Bab 22

Romance Completed 207871

Caden masih lagi berdiri di tempat yang sama. Setelah rasa terkejut dengan tindakan Intan itu hilang. Caden menghampiri Intan.

Intan yang nampak Caden menghampirinya. Pantas bersedia andai Caden melakukan sesuatu yang tidak dijangka.

"Masih tak nak terus terang?" soal Caden lalu melabuhkan duduk di sofa berhampiran Intan berada.

"Terus terang apa ni?" soal Intan yang masih berdiri di tempat yang sama.

Caden dilihat tegak memandang Intan.

"Susah sangatkan nak dengar pengakuan dari bibir merah awak tu Afrina. Tak apa, biar saya yang terangkan. Boleh Insp Intan Afrina binti Abd Rahman."

"Pegawai D7 IPK Selangor. Seorang pegawai polis yang berdedikasi dan sentiasa berjaya dengan misi yang digalas. Betul tak? Ke ada maklumat yang tertinggal?" soal Caden seakan mengejek. Sinis senyuman di bibir itu.

Intan seakan menjangka identitinya sudah terbongkar.

"Kenapa diam, speechless. Tak sangka?" soal Caden. Matanya masih lagi memanah mata Intan.

"Awak rasa, kalau saya bocorkan indentiti awak ni. Agak-agak, apa jadi?"

"Kesian pada tiga orang lagi anak buah awak tu kan. Bukan sahaja datangkan masalah di jabatan awak tapi rekod dan kredibeliti sebagai pegawai polis terhebat pun tamat."

"Silap hari bulan, awak ditarik balik dari misi ini. Betul tak Insp Afrina?" soal Caden lalu bangun dan melangkah menuju ke meja kerjanya.

"Awak nak apa sebenarnya?" Intan mengalah.

Tidak mahu usahanya hampir dua bulan ini sia-sia. Intan berdiplomasi.

"Hm.. Soalan yang bagus. Apa kata kita buat MOU?" cadang Caden sambil tersenyum sinis.

"MOU apa? Polis tak berunding dengan penjenayah lah!" jawab Intan marah.

"Terpulang pada awak Cik Insp." balas Caden lalu tangannya membuka laci yang berkunci dan mengambil satu sampul coklat.

"Dalam sampul ni mengandungi maklumat yang awak perlukan" kata Caden lalu mencampaknya di atas meja.

Mata Intan tertumpu pada sampul itu.

"Tak nak buka tengok ke?" soal Caden pada Intan.

Intan melangkah menuju ke meja kerja Caden lalu sampul itu dicapai dan isi kandung sampul tersebut dikeluarkan.

Terdapat gambar-gambar yang menunjukkan aktiviti pelacuran di hotel itu. Dari pintu lift hinggalah ke dalam bilik tempat simpanan perempuan-perempuan yang dilanggan. Serta beberapa maklumat yang Intan yakin dapat membantunya dalam misi ini.

Intan memandang Caden.

"Macam mana kalau awak tipu saya?" soal Intan yang masih lagi berdiri di depan meja kerja Caden.

"It's up to you" jawab Caden sambil jari bermain-main dengan pen.

"Bukan saya yang rugi" Caden masih lagi tawar menawar.

"Apa syaratnya?" keluar juga ayat yang Caden mahu dengar.

"Win-win situation" sambungnya lagi.

"Maksudnya?" soal Intan tidak faham.

"Apa kata Cik Insp duduk dulu, kita bincang" kata Caden sambil tangannya menunjuk ke arah kerusi di hadapannya itu.

"Tak payah nak perli" marah Intan. Kasar kerusi di tarik dan terus melabuhkan duduk.

Ketawa Caden dengan tingkah Intan.

Menjeling mata Intan pada Caden di hadapannya. Kecik besar kecik besar je dia ni. Kalau hilang sabar la..

"Sabar, jangan marah-marah okey" kata Caden sambil tersenyum sinis.

Macam tau-tau je kau kan.. Sengih-sengih, jentik mulut tu karang baru tau.

"Like this. Make it easy. Saya bantu awak dan awak bantu saya. Mudah." terang Caden.

"Bantuan macam mana yang dimaksudkan?" tanya Intan serius.

"Jangan la serius sangat." tegur Caden sambil tawa kecil dilepaskan.

"Jangan main-main boleh tak?" marah Intan. Bulat matanya memandang Caden di hadapan.

"Okey, okey, tak payah la nak garang-garang, takut saya." Caden ketawa.

"Saya akan beri semua maklumat yang pihak polis mahu dan saya juga akan beri kerjasama dalam perkara ini tapi dengan syarat, tangkapan, serbuan or what ever you do, jangan sebarkan berita mengenai apa yang berlaku di hotel ini pada umum"

"Saya tak mahu hotel ini dapat impak yang buruk dan beri kesan pada aliran kewangan nanti."

"Just silence like nothing happened. Tak susah pun" amboi permintaan tinggi. Senang dia cakap tak susah pun.

"Saya tak boleh nak beri keputusan sekarang, saya perlu maklum pihak atasan tapi saya perlukan sedikit info sebagai bukti yang awak di pihak yang betul" terang Intan. Tegas sahaja bunyinya.

"Boleh, tak ada masalah. Tapi one more thing. Kalau setuju dengan syarat yang ini. Baru MOU boleh dicapai" sambung Caden.

"Syarat apa lagi. Tadi yang panjang berjela tu tak cukup ke syaratnya?" marah Intan.

Ni la dianya, bagi betis nak paha. Melampau!

"Ini syarat utama, kalau syarat ini tak dipersetujui, yang lain-lain terbatal" tegak mata Caden memanah mata Intan.

"Apa pulak syaratnya?" soal Intan.

"Marry me" yakin sahaja ayat yang keluar dari bibir Caden.

Intan dah terkaku di kerusi. Apa benda dia ni.

"Jangan nak buat lawak boleh?" marah Intan.

"I'm serious" apa yang dituturkan tergambar di wajahnya.

"Awak ingat nikah kahwin ni boleh main-main? Tu lah, duduk lama sangat luar negara. Jadi macam ni la. Hukum agama boleh buat main-main. Lepas tu timbul pulak syarat, kahwin kontrak, selesai misi, perkahwinan pun terbatal. Awak.." tak cukup nafas Intan bercakap, dah macam HK11 peluru auto.

"Shut shut shut" kata Caden sambil jari di letakkan di atas bibirnya.

Minta Intan berhenti bercakap. Dapat bercakap macam peluru, laju tak berhenti.

"Awak ni kan. Bercakap tak berhenti. Macam machine-gun" tegur Caden.

Merah padam wajah Intan ditegur begitu.

Mengeluh Caden..

"Ada saya cakap kahwin kontrak ke Cik Afrina sayang? Tak ada kan. Dua patah kata saja saya sebut. Marry me. Jawab je la. Yang lain-lain tak payah fikir" tambah Caden lagi.

Intan senyap tak berkutik.

"Dah senyap pulak. Tadi bercakap macam radio rosak." menggeleng kepala Caden.

"Mulut tu jaga sikit ye, sedap-sedap nak mengata orang, machine-gun la, radio rosak la" marah Intan pula.

Alahai.. Comel je marah macam tu. Tersenyum Caden memandang Intan.

"Tak payah nak senyum-senyum" Intan masih lagi marah.

"Apa beza saya terima dengan tak terima dengan apa yang awak cakap tadi?" soal Intan apabila marahnya reda.

Caden duduk tegak, kedua-dua tangan menongkat dagu.

"Mudah, kalau terima, kita proceed apa yang dibincangkan tadi. Kalau tak terima, sampai di sini saja perbincangan kita dan sampul tu pulangkan kembali" ucap Caden serius.

"Awak ingat senang ke nak kahwin?" soal Intan.

"Awak tak perlu risau. Semua dah sedia, cuma tunggu persetujuan awak sahaja."

"Peluang bukan datang banyak kali Cik Afrina dan saya rasa awak tentu tak nak usaha awak dua bulan sia-sia kan?"

Intan diam memikirkan perkara ini.

"Beri saya tempoh dua hari" kata Intan.

"24 hours from now. Tomorrow i want your answer. Here" Caden memberi keputusan.

Kuat Intan mendengus dan terus bangun berdiri.

"Sampul tu sayang, tolong pulangkan pada abang ye. Dah setuju, baru boleh ambil" kata Caden sambil tangan ditadah meminta sampul di tangan Intan.

Ish, sakit hati betul la. Sampul di tangan, dicampak ke atas meja. Lalu langkah dibuka untuk keluar.

Sebaik tangan memegang tombol pintu, Intan berpaling.

"Saya nak balik" ucap Intan dan terus keluar tanpa menoleh.

Bengkak rasa hati. Tak apa, tunggu la nasib kau Caden.

Caden melepaskan lelah. Tubuhnya disandarkan ke kerusi. Mata rapat dipejam.

Awak yang paksa saya Intan Afrina. Maafkan saya. Awak yang buat saya jadi begini.

Intercome ditekan.

"Carlos, come in" Caden memanggil Carlos.

Tidak lama Carlos muncul.

"Have a seat" pelawa Caden.

Wajah Carlos dipandang. Inilah PA, inilah bodyguard, inilah sahabatnya.

"Kau rasa betul ke apa yang aku buat ni?" soal Caden pada Carlos yang tadi hanya diam di hadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience