Pertama Kali

Drama Completed 2220

"Bahu awak okey?"Soal Alice dengan risau.Jasper mengerang kesakitan.Aluce segera memapah Jasper."Tak mengapa,mari saya bawa awak ke hospital.Jasper akur."Dari mana awak belajar berlawan?"Soal Jasper yang kagum dengan Alice.Alice tersenyum sambil memicit micit tangan Jasper.
"Keluarga saya."Ujarnya tenang.Jasper mengerutkan dahinya."Apa?"Alice ketawa."Nanti saja saya jelaskan.Bila tiba masanya nanti."Ujar Alice dengan senyuman yang mempunyai seribu makna.

Seminggu berlalu,Alice dan Jasper pula begitu rapat sehinggakan ada yang menyangka mereka bercinta.Apatah lagi Alice asyik bersikap manja apabila bersama Jasper.Boleh dikatakan hampir semua jejaka di sekolah cemburukan Jasper.Tetapi mereka tahu betapa panas barannya Jasper.Hanya Alice yang boleh menenangkan Jasper.
Jejaka berbaju biru tua menjuihkan bibirnya tanda cemburu apabila terpandang Alice yang ralik menyediakan makanan buat Jasper."Awak nak brokoli?"
Soal Alice dengan mesra.Jasper mengangguk.Mereka berdua duduk sebelah menyebelah di meja yang berada di sudut kanan."Awak makan sayur,tapi entah kenapa kulit awak tetap kelihatan pucat.Keturunan ke apa?"Bisik Alice sendiri.Namun telinga Jasper yang tajam dapat menangkap kata kata Alice tersebut.
Tanpa Alice sedar,buat pertama kalinya,Jasper tersenyum menahan tawa.
Tetapi apabila terpandangkan bibir muncung Alice,Jasper tidak dapat menahan tawanya lagi."Awak sangat lucu Alice ! Comel betul !!"Ujar Jasper dengan riang lalu ketawa.Ruang kantin itu kini sunyi.Hanya gamat dengan bunyi tawa Jasper sahaja.Mata pelajar perempuan langsung tidak dapat dilarikan daripada Jasper.Alice pulak lagilah terkejut.Takde angin takde ribut,tetiba gelak sakan.Dah la comel !!!

"Jasper,saya suka awak,saya... cintakan awak."Alice mengaku cinta sambil kepalanya menunduk ke bawah.Comel betul Alice ketika malu malu kucing.
Buat pertama kalinya,wajah Jasper memerah.Malu tak terkata.
"Saya... juga."Tak tahu apa yang mahu dijawab.Hanya itu sahaja jawapannya.Itu sahaja kebenarannya.
"Awak sangat comel apabila malu."Ujar Alice yang berusaha sedaya upaya supaya kelihatan santai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience