1

Romance Series 93217

Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Matahari juga sudah semakin gah memancarkan sinarannya. Namun Aayra masih tetap juga belum sedar dari tidurnya yang panjang. Sudah puas Puan Husna mengetuk pintu kamar anak gadisnya itu. Malangnya sehingga ke saat ini, Aayra masih jua belum menunjukkan tanda - tanda sudah bangun. Akhirnya Puan Husna mengalah. Dia sudah tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk mengejutkan Aayra dari tidurnya.

"Tak bangun lagi ke anak dara kita tu?" Soal Encik Nadzmi dari arah belakang.
Puan Husna tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya menggelengkan kepalanya bersama keluhan di bibir.

“Takpe lah. Awak pergi siap. Nanti lambat pula kita sampai ke sana. Biar saya yg kejutkan Aayra." Ujar Encik Nadzmi.

Puan Husna akur. Seketika kemudian dia sudah hilang di sebalik ruang pintu kamarnya yang terletak bersebelahan bilik Aayra. Sebaik Puan Husna berlalu pergi, Encik Nadzmi mengambil alih mengejutkan anak gadisnya. Pintu kamar Aayra diketuk kuat sehingga membingitkan telinga sesiapa sahaja yang mendengar. Seketika kemudian kedengaran pintu tombol kamar itu dibuka dari dalam. Wajah Aayra terjengul di situ dengan rambut yang agak kusut masai. Reaksi mukanya kelihatan monyok sekali. Pasti dia berasa sedikit terganggu dengan ketukan Encik Nadzmi sebentar tadi.

“Kenapa susah sangat nak kejut anak abah ni? Tahu tak sekarang ni dah pukul berapa? Elok sangat ke anak dara bangun lewat - lewat macam ni?" Bebel Encik Nadzmi tegas.

Aayra tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya menundukkan wajahnya menghadap lantai. Dia akur dengan kesalahan dirinya. Untuk tidak memanjangkan cerita, Aayra hanya diam membisu. Bimbang jika dia membela diri nanti bakal mengundang amarah bapanya. Lagi pula memang pantang bagi Encik Nadzmi jika anak - anaknya melawan kata jika terang - terang kesalahan itu datang dari diri mereka sendiri. Apatah lagi sejak kecil Aayra dan abangnya memang sudah diasuh agar membiasakan diri bangun di awal pagi. Mengikut kata bapanya, awal pagi merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita keluar mencari rezeki kerana pada waktu itu pintu rezeki telah dibuka seluas - luasnya. Jadi sebagai hambaNya, kita tidak boleh mensia - siakan waktu itu begitu sahaja.

“Menung apa lagi tu? Pergilah mandi cepat. Kan abah dah bagitahu semalam yang kita akan hadir ke majlis perkahwinan anak kawan abah hari ni. Aayra lupa ke?" Soal Encik Nadzmi sekali gus mematikan lamunan Aayra.

“Err... Aayra kena ikut juga ke abah? Aayra seganlah." Ujar Aayra takut - takut.

“Apa yang nak disegankan? Abah dan ibu kan ada. Lagipun kamu kan belum pernah berjumpa dengan Uncle Zamir tu. Jadi inilah masanya untuk kamu kenal - kenal dengan dia. Dah, jangan cakap banyak. Pergi mandi dan siap cepat." Arah Encik Nadzmi tanpa berkompromi.

Ya, Aayra tahu dia tidak mempunyai pilihan lain lagi. Dari raut wajah bapanya, jelas keihatan Encik Nazdmi sangat berharap untuk berjumpa dengan teman baiknya yang sudah lama terpisah itu. Hampir 30 tahun lamanya mereka terpisah dan hanya emel dan panggilan telefon sahaja yang menjadi perantaraan di antara mereka selama ini. Jadi sebagai anak, dia tidak sanggup untuk menghampakan harapan bapanya.

Dari cerita yang disampaikan oleh Puan Husna kepada Aayra sebelum ini, bapanya dan Uncle Zamir memang sudah lama berkawan sejak dari bangku sekolah lagi. Mereka berdua umpama pasangan kembar walaupun berlainan keluarga. Ke mana sahaja mereka pergi dan lakukan, semuanya pasti bersama. Begitu juga dalam bidang pendidikan. Kedua - duanya sama hebat sehinggalah mereka berdua ditawarkan peluang melanjutkan pelajaran ke luar
negara. Malangnya pada ketika itu keluarga bapanya tidak dapat memenuhi impian bapanya itu. Mereka mengalami kekangan dari segi wang ringgit. Perbelanjaan untuk ke sana memakan jumlah yang sangat tinggi. Jadi bapanya terpaksa melupakan sahaja niatnya itu. Memandangkan Uncle Zamir merupakan anak orang berada di kampung itu, pihak keluarga Uncle Zamir ada menawarkan bantuan kepada keluarga bapanya, namun bantuan itu ditolak baik oleh bapanya. Sebolehnya dia tidak mahu termakan budi keluarga Uncle Zamir sehingga ke tahap itu.

Sejak dari itu, bapanya sudah jarang bertemu Uncle Zamir. Cuma sesekali mereka bertemu jika masing - masing mengahadapi cuti semester yang panjang. Walaupun begitu, persahabatan bapanya dan Uncle Zamir masih tetap jua utuh terjalin. Malah ketika Uncle Zamir menamatkan zaman bujangnya, Encik Nadzmi lah orang yang paling sibuk ke sana ke sini menemani teman baiknya itu. Saat itu bapanya merasakan dia lah orang yang paling teruja dan gembira melihat kebahagiaan teman baiknya.

Namun jarak sekali lagi memisahkan mereka. Setelah kematian kedua orang tuanya, Uncle Zamir telah mengambil keputusan untuk pulang ke Rusia memandangkan isterinya masih mempunyai keluarga di sana. Tambahan pula pada saat itu, bapa mertua Uncle Zamir sedang sakit tenat. Jadi sebagai menantu walaupun mereka berlainan agama, Uncle Zamir tetap berasa bertanggungjawab untuk menjaga bapa mertuanya. Apatah lagi dia merasa sangat terhutang budi kepada keluarga mertuanya itu kerana telah mengizinkannya mengahwini Aunty Elise yang merupakan satu - satunya anak tunggal mereka.

Sejak itu, bapanya dan Uncle Zamir sudah tidak lagi bertemu. Hanya telefon sahaja yang menjadi perantaraan di antara mereka. Jadi wajarlah mengapa bapanya begitu teruja untuk menghadiri majlis perkahwinan anak gadis Uncle Zamir dan Aunty Elise. Lagi - lagi selepas dia mengetahui bahawa Uncle Zamir dan Aunty Elise akan berada di Malaysia untuk selama - lamanya. Pasti kerinduan seorang sahabat itu begitu menebal di dalam hati bapanya.

“Baiklah, Tuanku! Tuanku bagi patik masa dalam 1 jam untuk patik mandi dan bersiap ok?" Ujar Aayra sambil mengenyitkan matanya kepada Encik Nadzmi sebelum pintu biliknya ditutup semula.

Encik Nadzmi tersenyum. Begitulah aksi Aayra jika dibebelkan. Anak gadisnya itu memang agak nakal berbanding abangnya. Namun begitu dia tetap seorang anak yang sangat patuh terhadap arahan orang tuanya. Tidak pernah sekali pun dia melihat Aayra membantah cakap mereka suami isteri. Jika A kata mereka, maka A jugalah buat Aayra.

***************************************

Sepanjang berada di majlis perkahwinan tersebut, Aayra tidak banyak bicara. Dia hanya membisu dan menjadi pendengar setia terhadap perbualan Encik Nadzmi bersama teman - teman lamanya. Sesekali bibirnya mengukir senyuman jika perbualan mereka tertumpu kepadanya. Memandangkan mereka akan berada di situ dengan lebih lama lagi, Aayra segera meminta diri untuk bersiar - siar di sekitar kawasan hotel tersebut. Langkah kakinya terus dibawa menuju ke kawasan lobi dewan hotel. Disitu terdapat pelbagai prop yang disediakan oleh pihak pengantin kepada para tetamu yang datang untuk mengabdikan memori mereka di majlis tersebut.

Aayra tersenyum sendiri melihat gelagat - gelagat yang dirakam oleh para tetamu. Ternyata ianya begitu mencuit hati. Namun entah di mana silapnya, tiba - tiba sahaja langkah kakinya terhenti saat dia merasakan tubuhnya seakan telah merempuh seseorang dengan agak kuat. Tidak cukup dengan itu, tubuhnya turut terasa melayang - layang. Dia yakin tidak lama lagi pasti tubuhnya itu akan jatuh menyembah bumi. Aayra pasrah. Dia redha dengan apa sahaja yang bakal berlaku sebentar lagi. Malangnya sangkaannya itu meleset sama sekali. Tubuh yang disangka akan terhempas ke lantai itu rupa - rupanya kini berada kemas di dalam pautan seseorang. Perlahan - lahan dia membuka matanya yang dipejam sejak tadi.

Bagaikan terpukau dengan sesuatu yang menarik, lama Aayra berkeadaan begitu. Matanya tepat merenung ke dalam anak mata lelaki yang sedang berdiri dihadapannya itu. Kacak! Hanya perkataan itu sahaja yang mampu terbit dari bibirnya saat ini. Kekacakkan lelaki itu benar - benar memukau pandangannya. Ditambah lagi dengan sepasang anak matanya yang berwarna hazel itu menambahkan lagi kekacakkan lelaki itu. Hatinya tiba - tiba terasa bagaikan sudah jatuh cinta pandang pertama.

“Ehem.. Ehem.." Tegur satu suara dari sisi Aayra.

Bagaikan halilintar yang memanah tepat ke arahanya, Aayra pantas berdiri lalu segera membetulkan pakaian serta rambutnya. Dia bagaikan baru tersedar dari satu mimpi yang panjang. Setelah menyedari akan situasi sebenar, Aayra menampar - nampar pipinya perlahan. Sungguh dia malu dengan apa yang terjadi. Apatah lagi saat menyedari situasi itu mengundang perhatian orang ramai yang turut berada di situ.

“Seronok ke berpeluk - pelukan dengan teman lelaki orang di khalayak ramai? Tak malu eh?" Sindir gadis tinggi lampai itu.

“Err... Ma.. Ma.. Maafkan saya. Saya tak sengaja. Saya takde niat pun nak buat semua ni. Saya betul - betul tak sengaja. Sekali lagi maafkan saya." Ucap Aayra gugup.

“It's ok. Please be more careful after this." Ujar lelaki itu sebelum berlalu pergi bersama gadis yang berada di sisinya itu.

Aayra bagaikan terkedu dengan respon pantas lelaki itu. Belum sempat dia mengucapkan terima kasih, lelaki itu sudah pun berlalu pergi meninggalkan dirinya. Sempat juga dia memandang ke arah gadis yang kelihatan mesra memeluk lengan lelaki tersebut dan ternyata gadis itu sedang menjeling tajam ke arahnya. Aayra panik kemudian dia pantas mengatur langkah menuju ke arah kedua orang tuanya semula. Niatnya untuk bersiar - siar di kawasan hotel tersebut akhirnya terbantut.

Share this novel

Aina Aini
2021-01-25 21:11:20 

good job writer..de hepy ending all couple's.i like..

Hanifi Pehlivan
2020-09-02 05:01:37 

Ne yazdln

bunga aireen
2020-08-07 23:09:56 

y y u u 7 y y u 7 u y u 86 y t y 8 y 7 y y y 7y y y y u y 7 7 y 7 y y u 7 7 y yu, t t 7 y u 7 7 y t 6 t t 6 y 8 y y y t9 u y t 8 , , y 7 7 7 y t y y y u i y y u 7 7y y y 7 y


NovelPlus Premium

The best ads free experience