Bab 34

Drama Completed 35637

Tiara Adriana sedang berdiri di hadapan rumahnya. Dia sedang menunggu kedatangan Hadi.

Hadi sudah berjanji dengan Tiara pada hari itu untuk membawanya ke Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka untuk melawat Luqman. Sudah lima hari Luqman bermalam di situ.

Tiara termenung jauh. Peristiwa abangnya ditangkap polis bermain main di fikirannya. Setiap patah perkataan yang dikatakan abangnya terngiang-ngiang di telinganya.

Semua yang berlaku pada hari itu sungguh pantas. Terlalu pantas apabila dia fikirkan tentang nya semula.

Tiara buntu. Dia tidak tahu bagaimana mahu beritahu ibunya mengenai perkara itu. Dia pasti ibunya akan teramat sedih dengan kenyataan itu.

Pada kala dia sedang melayan perasaan, kereta Hadi berhenti di sebelah nya. Tingkap kereta diturunkan dan kelihatan Hadi yang segak berkemeja duduk di bahagian pemandu.

Hadi menguntumkan senyuman manis buat Tiara. Dia tahu yang fikiran Tiara bercelaru sejak daripada peristiwa tempoh hari. Seboleh-bolehnya, dia tidak mahu membuat Tiara bertambah sedih lagi.

Tiara mambalas senyuman itu dan masuk ke dalam kereta.

"Lama ke kau tunggu aku? Sorry lah, traffic light buat hal pulak tadi"

"Eh, tak ada lah. Tak lama pun. Lagipun aku berdiri depan rumah aku je, bukan aku dekat bus stop"

Hadi lega mendengar jawapan Tiara itu. Memang dia tidak sengaja untuk menjemput Tiara lambat.

"Kau okey?" Hadi perasan dengan perubahan sikap Tiara sejak dua menjak ini.

Tiara yang berada di sebelahnya itu bukan lagi seperti Tiara yang dia kenal mula mula dahulu. Dia banyak mendiamkan diri, termenung jauh dan kalau diajak bercakap, sepatah sepatah dijawab nya.

Sungguh, Hadi rindu Tiara yang dahulu. Dia berharap perubahan Tiara itu tidak lama. Tetapi, dia juga faham dengan apa yang Tiara rasa.

Abang ditahan polis, ibu sedang berkerja jauh dari dia dan ayah tiada di sisi. Dia bersimpati dengan Tiara.

"Okey je. Jom lah, nanti kita lambat pulak" Tiara menjawab sambil tersenyum. Entah senyuman ikhlas atau palsu Hadi tidak tahu.
//
Kini, Hadi dan Tiara sudah berada di hadapan bangunan Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka.

Jantung Tiara berdegup laju kerana takut untuk bertemu dengan abangnya. Kakinya bagai dipaku di atas jalan itu.
Tambah pula, berjumpa dengan abangnya yang berpakaian penjara.

Apa reaksi abangnya apabila melihat dia datang melawat? Adakah abangnya gembira ataupun sebaliknya nya? Bermacam macam perkara bermain di fikirannya ketika itu.

Hadi sudah melangkah ke hadapan tetapi dia tersedar yang Tiara tiada di sisinya. Tiara masih berdiri tegak di belakang. Wajah nya jelas menunjukkan riak ketakutan.

Hadi berpusing ke belakang dan berjalan ke arah Tiara.

"Kau risau ke nak jumpa dengan abang kau?"

Tiara mengangguk perlahan kepalanya. Tiada perkataan yang boleh keluar daripada kerongkong nya ketika itu. Yang boleh dilakukan nya ketika itu hanya menarik dan menghembus nafas.

"Tak apa. Aku ada dengan kau. Kau jangan takut. Jom lah cepat, nantu tak sempat pulak kau nak jumpa abang kau"

Tiara memandang wajah Hadi yang tersenyum manis itu. Setelah Hadi mengucapkan kata-kata itu, terasa seperti ada satu kekuatan yang muncul dalam dirinya.

Dia menarik nafasnya dan berjalan ke arah pintu masuk utama bangunan itu diikuti oleh Hadi di belakangnya.
//
Luqman Muaz sedang berada di hadapan Tiara. Mereka berdua dipisahkan oleh sebuah cermin di tengah mereka berdua.

Di atas meja, ada sebuah telefon yang membolehkan mereka berdua berkomunikasi. Kelihatan wajah Luqman seperti tidak menyenangi kehadiran adiknya disitu untuk melawat nya.

Wajahnya yang bengis membuatkan jantung Tiara bertambah laju degupan nya. Hadi sedang menunggu di luar.

Dia tidak mahu mengganggu perbualan antara dua beradik ini. Ketika itu, hanya ada 3 orang pelawat sahaja termasuk Tiara yang melawat banduan penjara di situ.

Tanpa menunggu lama, Luqman mencapai gagang telefon yang berada di situ. Dia tidak mahu berlama-lama di situ dan melihat muka adik nya.

Melihatkan abangnya mencapai gagang telefon, Tiara juga mencapai gagang telefon yang berada di hadapan nya. Dia lambat lambat mendekatkan gagang telefon itu ke telinga nya.

"Apahal kau datang sini ni?" Luqman memulakan perbualan. Nada suara nya jelas menunjukkan bahawa dia tidak suka melihat Tiara.

Belum sempat Tiara berkata apa-apa, Luqman menambah lagi.

"Suka la kau kan? Tengok aku duduk sini. 6 bulan meringkuk dalam penjara ni. Seronok lah hidup kau lepas ni. Tak payah nak bagi duit dekat aku lagi. Mesti dalam hati kau sekarang ni tengah seronok cakap padan muka dekat aku. Kau jangan buat macam aku tak tahu ye Tiara. Kau ingat aku bodoh? Kau yang report aku dekat polis kan?! Kau nampak aku balik rumah, kau pulak memang benci dengan aku, cepat cepat kau call polis. Kau cerita semua benda buruk aku dekat polis. Kau memang manusia tak guna kau tahu tak!"

Tiara sudah tidak mampu untuk menahan air mata nya lagi. Dia tidak sangka yang abangnya fikir bahawa dia yang laporkan abangnya kepada polis.

Bagi Tiara, seteruk macam mana pun abangnya layan dia, dia tidak sampai hati untuk melihat abangnya meringkuk di dalam penjara.

Dia tidak sanggup melihat abangnya menghabiskan masa nya di dalam penjara. Dia masih lagi sayangkan abangnya.
Tiara mahu memberitahu perkara sebenar pada abangnya supaya abangnya tidak salah faham dengan apa yang terjadi.

Tetapi, Luqman tidak memberikan peluang kepada Tiara untuk bersuara.

"Dah lah, kau tak payah tunjuk baik lah depan aku. Konon nya nak melawat aku, nak tengok keadaan aku dekat dalam ni. Kau pergi balik lah. Sakit mata, sakit hati, sakit jiwa aku tengok muka kau ni. Aku tak perlukan lah orang macam kau dalam hidup aku. Aku benci kau. Aku tak ada adik sampah macam kau! Sebab kau lah hidup aku jadi macam ni! Dan pasal ibu, cakap dengan ibu yang aku tak perlukan orang melawat aku. Aku tak perlukan simpati orang. Jangan jumpa dengan aku selama aku duduk dalam penjara ni"

Luqman meletakkan gagang telefon dengan kasar dan berlalu pergi bersama dengan warden yang berada di situ.

"Abang..." Laju air mata Tiara mengalir di pipi nya. Dia tidak menyangka niat nya yang baik untuk melawat abangnya di tolak mentah-mentah oleh abangnya.

Kedua matanya melihat abangnya berlalu pergi bersama warden. Tiara meletakkan perlahan gagang telefon itu dan menyapu air mata nya menggunakan hujung lengan baju nya.

Dia tidak mahu Hadi nampak dia menangis.

Setelah memastikan tiada lagi air mata nya, dia bangun dan keluar daripada tempat itu. Dia melihat Hadi sedang duduk di kerusi yang disediakan di situ. Dia berjalan ke arah Hadi dan duduk di sebelah nya.

"Kau dah jumpa dah abang kau?" Hadi perasan yang mata Tiara merah seperti baru lepas menangis.

Tiara menghadiahkan senyuman palsu dan mengalihkan pandangan nya daripada mata Hadi.

"Dah. Jom lah kita balik. Kesian kau tunggu aku lama tadi" Tiara bangun daripada kerusi dan melangkah pergi.

Melihat daripada wajah Tiara, Hadi dapat mengagak apa yang terjadi antara Tiara dan abangnya di dalam sana.

Hadi melepaskan keluhan berat dan turut bangun daripada kerusi. Dia mengikut Tiara yang sudah jauh berjalan.

Sepanjang di dalam kereta, Hadi tidak menyoal Tiara tentang apa yang terjadi semasa Tiara berjumpa dengan abangnya. Dia hanya fokus dengan pemanduan nya.

Tiara pula termenung jauh sambil kata kata abangnya terngiang di telinga nya.

"Apa salah Ara, abang? Kenapa abang tuduh Ara macam tu? Mata abang jelas menunjukkan yang abang benci sangat dengan Ara. Mana abang yang dulu? Abang yang sepatutnya melindungi, menjaga Ara. Ara rindu sangat dengan abang. Apa Ara nak cakap dengan ibu nanti? Senang je abang cakap yang abang tak nak ibu lawat abang. Habis tu, Ara yang kena bagi tahu semua benda ni dekat ibu. Kalau abang rasa abang benci dekat Ara, sepatutnya Ara yang lagi benci dekat abang. Tapi... Walau macam mana jadi sekali pun, abang tetap abang Ara. Abang kandung Ara" desis hati Tiara.

"Ya Allah, kau tabahkan lah hatiku ini untuk menghadapi segala jenis ujian yang kau hadiahkan kepada ku"
//
Hadi sedang duduk di kerusi meja makan di rumahnya. Di hadapannya ada sebuah cawan yang berisi air Milo yang baru dibancuh nya sebentar tadi.

Disebabkan masih panas, dia membiarkan dahulu air itu sejuk sedikit. Keadaan di luar rumah gelap dan masih lagi hujan renyai.

Hadi memandang ke arah luar rumah. Dia tidak sedar yang ayahnya, Encik Irwan berada di situ. Bahu Hadi ditepuk perlahan.

"Fikir apa tu sampai jauh sangat termenung tu?" Encik Irwan menegur. Dia mengambil tempat di hadapan Hadi. Di tangannya dia memegang cawan.

"Eh, papa. Papa tak tidur lagi ke?"

"Belum lagi. Papa tengah siapkan kerja sikit. Lepas tu, haus pulak rasa. Itu yang turun tu. Ikhwan pulak kenapa tak tidur lagi?"

"Tak ngantuk lagi" Hadi memandang wajah ayahnya yang berada di hadapan nya itu.

"Papa tengok Ikhwan ni macam ada masalah je. Sejak Ikhwan balik rumah tadi papa tengok macam ada benda yang tak kena dengan Ikhwan. Ada apa apa yang Ikhwan nak kongsikan dengan papa?" Hadi terkesima mendengar kata kata ayahnya. Hadi mengetap bibirnya.

"Er, bukan Ikhwan yang ada masalah. Kawan Ikhwan" jawab Hadi jujur. Dia berharap yang ayahnya tidak bertanya dengan lebih lanjut mengenai 'kawannya' itu.

"Kawan Ikhwan? Kenapa dengan dia?"

"Erm, dia ada masalah sikit. Ikhwan kesian lah dengan dia. Dia pun tak ada ayah dah"

Dahi Encik Irwan berkerut. Kawan Hadi yang tiada ayah? Tidak silap dia, Akmal dan Hafiz masih lagi mempunyai ibu bapa.

"Kawan Ikhwan yang mana ni? Lagi satu, masalah apa? Duit ke?" Encik Irwan bertanya dengan prihatin yang membuatkan sifat kebapaan nya lebih menyerlah.

"Ada, kawan Ikhwan yang lain. Papa tak kenal dia. Dia bukan masalah duit. Masalah... Keluarga"

"Ouhh, masalah keluarga. Kalau macam tu, Ikhwan tolong lah dia mana yang Ikhwan mampu. Kesian dia. Kalau Ikhwan nak apa apa pertolongan ke apa, cakap je dengan papa. Insyaallah papa boleh tolong. Okey lah, papa naik dulu. Ikhwan jangan tidur lambat sangat"

Hadi menghela nafas lega. Nasib baik ayahnya tidak bertanya siapakah kawannya itu. Dia memerhatikan ayahnya menaiki tangga.

Setelah memastikan Encik Irwan sudah masuk ke dalam bilik kerjanya, Hadi memegang cawan air Milo nya yang sudah suam.

Diteguknya air itu sehingga habis dan dia berjalan ke arah dapur untuk basuh cawan itu. Selesai semuanya, dia pun naik ke biliknya.

Hadi melihat jam di dinding biliknya menunjukkan sudah pukul 12:30 malam.

Tetapi, matanya masih lagi tidak menunjukkan ciri ciri mahu tidur. Dia duduk di meja belajar nya.

Jarinya mengetuk ngetuk meja itu menandakan yang dia bosan. Tiba tiba dia terfikir kan sesuatu perkara.

"Macam mana lah mak Tiara nanti kan? Macam mana Tiara nak bagi tahu mak dia pasal semua benda ni? Aduhai, aku yang bukan anak mak dia pun kusut kepala aku pikir apatah lagi Tiara. Besar betul dugaan dia ni" bisik Hadi perlahan.

thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorryyyyy for late update :'(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience