Fadzil dan Farhad keluar dari keretanya dan melihat ibunya Puan Yusnita tercegat sahaja di tepi kereta suaminya.
“Ad, tu kau ke ?” tanya Puan Yusnita.
“Mama. Ad dah balik nih. Ni memang Ad ni ma” kata Farhad lalu berjalan ke arah ibunya lalu bersalaman sambil memeluknya. Fadzil tersenyum sahaja
“Ya Allah Ad. Dah berapa lama mama tak jumpa kau Ad. Mama rindu sangat dekat kau nih” kata Puan Yusnita. Linangan air matanya jelas kelihatan.
“Maafkan Ad mama. Ad pergi selesaikan masalah Ad sendiri. Ad memang banyak buat salah dengan mama papa. Dengan Fadzil Faridah sekali” kata Farhad sambil menangis.
“Ad…mama yang patutnya mintak maaf dekat Ad sebab mama tampar Ad dulu. Sebabkan mama, Ad pergi jauh and langsung tak nak balik rumah. Mama yang salah sebenarnya. Maafkan mama Ad” kata Puan Yusnita sambil duduk di atas pondok bersama dengan Farhad.
“Mama jangan cakap camtuh. Ad langsung tak ambil hati pasal tuh. Ad cuma sedih apa yang Ad cakap dah jadi kenyataan. Fadzil dah bercerai dengan Lina. Semuanya kerana mulut Ad sendiri” kata Farhad.
“Bukan salah Ad. Benda dah berlaku ada sebabnya. Bukan kerana mulut kau semata-mata. Jangan salahkan diri kau. Fadzil macam mana kau boleh jumpa Ad nih” kata Puan Yusnita. Fadzil bersalaman dengan ibunya.
“Ad sendiri yang datang rumah Fadzil nih. Dia datang and mengaku semua salahnya. Tapi Fadzil tak ambik hati dekat dia pun. Ayah mana mama ? Mama pakai lawa ni nak pergi pekan ke ?” kata Fadzil.
“Alhamdulillah lah kalau kau tak berdendam lagi dengan dia. Ayah dengan mama nak pergi pekan kejap beli barang basah apa semua untuk raya nih. Kejap lagi ayah datang” kata Puan Yusnita.
“Mama…ayah tak marahkan Ad ke ? Ayah mesti marahkan Ad. Ad banyak buat silap dekat ayah dulu” kata Farhad.
“Tak Ad. Insyaallah ayah takkan marah lagi dekat kau. Mama seronok tengok kau dah berubah. Nanti kita bincang lagi la lepas nih. Korang angkat la beg baju korang dulu. Lambat betul korang sampai sini tadi. Jammed teruk ke malam tadi ?” kata Puan Yusnita.
“Haah mama. Jammed teruk kat highway. Ada lori terbalik la apa la. Pastu tayar bocor pulak kene paku tadi. Esok kot Fadzil pergi kedai tayar tukar tayar baru kat pekan” kata Fadzil.
“Baik korang mandi lepas tu tidur. Takut korang tak cukup tidur. Rehat lah dulu” kata Puan Yusnita. Fadzil dan Farhad mengangguk.
Encik Shuhaimi bersama Faridah menuju ke pintu rumah lalu menuruni tangga. Mereka ternampak Puan Yusnita, Fadzil dan Farhad sedang berbual di pondok itu. Encik Shuhaimi terdiam sahaja lalu pergi masuk ke dalam rumah semula.
“Farhad !!!! Ya Allah kau ke tuh” kata Faridah lalu berlari turun tangga memakai selipar lalu pergi ke arah Farhad dan memeluknya.
“Allah Ida. Aduh kau nih semangatnya kau. Aku rindu dekat kau Ida” kata Farhad dengan sebak.
“Ad, kau dah berapa lama tak balik rumah. Family ni semua rindu dekat kau” kata Faridah.
“Yeke Ida. Aduh Ida aku pun rindu dekat adik beradik aku nih. Mana ayah Ida ?” tanya Farhad.
“Aik. Tadi ayah ada dekat tangga tuh. Mana ayah pergi ?” tanya Faridah. Farhad diam sahaja.
Tiba-tiba Encik Shuhaimi keluar semula dari rumahnya dengan membawa sebilah parang ! Fadzil cepat-cepat meluru ke arah ayahnya.
“Astaghfirullah ayah !! Mengucap ayah !!!” jerit Fadzil.
Encik Shuhaimi tidak mempedulikan anak sulungnya lalu meluru ke arah Farhad dan menghayunkan parang ke arah Farhad.
Belum sempat Encik Shuhaimi menghayunkan parang itu, Fadzil menahan ayahnya sambil mengambil parang dari tangan ayahnya itu lalu melemparkan ke tepi.
“Ayah !!! Kenapa nih sampai nak tetak Farhad. Dia Farhad ayah anak ayah nihh !!” tengking Fadzil.
“Kau jangan nak tahan aku Fadzil. Biar aku bunuh dia saje. Aku takde anak sampah macam dia tuh. Kau ingat aku tak tahu kau pergi menghisap dadah dekat tempat kerja kau ?! Kaki penagih !!!” jerit Encik Shuhaimi.
“Ya Allah abang mengucap bang mengucap !!! Astaghfirullah abang jangan buat macam tu dekat anak kita” kata Puan Yusnita sambil menenangkan suaminya itu. Farhad berasa gementar lalu duduk melutut di hadapan ayahnya sambil memeluk kaki Encik Shuhaimi.
“Ayah !!! Ampunkan Ad ayah !!! Ad banyak berdosa dengan mama ayah Fadzil dengan Faridah nih ayah. Hukumlah Ad ayah. Ayah ambik parang tetak lah kepala Ad ni ayah” kata Farhad meraung dengan kuat sambil menangis. Encik Shuhaimi terdiam sahaja.
“Ad jangan buat macam tu Ad” kata Puan Yusnita. Faridah duduk di atas pondok menangis melihat ayahnya bertindak sebegitu.
Alisha dan Adirah yang kebetulan sedang berehat di dapur terdengar seperti sedang bergaduh mulut. Mereka meluru ke luar rumah.
“Kejap tau nenek. Haih siapa tuh kenapa meraung macam tuh” kata Alisha.
Apabila Alisha dan Adirah keluar dari rumah mereka terkejut kerana Encik Shuhaimi sedang memarahi Farhad.
“Ya Allah kenapa dengan pak ngah tu marahkan Ad” kata Adirah. Pasangan kembar itu meluru ke pondok itu.
“Ayah bawa mengucap ayah. Ingat Allah ayah. Ingat penyakit ayah nih. Jangan ikutkan emosi ayah” kata Fadzil mengurut dada ayahnya itu. Bimbang serangan jantung pada Encik Shuhaimi datang lagi.
“Maafkan ayah Ad. Ad banyak berdosa. Ad tak pernah menghisap dadah sumpah Ad tak ambik benda tuh. Ad cuma jual dan edar je ayah. Tapi Ad tak buat dah kerja haram tuh. Demi Allah Ad tak buat dah kerja terkutuk tuh. Ad dah bertaubat ayah” kata Farhad.
Encik Shuhaimi melepaskan kaki yang dipeluk oleh Farhad lalu pergi ke arah keretanya. Farhad tidak mampu berbuat apa-apa selain menangis sahaja. Puan Yusnita duduk bersebelahan dengan Faridah. Fadzil diam sahaja melihat ayahnya pergi ke keretanya.
“Mama. Kalau ayah tak nak terima dengan Ad. Ad boleh balik Klang. Ad terima kalau ayah gelarkan Ad ni anak sampah. Fadzil, hantar aku pergi stesen bas. Aku nak balik Klang” kata Farhad.
“Ad, kau jangan macam tuh. Ayah terlepas cakap sebab ayah terlalu marahkan kau Ad. Mama sentiasa bela kau Ad. Ayah kau keluar tu nak tenangkan fikiran dia. Insyaallah marah dia akan surut nanti” kata Puan Yusnita.
“Ya Ad. Aku sebagai abang kandung kau, aku takkan biarkan ayah buat kau macam tuh. Kau ingat Allah jangan fikir negatif. Abaikan apa yang ayah cakap tuh. Ayah masih marah lagi. Nanti dia okay la tuh” kata Fadzil.
“Ida…ya Allah kenapa nih mak ngah sampai Ad meraung dengan pak ngah tadi ?” tanya Adirah.
“Hm pak ngah kau cuba nak tetak Ad tadi. Mujur Fadzil sempat tahan pak ngah tadi. Takut mak ngah tengok pak ngah macam tu. Tak pernah lagi dia buat macam tuh” kata Puan Yusnita.
“Masyaallah….Ad okay tak ? Kitorang rindu dekat kau. Lama kau tak balik sini. Nenek pun asyik tanya pasal kau Ad” kata Alisha sambil bersalaman kepada Farhad. Adirah pun mengikut sama.
“Oh korang Adirah Alisha. Aku rindu jugak dengan korang. Nenek mana Isha ?” tanya Farhad.
“Nenek kat dapur tengah masak. Nanti jumpa lah nenek. Mungkin dia ada banyak cerita dengan kau tuh Ad” kata Adirah. Farhad mengelap air matanya dengan bajunya.
“Dah Ad jangan nangis lagi. Korang naik dulu. Tinggalkan mama kat sini kejap sampai ayah sampai. Biar mama uruskan hal dengan ayah. Insyaallah ayah okay nanti. Ayah mana yang tak sayangkan anak sendiri kan. Pergi naik atas rehat. Ida kau ikut Isha dengan Irah tu sambung buat ketupat tuh” kata Puan Yusnita.
“Okay mama. Mama sabar ya. Pujuk lah ayah kalau boleh mama. Ada apa-apa bagitau Fadzil. Kitorang naik atas dulu” kata Fadzil.
“Take care mama” kata Farhad sambil mencium pipi ibunya. Puan Yusnita mengusap kepala Farhad.
“Ad. Jangan fikirkan pasal tadi. Pergi rehat sana tau” kata Puan Yusnita. Farhad mengangguk.
“Mama okay tak ?” tanya Faridah.
“Okay je Ida. Jangan fikir sangat. Fokus apa yang korang nak buat. Jangan bagitau nenek pasal kejadian tadi. Mak ngah tak nak nenek marahkan pak ngah pulak. Cakap je kat nenek takde apa-apa cuma Fadzil dengan Farhad baru sampai” kata Puan Yusnita.
“Okay mama. Jom sambung kerja kat dapur” kata Faridah lalu masuk ke dalam rumah bersama Alisha dan Adirah.
Puan Yusnita menangis memikirkan tindakan suaminya Encik Shuhaimi sehingga mahu membunuh anaknya sendiri.
“Ya Allah ya tuhanku. Berikanlah ketenangan jiwa buat suamiku. Bantulah aku ya Allah menerangi jiwa dan nurani hati suamiku” kata Puan Yusnita dalam hati.
Fadzil dan Farhad mengangkat beg pakaiannya sahaja masuk ke dalam bilik yang menempatkan Fadzil dan Farhad sahaja. Dua katil yang berasingan.
“Tengoklah bilik kita nih. Teringat masa kita kecil-kecil dulu kan Ad ? Kita main sama-sama dalam bilik nih dulu. Arwah atuk yang buat bilik untuk family kita dulu” kata Fadzil. Farhad diam sahaja tidak berkata apa-apa.
“Kau okay tak Ad ? Aku nak mandi dulu. Kau rehat lah dulu. Aku nak jumpa nenek pastu aku mandi la” kata Fadzil. Farhad tidak menjawab apa-apa sebaliknya terus baring sahaja.
“Haih kesian adik aku nih. Nasib lah dia ayah aku. Ayah aku kalau marah lain macam” kata Fadzil dalam hati. Dia mengambil tuala dan peralatan mandi lalu menuju ke dapur.
“Assalamualaikum nenek. Sibuk ke tuh memasak nek hehe” kata Fadzil mengejutkan Nek Tipah yang sedang membuka api dapur gas.
“Opocot kau. Lah kau ke Fadzil. Waalaikumussalam ish kau terperanjatkan aku lah” kata Nek Tipah. Mereka saling bersalaman. Fadzil duduk di atas kerusi di meja makan.
“Nenek macam mana sihat ke ? Fadzil sibuk kerja semalam tu yang Fadzil balik sini lambat. Lagipun Ad tu balik sekali dengan Fadzil” kata Fadzil.
“Ad ada ? Mana dia ? Lama nenek tak jumpa Ad” tanya Nek Tipah.
“Ad ada dekat bilik. Tengah tidur tuh. Nanti dia bangun lah tuh. Takleh lah Fadzil tahan ngantuk. Mata ni pun dah rabak sangat drive kereta tadi. Jammed teruk dekat highway tadi” kata Fadzil sambil memandang Faridah, Adirah dan Alisha menganyam ketupat dengan laju.
“Wah hebat korang. Dapat kerat semua lidi daun ketupat eh. Berapa ikat nenek beli daun ketupat nih ?” tanya Fadzil.
“8 ikat Fadzil. Lagipun adik kau la nih si Ida. Nak belajar buat ketupat lembu. Irah dengan Isha puj nak belajar jugak. Diorang ada ujian sebenarnya. Tu yang buat laju gila tu hahaha” kata Nek Tipah ketawa.
“Alah nenek suka pulak. Hmmm banyak ni nenek sampai 10 biji ketupat. Bila kita boleh belajar buat ketupat lembu nih” kata Faridah.
“Nanti dulu. Selesaikan ujian nih kalau dapat siap dalam masa yang ditetapkan, baru nenek boleh buat keputusan. Buat elok-elok jangan ada yang terkoyak lah terabur lah” kata Nek Tipah.
“Uish nenek 10 biji ?” tanya Fadzil.
“Haah. Diorang kena buat 10 biji ketupat dalam masa setengah jam sahaja. Alah korang adik beradik mesti dah pandai anyam ketupat kan” kata Nek Tipah tersengih.
“Elok sangat lah bagi ujian kat dia. Kalau takde ujian nih, entah-entah Ida ajak kembar nih pergi tengok movie dalam bilik. Ataupun keluar main je. Baik tolong nenek buat persiapan raya” kata Fadzil.
“Fadzil, tolong Ida heheh. Tangan aku dah kejung berpeluh nih” kata Faridah.
“Kau ingat tangan kau je ke berpeluh ? Tangan aku ni siap boleh renjis dekat muka kau lagi” kata Adirah sambil merenjis tangannya ke muka.
“Pengotor lah kau nih Irah” kata Isha.
“Eee kau ni Irah. Buat lah main je tahu” kata Faridah.
“Boleh Ida abang tolong buatkan. Tapi aku tolong tengok lah hahaha” kata Fadzil ketawa lalu bangun dari kerusinya dan menuju ke bilik air. Nek Tipah pergi ke arah Fadzil dan membisikkan ke telinga Fadzil.
“Apa yang riuh kat luar tadi ? Bergaduh ke ?” tanya Nek Tipah.
“Ya Allah takdelah nenek. Jiran rumah sebelah sana kot. Kan ada anak-anak kecil meraung je tiap masa. Tu yang mak ayah diorang meraung je. Okay lah Fadzil mandi dulu” kata Fadzil lalu masuk ke dalam bilik air.
“Ish ada benda yang tak kena nih” bisik hati Nek Tipah.
“Kat luar riuh tadi korang tahu ke kenapa ?” tanya Nek Tipah kepada Faridah, Alisha dan Adirah. Mereka terperanjat bukan kepalang.
“Eh mana riuh nenek. Riuh rumah sebelah sana kot nenek” kata Alisha sambil menyambung kerjanya.
Nek Tipah menggelangkan kepalanya sahaja.
.
Sementara di pekan, Encik Shuhaimi memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia mengambil minyak panas lalu mengurut dadanya kerana berasa sakit. Setelah itu dia duduk berehat sahaja di dalam kereta sambil mendengar lagu raya di radio.
“Ya Allah apa yang aku buat dekat dia. Anak aku tuh….kenapa aku tergamak buat macam tu” kata Encik Shuhaimi seorang diri. Kedua belah tangannya menggeletar sahaja.
Hatinya masih tidak tenteram memikirkan kejadian di rumahnya tadi. Dia memicit kepala menahan sakit kepalanya. Beberapa minit kemudian telefon Encik Shuhaimi berdering. Panggilan dari isterinya.
“Ya sayang assalamualaikum. Abang ada dekat luar kejap lagi abang balik” kata Encik Shuhaimi.
“Waalaikumussalam…abang okay tak tuh ? Ada sakit apa-apa ke ?” tanya Puan Yusnita risau.
“Takde apa pun sayang. Abang cuma keluar ambik angin kejap. Nanti abang balik ambil awak lepas tu kita keluar cari barang” kata Encik Shuhaimi.
“Okay abang” kata Puan Yusnita.
“Erm Nita…abang mintak maaf pasal perbuatan abang dekat Ad tuh. Abang tak boleh nak control temper saya. Ramai orang dekat KL sana bercakap pasal Ad tuh kaki menghisap apa semua. Abang tak boleh tahan mulut orang bercakap pasal anak kita. Malu abang sebenarnya” kata Encik Shuhaimi.
“Saya tak ambil hati pun okay abang ? Saya faham apa yang berlaku tadi ? Banyak kali saya pesan pedulikan orang yang bercakap camtuh. Jangan dengar dari satu pihak je. Biarlah Ad explain perkara sebenar” kata Puan Yusnita.
“Awak tak marah kan ?” tanya Encik Shuhaimi.
“Tak pun abang. Saya cuma terperanjat apa yang abang buat tadi. Saya dah okay sekarang nih. Saya duduk kat pondok luar je nih” kata Puan Yusnita.
“Nanti abang ada masa abang akan bincang dengan awak nanti” kata Encik Shuhaimi.
“Ya baguslah tu bang. Kesian saya tengok Ad tuh. Abang fikirlah kalau Ad hisap dadah sekali pun, penampilan dia bukan macam tuh. Dia normal je. Tapi ada sebab kenapa Ad terjebak dengan dadah nih. Please abang dengar lah penjelasan Ad nanti” kata Puan Yusnita.
“Ya okay awak. Saya nak gerak nih. Tunggu abang dekat luar. Assalamualaikum” kata Encik Shuhaimi lalu menutup panggilan itu. Dia mula memandu keluar dari tempat keretanya.
Encik Shuhaimi menunggu sahaja lampu isyarat bertukar kepada warna hijau. Matanya melirik ke arah seseorang yang sangat dikenalinya di kedai makan itu. Orang itu sedang mengangkat meja dan kerusi kedai makan.
Encik Shuhaimi memandang sahaja orang itu. Rupanya orang itu adalah Yusof, abang kandung kepada Puan Yusnita yang telah mencederakan adiknya sendiri beberapa tahun lepas.
Yusof pernah dipenjarakan lima tahun atas tuduhan mencederakan adiknya Puan Yusnita dan bersubahat membunuh isteri Yusof. Kini dia telah balik ke Bagan Serai bekerja sebagai pembantu kedai makan.
“Eh tu Yusof ke ? Tak nampak pulak dia kerja kat kedai makan nih ?” kata Encik Shuhaimi seorang diri.
Apabila dia ternampak lampu isyarat berwarna hijau, dia memandu pulang ke rumah. Encik Shuhaimi memikirkan kelibat Yusof tiba-tiba sahaja berkerja di kedai makan.
“Mak kata Yusof ada balik sini. Dia kerja la tuh agaknya” kata Encik Shuhaimi dalam hati
Share this novel