Keadaan di kedai makan milik Encik Ahmad dan Puan Sakinah sangat sibuk. Di setiap meja yang berada di situ, pasti ada pelanggan yang duduk.
Pelayan pelayan yang berkerja di situ sangat sibuk ke sana ke sini menghantar makanan, mengambil pesanan dan mengutip pinggan yang kotor. Begitu juga dengan Tiara.
Kaki nya pantas melangkah dan tangan nya lincah membuat kerja. Kak Aisyah yang bertugas sebagai juruwang juga sibuk di kaunter. Memang tiada masa untuk mereka berbual bual.
Apabila sudah menjelang pukul 10 malam, pelanggan makin berkurangan. Tiara juga makin tenang dan tidak tergesa-gesa. Kedai makan itu kebiasaannya tutup pada pukul 11 malam.
Tiara mengambil keputusan untuk berkerja sehingga kedai itu tutup pada hari itu kerana esok hari Sabtu. Dia dapat berehat di rumah.
"Aduh, penat nya Kak Aisyah. Kaki ni rasa macam nak tercabut dah. Kenapa ramai sangat harini kak?" Tiara bersandar di kaunter apabila dia melihat tiada pelanggan yang memerlukan khidmat nya.
Dia menyedut straw minuman air teh o ais limau yang sudah tawar akibat ais sudah mencair.
"Memang lah ramai, hari ni kan gaji. Semua malas nak masak lah tu. Alah, kalau kedai ramai orang datang kita jugak yang untung" jawab Kak Aisyah
"Akak senang lah! Akak duduk je kat kaunter ni. Tiara yang berlari sana sini, hantar makanan, ambik order, kutip pinggan, lap meja. Penat tau" bebel Tiara
Kak Aisyah memandang nya dengan pandangan tidak puas hati. Senang senang je dia cakap kerja aku senang.
"Hey, Tiara. Kau ingat senang ke kerja akak? Kalau duit tak cukup, akak yang kena tahu tak? Mata akak pun naik tersembul asyik tengok duit je. Sekurang-kurangnya kau tu tengok muka orang. Hah, kalau kau nak kerja duduk macam akak jugak, pergi ganti Abu dengan Leman dekat belakang kedai tu cuci pinggan mangkuk. Dia tu pun duduk jugak tu" balas Kak Aisyah. Hah, hambik!
"Hehehe. Akak ni, rilek lah. Tiara gurau je. Iye lah! Kerja akak pun susah jugak" Tiara mengalah.
"Akak" panggil Tiara
"Apa dia?" jawab Kak Aisyah sambil melihat telefonnya
"Tiara dengar kan..." Tiara sengaja menggantung kan ayatnya. Biar bagi Kak Aisyah suspen.
"Apa yang kau dengar?"
"Tiara dengar yang akak syok dekat Abang Abu tukang cuci pinggan tu. Senyap senyap ek Kak Aisyah" usik Tiara.
"Woi! Pandai pandai je kau!" Belum sempat Kak Aisyah mahu mengetuk kepala Tiara dengan buku kosong yang berada di kaunter itu, Tiara sudah melarikan diri.
"Bertuah punya budak. Sabar je lah. Abu gigi rongak tu kau jodoh kan dengan aku. Dah kenapa dia ni? Hah, elok lah tu. Abu rongak aku punya, Leman botak tu dia punya" bebel Kak Aisyah.
Tiara membawa menu makanan dan buku nota kecil dan menuju ke arah seorang pelanggan yang baru sampai. Pada masa itu pelanggan di kedai makan hanya tinggal 5 orang sahaja lagi.
Disebabkan pelanggan itu dudu membelakangi Tiara, Tiara tidak dapat melihat wajah pelanggan itu. Tiara meletakkan menu makanan itu di atas meja.
"Nak order apa?" tanya Tiara. Terbeliak mata Tiara apabila dia melihat wajah pelanggan itu.
"Hadi! Kau, kau buat apa dekat sini?" Tiara terkejut bukan main kepalang. Tiba tiba sahaja Hadi berada di situ.
Tetapi Hadi hanya senyap. Dia tidak menjawab pertanyaan Tiara itu. Dia mengambil menu makanan itu dan meneliti nya. Tiara terpinga-pinga jadinya.
"Aku salah orang ke ni? Betul lah ni Hadi! Tapi apahal berlagak sangat mamat ni. Orang tanya tu jawab lah! Poyo!" bebel Tiara.
Dia meneliti wajah pelanggan yang berada di hadapannya itu. Memang matanya tidak silap. Itu memang Ikhwan Hadi.
"Bagi saya nasi goreng kampung satu, nescafe ais dengan milo ais" kata Hadi kemudian menghulurkan menu makanan itu kepada Tiara.
Tiara yang geram dengan sikap Hadi itu mengambil menu makanan itu dengan kasar dan berlalu pergi.
Hadi tersengih melihat tindakan Tiara. Memang dia sengaja berlakon begitu.
"Biadap betul! Aku punya lah tanya elok elok, dia buat tak tahu je. Kalau ni kedai aku, aku dah halau dah dia keluar" kata Tiara perlahan.
Selepas beri pesanan itu pada tukang masak dan tukang buat air di dapur, dia pergi melakukan kerjanya semula. Dia mengutip pinggan kotor dan mengelap meja.
Hadi yang berada di situ dihiraukan nya. Hadi pula hanya memerhati kan sahaja Tiara membuat kerja.
Apabila air yang dipesan oleh Hadi sudah siap, dia mengambil air itu daripada tempat membuat air dan menghantar nya ke meja Hadi.
"Apahal dia ni order air sampai dua cawan? Tak kembung ke perut minum air? Mungkin ada kot kawan dia datang nanti. Lantak dia lah, kisah apa aku?" bebel Tiara perlahan semasa dia dalam perjalanan untuk menghantar air Hadi.
Semasa menghantar air, Hadi masih lagi tidak menegur Tiara. Mereka berdua seperti orang asing yang tidak saling mengenali.
Itu yang membuatkan Tiara bertambah marah. Hadi menyedut air nescafe ais yang di pesannya dengan tenang.
Apabila nasi goreng kampung Hadi sudah siap, Tiara malas mahu menghantar makanan itu pada Hadi. Dia cuba meminta tolong Kak Aisyah kerana pelayan yang lain semua nya sedang berehat di belakang. Tinggal dia sahaja pelayan yang berada di depan.
"Kak Aisyah" panggil Tiara dengan lemah lembut
"Aku tak suka lah Abu tu. Tak pernah lah aku terfikir nak syok dekat dia. Kau pandai pandai mereka reka cerita je" jawab Kak Aisyah pantas.
Tiara cuba menahan ketawa. Kak Aisyah masih lagi ingat gurauan Tiara sebentar tadi.
"Akak! Bukan lah. Sorry lah, itu Tiara saje je nak usik akak. Kak Aisyah! Dengar lah Tiara nak cakap apa ni"
"Iye akak dengar. Hah, kenapa?" Kak Aisyah mengalihkan pandangan nya daripada telefon dan memandang muka Tiara.
"Akak, boleh tak akak hantar makanan dekat mamat yang pakai jersi JDT yang duduk dekat meja nombor 29 tu. Yang menghadap ke luar sana tu" tunjuk Tiara
"Kenapa pulak akak yang kena hantar? Dia suruh kau bayar ke makanan dia? Pergi je lah hantar"
"Alah, Tiara nak pergi tandas lah kejap. Akak tolong lah hantar kan. Tak kan nak suruh dia ambik sendiri pulak makanan dia" Tiara cuba memberi alasan. Dia berharap agar alasan nya diterima oleh Kak Aisyah.
"Tak boleh lah. Tu ada customer datang nak bayar tu. Dah pergi sana. Hantar je lah makanan tu, bukan nya kau nak duduk situ borak dengan dia pun. Dah, pergi buat kerja. Aku nak buat kerja ni"
Tiara mencebik. Nampaknya, dia lah yang kena hantar makanan Hadi itu. Dia mengambil dulang yang berada di atas meja di situ dan meletakkan nasi goreng kampung Hadi di atasnya.
Dia pun menatang dulang itu ke meja Hadi. Hadi yang sedang ralit bermain telefon pintar nya mengangkat kepalanya memandang Tiara.
Tiara mengangkat pinggan itu daripada atas dulang dan letak di atas meja. Dulang kosong itu dipegang nya dan berura-ura untuk berlalu pergi.
Tiba tiba dia merasakan dulang yang dipegangnya dicapai seseorang. Dia menoleh dan melihat Hadi yang mencapai dulang itu.
"Teman aku makan" Hadi bersuara juga akhirnya.
Tiara mengangkat keningnya dan menarik dulang yang dicapai oleh Hadi.
"Sorry, do i know you?" tanya Tiara dengan wajah yang berlagak.
"Yes, you know me very well and i know you too" jawab Hadi. Tiara tidak menjawab dan memandang tempat lain.
"Alah, ada orang merajuk pulak sebab kita tak layan dia. Sorry lah, aku saja je tadi. Jangan lah ambik hati. Boleh ek, kau teman aku makan?"
"Kau gila ke? Aku tengah kerja lah. Mana boleh aku sesuka hati duduk je"
"Mana ada ramai orang dah. Aku makan sekejap je ni. Kau pergi lah tanya boss kau"
Tiara memandang Hadi dengan pandangan yang tajam. Mengada ngada betul!
"Ye lah!" Tiara berlalu pergi untuk berjumpa dengan Encik Ahmad untuk meminta kebenaran. Hadi pula tersenyum gembira apabila mendengar Tiara bersetuju.
Tiara mencari Encik Ahmad tetapi tiada. Kemudian dia terjumpa dengan Puan Sakinah. Dia pun menuju ke arah nya.
"Mak cik"
Puan Sakinah menoleh untuk melihat siapa yang memanggil nya.
"Hah, Tiara. Kenapa? Dah nak balik ke?"
"Bukan. Er, Tiara nak mintak izin dekat mak cik. Boleh tak Tiara nak teman kawan Tiara makan. Dia datang sini. Dia yang suruh, bukan Tiara yang nak. Lagipun, pelanggan dah tak ramai dah. Kalau tak boleh, tak apa" Tiara meluahkan hasrat hati.
Dia mengetap bibirnya. Tidak pernah dia meminta perkara sebegini pada majikannya.
"Ini semua sebab Hadi gila tu!" bisik hati Tiara
"Ouh, boleh. Pergi lah teman dia makan. Lagipun, kedai dah nak tutup dah. Pergilah rehat. Tiara tak rehat lagi kan? Kalau nak air, buat je" kata Puan Sakinah sambil tersenyum.
Tiara mengangguk kepala. Memang dia tidak berehat lagi. Daripada tadi dia membuat kerja.
"Terima kasih mak cik" ucap Tiara
"Sama sama"
Tiara berjalan keluar setelah mendapat keizinan daripada Puan Sakinah. Dia melihat Hadi sedang menunggu nya. Sampai sahaja di meja, dia terus duduk di hadapan Hadi.
"Ahh! Penat nya. Macam nak tercabut kaki ni" Tiara meletakkan kepala nya di atas meja. Terasa letih badannya pada hari itu kerana luar biasa ramainya pelanggan datang pada hari itu.
"Kau datang kerja daripada pukul berapa tadi?"
"Pukul 5:30 tadi sampai lah sekarang aku kerja. Tapi okey jugak kerja daripada duduk rumah je. Bosan tak tahu nak buat apa" jawab Tiara. Kepalanya masih di atas meja.
"Nah, air kau" Hadi menolak air milo ais yang dipesannya tadi di hadapan muka Tiara.
Tiara mengangkat kepalanya. Dia memandang Hadi dengan kehairanan.
"Ini kan air kau. Kenapa pulak air aku?" tanya Tiara dengan kening yang berkerut.
"Aku tengok kau ni dah macam kekurangan air je. Minum lah air ni. Tak ada lah, aku gurau. Aku memang pesan air milo ni untuk kau. Minum lah"
"Aku belanja. Minum je lah! Haih, payah betul. Suruh minum je pun" sambung Hadi apabila Tiara tidak memberi sebarang jawapan.
"Thank you" jawab Tiara tersenyum. Kemudian dia menyedut air itu dengan rakus sekali. Dia memang sangat haus ketika itu.
"Minum la perlahan lahan. Tersedak nanti, tak ada kerja aku nak hantar kau pergi klinik ke hospital" kata Hadi
"Hey, kalau aku tersedak, ini air. Yang nak sampai ke hospital tu apahal? Bukan aku tercekik tulang ikan ke tulang ayam. Merepek betul"
Ketawa Hadi mendengar jawapan itu. Kalau tak bagi jawapan yang padu, bukan Tiara Adriana lah.
"Hah, yang kau tiba tiba datang sini, makan dekat sini kau mimpi apa? Tiba tiba je muncul depan aku. Kenapa kau tak makan dekat rumah?" tanya Tiara
Hadi terdiam. Tidak pula dia terfikir alasan apa yang dia akan beri pada Tiara.
"Jap, sambil tu kau makan lah. Kau nak tunggu sampai kedai ni tutup ke? Kang kau yang basuh pinggan sendiri nanti"
"Kau tak makan?" Hadi mengambil sudu dan garfu yang diletakkan di dalam bekas di atas meja lalu menyuap sedikit nasi goreng ke dalam mulutnya.
"Tak, kau makan lah. Aku kenyang lagi. Cuma haus je lah. Cepatlah jawab. Kenapa kau datang sini?" tanya Tiara sekali lagi.
"Haish dia ni! Sibuk betul nak tahu. Tak boleh ke just terima je aku datang sini?" desis hati Hadi.
"Aku memang dekat luar. Ada lah barang nak beli. Lepastu aku lapar, itu yang aku singgah sini. Kebetulan aku lalu dekat kawasan sini" Hadi memberi alasan.
Tiara memandang Hadi dengan pandangan yang curiga.
"Boleh percaya ke kau ni hah?"
"Engkau tak percaya sudah lah. Malas aku nak layan kau. Aku ni pelanggan kau tahu tak? Customer is always right. Jadi, betul lah apa yang aku cakap tu"
"Eleh, ye lah! Betul lah tu. Aku percaya" Tiara menyedut air milo ais nya sehingga habis. Bercakap dengan Hadi memang susah nak menang.
Tanpa Tiara sedari, dari jauh ada sepasang mata yang memerhati mereka berdua yang sedang rancak berbual.
Sepasang mata itu milik Kak Aisyah.
Terlopong mulut Kak Aisyah apabila dia melihat Tiara yang pada mulanya tidak mahu menghantar makanan pada pelanggan itu, boleh pula dia duduk bersembang sekali.
Kak Aisyah mahu melihat wajah lelaki yang duduk di hadapan Tiara itu tetapi lelaki itu membelakangi Kak Aisyah.
Nampaknya, terpaksa lah dia menunggu Tiara untuk bertanya.
"Ewah ewah ewah, tadi siapa yang tak nak hantar makanan? Elok je dia borak dengan lelaki tu. Pelik lah aku dengan dia ni. Tadi kemain cakap nak pergi tandas, alik alik dia duduk pulak situ. Aku pelangkung sekali kepala dia ni kang. Kau tunggu Tiara. Balik je lelaki tu, bersiap sedia lah kau kena soal siasat dengan akak" bisik Kak Aisyah seorang diri.
Matanya masih lagi memandang Tiara dan Hadi. Ikutkan hati, mahu sahaja dia pergi ke arah Tiara dan melihat wajah lelaki itu tetapi perasaan malu menguasai dirinya.
"Tak apa, aku tunggu" desis hati Kak Aisyah
thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update :(
Share this novel