2016
"Ya Allah, apalah nak jadi dengan kau nie Farid, makin teruk keputusan peperiksaan kau nie, semuanya F!,"
Farid Husin tidak menjawab, hanya memerhati ke arah neneknya sejak tadi membebel setelah neneknya mengambil buku laporan keputusan peperiksaannya di sekolah
Nek Ja duduk di sofa, tergeleng-geleng kepalanya
"Kenapalah kau nie bodoh Farid, adik beradik Farid yang lain semuanya pandai-pandai, tapi farid, hiss hairan betullah nenek,"
"Apa ada hal kalau Farid bodoh Nek, janji berduit, apa bezanya kalau Farid pandai, Farid bodoh, keluarga Faridkan kaya,"
"Kalau Farid dah fikir macam tu, tak payahlah sekolah, duduk je rumah, bodohkan lagi diri tu, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah sama je, tetap bodoh,"
"Zaman sekarang nie nek, anak orang kaya macam Farid nie walaupun bodoh, bila dah besar nanti tetap jadi bos, orang yang cerdik tu kena tunduk dengan orang bodoh macam Farid, hebat tak,"
Nek ja mengeleng kepala
"Susah betul cakap dengan orang bodoh, Farid ingat ayah Farid nak ke anak dia yang takde pelajaran jadi bos kat syarikat dia, janganlah kau mimpi Farid,"
"Kalau gitu Farid duduk jelah rumah goyang kaki, tiap-tiap bulan dapat duit, lagi best,"
Sakit betul hati Nek ja bila cucu kesayangannya asyik menjawab
"Sudah, mulai bulan depan, Nenek ada upah seorang pelajar, untuk ajar Farid, pelajar tu pun rekeman dari cikgu sekolah Farid, katanya pelajar tu pandai,"
Dahi Farid Husin berkerut memandang neneknya
"Siapa nek?,"
Nek ja mengambil beg tangannya di atas meja, sehelai kertas nota kecil di keluarkan dari beg tangannya itu
"Nama pelajar tu, Awaisha Laila, pelajar terbaik tingkatan tiga, Farid kenal ke?,"
Farid Husin temangu
"Farid kenal ke?,"
Tanya Nek ja lagi
Farid Husin mengeleng
"Mana Farid kenal,"
Nek ja mengecil matanya, hairan
"Aik.. pelajar nie satu sekolah dengan Farid, tingkatan pun sama, tak akan Farid tak kenal,"
"Faridkan bodoh, mana campur dengan orang-orang cerdik,"
Jawab Farid Husin selamba segaja tidak mahu memberitahu neneknya, dia sebenarnya mengenali Awaisha Laila
"Betul juga tu,"
**
Selepas makan malam di rumah ibu mertuanya, Farid Husin bersama Fazura berjalan pulang ke rumah, Fazura memaut erat tangan suaminya asyik memandang wajah tampan suaminya itu
"Zura minta maaf ya Bang, tak sempat pulak Zura nak masak semula nasi ayam tu,"
"Tak apa sayang, abang tak kisah pun, makan lauk mak tadi pun sedap,"
"Apa kata esok Zura masak nasi ayam Thai untuk abang, bahan semua dah ada,"
Farid Husin tersenyum memandang isterinya
"Kemain diorang puji masakan Zura siang tadi, katanya sedap sangat, tentulah abang pun teringin nak makan,"
"Esok Zura masak, abang jangan risau,"
Balas Fazura,
"Oh, lupa Zura nak beritahu abang, siang tadi, pakcik said ada bawa anak angkat dia, cantik Bang macam pelakon Hindustan,"
Farid Husin tersenyum nipis, itulah sebab dia tidak balik ke rumah tengahari tadi bila ayahnya mengajak pergi ke rumahnya namun bila dia dapat tahu ayahnya mengajak Said bohkari dengan Awaisha Laila dia terus menolak
"Zura?,"
"Ya abang,"
Fazura memandang suaminya
"Zura tahukan abang cintakan zura,"
Fazura mengangguk
"Zura pun cintakan abang,"
Farid Husin menghentikan langkah, dia memalingkan badan, tangannya memegang kedua bahu isterinya
"Dalam dada abang nie hanya Zura abang cinta, tiada perempuan lain, zura ingat tak apa yang abang cakap pada zura tempoh hari,"
"Ingat,"
"Mulai hari nie, apa saja yang abang buat, Zura kena pecayakan abang, apa pun yang terjadi jangan sesekali tinggalkan abang, boleh,"
Fazura mengangguk, walaupun dia bingung dengan permintaan suaminya
"Zura tak akan tinggalkan abang, Zura cintakan abang,"
Farid Husin memeluk erat isterinya, mulai sekarang dia akan melakukan sesuatu yang mungkin akan mengubah kebahagian rumah tangganya, sesuatu yang akan membuatkan isterinya terluka tetapi semua itu harus dia lakukan kerana dendam yang sudah sekian lama terpendam dalam dirinya
**
Teguh holding
"Macam mana Awaisha, agak-agak boleh menang ke kalau Tan seri Omar tetap mahu menyaman kita,"
Awaisha Laila tersenyum
"Kenapa pakcik tanya saya, dah terang-terang semua tu akan berpihak pada kita, walaupun rakaman Cctv nie tiada suara tapi dengan gaya pemakaian anak tan seri Omar tu, sesiapa pun boleh agak niat sebenar anak Tan seri Omar tu berjumpa dengan Farid,"
Said bohkari terangguk-angguk
"So apalah pendapat Awaisha?,"
Awaisha Laila melepaskan nafas panjang
"Bagi pendapat saya, mungkin lebih baik, Dato kena bertemu semula dengan Tan seri Omar, berbincang secara baik, tak guna juga kalau kes macam nie masuk dalam mahkamah, nanti anak Tan seri tu juga yang akan malu,"
"Ikutkan, Tan seri Omar cuma nak Farid minta maaf je, tapi Awaisha pun tahu kan, Farid punya perangai, jangan haraplah dia nak minta maaf,"
"Kalau macam tu, pakcik kenalah ikut sekali dengan Dato jumpa Tan seri Omar, tunjuk pada dia kita ada rakaman Cctv untuk menyakal tuduhan Farid menghina anak dia,"
Said bohkari mengangguk
"Baiklah, nanti pakcik jumpa dengan Dato, oh ya, pakcik lupa nak tanya Awaisha,"
Said bohkari tersenyum memandang Awaisha Laila
"Sedap tak masakan isteri Farid semalam,"
Bibir Awaisha Laila tersenyum saat mengangguk
"Sedap, itulah first time saya makan nasi ayam sesedap tu, pandai betul fazura tu memasak,"
Said bohkari tersenyum
"Hubungan Awaisha dengan Farid macam mana pula, dari semalam pakcik perasan muka Awaisha berseri-seri je, dah berbaik ke?,"
"Alhamdulilah pakcik, Farid dah lupakan semua tu, dia layan saya pun dengan baik, tapi saya harap pakcik janganlah fikir jauh sangat tentang hubungan saya dengan Farid, saya rasa cukuplah antara saya dengan Farid hanya sekadar rakan je"
Said bohkari mengeluh perlahan
"Habis tu macam dengan Farhan, sampai bila Awaisha nak sembunyikan anak tu dari ayahnya,"
Awaisha Laila tergeleng-geleng
"Tidak.. tidak.. sampai mati pun saya tak akan serahkan anak tu pada Farid,"
"Masalahnya sekarang, Awaisha pun tak nak jumpa dengan Farhan, Awaisha tak kesihan ke dengan dia,"
"Bukan Awaisha segaja tak nak jumpa Farhan pakcik, tapi anak tu lah punca hubungan saya dengan Farid jadi macam nie, kalau saya tak mengandung, sekarang nie saya dah hidup bahagia dengan Farid,"
"Astagfirullahaladzim, istifar Awaisha, tak baik Awaisha salahkan Farhan, dia tak tahu apa-apa Awaisha, hanya yang melahirkan dia je yang tahu mengapa dia di lahirkan di dunia nie, dia tak pernah tahu,"
Awaisha Laila menekup wajahnya
"Maafkan saya Pakcik,"
Ucap Awaisha Laila dengan nada sebak, hatinya merasa menyesal kerana meluahkan perasaan kecewa pada anak yang di kandungkannya
**
Farid Husin sedang menjamu selera di restoran Nasi berlauk mak siti, dia mengajak Hamdan menemaninya, Hamdan seperti perasan, walaupun Farid Husin leka menikmati makanan namun wajahnya seperti gelisah
"Kenapa dengan kau nie Farid, gelisah semacam je aku tengok?,"
Farid Husin mengeluh perlahan, pertanyaan Hamdan mematikan seleranya
"Kau ingat lagi tak perempuan yang aku pernah cerita kat kau waktu kita kat U,"
Handam mengankat kening, otaknya ligat mengingat kembali salah satu perbualan antara dia dengan Farid Husin ketika di Universiti
"Maksud kau, kekasih kau kat smk dulu tu ke?,"
Farid Husin mengangguk sambil menghabiskan minumannya yang tinggal separuh
"Kenapa dengan perempuan tu, kau dah jumpa dia ke?,"
"Sekarang nie dia berkerja kat Teguh holding,"
"What the H**l, berani betul dia Farid, dia tak takut ke?,"
Farid Husin memandang Hamdan, satu-satunya sahabatnya yang tahu kisah dia dengan Awaisha Laila selepas dia menceritakan kisah cintanya pada Hamdan ketika mereka berlajar di Universiti yang sama
"Hamdam, Kali nie aku nak minta tolong kau,"
Hamdan terus mengangguk
"No problem, kau cakap je, aku akan tolong kau,"
Farid Husin duduk menyandar, tangannya memeluk tubuh
"Aku nak perangkap dia,"
"perangkap?, kau nak perangkap macam mana?,"
"Macam aku buat pada Fazura, tapi kali nie lebih teruk,"
Hamdam mengaru-garu rambutnya, seakan tidak mengerti dengan maksud Farid Husin
"Maksud kau, kau nak perangkap dia, supaya dia berkahwin dengan kau, biar betul Farid?,"
"Kalau dia jadi isteri aku, aku boleh tunjukan pada dia, keinginan dia sebelum nie yang menyebabkan nenek aku mati adalah neraka untuk dia, aku akan pastikan dalam keluarga aku, dalam syarikat bapak aku, dia sentiasa di hina, kerana menjadi seorang perempuan yang merampas kebahagian orang,"
Jawab Farid Husin bersungguh-sungguh
Hamdam mengeleng-geleng kepalanya
"Aku tak kisah Farid apa yang kau nak buat dengan perempuan tu, tapi? macam mana dengan Fazura, boleh ke dia terima, yelah, dia kahwin dengan kau pun baru lima bulan tiba-tiba je dah bermadu,"
Farid Husin menghembus nafasnya, wajahnya di gosok-gosok
"Kau jangan risau Hamdan, nanti aku akan ceritakan pada dia, alasan kenapa aku buat semua tu,"
"Terpulang pada kau Farid, tapi aku fikir, lebih baik kau goda je dulu perempuan tu, sampai dia tergilakan kau semula, kalau dia tak termakan dengan godaan kau, barulah kau perangkap dia,"
Farid Husin terangguk-angguk,
"Betul juga cakap kau, okay aku cuba,"
**
Ampang Jaya
Fazura tekun memotong ayam yang sudah di rebus, selepas memotong ayam, dia masukkan bahan-bahan perisa di dalam bekas ayam yang telah di potong untuk dia masukkan ke dalam peti ais
Selepas semua bahan di masukkan ke dalam bekas, tiba-tiba dia teringatkan kata-kata suaminya malam tadi membuatkan hatinya mula merasa takut seakan-akan ada sesuatu yang akan mengoncang kebahagian rumah tangganya bila dia teringatkan salah satu luahan dari suaminya sebelum tidur
"Andai kata abang berkahwin lagi, zura kena tetap pecayakan abang, bagi abang Zuralah satu-satunya isteri abang yang paling abang cintai, abang mohon pada Zura jangan sesekali tinggalkan abang,"
Fazura terduduk di lantai, bola matanya merenung kosong, sedikit demi sedikit dia menarik kedua lutut merapat pada dadanya, selepas Fazura memeluk lututnya, dia terus menangis teresak-esak, andai benar suaminya akan berkahwin lagi, mati sekali pun dia tak akan tinggalkan suaminya
Share this novel