Chapter 19

Romance Completed 35261

“Mamat ni senyum pandang aku ke? Atau orang lain?” Sofia Amelia menoleh ke belakang. Mencari adakah sesiapa di belakangnya. Dirinya tak mampu percaya yang lelaki itu senyum pada dirinya.

“Apa khabar Mr Amir? Dah lama tak jumpa.” Lelaki itu menghulurkan tangan untuk salam.

“Sihat bro. Awak sihat? Tak payah lah berencik-encik dengan saya.” beramah mesra Amir. Matanya tertumpu pada Sofia Amelia yang sedang berdiri.

“Saya sihat. Siapa cik ni? Kenapa tak duduk? Did I disturb you both?”

“Owh dia ni kawan saya. Kenalkan Sofi. Nama penuh Sofia Amelia.” Amir mengenalkan Sofia Amelia. Namun, Sofia Amelia masih terpukau. Tidak sedar apa yang tengah berlaku di persekitarannya.

“Sofi.” panggil Amir lembut. Amir sendiri bingung kenapa Sofia Amelia bertindak seperti itu. Tiada sahutan daripada Sofia Amelia.

“Sofia Amelia binti Dato’Johari.” Amir memanggil nama penuh sedikit kuat.

“Ye. Ye.” Sofia Amelia sedar dari dunia sendiri. Mukanya seperti buah tomato. Merah. Malu!

“Are you okay?” risau Amir.

“I’m okay.” balas Sofia Amelia lembut. Matanya tidak beralih dari menatap muka lelaki di hadapannya. Sofia Amelia duduk di atas kerusi.

“Alright, ni saya kenalkan kawan saya Iskandar Faiz.”

“Assalamualaikum.” Sofia Amelia memberikan salam. Takut pulak untuk memberi salam dalam cara orang putih. Takut kena macam perjumpaan pertama.

“Waalaikumusalam.” Iskandar Faiz menjawab salam. Satu senyuman diukir di bibir. Tetapi senyumannya seperti mengejek Sofia Amelia.

“Have a seat bro.” pelawa Amir.

“It's okay bro. You guys carry on. Saya tak nak kacau pula.” menolak Iskandar Faiz sopan.

“Mana ada? Tak ada lah. Kami pun kat sini untuk makan je. Duduk lah. We eat together. Awak okay tak Sofi kalau Is makan bersama dengan kita?”

“Erm.” Sofia Amelia menunduk. Kepalanya digelengkan menandakan Sofia Amelia tiada masalah.

“Macam mana Amir boleh kenal dia? Tak apa. This is one opportunity for me to get to know more about Is. Amir kan tak akan sembunyikan apa-apa dari aku.” Sofia Amelia dapat nampak cara untuk mengenali lebih tentang Iskandar Faiz.

“So Is? Macam mana kerja semua? Okay tak?” Amir memulakan perbicaraan.

“Alhamdulillah. Going good.”

“Glad to hear it Is. Bila awak free? I want to meet you personally Is. Ada nak bincang pasal sesuatu.” bagitahu Amir. Air yang dipesan telah diminum sedikit.

“Weekend ni tak boleh. I’m going back to kampung. Saya akan balik hari Selasa. Kalau nak jumpa, kita jumpa hari Rabu. Boleh?”

“Sure bro. No problem. Jumpa kat mana?”

“Jumpa kat office saya je lah. Lepas lunch hour. Sebab pagi Rabu ada hal sikit.”

“Okay bro. Nanti I will roger before drop to your office.”

Sofia Amelia hanya memandang kosong kedua-dua pemuda yang duduk di hadapan. Seorang yang menyukai dan mencintai Sofia Amelia dengan sepenuh hati. Seorang lagi pulak Sofia Amelia ingin menjatuhkan dia untuk mencintainya atas sebab cabaran.


*****************************

“Hi awak.”

“Hi. Dah lama tunggu ke?”

“Baru 5 minit.” Tasha sambung makan aiskrim. Cuaca panas itu menyebabkan tekaknya kering. Aiskrim dapat melegakan rasa kering di tekak.

“Saya tak ada aiskrim ke? Seronok makan nampak.” mencebik Luqman Haziq.

“Sepatutnya awak yang kena belikan saya aiskrim tau. Haritu janji kan. Mana aiskrim saya?”

“Lupa.” tersengih Luqman Haziq. Tasha seorang yang sukakan aiskrim. Dalam seminggu sekurang-kurangnya makan dua kali.

“Betul-betul lupa or buat-buat lupa?” Tasha tahu Luqman Haziq tidak suka Tasha makan banyak aiskrim. Kata akan memudaratkan kesihatan. Padahal, sampai sekarang sihat je.

“Dua-dua.”

“Esok lima orang tau datang dari rumah saya untuk pinangkan awak.”

“Okay kekasihku.”

“Lepas tu majlis nikah je lah terus. Awak okay tak?” Luqman Haziq memberitahu cadangannya.

“Tak sabar bina rumah tangga ke?” usik Tasha. Dalam hati sendiri pun dah berbunga.

“Jimat kos.”

“Awak ni jahat tau!” marah manja Tasha.

“Kenapa pulak?”

“Kalau kita buat majlis tunang dengan nikah, banyak tau kos. Kalau majlis nikah sahaja, dapat jimatkan sikit. Nanti kita simpan duit untuk bina keluarga kita.” Luqman Haziq menerangkan pendapatnya kepada Tasha. Luqman Haziq tak nak Tasha salah sangka terhadapnya. Tak nak Tasha fikirkan dia kedekut. Luqman Haziq cuma nak simpan duit untuk masa depannya.

“Saya faham lah awak. Saya akan ikut awak.”


***********************

“Amir, nak tanya sikit.” Sofia Amelia mula tanya mengenai Iskandar Faiz.

“Yes. Anything for you.”

“Apa kerja Is tu? Sampai awak nak jumpa dia personally.”

“Dia tu agen hartanah.”

“Owh. Kerja mana?”

“Area sini je. Tapi tak lama lagi dia buka office sendiri.”

“Dia asal mana Amir?”

“Asal Kedah. Tu lah dia balik esok ke Kedah.”

“Owh. Keluarga dia semua kat situ lah.”

“Yup.” Amir menyuapkan chips ke dalam mulut.

“Kenapa tiba-tiba tanya pasal dia?” Amir tanya balik.

“Saje. Awak kan tahu saya suka designing. Tengah cari office untuk mula my own business.” Sofia Amelia mereka cerita.

“Kalau nak, awak boleh rujuk dengan Is. He is good at all this.”

“Can I get his contact number? I can contact him later.”

“Ni lah kad dia. Fix appointment dulu sebelum pergi jumpa dia.” Kad Iskandar Faiz bertukar tangan.

“Yes! At least aku dapat hubung mamat itu.” gumam dalam hati.


***********************

Sofia Amelia masuk ke dalam biliknya. Hatinya berasa gembira. Dapat sedikit maklumat mengenai Iskandar Faiz. Kertas kajang dari laci diambil. Informasi yang telah didapat ditulis dalam kertas kajang tersebut.

“Aku kena jumpa dia. Kena rapat dengan dia dulu. Baru aku boleh laksanakan rancangan lain. Tapi dia akan layan aku ke? Tadi senyum tengok aku. Semalam cakap macam dia benci aku. Apa dia fikir pasal aku sebenarnya.”

Tinggal tiga bulan lagi untuk buatkan Iskandar Faiz jatuh hati pada Sofia Amelia. Sedar tak sedar sebulan sudah pun lepas.


********************************

“Syukur alhamdulilah. Akhirnya, selesai majlis Tasha, abang.” Fatima memanjatkan syukur.

“Ye Tima. Lepas ni nak fokus pasal majlis tunang along. Along, Wahidah macam mana? Sihat?” menyoal Ismail sambil sandar di bahu sofa di ruang tamu. Baru sahaja majlis peminangan Tasha selesai.

“Dia sihat abi.”

“Macam mana dengan adik dia?” soal Fatima pula.

“Sihat umi. Dah masuk kerja pun.”

“Nasib baik tak teruk.”

“Wahidah betul-betul setuju untuk tunang kan along?” Ismail meminta kepastian dari anak lelaki itu.

“Ye abi. Wahidah betul-betul setuju kali ini.” balas Iskandar Faiz sambil senyum.

“Baik lah macam itu. Abi nak tengok anak-anak abi ni bahagia selalu.” Itulah doa Ismail setiap hari.

“Nanti kita bincang dengan keluarga Wahidah ye abang.” cadang Fatima.

“Bila along balik?”

“Hari selasa abi. Bas pukul 11 pagi.” menjawab Iskandar Faiz dengan sopan.

“Kita bincang pasal majlis tunang dengan ibu Wahidah esok lah. Tolong call Wahidah esok ye along. Kita bincang terus. Kalau boleh, kita mempercepatkan majlis tunang. Pasal Tasha tak ada masalah. Pihak lelaki tak nak majlis tunang. Mereka nak terus majlis akad nikah dan sanding.”

“Baik abi. Esok along akan call Wahidah. Nanti abi dan umi bincang lah dengan ibu Wahidah.”

“Tak sabarnya Tasha nak mengalu-alukan kakak ipar.” muncul Tasha.

“Tak sabar untuk mengalu-alukan kakak ipar ke atau suami?” usik Iskandar Faiz.

“Hish! Along ni. Tasha malu lah.” bantal kecil di sebelahnya diambil dan dilempar ke arah Iskandar Faiz.

Ismail dan Fatima hanya ketawa memandangkan kerenah anak-anaknya. Mereka berharap sangat keluarga mereka akan gembira seperti ini walaupun sudah ada orang baharunya nanti. Mampukah keluarga Ismail bahagia selama-lamanya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience