BAB 4

Romantic Comedy Completed 6484

QATRUNNADA keluar dari rumah sewanya dan pintu rumah serta pintu grill segera dia kunci. Dia berhajat untuk ke kedai runcit. Memandangkan Mufidah sedang tidur, tidak sampai hati pula dia ingin mengejutkan kawannya itu agar menemaninya ke kedai. Melihat hari yang masih cerah maka dia membuat keputusan untuk ke kedai runcit seorang diri. Baru sahaja dia melangkah beberapa tapak, kedengaran suara seseorang menyapa gegendang telinganya.

“Assalaamu`alaikum. Nada nak pergi mana?” tanya Firhan apabila melihat Nada yang sudah siap mengunci pintu rumah sewa dan mula menapak beberapa langkah. Dia sendiri sebenarnya baru pulang dari kerja dan tidak dia sangka akan terserempak dengan Qatrunnada.

“Wa`alaikumussalam. Saya nak ke kedai sekejap, ada nak beli barang sikit. Fir, thanks bagi saya guna WiFi Sabtu lepas. Berapa ya saya nak kena bayar pada Fir? Tak sedap hati pula nak guna free-free macam tu aje.” Qatrunnada bertanya akan bayaran WiFi Firhan yang telah dia guna pada hari Sabtu yang lepas. Dia sudah siap mengeluarkan dompetnya bersedia untuk membuat bayaran kepada Firhan.

“Tak perlulah Nada. Abang Fir ikhlas tolong. Adatlah kita berjiran kena saling tolong-menolong. Tak perlu nak rasa tak sedap hati. Abang Fir halalkan.” Ujar Firhan bersama senyuman yang sememangnya wajib menjadi penyeri mukanya apabila berbual dengan Qatrunnada.

“Okey. Terima kasih banyak-banyak Fir. Semoga Allah murahkan lagi rezeki Fir. Kalau dah takde apa-apa saya gerak dulu ya.” Qatrunnada meminta diri untuk terus ke kedai seperti yang dia rencanakan.

“Nada nak pergi kedai kan? Jom Abang Fir hantarkan.” Firhan lekas-lekas mengambil peluang untuk terus berbual dengan Qatrunnada. Qatrunnada sudah tidak selesa.

“Ehhh, tak perlu susah-susah Fir. Saya jalan kaki aje lagipun tak jauh mana. Sepuluh minit berjalan kaki sampailah. Lagipun Fir baru balik kerja mesti penat. Nak mandi lagi, nak solat lagi lepas tu nak berehat pula.” Cepat-cepat Qatrunnada menolak pelawaan Firhan. Firhan sudah menunjukkan riak kecewa. Tetapi dia faham yang Qatrunnada semestinya tidak akan selesa apabila berdua sahaja dengan dirinya. Sabar Fir, sabar! Nada bukan kau boleh pikat dengan cara macam tu. Firhan berkata kepada dirinya sendiri.

“Okey. Kalau macam tu Nada jalan elok-elok je. Kalau nak melintas tengok kiri kanan, kalau ada orang nak mengorat jangan dilayan.” Sambil tersengih Firhan berpesan kepada Qatrunnada. Qarunnada hanya mampu untuk tersenyum segaris. Dia memberi salam dan terus membawa diri untuk ke kedai. Firhan menjawab salam Qatrunnada tetapi dia tidak terus masuk ke dalam rumah sebaliknya dia memerhatikan Qatrunnada sehingga figura tersebut hilang dari pandangan mata.

Yeehaa! Bolehlah aku berlagak dengan Jay yang aku berborak dengan Nada petang ni. Hahaha~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience