BAB 3

Romance Completed 9611

“ Sany kol ke?” tanya Hijah sambil tersenyum penuh makna. Hijah budak sekelas merangkap housemate aku.

“ Aah, dia tanya pasal case study Law. Dia tak sure madam nak case yang macam mana.” Aku melabuhkan duduk di sofa. Mata terpaku melihat Izzue Islam yang sedang berlakon di dalam drama SSID. Cutenya Izzue, tengok banyak kali pun tak bosan. Kalau dapat jadi suami kan best!

“ Dia tak ada cakap pasal rindu, cinta or sayang ke kat kau?”

Aku tergelak besar dengan kata-kata Hijah. Gila apa Sany nak cakap macam tu kat aku. Aku bukannya kekasih dia.

“ Kau jangan nak buat lawaklah. Sah dia buang tabiat kalau dia sebut ayat tu semua kat aku. Aku pun tak sanggup nak dengar. Rasa pelik aje.”

“ Kau memang tak ada apa-apa perasaan ke kat dia? Ke hulu ke hilir dengan dia. Buat assignment pun sama-sama. Study pun sekali. Pendek kata almost 24 hours jugaklah kau spend masa dengan dia.” Nabila yang duduk di sebelahku pula menyoal. Diorang ni nak aku bercinta dengan Sany ke?

“ He’s just my best friend, not more than that. Lagipun kitorang dah kenal lama. Since diploma lagi and aku tak sangka pula dapat sambung degree kat tempat yang sama dengan dia. Dah lama kawan dengan dia, sikit pun aku tak ada feeling.” Jujur aku mengaku. Macam mimpi ngeri je kalau Sany jadi kekasih aku. Sany dan aku? Erk… sangat tak sesuai!

“ You know what Linda… hubungan baik antara lelaki dan perempuan susah nak maintain lama sebab mesti salah seorang akan tersasar. Jatuh hati kat kawan baik sendiri. Benda ni dah selalu sangat jadi. So, it’s possible to happen between you and Sany.”

“ Nonsense.” Aku menggeleng perlahan. Mustahil perkara seperti itu akan berlaku di antara aku dan Sany.

“ Sany pun boleh tahan handsomenya. Kau pun cantik. Sesuai sangatlah korang berdua.” Hijah masih lagi berusaha nak padankan aku dengan Sany tapi aku hanya dengar saja. Umpama masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Malas nak lekat dalam hati. Tak ada gunanya kerana hubungan aku dan Sany tak akan berkembang ke mana. Tak akan lebih dari seorang kawan.

“ Yup. Kau macam tak tahu yang ramai junior and senior kita yang minat kat Sany. Budak kelas kita pun ada yang minat tapi sekali pun aku tengok Sany tak pernah nak layan diorang. Asyik nak berkepit dengan kau aje.” Hah, ni lagi seorang mak cik yang suka sangat nak aku dan Sany bersama. Sudahnya aku picit dahi. Pening dengan kerenah diorang yang entah apa-apa.

“ Tak bermaksud kalau ramai orang minat dia, aku pun kena minat dia juga.” Aku mencebik. Ingat Sany tu famous macam Anuar Zain ke sampai semua orang nak kena minat dia.

“ Aku nak lepas ni bila kau jumpa dia, kau dengar betul-betul degupan jantung kau. Ada rasa berdebar tak. Kalau ada tu maksudnya kau dah jatuh cinta.” Sempat Nabila memberi pesanan.
Aku terdiam. Berdebar bila jumpa Sany? Mengarut!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience