BAB 12 (Hakim)

Zombie Series 1354

   Keadaan di stesen tren itu sangat sunyi. Hanya kedengaran bunyi beberapa tren yang pintu terbuka menunggu penumpang dan berlalu pergi mengikuti jadual perjalanan walaupun tanpa penumpang. Stesen tren daerah Sole itu kurang digunakan oleh penduduk Kyres kerana kemudahan di sana tidak secanggih di stesen tren lain berserta kawasan sekeliling yang kurang penduduk akibat keadaan geografi yang masih berhutan di sepanjang laluan ke stesen tren itu. Terletak di bawah tanah dan kebanyakan yang menggunakan kemudahan di sana hanyalah penduduk sekitar dan yang mahu ke Orion dan Whoops. Adam menatap komputer di dalam bilik panel pusat stesen tren itu. Dia melihat CCTV merakamkan suasana di dalam dan sekitar kawasan  tren. Di luar hanya terdapat beberapa zombi yang berkeliaran kerana keadaan sekitar yang berhutan zombi tersebut hanya mampu berdiam diri sambil termenung mungkin menunggu kehadiran manusia hidup untuk dimakan.

    Adam terpandang monitor yang menunjukan hadapan tandas lelaki dan wanita. Di bawah pintu masuk tandas lelaki terdapat satu helaian kertas yang tertulis sesuatu yang diletakkan melalui celah bawah pintu tandas itu. Adam menghiraukannya mungkin hanya kertas iklan biasa. Dia memeriksa peluru pada pistolnya. Peluru pada senapang askar sudah pun habis semasa dia menembak beberapa zombi pada permulaan turun dari tren masuk ke stesen ini. Kemudian dia memeriksa pistol jenis M17 itu dan masih mempunyai 21 butir peluru yang tinggal. Adam menyelongkar pantri itu dan mengambil sebuah beg kecil bertali kanvas dan mengisikan dua botol air mineral,  tiga bungkus biskut dan tiga mee segera berbentuk cawan. Dia juga mengambil sebuah lampu picit, pemetik api,satu bungkusan  plaster serta satu bekas antiseptic yang tinggal separuh yang dijumpai dalam ofis. Dia tidak boleh membawa terlalu banyak barang kerana dia masih kecil dan perlu bergerak lincah. Adam meneliti peta kecil sekitar kawasan tren itu dan melihat Trek Orion Mall yang jauh perjalanan tertulis sejam jika keluar daripada stesen. Dia perlu mencari sebuah kenderaan untuk ke puasa beli belah itu. Sekurang-kurangnya sebuah basikal dan dia perlu menolak idea untuk menaiki kereta atau motor kerana dia sendiri tidak tahu mengendalikannya.

   Adam keluar dari situ sambil memegang pistolnya dan memerhati sekeliling stesen itu. Beberapa kiosk kedai ditutup dan dia berjalan membaca papan tanda ke Orion Trek Mall. Adam melalui terowong yang terdapat tandas yang di intai dari komputer. Dia memandang kertas yang curiga itu. "Sesiapa tolong saya terperangkap dalam tandas ni sudah lima hari. Saya tak perasan pintu tandas ni rosak dan tak boleh buka dari dalam. Tolong sesiapa buka pintu sebab saya cuba untuk telefon kawan tapi tiada line. " Adam mengerut dahinya membaca surat panjang lebar itu. Dia memandang sekeliling dan mengetuk pintu tandas itu. " Hei ada sesiapa di dalam?" Adam bertanya. Terdengar ketukan dari dalam tandas. Adam menelan air liurnya dan menghalakan pistol ke arah pintu tandas dan membuka pintu itu. Sebaik sahaja pintu dibuka seseorang meluru keluar dan mahu memeluk Adam. Adam terkejut dan secara spontan lari ke arah eskelator bimbang dia di kejar oleh zombi yang tidak tahu jumlah. Sambil berlari dia mengeluh, " Kenapa aku buka pintu tu! Tengok nota tu pun dah lain macam bunyi. " Adam kesal.

     Sebelum sempat memijak kaki pada eskelator badan Adam dipeluk erat dari belakang dan Adam menghalakan pistol nya ke arah pemeluk itu. Lelaki itu mengusap kepala Adam. " Ouh, terima kasih adik bantu saya, saya buntu sangat nak buat apa dalam tandas tu. Boleh gila rasanya. Nasib baik kamu buka kan. Eh, apa kamu nak buat ! Jangan tembak saya. Saya memang tak sengaja terperangkap dalam tandas itu sebab saya sakit perut sangat. Memang tak pandang dah notis  pada luar pintu tandas dalam selengaraan." Lelaki remaja itu tergamam melihat Adam mengacu pistol ke arahnya. Dia melepaskan Adam dan mengangkat tangan. Adam menarik nafas lega apabila melihat lelaki itu normal. " Ni pistol maianan ke? Nampak betul sangat. " lelaki itu memandang pistol yang dipegang Adam. " Eh mata kamu warna biru?  Tapi kamu rupa macam orang asia. Nama saya Hakim. Saya pelajar pertukaran di Kyres asal dari Malaysia." Lelaki itu memulakan perbualan bagi meredakan ketegangan yang datang dari Adam. Adam terkejut mendengar perkenalan dari lelaki itu. " Abang orang Malaysia? Saya pun dari sana. Nama saya  ialah Adam. Saya anak kacukkan." Adam memberitahu dan gembira kerana bertemu dengan lelaki dari negaranya itu.

  Hakim turut gembira akan salam perkenalan daripada Adam. Dia melihat sekitar stesen itu. Sunyi dan kelihatan tiada sesiapa yang lalu lalang di sini. " Umm, kamu datang ke stesen ni dengan keluarga ke? Saya baru balik dari kampus untuk ke rumah sewa berdekatan Orion Trek Mall. Akhirnya saya terperangkap dalam tandas ni, nasib baik ada terbawa masuk sekali beg bagasi lengkap barang keperluan sebab saya baru habis daftar di universiti Kyres dan nak ke rumah sewa. Dahlah saya bateri phone habis. Pelik sebab tukang cuci tandas atau orang servis baiki tak masuk langsung ke dalam tandas ni." dia mengeluh." Mengapa sunyi sangat sini?" dia hairan. Adam menyimpan kembali pistolnya ke dalam kocek seluar. " Abang Hakim, sebenarnya kita sedang dilanda wabak zombi. Mungkin abang fikir saya bergurau tapi memang berlaku dah pun. Abang kata rumah sewa berdekatan Orion Trek Mall, jadi boleh bawa saya pergi sana. Saya terpisah daripada adik saya. Sekarang dia berlindung di pusat beli belah tu. Saya seorang je datang sini. " , Adam menerangkan. " Wow , sekejap apa? Zombi? Haha..." Hakim ketawa mendengar penjelasan itu. Adam marah dan berlalu pergi menaiki eskelator.  Hakim mengikuti Adam sambil memandang keadaan sekeliling stesen itu. Dia pelik juga kerana tiada sesiapa lalu.

     Mereka tiba di bahagian atas stesen. Bau hanyir menusuk hidung mula menerjah Hakim. Dia memicit hidung dan tergamam melihat beberapa bahagian tubuh badan berselerak di situ. Hakim berasa loya dan pelik melihat riak wajah tenang Adam. Adam mengeluarkan kembali pistolnya dan menyiapkan diri. Hakim ternampak kelibat seseorang yang berada di bahagian kaunter ticket sedang duduk di atas lantai. Dia pergi ke arah lelaki itu untuk menegurnya. Terbeliak matanya melihat lelaki itu dengan berselera melapah bahagian perut yang dicariknya dari badan tanpa kepala pada atas lantai. Hakim termuntah dan berlari ke arah Adam. Adam segera membidik zombi itu. "Bang" tepat peluru itu menembusi kepala zombi itu dan lelaki tersebut rebah. Hakim terkejut melihat tindakan Adam selepas pulih daripada muntah nya. " Abang Hakim lihat sendiri lelaki itu. Rupa dia dan dia siap makan badan Tu. Saya terpaksa tembak jika tak Kita akan jadi mangsa atau sertai zombi ni." Adam memberitahu. Hakim terkejut mendengar pernyataan Adam dan gerun meneliti perubahan pada lelaki ditembak itu. Kulit bergerutu, Mata hitam sepenuhnya dan mulut dipenuhi oleh darah. Hakim menelan air liurnya dan cuba menenangkan fikiran. " Ok, sekejap. Jadi itu zombi dan macam mana kamu tahu guna pistol?" Hakim hairan. " Ouh, atuk saya ajar di London. Abang mari beredar daripada sini. Saya takut bunyi pistol saya akan tarik perhatian zombi di luar stesen. " Adam memberi cadangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience