Bab 10

Fantasy Series 2417

Sebaik saja Lily keluar daripada lif, kelihatan oleh beliau Aqalili yang sedang duduk diruangan menunggu pejabatnya.

"Hi cik Lily, morning..." sapa Aqalili dengan senyuman sebaik dia melihat Lily masuk

"Ha, hi and morning...awal kamu sampai?" balas Lily dalam tersenyum sambil membuka pintu biliknya.

"Masuk kejap Aqalili..." pelawa Lily

Aqalili menuruti arahan Lily dengan masuk kedalam bilik pejabat yang telah dimasukkinya semalam.

Setelah meletakkan tas tangannya,beliau mengambil kertas nota disebelah mejanya.

"Ok, ni password untuk pc kamu nanti, jom..." ajak Lily agar Aqalili mengekorinya.

"Err...kemana cik Lily?" Aqalili bertanya.

"Ke tempat kerja kamu lah" beritahu Lily.

"Sebenarnya apa yang perlu saya buat cik Lily?" Aqalili bertanya dengan memandang tepat pada wajah Lily.

"Oh, saya belum terangkan lagi ye? Sorry, sorry...sebenarnya kamu akan jadi secretary pada our company Chairman tuan Fionz" senyum Lily setelah menerangkan pada Aqalili.

"Ha?..tapi, boleh ke saya buat kerja tu cik Lily? Yelah secretary pada chairman syarikat?bertanya Aqalili dalam wajah terkejut dan risau.

"Aik? kata semalam apa saja kerja kamu akan buat sebaiknya? Hari ni jadi lain pulak?" pandang Lily pada Aqalili.

"Tak lah, jadi secretary tu, ingat kan setakat kerani je" terang Aqalili.

"I know you can do it, semangat tak mudah mengalah dah nampak pada diri kamu tu...that's why I choose you" senyum Lily sebaik berkata-kata.

"Kalau dah macam tu kata cik Lily, saya cuba buat sebaiknya lah" jawab Aqalili dalam nada yang lemah, kerisauan masih lagi terasa pada diri Aqalili apakah beliau boleh menjalankan tugas yang diberi atau tidak.

"Ha macam tu lah, ok sekarang ni tuan Fionz belum masuk lagi, saya tunjukkan meja kamu dulu. Kalau saya tak sempat kenalkan kamu, nanti kalau ada seorang lelaki hensem masuk bilik yang ada satu-satunya di tingkat teratas bangunan ini, dia lah tu. Sebab nanti kat tingkat tu hanya kamu dan dia saja yang duduk tau?" senyum lagi Lily pada Aqalili.

Aqalili sekadar mengangguk tapi masih terlihat kerisauan pada wajahnya dan dinyatakan pula hanya dia dan tuan Fionz saja penghuni tingkat teratas bangunan pejabat, lagi lah menakutkan dia sebab pada siapa perlu dia bertanya sesuatu mengenai hal kerja? Bermacam-macam persoalan bermain dibenak Aqalili saat dia mula mengekori Lily bergerak menuju ke lif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience