9

Family Series 1372

Kring!

Loceng panjang berdering, semua pelajar pulang dalam keadaan tenang, namun sebaliknya bagi dua manusia ciptaan tuhan ini. Shakira sengaja berlari pantas meninggalkan shaza di belakang.Si shaza pula berusaha mengejarnya.

"Kira...tunggu aku kira! Kita masih tak selesai lagi, bagitahu aku segala-galanya! Dekat tandas tu!"

Teriakan shaza tidak dipedulikan, sebaliknya langkah kira makin pantas.

" kira!" teriak shaza lagi, namun dia tetap tidak diendahkan. Pelajar-pelajar yang berada di sekeliling kebingungan memerhati mereka. "Dah kenapa lari macam budak-budak tu," ujaran dari kalangan mereka.

Shaza merungut kala itu, "Alahai, kalaulah aku tak bawak buku banyak-banyak, mesti tak terbatas aku nak ligan kira, ni dengan tangan penuh kiri kanan, mana sempat nak letak, aku mesti dapatkan dia, walau macam mana pun!" tekad shaza.

Sebaik melihat kereta pak mat, Shakira lantas menghampiri dan melolos masuk ke dalam perut kereta, "Cepat pak mat...jalan! Ada orang gila kejar saya! " Teriak kira.

" Orang gila dalam sekolah, biar betul cik kira?" soal pak mat yang terkebil-kebil.

Shakira asyik mengerling ke luar tingkap, dia berkata lagi,

"Pak mat..pak mat nak jalan atau tak? Sebelum saya jadi gila, susah pak mat nanti "

Pak mat mengangguk-angguk menurut, kereta lantas dibawa pergi. Sebelum beredar, kira sempat berteriak ke luar tingkap kereta,

"Sori sha, jumpa esok k!"

Shaza mengetap bibir marah. Selangkah lagi melalui pintu pagar, dia pasti sempat menahan kira.

Apakan daya, dia hanya berdiri kaku di situ.

"Tak pe kira, tunggu esok, aku akan tanya sampai habis, jangan ingat boleh lari waktu tu!"

Shakira melepaskan nafas lega. Dia membisik perlahan,

"Fuh dah selamat dari shaza. kalau tak nanti, macam mana aku nak jawab soalan dia. Aku tak bersedia lagi...takut kecoh pula."

"Cik kira, tak apa-apa? "Wajah pak mat terpantul di cermin pandang belakang kereta. Kira membalas dengan gelengan yang disertakan senyuman.

" Habis kenapa cik kira larikan diri tadi?"  soal pak mat lagi.

Kira memblas agak lambat. "Erk...tadi tu saya main kejar-kejar dengan kawan. Tak kenal. Orang gila. Haha."

'Apa yang aku cakap ni?kalau shaza dengar mesti dia kecik hati dengan aku..sori sha...' gumam hati kecilnya.

Pak mat hanya membalas dengan sengihan.'Macam-macam budak sekarang ni.'

"Pak mat! " Panggilan kira membuatkan pak mat bereaksi. Mereka saling berblas pandangan di cermin pandang belakang kereta. Pak mat tidak memandang  selalu, kerana memandu.

Shakira bersuara,

"Pak mat...shayla dah balik ke? Tadi tak nampak pun dia! "

"Macam biasalah abang raziq, pemandu khas puan marinda yang ambikkan". balas pak mat.

Shakira mengangguk-angguk mendengarnya. " Oh, patutlah tak nmpak, balik awal rupanya!"

Dia menyandar pada kerusi kereta, lalu suasana menyepi setelah itu.

Setibanya di banglo bertingkat mereka. Shakira bingkas bergerak masuk ke rumah, semasa melintas di ruang tamu, shakira terserempak shayla.

Senyuman lebar sudah terukir, shakira menegurnya. "Shae..."

Namun belum sempat berkata, shayla terus berlalu begitu sahaja. Shakira tertunduk kecewa.

"Apa ni? Tadi kat sekolah elok ja, dah mula balik perangai dingin dia! "

"Shayla...shayla...mama tak habis cakap lagi",  suara marinda kedengaran kuat dari atas. Kira sudah dapat menduga.

'Patutlah..diaorang bertekak lagi'.

Kira meletakkan beg di atas meja, lalu badan direbah ke sofa. Teguran suara dari atas kepala mengejutkannya, dia bingkas duduk tegak dari pembaringan.

"Eh, kira..balik sekolah terus lending,
pergi tukar baju dulu sayang." ujar puan maria.

Shakira tersengih sebelum bersuara. "Mama tak ke kilang ke hari ni?"

"Tak jadi, hari ni mama nak jumpa client. Hari ni kira cuti. Study ye..tapi esok mama nak kamu datang macam biasa, klien penting nak datang, dia rakan kongsi papa dulu. Dia bawak family sekali nanti, so get ready ya." Maria beredar pergi.

Shakira hanya mengangguk-angguk mendengarnya kata-kata ibunya.

"Siapa ye kawan papa? Dah lupa rupa."

Lamunannya dimatikan dengan kehadiran rayyan yang lalu di hadapannya. kelihatannya dia hendak meluru ke dapur.

"Rayyan! " Teriaknya. kira bingkas bangkit memdapatkan adiknya. Namun adiknya tidak mengendahkannya. Rayyan menghampiri peti sejuk dan tidak mempedulikan kira di sebelah.

" Rayyan...adik putera raja...marah akak lagi ke?" ujar kira.

sungguhpun begitu, masih tiada balasan. kira mati akal,

'Apa nak buat, dia merajuk lagi. Budak-budak memang suka merajuk ke?'

"Rayyan...maafkan akak". Tubuh kecil itu didakap. Rayyan tidak menghalang. Dia hanya membisu.

Kira bersuara lagi memandangkan tiada balasan. Pelukan itu dileraikan, mereka saling berhadapan.

"Maafkan akak k...akak janji takkan ulangi lagi, akak menyesal sangat-sangat". Pujuk kira dengan wajah sayu.

'Ikhlas ni!'

Tidak lama kemudian, senyuman terbit di bibir rayyan. Kira gembira melihatnya.

'Dah berjaya ke?'

" Rayyan, sayang akak!"

Rayyan segera mendakap tubuh akaknya setelah mengucap kata itu. Pelukan itu terbalas.

Dalam pelukan itu kira bersuara, "Ingat lepas ni, jangan pernah sebut pasal anak angkat dah. Rayyan sebahagian dari keluarga ni".

Kira dapat merasa anggukan di bahu, dia tersenyum.

'Entah faham ke tak adik aku yang sorang ni,kecik-kecik dah pandai tunjuk perasaan' bisik hatinya sendiri.

*************

Kereta audi R8 milik asyraf , memasuki perkarangan rumah. Sebaik enjin dimatikan, asyraf terus berlalu memasuki rumah banglo bertingkat milik keluarganya.

Semasa sedang memanjat tangga, langkahnya termati, kerana teguran ibunya dari bawah.

"Raf...dah balik. Panggil salam tak ni? mama tak dengar pun."

Asyraf membalas dengan senyuman nipis." Dah ma...ma tak dengar sebab ada kat dapur kot."

"Baiklah, nanti lepas mandi, solat semua, turun makan ye...mama masak lauk kesukaan asyraf, lepas tu ada sesuatu mama nak bincang dengan anak mama" ujar shahirah panjang lebar.

Asyraf menutup mata lemah, "dah tahu pasal apa ni..hilang mood betul! Ma nak cakap pasal maysara ke? Kalau pasal dia, asyraf tak sudi."

Katanya lalu sambung memanjat tangga.

"Asyraf!"

Teriakan ibunya membantutkan langkahnya. Dia memaling ke belakang semula. Wajah ibunya masih ditatap tenang.

"Kenapa bila mama nak cakap pasal may, pasti ada je alasan raf, malah raf larikan diri masa belakang pentas hari itu!".Ujar ibunya .

Asyraf menghela nafas panjang lalu perlahan dilepaskan. Dia lantas menuruni tangga perlahan, mendekati ibunya, dan bersuara tenang.

" Ma..kita dah cakap banyak kali soal ni, asyraf tak nak bertunang lagi. Asyraf  masih muda, ada cita-cita yang nak dikejar."

"Ye...sebab tu lah...mama akan tunangkan kamu dulu, kemudian kamu sambung belajar, bekerja kat syarikat papa, Akhirnya baru lah kamu disatukan," Kata shahirah lagi.

Asyraf meraup muka kasar, dia membalas, "Raf tak nak ma, ini soal hati," tegasnya lalu melihat ke sebelah.

"Raf...cinta boleh dipupuk, orang lain kahwin tanpa cinta tapi mereka bahagia jugak...Semuanya terpulang pada sendiri," Pujuk ibunya lagi.

Asyraf tersenyum sinis," Betul ke apa yang mama cakap? Habis...macam mana mama dengan papa?", Suaranya kedengaran  agak  sinis.

"Kamu cakap apa ni raf?" soal shahirah yang kebingungan.

Asyraf tersengih sinis, emosi menyelubunginya.

"Raf tanya mama! Mama bahagia tak selama ini?" Soalnya dengan nada sinis.

"Mama dan papa macam orang asing dalam rumah ni. Mama tak sedar ke?"

Sengihan dilemparkan lalu dia menambah lagi.

"Papa kerja sampai tengah malam, mama pula sibukkan diri dengan hal mama , mama tak layaklah nak sebut pasal cinta dan kebahagiaan...! "

PAP!

Satu tamparan hinggap di pipi asyraf. Mata shahirah sudah berkaca,

"Mama bahagia...Siapa kata mama tak bahagia? "

Tamparan itu bagai menyedarkan asyraf.  Dia bingkas mmanjat tangga semula.

Tetapi, langkahnya terhenti pabila terlihat ayahnya berdiri di hadapannya.

'Papa ada kat rumah?' hati menyoal.

Asyraf dan papanya sekadar  memandang dengan pandangan kosong. Kemudian Asyraf segera berlalu pergi ke kamarnya.

Hazrul dan shahirah saling bersapa,"Ada apa abang balik?" Tegur shahirah sedari keduanya hanya membisu. Tenang sahaja keduanya seolah tiada apa yang berlaku.

"Abang ambik barang tertinggal. Abang pergi dulu ya!" Hazrul menghadiahkan senyuman lalu beredar pergi.

Shahirah pula hanya tersenyum tawar. Wajahnya jelas beriak sayu. Air mata memenuhi tubir.

'Bahagia? Aku bahagia. Siapa kata aku tak bahagia'

Setitis air mata jatuh mengalir.

Tbc...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience