BAB 10

Family Completed 7198

AIRMATA jadi peneman. Adra kelu seribu bahasa. Melihatkan mummy dan daddynya muncul di restoran tempat dia bekerja memang hampir buat dia menjerit macam orang gila. Terus dipeluk tubuh mummy dan daddy bila mereka keduanya memberi salam.

Di bahu mummy, Adra teresak-esak. Tak dihiraukan mata yang memandang. Apa nak dikata, kata jelah. Dia dah terlalu rindukan mummy dan daddy. Saat ini juga, rindu pada lelaki itu semakin berat. Kesal pula menolak bila orang dah sudi.

Pelukan terlerai. “Mummy dengan daddy minta maaf sebab abaikan Adra. Patutnya kami beri sokongan moga Adra terus berubah…” Airmata Adra diseka.

“Dan daddy bersyukur sebab Adra dah berubah dan terima kasih pada yang membuka jalan tu…” sampuk daddy.

Adra mengangguk. Orang tuanya tak kenal lagi siapa yang membuka jalan tu. Memang Tuhan yang memberi ruang tapi yang menuntun tangannya itu… adalah lelaki yang dia cintai kerana Allah.

“Mummy dengan daddy nak terima Adra balik, kan?” soal Adra sebak.

“Tak nak…” Tegas jawapan diterima. Mummy dan daddynya senyum. Airmata Adra makin laju mengalir. Dia sudah terlalu berharap. Tapi, kecewa lagi.

“Mummy dan daddy Adra tak terima Adra kalau Adra tak terima pinangan abang.”

Adra angkat wajah mencari suara itu. Gamam! Muncul Kax dan mama di belakang orang tuanya. Tangisnya terhenti. Kaku tanpa senyuman.

Terkejut!

“Nak terima tak?” soal Kax lagi sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience