Bab 34 Air Tangan Suami

Drama Completed 209010

Malam ini Haziq menempati janjinya pada Izara. Sebelum pulang ke rumah Haziq singgah ke pasaraya untuk membeli bahan masakan. Dari dalam kereta Haziq berfikir-fikir akan masak apa malam ini. Dia tersenyum bila ia sudah dapat idea untuk memasak pada malam ini. Masuk sahaja ke Pasaraya Haziq terus membeli bahan-bahan yang ia perlukan.

Selesai membayar harga bahan-bahan yang ia beli di kaunter,Haziq pun kembali ke arah ketetanya. Sampai di tempat keretanya terparking,Haziq membuka bonet keretanya dan meletakkan barang yang ia beli tadi. Selepas itu barulah ia pun masuk ke dalam kereta dan memandu menuju ke arah rumahnya.

Hampir pukul 6.00 petang barulah Haziq sampai di rumah. Izara sudah tersenyum lebar melihat kereta suaminya masuk ke perkarangan rumah. Izara mendekati tempat Haziq memarkir keretanya. Haziq keluar dari dalam kereta dan membuka bonet keretanya. Lalu Haziq mengambil barang-barang yang telah ia beli di pasaraya.

"Oo patut lah abang lambat balik hari ni. Abang pergi singgah beli barang ya" kata Izara bila melihat suaminya mengambil beg plastik yang ada di dalam bonet kereta.

"Ya lah, kan abang dah janji nak masak untuk kita makan malam ni. Nanti Zara tolong potongkan bahan-bahan yang abang beli ni" kata Haziq sambil berjalan masuk ke dalam rumah beriringan dengan sang isteri.

" Bagi beg plastik tu pada Zara,biar Zara je bawa pergi ke dapur. Abang pergi la mandi dulu"kata Izara pada suaminya.

"Baik lah, abang nak mandi dulu. Nanti abang dah siap mandi baru abang akan masak," kata Haziq sambil tangannya memberi beg plastik di tangannya kepada Izara.

Selepas itu Haziq terus berjalan menaiki anak tangga menuju ke bilik.Sementara Izara pula membawa beg plastik tersebut ke dapur. Selalunya Haziq jarang sembahyang asar di rumah bila hari ia kerja. Kerana sebelum ia pulang ke rumah, Haziq akan sembahyang asar di surau yang ada berhampiran pejabatnya.

Selesai mandi dan memakai baju Haziq pun berjalan ke dapur.Di dapur sudah ada Izara yang sudah tidak sabar untuk melihat suaminya itu memasak.

"Abang nak masak apa ni?" tanya Izara. Bila melihat suaminya itu sudah berada di dapur.

"Zara tengok abang ada beli apa?" tanya Haziq pada isterinya.

"Zara tengok ada spageti dan bahan-bahan lainnya" kata Izara sambil tersenyum kerana sudah dapat mengagak suaminya itu ingin memasak spageti.

"Malam ni abang akan masak spageti je la. Mak abang pun suka spageti ni," kata Haziq sambil tangannya membuka bungkusan spageti untuk di rebus di dalam periuk.

"Zara pun suka juga makan spageti ni. Selalu kalau datang rumah kawan Zara nama Darwisya selalu juga la mak dia buat", kata Izara sambil memadang suaminya yang sedang mula memasak.

" Baguslah kalau Zara pun suka",kata Haziq.

Siap masak spageti Haziq memasukkan ke dalam bekas lalu ia meletakan bekas tersebut di atas meja. Kemudian Izara menutup dengan tudung saji. Kerana mereka berdua akan menunaikan sembahyang magrib terlebih dahulu. Selesai sembahyang barulah mereka akan makan untuk malam ini.

Malamnya selesai menunaikan sembahyang Haziq mengajak Izara ke bilik bibik orang gaji di rumah ini. Bilik bibik dan orang tua Haziq jaraknya tidak lah berapa jauh.

Haziq mengetuk pintu bilik orang gajinya bila sudah sampai di depan pintu bilik. Haziq ingin melihat keadaan bibik yang kurang sihat itu. Tak lama kemudian bibik pun membuka pintu biliknya. Bila melihat bibik membuka pintu bilik. Haziq terus bertanya pada bibik tentang kesihatannya. Haziq juga mengajak bibik makan bersama.

Bibik pun mengikuti mereka berdua ke dapur untuk makan spageti yang telah siap di masak oleh Haziq. Mak Haziq juga makan bersama mereka malam ini. Kerana sang suami sudah tidur. Malam ini mereka makan berempat di meja makan.

Selesai makan dan mengemas bekas makan tadi. Mereka semua sembahyang isyak berjemaah bersama. Seperti biasa Haziq menjadi imam. Kali Samsiah mak Haziq berjemaah bersama. Selalu Samsiah akan sembahyang di dalam bilik sahaja. Kerana risau suaminya akan mencarinya nanti bila tidak melihat dirinya.Tapi kerana malam ini sang suami tidur agak awal jadi dapat la ia berjemaah bersama anak menantunya.

Selesai menunaikan sembahyang Samsiah kembali semula ke bilik suaminya berada. Sementara Haziq dan Izara masuk ke dalam bilik mereka berdua.

"Sedap lah abang masak spageti tadi" kata Izara sambil memadang pada sang suami yang menutup pintu bilik.

"Ala,biasa je tu. Zara pun dah tengokkan cara masak dia. Lepas ni Zara pun boleh masak juga," kata Haziq pada sang isteri.

Hati Izara mula berbisik,"Aku tak tengok sangat pun cara dia masak. Sebab aku teralit tengok muka dia je,nampak bergaya je bila suami aku ni pengang kuali,periuk dan sudip. Nampaknya aku tak boleh berlajar masak dengan suami aku. Sebab aku tak boleh fokus kepada masakan,asik nak fokus ke muka dia je. Esok kalau bibik dah sihat aku akan berlajar masak dengan bibik je la,"

"Abang kalau Zara nak minta sesuatu boleh tak?" tanya Izara bila melihat suaminya sudah melabuhkan pungungnya di atas katil.

"Zara nak minta apa? Cakap je lah," kata Haziq sambil memadang pada sang isteri yang berada di sebelahnya.

"Dah lebih dari 2 minggu Zara tinggal dekat rumah abang ni. Sekali pun abang tak pernah bawa Zara keluar pergi jalan-jalan. Hari ahad ni kalau boleh Zara nak keluar dengan abang boleh?" kata Izara dengan nada suara yang agak manja.

"Kalau setakat nak keluar jalan-jalan hari ahad ni boleh je. Tapi kita kena bawa bibik sekali la. Abang risau terjumpa Ikwan atau saudara belah mak abang je nanti. Harap Zara tak kisah," kata Haziq sambil tangannya memelai rambut isterinya itu.

"Ya lah, bawa je bibik tu. Yang penting ahad ni Zara nak juga keluar dengan abang," kata Zara.

"Kalau macam tu tak pa,nanti hari ahad ni kita akan keluar jalan-jalan dengan bibik.Zara nak pergi mana?" kata Haziq.

"Tak kisah pergi mana pun. Zara akan ikut je kemana abang pergi," jawab Izara pada pertanyaan suaminya.

Walau pun hati Izara agak sedih sebenarnya kerana bibik akan ikut bersama."Sebelum kahwin adik aku suka kacau daun. Sekarang ni dah kahwin nak keluar kena bawa bibik pula dah. Nampaknya waktu untuk berduaan hanya dalam bilik ni je la,"keluh hati Izara.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience