiakan tentang penceraian ibu dengan ayah dan juga tentang penyakit ibu. Percayalah bahawa ibu amat menyayangi anak-anak ibu.
**
*Angah,*
*Ibu yakin angah telah selesai membacakan diari milik ibu. Segaja ibu selitkan surat ini berserta diari tersebut kerana ibu ingin menceritakan segala yang ingin ibu kongsikan dengan angah selama ini. Ibu harap angah tidak lagi menyimpan dendam terhadap ibu mahupun ayah. Ingatlah angah bahawa setiap yang berlaku Allah telah aturkan sebaik mungkin.
**
*Angah,*
*Ibu yakin dan percaya bahawa angah adalah anak ibu yang soleh. Angah merupakan ketua keluarga kita jika ayah telah tiada nanti. Angah satu-satunya anak lelaki ibu yang boleh ibu harapkan agar anak-anak ibu yang lain terjaga. Ibu harap angah bimbing dan didik anak-anak ibu yang lain agar mereka tidak terpesong dari ajaran Islam.
**
*Angah,*
*Selepas ibu tiada nanti, kalian pulanglah dan tinggal bersama-sama ayah. Berikan peluang kepada ayah untuk bersama-sama kalian sepertimana kalian berikan peluang kepada ibu. Jagalah ayah baik-baik, nak. Ayah kalian tidak pernah membenci kalian. Mungkin apa yang berlaku antara ibu dan ayah adalah kesilapan lampau ayah namun kita perlu ingat bahawa manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.
**
*Angah,*
*Ibu telah halalkan segala kasih sayang dan titik air susu ibu pada anak-anak ibu. Ibu juga meredai kehidupan anak-anak ibu semua. Ibu hanya ingin mengatakan buat kali terakhir bahawa ibu amat menyayangi kalian. Ibu berharap kalian akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
**
*Setakat ini sahaja coretan terakhir ibu. Walaupun ibu pergi untuk selamanya tetapi ibu tetap ada di dalam hati kalian. Jagalah anak-anak ibu dan ayah kalian baik-baik. Semoga anak-anak ibu berjaya di dalam pelajaran, kehidupan dunia dan akhirat.
*Assalamualaikum anak-anak ibu.
**
*Ibu sayang kalian.
Diari dan surat tersebut di peluk seeratnya dan ia merupakan hadiah yang amat bermakna buat Fawwaz. Air mata menitis di pipinya mengenangkan ibu yang di sayanginya kini telah tiada di sisinya. Dia amat merindui belaian ibunya dan dia berFaww ur kerana dapat merasainya buat kali terakhir sebelum ibunya pergi. Di dalam dirinya tersemat janji yang menjadi permintaan terakhir ibunya. Dia ingin mengembalikan kegembiraan dalam keluarganya bersama-sama ayahnya. Hanya doa yang tidak putus mampu di kirimkan oleh Fawwaz buat ibu yang tercinta.
Share this novel