1

Romance Completed 95763

(Tuscany, Itali - 6.00 pagi)

Bias matahari memancar masuk ke dalam ruangan bilik itu. Dari luar kedengaran air kolam mengalir tenang pada setiap tingkatnya. Langit yang tadinya gelap perlahan berubah warnanya. Fajar oren mula membiasi setiap ceruk kaki langit. Indahnya pemandangan pagi itu ditemani dingin angin dibumi Itali.

Tit! Tit!

Jam penggera memulakan tugasnya mengejut penghuni didalam bilik itu. Sejuk mencengkam tulang. Tangannya meraba mencari alat kawalan penghawa dingin. Masih tiada. Dia terus meraba dipermukaan katil. Matanya masih terpejam. Tidak lama kemudian, tangannya berhenti meraba.

'Ini dia.' Dia memegang alat kawalan penghawa dingin tersebut. Tetapi alat itu tidak diambil terus. Terbit kedutan didahinya. Pelik!

'Kenapa lain macam rasanya?' Lantas, tangannya memicit alat kawalan itu.

'Kenapa lembut?' Kelopak matanya mula bergerak. Otaknya dipaksa untuk menghantar maklumat tentang objek yang berada dalam pegangannya. Setelah maklumat dapat dikesan oleh otaknya, serta-merta kelopak matanya terbuka luas.

Dia memusingkan badannya dalam keadaan terlentang. Kepalanya diarahkan untuk pandang ke sisi kiri. Cahaya matahari menyerang masuk ke dalam retinanya. Silau. Automatik tangannya menghalang cahaya tersebut dari menembusi matanya.

Dalam kelam cahaya matahari, matanya terarah pada sekujur tubuh manusia sedang berbaring disebelahnya. Darahnya mengalir laju dan memaksa jantung untuk mengepam dengan lebih kencang. Matanya terus memandang ke bahagian badan manusia itu.

'Huh?!' Manusia itu tidak berbaju. Hanya comforter yang menyelimuti separuh tubuhnya. Dia sedang berbaring dalam posisi menghadapnya. Mahu jatuh rahangnya dengan apa yang dilihatnya pagi itu. Tanpa berfikir panjang, nafas ditarik dalam dan...

Dushh!

Tubuh itu ditolak kuat menggunakan kaki kanannya.

Bukkk!

Tubuh itu jatuh kuat ke lantai. Seperti buah kelapa yang sudah tua jatuh ke tanah.

Dia bingkas bangun dari katil. Kepalanya menjenguk ke bawah melihat keadaan si mangsa.
Belum sempat dia menjenguk, ada kepala yang sedang menjengah ke arahnya

"Arghhhh!!!" Dia menjerit terkejut. Akibatnya, pipi manusia itu menjadi mangsa tamparan diwaktu pagi.

"Aduhh! Sayang! Sss! Kenapa tampar...abang? Lepas tu kenapa...aduh...kenapa tendang abang ke bawah?! Sakit tahu? Awww...sss!" Manusia itu mula bersuara. Dia turut mengadu kesakitan.

"Hahh? A...abang?! Ik...Ikram Benjamin? Kau...kau buat apa dekat sini?!" Dia turun dari katil. Degup jantungnya tidak payah ditanya. Mahu gugur rasanya. Dia menjauh dari manusia bernama Ikram Benjamin.

"Ya Allah! Apa pula bini aku merepek ni? Sayang mengigau ke?" Ikram Benjamin mengangkat punggungnya dari lantai. Nasib baik masih boleh digerakkan. Kalau tidak, mahunya dia bergegas ke hospital pagi itu. Dia mengagahkan tubuhnya untuk mendekati Anggun Dahlia.

"Sayang? Bini? Kau...bi...bila kita kahwin?!" Anggun Dahlia terdiam. Dia berdiri menjauhi Ikram Benjamin yang sedang menahan kesakitan.

"Subhanallah! Dia boleh lupa pula! Haih! Kita baru tiga hari kahwin, sayang. Abang rasa sayang mamai lagi ni. Aduh, sampai hati sayang tendang abang. Sakit tahu tak? Sss!" Ikram Benjamin duduk dibirai katil. Tangannya berusaha mengurut bahagian tulang punggungnya.

Anggun Dahlia ternganga. Mulutnya ditutup dengan tapak tangan. Ya. Dia baru teringat. Dahinya ditepuk perlahan. Bibirnya digigit tanda serba salah. Dia merapati Ikram Benjamin dibirai katil. Dia duduk bersimpuh dihadapan lelaki itu.

"Err...abang. Maaf..Dahlia minta maaf! Dahlia...err.. terlupa! Dahlia minta maaf sebab tertendang dan tertampar abang. Dahlia betul-betul lupa!" Tangan kasar lelaki itu digenggam erat. Kepalanya menunduk pada tangan itu. Teruknya dia ketika itu. Sehinggakan dia boleh terlupa tentang perkahwinannya.

"Emm...tak apa. Nasib baik elok lagi tulang abang. Sekarang dah ingat atau belum kenapa kita berdua ada dekat sini?" Ikram Benjamin melepaskan tangan kanannya dari pegangan Anggun Dahlia. Kemudian, hujung hidung isterinya dicubit geram.

"A...abang! Aww...sakit!" Anggun Dahlia menepuk perlahan tangan Ikram Benjamin. Lelaki itu melepaskan ketawa. Puas hatinya!

"Haa, geram abang! Dia boleh terlupa pula? Habis tu, pipi abang yang kena penampar pagi ni macam mana? Perit tahu tak. Lagi satu, punggung abang ni macam mana? Siapa nak urutkan?" Pipi Anggun Dahlia dicubit geram. Sehingga kemerahan pipi itu.

"Dahlia minta maaf. Err...ha...habis tu abang...err..nak Dahlia buat apa? Dahlia tak bawa minyak panas. Kalau tak abang boleh urut dekat...err... tempat yang sakit tu." Penuh berhati-hati dia menutur bicara. Bimbang jika tersalah bicara, pasti lelaki itu akan terus mengusiknya.

"Kalau macam tu..." Mukanya dirapatkan mendekati Anggun Dahlia yang masih bersimpuh dilantai. Matanya merenung ke dalam anak mata Anggun Dahlia. Bibirnya menahan senyum.

"Cium pipi abang yang kena tampar ni tadi. Boleh?" Kini bibirnya menyimpul senyum. Pipinya sengaja dirapatkan ke bibir Anggun Dahlia. Dia menunggu ciuman isterinya.

"Err...tak nak! Dahlia nak mandi dulu. Bye!" Laju saja Anggun Dahlia memecut masuk ke dalam bilik air.

Ikram Benjamin mengangkat mukanya. Hujung bibirnya menarik sengihan nakal. Keningnya dijungkit sedikit. Dia bangun dari katil sambil memegang punggung yang masih terasa sakitnya. Kakinya melangkah menuju pintu bilik air. Sampai saja didepan pintu itu, dia tersengih sebelum pintu itu diketuk perlahan.

Tok! Tok!

"Pandai ya dia lari? Abang tunggu sayang." Dia mengetap bibir menahan senyum. Badannya disandar pada pintu bilik air. Tidak lama kemudian dia tersengih sendiri. "Comel."

Dia membawa kakinya menapak ke balkoni. Pintu balkoni dibuka. Membiarkan angin pagi menyapa tubuhnya yang tidak berbaju. Ops! Tapi masih mengenakan seluar panjang ya.

Tangannya menongkat pada dinding balkoni. Terasa dingin angin menampar lembut tubuh sasanya. Mata dipejam menikmati suasana pagi. Tuscany, dia sukakan tempat itu. Dia membiarkan cahaya matahari menyimbahi kulit mukanya.

Share this novel

Rainie Mahadun
2020-07-06 13:41:58 

ada ke smpi lupa dah kawin...mengada2 sgt la...


NovelPlus Premium

The best ads free experience