BAB 6

Humor Completed 633

Hari raya pertama….

PUKUL 3.00 petang, Haikal sampai ke rumahku bersama seorang adiknya.
Wajahnya begitu tenang, apatah lagi kacak bergaya berbaju melNoni ungu
dan bersongkok. Untuk penampilan aku beri markah 10/10 .

“Yang ni… Almond London atau Kuih Goyang?” Noni berbisik di dapur sewaktu
kami berdua membancuh air.

“Yang ni Almond London,” jawabku sambil tersenyum gelihati. Ternya Noni
masih keliru yang mana satu Haikal dan yang mana satu Mukhriz.

Noni angguk. Lantas dia mencapai biskut Almond London yang masih
tersimpan kemas dalam bekas kuih.

“Jangan keluarkan,” kataku.

“Kenapa?”

“Keluarkan Kuih Goyang,” jawabku bersahaja.

“Tadi kata yang ni nak biskut Almond London?” Muka Noni sudah berkerut,
mungkin kepalanya sudah pening.

“Ikut sajalah.” Aku terus menolak dulang yang berisi air buah naga dan
empat biji gelas ke arah Noni . “Noni angkat air, along angkat kuih.”

Noni tidak membantah lagi. Nampak jelas pada wajahnya dia sedang keliru
dengan tindakanku. Aku biarkan sahaja. Yang pentingnya aku tidak sabar
mahu mendengar apa komen ibu mengenai Haikal.

Setibanya di ruang tamu, Haikal hanya memandang sahaja Kuih Goyang Ros
yang aku letakkan di hadapannya. Sedikit pun dia tidak menyentuh kuih
itu tetapi masih tetap menyentuh lemang dan rendang masakan ibu.

Aku pandang sahaja.

Setelah hampir sejam Haikal dan adiknya di rumahku, mereka meminta diri
untuk beredar selepas menjemput kami tiga beranak beraya pula di
rumahnya nanti. Permintaan Haikal kami sambut dengan senyuman dan
sebekas Kuih Almond London aku serahkan sebagai bekal perjalanan pulang.

Haikal tersenyum gembira kerana permintaannya aku tunaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience