Mengubat Lara

Drama Series 421991

Suasana di rumah sewa sunyi, hanya kedengaran bunyi kipas siling yang sudah lama perkhidmatannya. Kadangkala terbit rasa risau jika duduk betul betul dibawahnya, mana tau rezeki mendapat kipas terbang. Jika tak terbang terus ke hospital, mungkin boleh terus melayang ke lubang tanah tujuh kaki dalam.

Aku mengeliat dan meregangkan semua otot. Bahagian atas tubuh aku pusing ke kiri dan kanan bagi melegakan pinggang. Kemudian aku lurus tangan ke atas setinggi yang mampu dan luruskan badan, aaahhh.. lega bila tulang tulang seakan bergerak menjauhi antara satu sama lain.

Aku ketapkan bibir, terasa kering. Ada keluping mula muncul rupanya. Inilah akibatnya malas menggunakan pelembap bibir. Tiba tiba terasa tekak kering. Aku melihat jam di sudut bawah kanan paparan skrin laptop. Hurmmm... hampir 4 jam tiada air yang masuk melalui kerongkongku. Aku sibuk sangat menyiapkan tesis terakhir untuk semester terakhirku. Mug bergambar Garfield di tepi laptop aku ambil, ringan. Ala.. kosong pula. Tak sedar bila habis.

"Eh, Nura. Kau ada kat rumah?", sapa Hanim membuka pintu dan di tangannya sedang menjinjit satu beg plastik warna merah. Haruman pisang goreng menerjah hidungku. Beg plastik itu kemudiannya diletakkan di atas meja plastik.

"Dari pagi. Kelas takde hari ni. Prof Hasbul ada conference apa tah", balasku sempat mencukai seketul pisang goreng dari dalam beg plastik itu setelah mengisi air ke dalam mug.

"Sedapnya, ada bijan. Kalau ada kuah kicap pedas, lagi best ni. Kau beli kat mana?", tanyaku sambil mengunyah. Sedap sebab lapar sangat.

"Kantin Laws", jawab Hanim. Aku mengangguk perlahan. Tahulah aku, dia balik dari berdating. Buah hati budak fakulti undang undang.

"Nura!", panggil Hanim dari dalam biliknya sambil membuka tudung.

"Apa?", kataku memandang Hanim yang melepaskan rambutnya separas bahu yang diikat ketika memakai tudung.

"Kawan Yazid minta nombor telefon kau", katanya sambil menanggalkan kain baju kurung pula. Yazid tu teman lelaki Hanim.

"Jadi?", balasku melabuhkan punggung di hadapan laptop. Malas nak layan soal begitu kerana aku dah tahu hala tujunya.

"Aku tak bagi lagi. Aku nak tanya kau dulu, boleh tak aku bagi?"

Aku menyungkitkan bibir, "Tak payah la. Aku tak berminat".

"Sampai bila Nura?", soal Hanim. Ini bukan kali pertama dia cuba mengenenkan aku dengan teman sefakulti dia dan juga teman Yazid.

"Tah la", keluhku perlahan. Mataku tetap pada skrin walaupun fikiranku tidak. Lantas laptop aku tutup dan kusimpan di dalam beg.

"Move on Nura. Seth dengan Naza dah sibuk edarkan kad jemputan", ujar Hanim cuba memberi motivasi padaku atau mungkin ingin membuka mataku akan realiti sebenar.

"Biarlah. Ni takde kena mengena dengan diorang pun. Aku dengan Seth kawan je", kataku bangun berjalan menuju ke bilik. Tubuh kuhempaskan ke katil, aku pejamkan mata seketika.

Bukan aku tak tau tentang kad jemputan perkahwinan antara Seth dan Naza. Aku orang pertama yang diberi kad itu, menurut Seth. Sebaik diambil kad tersebut dari syarikat percetakan, Seth terus menelefon dan menunggu aku di tingkat bawah blok rumah sewa semata mata untuk menghulurkan kad itu personally. Katanya aku adalah orang pertama yang ingin dikongsi kegembiraan untuk membina mahligai impian bersama Naza - because you are my bff. Naza ikut sama tetapi hanya menunggu di dalam kereta. Aku pandang pada Naza, niat di hati ingin melemparkan senyuman namun Naza terlalu ralit dengan telefonnya.

Kad jemputan warna putih gading itu aku simpan dalam laci meja Yati. Aku tak mampu nak ulang belek. Hanya lihat dan baca sewaktu Seth beri tadi untuk membuang keinginan berbual mesra dengannya seperti selalu. Seth kini milik orang. Lagipun aku dah mula rasa kekok untuk berbual dengan Seth sekarang.

Ikutkan hati nak je aku koyak kad itu tapi nanti nanti dibuatnya aku nak pergi kenduri, macam mana nak cari lokasi majlis perkahwinan. Seth memberitahu kenduri kahwinnya hanya dibuat di satu lokasi saja. Mereka berkongsi menyewa sebuah dewan untuk jemputan kedua belah pihak keluarga.

"Nim... aku keluar jap", laungku di pintu rumah.

"Kau nak pergi mana? Balik tak malam ni?", tanya Hanim berkemban seperti biasa sesudah mandi. Tak macam aku lebih gemar membalutkan badan dengan tuala saja.

"Tak tau lagi", jawabku mengikat tali kasut Converse Uptown di depan pintu rumah.

"Dah nak maghrib ni Nura. Tak payah la keluar, bahaya. Kau ni mesti stress pasal Seth kan? Kau marah dengan aku ye?", soal Hanim prihatin.

"Tak la", balasku malas. Beg aku galas di belakang sambil bangun.

"Ke mana wei??", soal Yati yang bertembung denganku di tangga.

"Keluar jap", jawabku sambil menepuk lengan halus Yati.

******

"Ariffffffffff".

Bisikku dan meniup lembut telinga lelaki yang sedang duduk di kerusi bersebelahan jurukamera, sengaja mengusiknya. Mereka sedang berbincang sesuatu sambil melihat kamera.

"Eh kau budak! Apa buat kat sini?". Terkejut Arif melihat aku, diketuknya kepala aku dengan buku yang ada di tangannya. Aku sekadar menyeringai, konon konon sakit dipukul. Padahal tak rasa apa pun.

"Saja. Bosan kat rumah. Tengok dalam sosmed Zal tadi, ada shooting kat sini". Muncungku menghala pada Zal yang sibuk bersama krew lain.

"Takde kelas?"

"Malam dah boss. Belum siap lagi ke ni? Ada apa saya boleh tolong?", tanyaku memerhati sekeliling. Ada beberapa talent perempuan belasan tahun sedang berkumpul tak jauh dari kami. Bukan main lagi si Epol budak wardrobe melayan gadis gadis genit tu.

"Nak wrap dah. Lagi sejam dua boleh kot Dan?", tanya Arif pada abang Dan, sang jurukamera.
Mereka berdua sambung berbincang.

Aku mendekati Zal dan duduk di sebelahnya, memandang Arif mengarah dari jauh.

"Kau belajar kat sini ke?", tanya Zal berbisik. Tubuh kami rapat sangat. Tak mahu bising bising ketika pengambaran sedang dijalankan, boleh mengganggu mood mereka yang terlibat.

"Haah", jawabku dengan mata tak lekang dari memandang talents yang sedang beraksi. Untung orang badan comel dan rupa cantik ni, muda lagi dah boleh cari duit dengan cara glamour. Aku masa umur sebaya tu, sibuk berulang ke sekolah dan rumah menghabiskan duit abah.

"Gila jauh dowh ko praktikal", tambahnya.

"Dah itu je syarikat yang terima aku. Tu pun bukan dia bagi aku kerja sepatutnya. May Tan yang dapat buat macam macam", balasku sedikit kesal. Ada kepincangan di situ walaupun Mr. Yong bermurah hati memberi jumlah elaun yang sama. Bukan aku tak kesah tentang duit dan kerja, aku hirau tentang perbezaan layanan dan keutamaan. Seolah aku dianaktirikan. Padahal kami dari jurusan yang sama cuma berlainan pusat pengajian.

"Syukur la. Sekurang kurangnya kau dapat ikut kitorang pergi sana sini. Tengok kerja bidang lain kan? Arif pun ada bagi duit poket kat kau kan?".

"Hahahaha, kau ni part Arif menghulur tu, tau aja. Part kerja lain tu, betul la. Kalau tak, rimas jugak aku asyik pakai baju kurung tiap hari". Kami berdua menekup mulut dari ketawa.

Arif mendekati tanpa kami sedari kerana leka bercerita. "Amboi, rapat sangat ni. Ingat tunang kau Zal".

"Boss"

"Dah pergi kemas Zal. Kau ikut aku", arah Arif.

"Datang naik apa tadi?", tanya Arif padaku yang berjalan di belakang.

"Bas la. Naik apa lagi", jawabku.

"Jauh ke dari rumah sewa kau?"

"Tak la. Naik bas dalam 20 minit. Lepas tu, jalan kaki dalam 10 minit ke sini. Eh.. dah siap semua ke? Balik malam ni?". Aku terus cuba berjalan laju, berjalan seiringannya. Langkah Arif ni dah la panjang panjang, laju pula tu.

"Dah makan belum ni?", tanya Arif menekan kunci kereta Subaru Forester putih.

"Belum", jawabku membuka pintu penumpang sebelah pemandu.

"Lapar?", katanya menghidupkan enjin. Sekotak rokok dikeluarkan dari dashboard dan diberi padaku. Kotak baru, masih belum dibuka. Apalagi, aku merasmikannya la.

"Tak berapa", balasku.

"Aku lapar ni tapi badan melekit gila. Kita balik hotel dulu la. Tak selesa sangat dah rasanya. Aku nak mandi", ujar Arif sebaik rokoknya habis separuh dan menekan pemacu kelajuan meninggalkan lokasi.

"Eh, kalau boss nak balik hotel, saya turun la. Join diorang kemas. Nanti kita jumpa kat kedai". Hatiku berdebar kuat saat Arif menyebut hotel. Arghhh! Sudah. Rela aku berpeluh panas kat lokasi dari bersejukkan dalam bilik hotel dengan Arif.

"Jom ikut aku. Diorang tu lambat, sambil buat kerja sambil sembang. Esok baru kami balik", ujar Arif tenang. Aku terdiam cuba menenangkan hati sambil mendengar lagu yang berkumandang dari radio kereta.

Arif menarik tanganku pabila dia melihat langkahku perlahan sebaik keluar dari lif hotel. Sebenarnya aku tak mahu ikut Arif ke bilik. Namun dek Arif tak benarkan aku menunggu di lobi maka terpaksa jua aku melangkah. Hotel lama dan murah, keadaan lobi tak selesa katanya. Di dalam bilik, ada katil. Boleh juga aku berbaring sementara menunggu dia bersiap, kata Arif.

Aku duduk di hujung katil bersaiz queen bercadar putih bersih sementara menanti Arif selesai mandi. Bukan tak teringin nak bergolek atas katil tu tapi...

Dalam hatiku berdebar debar. Macam macam aku terfikir. Menyesal pun ada. Ikutkan hati sangat. Tatkala Hanim menyebut tentang berita pernikahan Seth terus keinginanku untuk menyedut nikotin mencanak tinggi. Bila terlihat update Zal, terus aku tak teragak lagi membuat keputusan.

Bunyi air pancuran sudah berhenti. Aku menelan air liur bila teringat cerita cerita porno yang pernah kubaca dan tonton. Bulu romaku mula merinding tatkala terdengar pintu kamar mandi dibuka. Peluh dingin mula terbit.

Arif keluar dengan tuala terikat di pinggang. Butiran air di hujung rambut masih ada. Aku cuba berlagak selamba. Mata cuba kulekatkan pada tv yang terbuka tanpa suara.

"Kau ni tak reti nak study ke? Merayau sampai lokasi aku shooting". Arif mengeringkan rambutnya di sebelah aku. Ya ampun.... bau gel mandiannya membuatkan perasaanku terbuai.

"Study tadi. Lepas tu stress. Ada tak apa apa untuk lupakan semua ni? Penat la", aduku. Aku cuba sedaya upaya mengawal suara gementar. Dengan Seth selama ini pun, tak pernah aku rasa begini.

"Stress sampai nak ambil barang? Gila! Kau makan tak hari ni?". Soalannya aku jawab dengan gelengan.

"Eh, tadi ada makan seketul pisang goreng".

"Cerita dengan aku, kenapa kau stress. Kenapa kau tak makan? Diet? Aku tengok badan sama je. Empuk", tanya Arif bangun seraya mencubit lengan aku dan berdiri di depan aku, menghalang pandanganku ke tv.

"Takde apa apa. Banyak kerja nak disiapkan. Tak selera nak makan", jawabku mengangkat sedikit kepala ke atas memandang wajah Arif. Tak kuasa la nak pandang bahagian badan yang bertutup hanya dengan tuala putih. Dah la dari dada hingga melepasi pusat, berbulu. Ya Allah, selamatkan aku dari maksiat. Aku berdua dengan dia di dalam kamar, dah tentu tentu syaitan menjadi orang ke tiga, ke empat, ke lima. Entah entah penuh dalam bilik tu menanti dengan tak sabar untuk bersorak, bergendang, berpesta. Huishhh!!

Mata kami saling bertentangan, segera aku melarikan pandanganku. Kemudian aku perhati semula setelah sedar Arif tidak lagi berada di hadapanku. Dia mengambil telefon bimbit di sebelah televisyen setelah berbunyi tanda ada mesej diterima. Aku renung wajahnya dari jauh, segak juga walaupun ada garis penuaan di dahi.

"Puas? Ke nak belek sekali? Nak raba aku?"

Arif Fahmi berlutut di hadapanku, tersenyum. Ehh.. rapat sangat ni. Mataku tak berkelip, nafasku terhenti.

Share this novel

dukELawa
2019-09-27 16:48:00 

cewahh... ni yang buat nak nyanyi sekali.

lyellydee1202
2019-09-27 16:43:03 

OMG author @dukELawa...ni yg slalu nak next ni

Hana
2019-09-27 16:22:56 

eehhh...offer baik...jawab yesss nura...peluang baik x kan dtg salu2...hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience