BAB 10

Romantic Comedy Completed 8938

" Nana, turun dari pokok tu! Kalau tak mama pukul!" Jeritku kepada anakku Suzana yang sedang berjuntai di atas pokok durian yang agak tinggi.Dia kini sudah berumur 5 tahun.

" Ala mama..nanti Nana turun la..," dia menjawab.Geramnya aku..degil sungguh!

" Mama kata turun! Turunlah! Kalau tak mama tinggalkan Nana kat rumah nenek setahun!Mama dah nak balik ni..nanti mama tak nak ambil nana!" Ugutku .

" Tak mahulah dok rumah nenek lama-lama! Tak mahu!" Rengeknya.Hah, tahupun tak nak.

" Kalau tak nak, turun cepat!" Suaraku mula meninggi. Dah la tengah hari sekarang,matahari terpacak di atas kepala, si Nana ni pula sengaja hendak menambahkan panas di hatiku. Seketika kemudian,kelihatan dia turun dari pokok itu tergesa-gesa dan terus mendapatkan aku.Sebaik sahaja dia mendekati aku,aku terus menghadiahkan cubitan ketam pada perutnya kerana geram dengan kedegilannya.

"Mama apa ni? Sakitlah!!" Marahnya .

" Dah tu degil sangat..hah? Menjawab pulak tu!Mak larang tak nak dengar. Degil!" Aku terus mengambil ranting kayu yang kecil lalu memukulnya.

"Mama..jangan mama..nana janji tak buat lagi..jangan pukul mama!" Nana sudah meraung apabila punggungnya menjadi mangsa pukulan aku.

" Sayang..kenapa pukul Nana?" Suamiku tiba-tiba datang dan merampas ranting itu dari tanganku. Aku merengus geram. Nana mengambil peluang ini untuk melarikan diri.

" Nana nak pergi mana tu?! Mari sini! Mama belum habis cakap lagi ni!" Laungku namun tiada jawapan yang ku terima sebaliknya nana laju meninggalkan aku di situ.

"Udah udah la tu sayang..," larang suamiku.

" Budak tu degil sangatla bang..dahla perangai macam budak laki. Tak tahulah nak buat apa lagi kat dia..pening saya dibuatnya!" Ngomelku. Suamiku tergelak mendengar rungutanku.

" Kenapa abang gelak?" Boleh pulak suamiku gelak di saat hatiku tengah panas ni.

" Itukan anak awak..ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?" Aku terkedu mendengar jawapannya. Ada betulnya juga kata-kata suamiku itu.

" Itulah bang..Yah tak nak budak tu jadi macam Yah..Yah nak dia jadi perempuan..," aku menggaru kepala yang tidak gatal. Rupanya perangai aku boleh menurun pada anakku.

" Tak dapat den nak menolong..," kata suamiku sambil meneruskan sisa gelaknya dan terus meninggalkan aku yang tercengang di situ.

" Abang!!" Geram apabila suamiku seolah-olah tidak mempedulikan kerisauanku. Itulah Norman.selamba sahaja dalam semua perkara. Namun jauh di sudut hatiku aku benar-benar bahagia sekarang. Alhamdulillah.dengan kuasa Tuhan Norman mampu bernafas kembali .6 tahun dulu aku ingatkan dia akan pergi meninggalkanku buat selama-lamanya.

Hidupku bagaikan tidak bermakna ketika itu. Aku nyaris-nyaris membunuh diri disebabkan terlalu menyesal kerana aku sering menyakiti hatinya selama ini. Rupa-rupanya dia hanya pengsan untuk seketika dan doktor mengesahkan yang dia hanya mendapat luka dalaman yang boleh sembuh dalam tempoh yang singkat.

Aku bersyukur sangat. Semenjak hari itu, aku sudah serik untuk berpenampilan seperti lelaki. Semenjak hari itu juga, aku mula memakai pakaian perempuan yang Norman belikan dan berusaha untuk menunaikan tanggungjawab seorang isteri sepenuhnya untuk suamiku.

Norman pun berubah habis selepas peristiwa itu, dia tidak lagi menjadi seorang nerd dan blurr sebaliknya menjadi seorang lelaki yang berpenampilan dan berkeyakinan tinggi. Dia mengambil kursus taekwando selama 3 tahun kerana katanya dia ingin menjadi pelindung buat kami sekeluarga sekiranya apa-apa berlaku kelak. Pendek kata segala-galanya berubah kecuali cintaku terhadapnya. Semakin hari cintaku semakin mekar semekar hatiku apabila bersama Norman. Aku cukup bahagia di sampingnya.

Boleh tahan romantis orangnya si Norman ni! Aku tersenyum sendirian apabila memikirkan kehidupanku kini. Peristiwa hitam 6 tahun lalu telah menjadi titik permulaan kebahagiaan rumahtangga kami.

Ku usap perlahan kandungan yang sudah berusia 8 bulan ini, sedikit hari lagi aku bakal melahirkan anak kedua. Semoga anak yang bakal dilahirkan ini siht tubuh badan, selebihnya kalau perangai tak semengah macam si N tuuttttt tu, mohonlah dijauhkan. Migraine aku jadinya nanti!

Tamat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience