Bab 33

Romance Completed 78326

Ungku Maria melihat anaknya yang melangkah laju naik tangga menuju ke biliknya. Amboi…lajunya dia panjat tangga. Dah apa pulak angin tak kena dengan anak aku hari ni? Semalam ok je dah hari ni berangin balik. Takkanlah dia terjumpa dengan Gia pulak? Bukan Gia sekarang ada dekat Filipina ke?

Kadang-kadang dia terfikir macam mana Luqman boleh berubah mendadak sampai macam ni sekali. Luqman dulu macam mana dia marah sekalipun, dia akan kekal tenang dan selesaikan dengan cara yang mudah. Tapi sekarang? Dia lihat anaknya dah hilang sabar dengan kejadian yang dah jadi.

Ya…dia tahu mungkin Luqman terkesan dengan kepergian Dariya sedangkan tak lama lagi mereka akan lanjutkan perkahwinan tapi takkanlah sampai macam ni sekali dia berubah? Dia jugak tahu alasan Luqman jadi macam ni sebab kematian Dariya belum lagi terbela tapi apa pun kes masih lagi jalan dan dalam siasatan. Lambat-laun kebenarannya akan terungkai jugak.

Perasaan seorang ibu mana yang tak sedih bila melihat perubahan anaknya yang sedemikian rupa? Bukan dia tak cuba nasihat tapi dia dah cuba dan semuanya tak jalan. Luqman tetap dengan perangai keras kepalanya.

“Assalamualaikum…” Zarina memberi salam sambil melangkah masuk ke dalam rumah dengan anak-anak dan suaminya.

“Waalaikumussalam. Lah…kenapa tak bagitahu nak datang? Mama tak masak apa lagi.”

“Tak apalah ma. Ni pun Rina ada bawak barang dapur sikit. Ingatkan nak buat chicken buttermilk untuk budak-budak ni. Sambil-sambil tu bolehlah Rina tolong mama masak.”

“Yelah…”

Adam dan Lara menghampiri Ungku Maria. “Nek…nak makan ayam masak kicap boleh?”

“Aikkk? Tadi cakap nak makan chicken buttermilk?” anak aku ni yang mana satu dia nak makan sebenarnya?”

“Betul tu. Tadi cakap nak makan chicken buttermilk? Ha…jangan nak bazir…” Hakim, suami Zarina pula menegur.

“Tak nak chicken buttermilk. Nak ayam masak kicap nenek…” dua-duanya tersengih comel.

“Ok, ok. Nenek masakkan ye?”

“Yeay!”

Zarina dan Hakim menggeleng melihat keletah anak-anak mereka. Macam-macam perangai dua orang budak kecik ni. Sekejap nak itu, sekejap nak ini.

“Mama, Luqman kerja ke hari ni? Zahirah?” tanya Hakim.

“Kerja tapi dah balik dah tu. Nak berangin semacam. Zahirah pulak pergi rumah kawan dia. Kejap lagi baliklah tu. Maklumlah dah cuti semester ni merayap jelah kerja dia.”

“Berangin sebab apa pulak Luqman tu?” Zarina pun naik pening dengan perangai adik dia yang sorang ni. Berangin tak habis-habis. Baru lepas telan minyak angin sepuluh botol ke macam mana?

“Tak tahulah nak kata Rina. Nak kata Gia ada dekat sini, macam mustahil. Mestilah Gia ada dekat Filipina kerja dekat sana. Tapi, tulah…entahlah…mama pun tak faham dengan perangai Luqman yang sekarang ni.”

“Tak apalah ma. Hakim naik tengok dia dulu.” Ungku Maria angguk tanda membenarkan. Selalunya kalau apa-apa pun memang Hakim yang akan bercakap dengan Luqman. Yelah, mungkin man to man talk lebih mudah kan?

Hakim berdiri di hadapan pintu bilik Luqman. Sebenarnya dia pun terfikir nak masuk ke tak? Takut mengacau Luqman je. Mungkin time ni Luqman nak bersendirian? Manalah kita tahu kan? Tapi, akhirnya dia mengetuk perlahan pintu bilik Luqman. Pintu bilik dibuka perlahan lalu memandang ke arah Luqman yang masih lagi berbaring di atas katil.

“Luq…boleh abang masuk?” pinta Hakim.

“Masuklah.”

Hakim melangkah masuk ke dalam bilik dan duduk di kerusi rehat milik Luqman. “Sihat?”

“Hmmm…ada pakej sakit hati sekali…”

Tengok riak muka Luqman yang sekarang ni pun dah tahu yang Luqman memang tak ada mood.

“Kenapa pulak ni?”

Luqman bangun dari pembaringannya lalu memandang Hakim. “Abang tahu tak sekarang ni perempuan tu ada dekat Kuala Lumpur.”

“Huh? Masuk Luq, Gia ke?”

“Yelah! Abang rasa Luq selama ni benci dekat sapa lagi kalau bukan Gia Vatanika?” Sebut nama dia je aku dah rasa meluat sangat. Benci betullah aku!

“Dia buat apa datang Kuala Lumpur sekarang ni?”

“Entah. Lantak dialah nak buat apa pun dekat sini. Cuma apa yang Luq tak puas hati sekarang ni dia pergi jumpa dengan ibu! Dah tu sesedap dia je masuk bilik Dariya! Tak sedar yang diri tu pembunuh!”

“Luq…Luq sedar tak apa yang Luq cakap ni? Ok, macam nilah kalau ditakdirkan satu hari nanti hasil siasatan keluar yang Gia bukan pembunuhnya, macam mana?”

“Luq yakin memang dia pembunuhnya! Kereta tu kereta dia! Cuma yang menjadi masalahnya sekarang ni bukti masih tak cukup! Biar dia hidup senang dulu sebelum merempat dalam penjara!”

“Luq…abang nak cakap sikit. Kita tak boleh buat kesimpulan melulu. Ya itu memang kereta dia dan kemungkinan besar memang dia yang langgar Dariya tapi Luq cuba fikir ok? Takkanlah dia nak langgar Dariya saja-saja? Mungkin ada benda yang terjadi malam tu sampaikan dia terlanggar Dariya. Macam mustahil sangatlah dia dengan Dariya berdendam sedangkan Luq sendiri cakap dia dan Dariya baru pertama kali je berjumpa. Kadang-kadang Luq…benda yang dah jadi sebenarnya berlaku tanpa diniat pun. Kita tak nak pun benda tu berlaku tapi siapa yang boleh lawan perancangan Allah? Kalau Allah kata berlaku jugak kejadian eksiden tu, then macam mana kita mengelak sekalipun tetap akan berlaku jugak. Tak di tempat tu mungkin jadi ditempat lain.”

Hah…kan bagus kalau Luqman berfikiran macam Hakim? Tak adalah sakit jiwa sangat layan perangai Luqman yang tak semenggah tu.

“Ye Luq tahu abang tapi masalahnya sekarang kalau dia memang betul-betul bersalah, kenapa dia tak nak mengaku? Kenapa semua bukti dihapuskan secara tiba-tiba and on the time? Kenapa?”

“Macam abang kata…kita tak berada di tempat dia dan kita tak tahu cerita yang sebenarnya. Mungkin ada benda yang halang dia dari bercakap.”

Benda yang halang? Serta-merta dia teringatkan Danial ketika dia dan Idham berada di Filipina dahulu. Kelakuan Danial memang tak boleh dijangkau dek akal fikiran. Mungkin semua ni ada kena mengena dengan Danial?

“Hah…fikir apa pulak tu?”

“Tak ada apa-apalah.”

Nanti aku jumpa dengan Idham dan cakap pasal ni. Tak pun aku jumpa terus dengan Gia dan cakap pasal ni.

GIA termenung sendiri di balkoni biliknya. Haih…nak buat apa pun dia tak tahu sekarang. Tak lama lagi aku kena fly ke Filipina balik untuk photoshoot baju-baju rekaan terbaru dari designer terkenal di sana lepas tu fly balik ke Thailand untuk jadi presenter produk Filipina yang baru dikenalkan di sana. Tak penat ke ulang-alik sana-sini?
Penat tu penatlah tapi dia tak kisah pun sebab dia dah terbiasa.

“Akak…”

“Hmmm?” Gia menoleh ke belakang. Vitalika menghampiri kakaknya dengan iPad di tangannya.

“Ni jadual akak. Maya hantar dekat Vi tadi.”

Gia mengambil iPad dari tangan adiknya dan memerhatikan jadual yang telah disusun kemas oleh Gia. Nampaknya tak ada lah pack sangat. Cuma, seminggu tu memang aku penuh dengan event.

“Oh ya…Maya ada call jugak tadi dan dia cakap ada syarikat perfume dekat sini nak akak jadi presenter baru kepada produk diorang. Maya tak confirm lagi sebab takut akak tak nak job tu. So? Macam mana? Akak nak tak job tu?”

“Bila tu?”

“Ikut apa yang Maya cakap, dua minggu lagi perfume tu nak launch tapi diorang booking akak siap-siap. Ok?”

“Hmmm ok. Inform dekat Maya akak accept that job.”

“Orait…” Vitalika keluar dari bilik kakaknya.

“Akak!” pintu bilik Gia kembali dibuka dari luar. “Maya cakap Kristine akan datang sini esok. Flight dia pagi esok. Maya cakap Kristine akan tolong apa yang patut dekat sini.”

“Ok…” jawabnya dalam keadaan tak ada mood.

Bila teringatkan balik kejadian di antara dia dengan Luqman tadi, membuatkan dia mood down terus. Entah sampai bila lah dia boleh tahan dengan perangai angin Luqman yang satu tu. Boleh jadi sakit jiwa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience