VS 35

Drama Completed 85759

“Im.. cafe kau lagi satu tu taknak tambah western menu ke?”

Daim yang sedang menyemak invoice di satu sudut ruang meja makan didalam kafenya, mengangkat wajah dan memandang Firman yang sudah melabuhkan punggung dihadapannya.
“Buat masa ni belum la, sebab kitchen aku belum setting untuk western menu, aku prefer bakery je dulu untuk di serve dengan coffee.”

Firman angguk kepala, Apron yang sudah dicabut dari pinggangnya dilipat lebar dan diletakan diatas meja.

“Kenapa? Kau ada member yang boleh jadi western chief kat tempat aku ke? Kalau aku nak tarik kau, memang tak lah. Siapa nak masak kat sini.”

Mata Firman terus memandang Daim dihadapanya. Lelaki itu makin sibuk sejak cawangan baru kafe sudah dibuka.
“Kalau kau nak aku boleh cari member yang belajar culinary sama dengan aku.”

Daim mengangguk laju.
“Boleh juga, kalau kitchen dah siap sepenuhnya, kau recommend lah member kau kat aku.”

Kali ni Firman turut mengangguk. Jemari yang bertakuk di tengah peha dimain laju.
Sebenarnya ada sesuatu yang dia nak cakap dengan Daim. Tapi tak tahu macamana nak mula kannya .
Gelisah beberapa hari ni cuba dilarikan.
“Err.. Im...”

Sekali lagi Daim dongak kepala, kening ditakup memandang wajah resah Firman.
Pelik.

Air liur diteguk kelat oleh Firman taktala melihat wajah serius Daim, kedua kaki dah digoyang tanpa rentak.

“Kau nak cakap apa ni Man?” Daim menegak duduknya.

“Dia nak mintak izin bos, nak masuk meminang Kak Clay!”

Serentak wajah Daim dan Firman berpaling kearah Bob yang selamba menjuntai kaki di kaunter. Muka si Chubby tu pulak macam tak bersalah menutur ayat sedang Firman dah ketap bibir menahan malu!

“Err.. aku...”

“Papa!”

Tak sempat Firman habiskan ayatnya sebelum dipotong laju oleh jeritan anak perempuannya yang berusia lima tahun.

Kali ni pandangan Daim menerpa pada Olivia, anak kecil itu berlari dan memeluk erat sisi tubuh Firman yang masih duduk dikerusi.

Sebentar kemudian Clara dan Eva turut memasuki ruang Kafe dan melabuhkan punggung di meja yang sama dengan Diam dan Firman.

“Via ikut pergi tengok anak Untie Farina ke tadi?”
Daim kerut dahi, rasanya tak pulak Eva cakap yang anak perempuan Firman akan ikut sekali.

“Ha ah.. Via tengok baby boy Untie Farina, encem macam uncle Im.”

Pulak.. Daim senyum.. wajah ditunduk merapati tubuh kecil Olivia yang masih memegang peha Firman.
“Antara baby boy Untie Farina dengan Uncle Im, siapa lagi handsome?”

“Mmm..”
Mata Olivia ditarik keatas, jari terlunjuk mengetuk tengah dagu.
“Papa Via la lagi encem!”

Bertaburan gelak keempat-empat pendengar setia si cilik itu.

Firman merangkul bahu anak perempuannya dan dibawa rapat kedada. Ubun-ubun Olivia dicium lantas mengukir senyum.
“Nasib baik Via cakap papa Handsome, kalau tak malam ni Via tidur sorang-sorang.”

Olivia menjarakan tubuhnya, kepala mendongak memandang Firman.
“Its okay.. if papa tak nak sleep dengan Via, Via sleep kat rumah mama.”

Mama?!
Keadaan jeda.
Keempat-empat pasang mata saling memandang.

Saat mata Firman menangkap renungan Clara, dia terus melarikan wajah. Jantung makin berlari tak sekata.

Mama mana la yang Olivia maksudkan ni..
Wajah ditunduk merapati anak perempuannya.
“Errr.. Via nak tidur rumah mama mana?”
Teragak-agak Firman bertanya, takut Clara salah sangka.

“Tu..”
Olivia mendepakan tangan dan mengeluarkan jari terlunjuk mengarah kepada Clara.

Semua makin tersentak.
Kini Clara menjadi tumpuan pasangan mata yang berada di meja bersamanya.

“You mean Untie Clay ni mama Via?”
Bibir Eva mula mengorak senyum, sebenarnya dari dalam kereta lagi dia dah perasan Olivia asyik memanggil Clara dengan panggilan ‘Mama’ . Tak sangka pula ada sesuatu yang Clara sorokan. Mmm..

“Sshh”
Olivia meletakan jari telunjuk dibibirnya sambil menghentak kaki.
“Papa cakap jangan panggil Untie Clay, panggil mama.”

Clara teguk air liur, rasa berpasir.

“Oooo... rupanya ada rahsia besar yang aku tak tahu dari kau ye Firman?”

Firman lirik mata Clara sebentar sebelum menundukan wajah.

Clara pulak dah rasa terbakar pipi, malunya hanya tuhan yang tahu.

Pilihannya tak salah, sejak perkenalan Clara dan Firman setahun yang lalu. Tanpa sedar bibit cinta mula berputik antara mereka.

Firman cuba mengelak, kerana tahu status dirinya sebagai duda dan mempunyai anak. Dan jika mahu dibandingkan dengan Clara, jauh panggang dari api.

Namun Clara tak melatah, dia juga sedar akan usianya yang lebih tua dari Firman tak mustahil lelaki itu akan menolaknya. Sedang cinta tak kenal semua perkara tu.

Clara dan Firman berbincang secara matang dan mereka berdua setuju untuk meneruskan hubungan dan hanya menunggu persetujuan Daim untuk membenarkan ikatan mereka menjadi lebih sah.

“Err... Im.. aku sedar kedudukan aku nak dibanding dengan kau dan kakak kau, ditambah pulak dengan status aku macam ni, kau berhak untuk halang hubungan aku demi kakak kau. Tapi jika kau bagi peluang pada aku, aku janji aku takkan sia-siakan Clara. Aku akan cuba sebaiknya untuk membahagiakan kakak kau.”

Daim menyandarkan belakangnya, bibir makin lebar mengorak senyum.
“So sekarang ni kau propose kakak aku depan aku la?”

Sekali lagi halkum Firman bergerak kebawah menelan liur. Wajah Clara dilirik sekali sebelum kembali memandang Daim.
“Kalau kau izinkan aku akan keluarkan cincin sekarang?”

“Woo.. korang memang dah prepare ke?”
Daim turut memandang Clara yang duduk bersebelahan Firman. Wajah putih kakaknya makin merona.

Lantas tubuhnya di rapat ke sisi meja, bahu Firman dicapai sambil memandang dalam mata lelaki itu.
“Kalau dah prepare awal lagi, kenapa tak inform aku bro? Aku takde masalahnya. Ini hal hati, aku takde hak nak halang. Lagipun aku tahu kau lelaki yang bertanggungjawab Man, aku pasti Kak Clay akan bahagia dengan kau.”

Clara makin tersipu malu.

Eva kat sebelah Daim turut tersenyum, pandangan bersilih ganti antara firman dan kakak iparnya sebelum memanggil Olivia supaya menghampirinya.

Terkoncoh-koncoh anak kecil itu memusing meja dan menghampiri Eva.

Eva melurut rambut hitam dan lurus separas bahu milik Olivia.
“Via suka ke ada mama?”

Terangguk Olivia mendengar soalan Eva.
“Mestilah Via suka, nanti malam-malam Via boleh tidur dengan mama dan papa sekali.”

Ishh budak ni! Kesitu pulak dia imagine
Makin kuat Clara gigit tepi bibir.

Tak sudah lagi, kali ni Olivia pusing lagi meja dan mendakap sisi Clara.
“Mama.. nanti malam-malam mama peluk Via tau jangan peluk papa, papa dah besar. Via masih kecik.”

Serentak Eva dan Daim menular gelak!
Sementa Clara cuba orak senyum memandang wajah Olivia dalam pelukanya. Nak salahkan anak itu pun tak guna, Olivia masih kecil, dia pun tak tahu sangat apa yang dia cakap.
Syukur Olivia boleh rapat dengan Clara dalam masa yang singkat.

Clara bukanlah seorang wanita yang pandai bermain dengan budak namun tak bermakna dia tak suka anak kecil. Tapi mungkin jagaannya pada Olivia terlalu ikhlas menyebabkan anak perempuan Firman itu mudah merapatinya.

Sekali lagi Daim merapatkan badan ke meja, tubuh Olivia yang berada didalam pelukan kakaknya dipandang.
“Via.. Uncle Im nak tanya sikit boleh tak?”

Olivia pusing tubuh menghadap Daim sebelum mengangguk laju.

“Via dah lama kenal mama kan?”

Sekali lagi Olivia angguk kepalanya.

“Okay.. cuba cerita dengan Uncle macamana papa dan mama boleh kenal. Sebab Uncle tak tahu pun cerita papa dan mama Via ni, tup tup dengar nak kahwin terus. “
Daim geleng kepala sambil mengukir senyum.

“Papa ngan mama Via ni pandai betul berahsia kan”
Mata Diam bersilih ganti memberi jelingan pada Clara dan Firman.

Kali ni Clara taknak mengalah, hujung mata turut membalas jelingan adiknya.
“Im.. cukup la..”

“Come on Kak Clay.. sporting la.. Kalau taknak Via cerita, apa kata Kak Clay yang cerita?”

“Im!”
Rengusan Clara makin memberi tawa kepada Daim.

“Err... aku sambung masak kat dapur dulu la.”
Firman bangun serta merta sambil menarik apron yang diletak diatas meja.

Daim mendongak.
“Eh! Relax la Man.. belum habis borak ni!”
Walhal Daim tahu Firman cuba larikan diri.
Tidak semena Daim turut bangun, tubuh Firman yang sudah dibawa ke dapur diekor pantas. Daim tetap ingin mengorek rahsia perkenalan kakaknya dan Firman.

Eva hanya tersenyum melihat latah dua lelaki yang terpusu-pusu masuk kedalam kitchen. Wajah dikalih kembali memandang Clara. Raup wanita itu nampak gembira.
“Tahniah kak Clay, tak lama lagi rumah kita bertambah riuhlah”

Clara turut membalas senyuman adik iparnya. Rasa bahagia mula menyelinap keseluruh pembuluh darah. Jika dia tahu Daim tak membantah, awal-awal lagi dia dah mintak Firman masuk meminang.

Mana boleh tunggu lagi. Usia Clara sudah meningkat, dia juga seperti perempuan lain. Ingin mengandung dan melahirkan selepas berkahwin. Clara takut jika usianya makin meningkat, peratus untuk dia hamil makin kurang.

“Eva.. akak rasa lepas akak kahwin, akak tak tinggal lagi kat rumah tu. Firman ada rumah sendiri, akak akan ikut dia.”

Kejap pandang Eva pada wajah Clara.
“Kalau kak Clay keluar rumah, sunyi lah Eva.”

Muka dicemberut menahan hiba. Eva tak ramai keluarga, dia satu-satunya anak pada Mansor dah Dahlia. Hidup Eva sunyi, nasib baik dia berjiran dengan Clara dan Daim. Ditambah dengan kebebasan untuk dia keluar masuk kedalam rumah Daim, membuatkan hidup Eva sedikit ceria.

“Kalau Eva nak riuh, Eva beranak la ramai-ramai. Boleh gamat rumah tu nanti.”

Eva senget wajah, Clara dipandang dari ekor mata.
“Kak Clay ingat Eva ni kilang proses anak ke?”

Clara menyembur tawa mendengar ayat spontan yang keluar dari bibir adik iparnya.
Patutlah Daim tak habis-habis nak memujuk isterinya. Memang si Eva ni mudah sentap ke apa?
Atau mungkin juga pembawakan budak.

“Mama, ada juga ke kilang proses anak? Via tak pernah dengar pun?”

Serentak Eva dan Clara memandang Olivia yang menggaru sisi kulit kepalanya sambil memandang Clara minta jawapan.
Ekpresi blurr anak kecil itu membuah senyum pada kedua wanita di sisinya.

“Via tunggu mama dan papa kahwin dulu, nanti bila perut mama Via dah bonjol macam perut Untie ni hah, baru lah Via tahu apa itu Kilang proses anak.”

“Ishh Eva ni! Ada ke ajar bukan-bukan pada budak besar Via.” Laju Clara menyekat kata-kata Eva sambil bibir sekali lagi menguntum senyum.
Padahal dia sendiri malu dan cuba untuk tutup kalut dihati.

Olivia melangkah sekali lagi menghampiri Eva. Perut bonjol wanita itu dielus dengan tapak tangan kecilnya.
“Via rasa perut Untie gerak-gerak lah. Maybe kilang proses anak untie ni tengah bekerja kot.”

Sekali lagi Eva sembur tawa. Clara pulak dah meraup wajah berkali-kali mendengar ayat si licik anak Firman ni.

Sekali lagi Olivia kerut dahi mendengar gelak dari Eva dan Clara.
Kepala digeleng laju, tak faham maksud kedua wanita itu.
Matanya dipandang bawah sebelum melihat cecair yang keluar dari celahan ‘maternity gown’ yang dipakai oleh Eva.
“Err.. Untie Eva kencing ke?”

Serentak Eva toleh kebawah, cecair jernih dan likat yang tertampar dilantai dipandang kedu. Celah peha yang masih ditutupi kain, diraba laju.

Baru Eva perasaan celah kelekangnya sudah terasa basah.
Serta-merta ari-ari terasa perit bagai dikoyak-koyak. Peluh mula merembes keluar.

Clara bangun serta merta dan menghampiri Eva. Wajahnya turut kakut ketika melihat muka pucat Eva. Jantung turut laju bila Eva beberapa kali mendengus tahan sakit.

“Eva okay ke ni?”
Clara tak pasti apa sebenarnya yang berlaku pada adik iparnya, sedang dia sendiri pun bukan pernah beranak.

“Err.. kak.. kak Clay.. E..Eva rasa Eva nak deliver dah lah...”

“Hah?!”
Clara menekup mulutnya sebentar sebelum menjerit.
“Im! Bini kau nak beranak dah ni!!”

Apa lagi, Kafe yang sibuk dengan pelanggan kerana waktu makan tengahari, terus kecoh apabila mendengar jeritan Clara.

Daim terkoncoh-koncoh keluar dari bahagian dapur dan menuju rapat kearah isteri tercinta.

Muka Daim pucat apabila melihat keadaan Eva yang sudah berpeluh menahan sakit. Celah kelengkang Eva turut basah.

Topi hitam yang dipakai diatas kepala dicabut dan diletak atas meja, Kaki Daim melangkah kekiri setapak kemudian kekanan semula, badan berpusing-pusing mencari arah!

“Kau ni dah apa hal Im?! Terpusing-pusing! Cepat lah bawa Eva ke hospital!”

Jerkahan Clara memakukan gerakan Daim.
Neuron-neuron di otak kembali berfungsi, Pantas Daim membangunkan Eva untuk dibawa keluar dari kafe menuju ke keretanya.

Bahu Eva terus dikepit saat Daim membuka pintu penumpang Toyota Hilux miliknya.

Eva dah menunduk menahan sakit, nafas ditarik dan disedut supaya lebih sekata. Itu yang dia belajar sewaktu menjalani kelas persediaan untuk bersalin sejak kandungannya mencecah masuk empat bulan.

Pernafasan yang teratur boleh memberi impak pada proses kelahiran anaknya. Eva tak mahu terjadi sesuatu sepanjang prosedur melahirkan baby Damia.

Tangan kecilnya Eva mencapai pemegang besi sebelum sebelah kaki meninjak pedal.
“Arrgghh!!”
Bibir menjerit halus saat terasa beban pada perutnya sewaktu tubuh ingin diangkat masuk kedalam Hilux.
Rengusan di keluarkan, kaki kembali dipijak ketanah sebelum menoleh tajam kearah Daim disisinya.
“Berapa kali aku cakap! Tukar Hilux ni! Susah nak naik tahu tak!”

Daim buat muka ‘blurr’.
“Sorry sayang... nanti aku tukar kereta ye.”

“Aissh!! Dah nak beranak baru nak tukar?!”
Eva terus mengomel, namun kaki masih cuba diangkat untuk memijak pedal.

“Korang ni! Anak nak keluar pun masih lagi nak gaduh! Banyak kereta kat sini, boleh guna. Pakai je la kereta Kak Clay ke, Firman ke, Bob ke? Pilih mana satu yang nak! Yang berebut jugak nak pakai Hilux tu apahal!”
Clara yang turut berlari keluar, kini bercekak pinggang memandang kedua pasangan dihadapanya.

Rasa nak sekek dua-dua kepala manusia ke depan ni! Tak habis-habis nak gaduh!

“Takpe kak Clay! Im masih larat nak angkat bini Im sendiri masuk kedalam kereta Im!” Belum habis bicara Daim, kedua tangannya mencepung tubuh Eva dan diletakan keatas tempat duduk, setelah pasti keadaan si isteri, pintu kereta ditutup pantas sebelum Daim berlari masuk kebahagian pemandu.

Enjin dihidup dan Toyota Hilux terus menderu laju meninggalkan polaroid di Kafe tersebut.

Berkali-kali Clara menggelengkan kepala melihat tingkah Eva dan Daim.

Setelah jauh Pacuan roda milik adiknya pergi, Clara paling tubuh.
Firman dan Olivia sedang berdiri dibelakangnya.
Beberapa orang pelanggan termasuk Bob masih berdiri di muka pintu.

Biasalah adengan rear macam ni, bukan senang nak dipertonton depan kalayak ramai. Mujur Eva tak terberanak kat Cafe ni!

Langkah Clara diatur perlahan menghampiri Firman dan Olivia.
“Saya nak pergi hospital, tengok Eva. Awak nak ikut?”

Firman geleng kepala, mata melawan pandangan Clara yang yang tak lama lagi bakal menjadi permaisuri hidupnya.
“Awak pergi lah.. saya jaga kedai dengan Bob.”

Clara angguk kepala, tangan dihulur kepada Olivia.
“Via ikut mama ye.. tadi kita tengok baby boy Untie Farina, sekejap lagi mama bawa Via tengok baby girl Untie Eva pulak.”

“Yeayy!!! Via nak follow mama!”
Olivia bersorak sambil badan dilompat rendah.

Firman hanya senyum melihat aksi bahagia yang bakal menjengah mereka bertiga. Bibirnya dirapat kecuping telinga Clara
“Lepas ni Via boleh tengok adik dia sendiri pulak”

“Awak!”
Laju tangan Clara menolak dada bidang Firman yang mendekatinya. Pipi kembali merona. Bibir dikemam menahan malu!

“Kak Clay!”

Serentak Firman dan Clara memandang Bob yang masih berdiri di muka pintu kafe.

Melihat Clara dan Firman masih berdiri tegak di luar, Bob berlari mendapatkan pasangan itu. Telefon bimbit miliknya dihulur kepada Clara.
“Cuba Kak Clay baca ni.”

Clara menyambut huluran Bob, seraya mata terus tertancap pada skrin.

Firman turut memanjang leher memandang telefon bimbit Bob yang sudah berada di tangan Clara.

“Zizie terlepas dari pusat pesakit mental sejak semalam.”
Bob bersuara menyebabkan kepala Clara dan Firman serentak diangkat dan saling memandang. Mulut masing-masing dah membulat ‘O’.

“We must tell Daim!”

Serentak Bob dan Firman mengangguk mendengar arahan Clara.

******

7.15 minit petang, Eva selamat melahirkan anak perempuanya walau ditemani dengan kekecohan sebelum kedatangannya di hospital.

Dua jam di dalam Labor Room, hanya sekejap sahaja Eva merasai kesakitan sebelum Damia Evelyn keluar secara ‘SVD’ (Spontaneous vaginal delivery).

Eva sendiri seberapa boleh tak mahu mengeluar anaknya secara pembedahan. Kerana dia sendiri membaca tentang risiko pembedahan yang lebih sakit berbanding beranak secara normal.

Sampai di hospital, Eva terus ditolak masuk kedalam Labor Room, bukaan servik dah 8cm. Nasib air ketuban nya yang sudah pecah tidak kering sepenuhnya.

Jika tak memang sah-sah Eva dipaksa untuk ditolak ke bilik pembedahan.

“Nasib baik tak jadi apa-apa. Dah tahu nak dekat due, kau masih juga nak berjalan kan Eva.”
Dahlia yang duduk disisi katil anaknya mengurut lembut ubun-ubun wanita itu. Dua jam sebelumnya dia mendapat panggilan dari Clara yang menyatakan Eva dihantar kehospital kerana dah pecah air ketuban.

Apa lagi kelam kabut lah Dahlia bersiap dan bersama Mansor menuju ke hospital. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku pada anak dan cucu perempuanya.

“Doktor cakap bila nak dekat due, kena banyak bergerak sikit. Baru lah senang baby nak keluar.”
Eva menyengih menampakan barisan giginya. Walaupun kesakitan masih terasa, namun dia merasa kuat apabila anak perempuan selamat dikeluarkan. Ditambah pulak dengan kehadiran keluarga serta kenalannya didalam biliknya, menguatkan lagi emosi Eva untuk menjalani alam keibuan seterusnya.

“Im pun dah cakap mama, Eva ni tak habis-habis nak berjalan, dah balik dari jumpa Farina bukan nak balik rumah terus. Melepak juga kat kafe.”

Eva yang masih terbaring dikatil menoleh pantas kepada Daim yang berada disisi kanannya, hujung bibir diangkat tinggi.
“Kau ingat aku nak biarkan kau sorang-sorang kat Kafe? Buatnya ada perempuan lain nak dekat dengan kau, aku takkan tahu!”

“Oh God! Saat macam ni pun korang nak gaduh lagi ke?!”

Eva dan Daim terus membisu apabila pitching Mansor mula tinggi.

“Clay rasa, elok dua-dua ni dikurung dalam bilik jangan bagi keluar! Sebab kalau dalam bilik tak pulak, clay dengar Eva ngan Im ni bergaduh. Diam je..”

Daim teguk pantas air liur yang tersekat. Mata menjeling maha hebat pada kakaknya.
Agak-agak lah nak buat lawak kak Clay!
Dalam bilik memang lah kena senyap, takkan nak riuh kot bagi tahu kat semua yang aku sedang berasmara dengan Eva!
Aiisshhh!

“Dah cukup... jangan nak gaduh lagi...”
Dahlia mengengam lengan anaknya, wajah Eva masih pucat mungkin lelah belum habis saat bertarung nyawa mengeluarkan cucunya.
“Bila Eva boleh keluar?”

Eva melorek senyum lagi pada mamanya.
Kalau boleh dia nak peluk Dahlia dan menyatakan betapa dia bahagianya saat ini dengan kehadiran anak perempuanya yang sudah diberi nama Damia Everlyn (Berkat hadiah dari tuhan).

“Eva dah boleh balik dah esok, tapi Mia kena tahan dulu sebab bacaan bilirubbin dia meningkat. Jadi alang-alang Eva stay je lah kat sini, lagipun senang nak bagi susu kat Mia. Doktor tak bagi Eva bagi bagi susu formula pada Mia lagi-lagi dalam keadaan Mia macam ni.”
Eva menerangkan apa yang diberitahu oleh doktor sebentar tadi.

Seusai anaknya keluar, Doktor dan staf membawa Damia untuk pemeriksaan lanjut.

Dan Damia disahkan mengalami jaundice (kekuningan) dengan bacaan bilirubbin 22mg/dL. Namun keadaan anak kecil itu masih terkawal dan hanya diletakan kedalam katil kaca dan diberi rawatan Fototerapi bagi memulihkan kembali bacaan bilirubbin dalam cecair darah milik Damia.

“Elok lah tu.. yang penting anak dan cucu mama sihat.”

Eva membalas gengaman ibunya dan sekali lagi bibir mengukir senyum bahagia.

Daim yang masih berdiri disisi isterinya turut mengorak senyum.

Terasa ingin sujud dikaki Eva kerana wanita itu sanggup menahan sakit demi mengeluarkan anak mereka. Dia tak dapat rasa apa yang Eva rasa.

Namun Daim berjanji akan terus menjaga Eva supaya Eva sentiasa kuat meneruskan kehidupan bersamanya dan juga Damia.

*****

Malam makin larut, Daim setia menunggu isterinya di hospital. Sikit pun dia takkan tinggalkan Eva. Daim akan pastikan Eva selamat sehingga wanita itu dan anaknya keluar dari hospital.

Sebentar tadi Staf memberi kebenaran untuk melihat anak mereka yang diletakan diwad nursery. Walaupun hari ni dah berkali-kali Eva dan Daim melawat anak mereka, namun rasa keterujaan untuk melihat anak kecil itu terus dirasa.

Seakan tak mahu berpisah langsung dengan Damia Everlyn.

Daim menolak perlahan kerusi roda yang menempatkan Eva dan menuju ke wad nursery. Sampai didalam, mereka berdua makin laju menghampiri katil kaca yang disinar lampu biru milik Damia Everlyn.

Anak kecil itu dilihat sedang menguis-nguis kaki sambil ibu jari disua kedalam mulut.

“Puan Eva nak susukan anak puan?”
Seorang jururawat wanita yang hadir ketika melihat Eva dan Daim menghampiri katil kaca milik anak mereka, bersuara lembut.

Dalam kata lain dia sedikit teruja apabila berhadapan sendiri dengan bekas pelakon terkenal negara, Eva Natasha.

Seperti bicara nitizen lain, kali ni Jururawat tesebut mengakui Eva Natasha adalah antara artis yang paling baik dan tidak sombong walaupun terkenal.

Eva menganggguk lantas memberi senyuman kepada jururawat tersebut.

Pelahan jururawat wanita itu mengeluarkan Damia dari dalam katil kaca dan diletak pada kedua lengan Eva yang sedia menanti.

“Nurse shift petang dah ajar Puan Eva menyusukan bayi?”
Sekali lagi jururawat wanita itu bertanya lembut.

Eva mengangguk lagi. Sebentar tadi memang ada jururawat yang sudah mengajar Eva cara memberi susu kepada anaknya.

Dan sudah dua kali dipratiknya kepada Damia. Syukur Damia pun pandai menghisap putingnya bagi mengeluarkan susu.

Kepala lembut Damia diletak elok pada pelipat lengan Eva sebelum bajunya diangkat dan menyuakan puting pada mulut si kecil itu. Mula-mula Damia menghisap dengan rakusnya sebelum perlahan-lahan menerkap puting Eva kedalam mulutnya dan menyedut perlahan.

Eva senyum melihat terlahan anak perempuannya.

“Bacaan kuning anak Puan Eva makin turun, kalau Puan Eva terus bagi susu kat dia. Mungkin lagi cepat turun.”
Jururawat wanita tersebut masih terus berdiri menghadap ibu yang ternyata bahagia didepannya.

“Bila agak-agak dia boleh balik nurse?”

Jururawat tersebut berpaling memandang Daim. Tak sangka dia turut dapat melihat suami Eva Natasha secara berhadapan bergini.

Dan benar juga kata public, wajah Daim Akli persis model korea. Patut pun Eva taknak lepaskan dia.

“Saya akan ambil rekod bacaan bilirubbin anak Encik Daim sejam sekali, malam ni Doktor akan round dah lihat lagi. Esok pagi kalau masih menurun doktor akan inform pada pakar dan mungkin anak Encik Daim boleh keluar.”

Eva yang mendengar makin melebar senyum.

Daim turut menurunkan wajah memandang isterinya, bahu wanita itu disentuh lembut seraya membalas senyuman Eva.

Seusai memberi susu kepada Damia, perlahan Daim mengambil anak kecil itu dari riba Eva dan diciumnya berkali-kali sebelum memasukan semula kedalam katil kaca yang disimbah lampu berwarna biru.

Anak kecil mereka memulas badan sebentar sebelum kembali dengan lenanya.

Lama Eva dan dan Daim memerhati Damia Everlyn, sebelum kembali keluar dari wad nursery itu.

Sepanjang jalan menuju ke bilik Eva, bahu wanita itu terus disentuh tangan Daim, manakala. sebelah tangannya lagi menolak kerusi roda yang menempatkan si isteri.

Sampai didalam didalam bilik, Daim membantu Eva untuk bangun dan kembali baring diatas katil.

Sesaat tubuh Eva terbaring, Daim membetulkan stoking yang membalut kedua kaki wanita kesayangannya.
Tanpa memandang Eva dia bersuara.
“Kau nak makan apa-apa ke? Atau nak minum? Aku buatkan”

Eva geleng kepala, walaupun dia sedar Daim tidak memandangnya kerana masih lagi membetulkan stoking dan kain batik yang dipakainya.

Sedarlah kini, pilihannya selama ini tak salah. Daim adalah lelaki terbaik buat dia. 10 tahun menunggu bukan satu jangka masa yang lama, namun apa yang didapatinya kini adalah anugerah yang terindah dan sekaligus menebus segala duka dihati.

“Kau nak apa-apa tak?”
Kali ni Daim menoleh wajah memandang isterinya, sangkanya Eva masih tak menjawab soalanya beliau sebentar tadi.

Sekali lagi Eva geleng kepala.
“Aku penat, aku nak tidur.”

Daim angguk kepala. Selimut dihujung kaki Eva ditarik untuk menutupi tubuh wanita itu, namun tergendala tindakannya apabila jemari kecil Eva mencapai lengannya.

Sekali lagi Daim toleh wajah maskulinnya menghadap Eva.

“Im.. tidur dengan aku malam ni, atas katil.”

Dahi Dahi berkerut.
“Hah?! Takkan aku nak tidur sebelah kau, kau kan masih sakit. Lagipun kalau staf nampak macamana?”

“Ala tidur berdua atas katil, apa masalahnya. Bukan haram pun. Lagipun aku ajak kau tidur sebelah aku je, bukan nak suruh kau buat lebih. Otak kuning lah kau ni!”

Daim merapatkan wajahnya pada raup Eva sehingga nafas mereka saling hangat menampar.
“Otak aku memang akan sentiasa kuning kalau dekat ngan kau Eva.”

“Kau ni!”
Eva cuba menampar dada suaminya namun tangkas Daim mencapai sebelum perlahan merebahkan badannya disebelah Eva.

Seperti biasa lengan kananya dikeluarkan dan membiarkan kepala Eva rapat dibaringkan.

Tangan kiri Daim menarik pinggang Eva supaya merapatinya. Kepala ditunduk sedikit mencium rambut Eva yang ditutup ‘snow cap’

Eva pejam mata, walau kulit kepalanya tak terasa hangat bibir Daim. Namun dia sedar bibir lelaki itu lama ditekap pada ubun-ubunnya.

“Sayang... walau apa pun terjadi.. abang nak sayang kuat untuk terus bahagiakan diri sayang dan anak kita.”

Eva dongak kepalanya mencari mata Daim.
Bicara romantik lelaki itu mengegarkan jantungnya.

Sekali lagi Daim tunduk wajah dan mencium tengah dahi milik Eva.
“Abang takkan selalu bersama sayang... tapi abang janji abang takkan benarkan apa-apa pun yang buruk terjadi pada sayang. “

“Im..”

“Sshh..”
Daim pantas menyeka bibir Eva dengan jarinya.
“Eva Natasha... abang cintakan Eva hingga akhir hayat abang...”

Eva kedu, mata membulat, dan mulut sedikit terbuka. Kepala masih mendongak memandang suaminya.

“Tidur lah sayang.. malam ni abang peluk sayang sampai pagi ye..”

Eva mengangguk perlahan bila melihat senyuman dibibir nipis Daim. Segala prasangka buruk dibuang jauh. Malam ni dia ingin lena dalam dakapan suaminya seperti malam-malam sebelumnya.

*****

Pagi ni sekali lagi Eva dan Daim bangun dan bersiap-siap untuk berjumpa anak mereka di nursery. Dahlia dan Mansor akan sampai sebentar lagi dan mereka akan turut bersama melawat cucu kesayangan.

Daim menolak kerusi roda yang menempatkan Eva, menuju ke nursery.

Sebelum dia keluar. Eva sempat mengepam susunya dan diberi kepada jururawat sebagai bekalan untuk Damia diwaktu malam.
Dia tak mahu Damia di sua susu formula. Eva ingin Damia cepat sembuh, Eva amat berharap mereka berdua boleh discaj hari ini.

Sewaktu tangan Daim menolak kerusi roda milik Eva, mereka berselisih dengan seorang doktor wanita yang lengkap dengan ‘lab coat’ serta mask menutupi separuh wajahnya sedang menolak katil kaca yang menempatkan bayi didalamnya.

Daim sempat menjeling sewaktu langkah mereka bersebelahan.
Bayi yang didalam katil tersebut tidak jelas kelihatan.

Seraya pandangannya didongak, sempat mata Daim menatap mata doktor wanita tersebut sebelum doktor itu membuang pandang kehadapan.

Mata tu... macam familiar..
Daim menghentikan kerusi roda Eva.

Pantas Eva mendongak pada suaminya.
“Kenapa?”
Dahi Eva berkedut seribu. Langkah Daim yang mati tiba-tiba mengundang rasa pelik dibenak fikirannya.

Daim geleng kepala. Segala prasangka buruk ditolak tepi. Tangan menolak kembali kerusi roda dan kaki terus membuka langkah menuju ke nursery.

Seperti biasa Daim membawa tubuh Eva yang berada diatas kerusi roda hingga ke katil belakang yang menempatkan anak mereka.

Sesaat sampai disana, mata Eva dan Daim melilau mencari katil kaca milik Damia. Namun tak jumpa. Jantung mula sesak.

Daim menghampiri seorang jururawat yang berada dikaunter dan sedang tunduk menulis sesuatu.

“Err... stafnurse... boleh saya tahu mana anak saya?”

Pantas jururawat tersebut mendongak wajah. Dahi berkerut melihat muka serius Daim.
Duduknya dibangunkan dan berjalan menuju ke hujung wad dimana kedudukan bayi Daim berada.

Lama jururawat wanita itu berpusing-pusing mencari, air liur ditelan payah.
“Mel! Mana baby coat 15? Anak puan Eva dan Encik Daim.”

Jururawat yang dipanggil Mel datang menghampiri dan turut memanjang leher mencari.

“Takkan you all tak tahu mana anak i?!”
Jerkahan tiba-tiba dari Eva membuatkan keadaan jeda sebentar.

Daim menghampiri isterinya.
“Sabar yang.. kita biarkan Staffnurse uruskan.”
Belakang wanita itu digosok lembut, padahal jantungnya kini turut berlari pecut!

“Baru tadi aku bagi dia susu.” Jururawat bernama Mel memandang rakannya. Wajah masing-masing dah kerut seribu.

“Tadi saya nampak seorang doktor wanita, menolak keluar katil baby Puan Eva.”

Semua mata memandang seorang wanita yang sedang duduk menyusukan anaknya dibirai katil.

“Doktor wanita? Siapa nama doktor tu?”
Jururawat Mel tangkas bertanya, hatinya turut tak keruan.

“Tak perasan pulak, sebab tak nampak name tag dia, cuma dia pakai ‘lab coat’ putih rambut cecah bahu dengan seluar slack warna hitam, muka doktor tu pakai mask, jadi saya tak cam siapa.”

Daim telan air liur. Doktor wanita rambut pendek, pakai slack hitam dengan mask dimuka?
Bukan ke dia ada berselisih dengan doktor tu sebentar tadi waktu di luar wad?

Daim cuba mengingat kembali mata doktor yang sempat dipandang.
Mata tu seperti mata.....

“Shit!! Zizie!!”

Semua yang ada didalam wad nursery terkejut taktala Daim menjerit kuat menyebut nama Zizie!

“Im...”

Daim toleh kepada Eva yang masih dibangku kerusi roda. Wanita itu didekati. Sisi kepala Eva dipegang. Mata Hazzel isterinya ditatap tajam.
“Eva.. Zizie culik anak kita.”

“Hah!”
Air liur diteguk laju oleh Eva, matanya membulat mencari kebenaran. Jantung turut berdetak laju.

“Sayang duduk sini.. abang akan uruskan, abang akan pastikan anak kita selamat.”
Cup! Satu ciuman singgah ditengah dahi Eva sebelum kakinya melangkah keluar dari wad.

Tangisan si isteri dapat didengar, namun apa yang penting sekarang ni, dia perlu selamatkan Damia Everlyn!

“Alert code! Alert code! Seorang doktor wanita memakai seluar slack berwana hitam dengan rambut separas bahu telah menculik seorang bayi perempuan berusia 3 hari. Mintak perhatian pada semua pengawal untuk menghalang pintu masuk dan keluar hospital dan diminta sesiapa yang menjumpai keadaan yang mencurigakan ini sila laporkan pada pihak staf hospital dengan segera.”

Bertalu-talu intekom hospital berbunyi mengamatkan suasana rumah sakit itu.
Masing-masing seakan terkejut dengan pengumuman yang telah dibuat.

Daim tak hiraukan semua tu! Langkah terus panjang ke seluruh pelusuk hospital. Dia harus mencari anak perempuannya dengan segera.

Daim pasti manusia yang berselisih sebelahnya adalah Zizie.. PA Eva suatu ketika dulu. Perancang kepada kemusnahan hidup dia dan Eva sejak sepuluh tahun yang lalu.

Siren polis sudah bergema, Daim masih giat mencari kedudukan Zizie dan anaknya. Peluh yang menitik disisi dahi tidak langsung diseka. Dalam hati bebakul-bakul doa Daim titipkan agar anaknya selamat walau dimana pun berada.

Ketika melalui koridor di belakang wad, mata Daim tertancap ‘baby coat’ berwarna putih yang berada di tengah jalan.
Segera langkah menapak laju. Ketika menghampiri, mata menilik didalam ‘baby coat’ namun ianya kosong.

Daim pasti ‘baby coat’ adalah milik anak perempuannya.
Segera kepala ditoleh kiri dan kanan, seraya ternampak seorang wanita sedang duduk bersama anaknya yang berusia sekitar 10 tahun. Daim menapak menghampiri.

“Akak.. akak nampak tak doktor yang tinggalkan baby coat kat situ?”

Wanita yang agak terkejut dengan sapaan Daim segera menggelengkan kepala.

Daim mengeluh berat. Kedua tangan dicekak ke pinggang, fikirannya buntu.

“Saya nampak dia pergi ke koridor belakang tempat parking motor.”

Daim melirik anak lelaki wanita berkenaan sebelum matanya kembali membulat.
“Adik nampak dia pergi mana?”

“Tu...”
Lurus telunjuk budak lelaki tersebut mengarah kehadapan.

Tanpa bertunggu lagi. Kaki panjang Daim diatur ke koridor menghampiri ruang parking motosikal.

Dari jauh matanya dapat menangkap seorang wanita dengan blouse hitam dan sekata warna dengan slack yang tersauk pada kakinya.

Wanita itu membawa sesuatu, namun Daim tak pasti apa dia.
Kaki laju mengekor, sedang mata terus memerhati lenggok wanita itu yang akhirnya Daim sedar yang berada dihadapanya adalah Zizie.

“Zizie!”
Daim menjerit kuat. Langkah makin laju diatur pada Zizie yang jarak lebih kurang 50 meter dihadapanya.

“Zizie!”
Sekali lagi nama itu dilaung, sedang tubuh dihadapan makin laju mengorak langkah dan cuba melarikan diri dari Daim.

“Shit! I know you Zizie!!”
Kali ni pecutan langkah sudah dibuat, dia harus menyamai tubuh dihadapanya.

Dan ketika Daim makin menghampiri. Tubuh dihadapan menghentikan langkah dan perlahan dipusing menghadapnya.

Tepat!!!
“Celaka kau Zizie!!”
Amarah Daim terus meletus saat mata menangkap wajah Zizie dihadapannya.

Dan Zizie...
Hanya tersenyum lebar, tangan masih mengendong anak perempuan milik Daim. Sementa tangan sebelahnya kaku kerana memakai lengan palsu

“Bagi anak aku balik Zizie!”

“Ha ha ha!!! Tak sangka kita dapat berjumpa lagi DAIM AKLI!”

Daim mengepal buku limanya disisi tubuh. Rahang bergerak-gerak menahan marah, kalau bukan anaknya masih ditangan pondan itu, dah lama Zizie dilibas dengan hujung kakinya!

Ingatkan selepas Zizie ditangkap tempoh hari, pondan tu akan menyesal, tapi semua anggapan salah.
Hati Zizie dah hitam, walau dicurah clorox pun takkan mungkin akan putih dan suci kembali.

“Zizie! Kau lepas kan anak aku. Kalau kau marah aku, aku ambik lah aku, kau bunuh aku! Tapi tolong jangan apa-apakan anak aku. Dia tak salah Zizie.”
Ton suara Daim direndahkan, jika dia terpaksa merayu pun dia sanggup.
Tangisan anak perempuannya sudah mula mengamit hati kecil seorang ayah. Mungkin Damia terkejut mendengar kekecohan yang berlaku.

“Bagi balik anak kau?! Hahaha! Dah sehabis bagus aku rancang untuk culik anak kau, dan tujuan sebenar aku adalah nak tamatkan riwayat budak ni!”

“No Zizie! Kau bagi balik anak aku! Polis dah merata kat hospital ni Zizie, kau buat apa pun. Kau takkan terlepas.”
Daim cuba mengugut, seluruh badannya mengigil takut jika terjadi sesuatu pada anak perempuanya.

“Aku tak kisah apa yang tejadi pada aku lagi. Aku tak kisah jika aku mati pun selepas ni asalkan dendam aku terbalas!”
Zizie menyunging bibir kearah Daim.

4 hari yang lepas, usahanya untuk keluar dari pusat rawatan pesakit mental akhirnya berhasil. Berbulan lama dia cuba mencari jalan keluar dan akhirnya dia bebas jua.

Doktor mengesahkan Zizie mempunyai penyakit skhizopernia. Namun pada Zizie itu semua pembohong!
Dia bukan sakit. Apa yang dilakukan selama ini adalah kerana dendam yang masih belum terungkai.

Ketika Zizie dapat melepaskan diri, tidak sukar baginya untuk mendekati Daim memandangkan Eva masih lagi menjadi perbualan reporter walaupun sudah meninggalkan dunia seni.

Rancangan Zizie makin menjadi apabila Eva selamat melahirkan sulung mereka. Baginya ini adalah peluang untuk membalas dendam!

“Zizie... dendam kau Cuma dengan aku. Bagi balik anak aku. Dan aku akan ikut kau, kalau kau nak bunuh aku pun aku tak kisah.”

Tawa Zizie makin besar. Dia tahu kelemahan Daim adalah anaknya. Dan sebab itu lah Zizie membuat rancangan terbesar ini untuk menculik anak mereka.
“Kalau aku bunuh kau, maka tamatlah dendam aku! Takde siapa yang tahu apa yang aku rasa selama ni. Aku nak kau rasa apa yang aku rasa. Sebagai mana terseksanya aku bila bapak aku meninggalkan aku. Aku nak kau juga terseksa bila mana anak kau mati kat depan kau. DAIM AKLI”

Daim selangkah merapat ketika Zizie meluah perasaannya. Dia ada rancangan untuk menyelamatkan anak perempuannya. Namun jika rancangan itu sedikit tergelincir, dia takut terjadi apa-apa pada Damia!

God! Please save my daugther..

“Zizie.. bagi balik anak aku!” Daim terus bersuara kasar.

Zizie membesarkan biji mata apabila tanpa sedar Daim sudah sedepa menghampirinya.
Anak kecil yang berada dipelipat lengan dialih kepada tangan palsunya
Pantas pisau rambo yang berada dalam poket belakang seluarnya dikeluarkan dan kemudian hujung pisau itu dirapatkan kepada kepala kecil milik Damia.
Mata melirik kearah Daim dihadapan.

“No Zizie! Jangan apa-apakan anak aku!”
Daim sudah merasakan kelopak matanya bergenang air. Hujung pisau berwarna hitam yang makin hampir ke kulit muka Damia dipandang tajam.
Otak makin ligat membuka langkah bagi menyelamatkan anaknya.

“Aku tak kisah kalau aku mati hari ni, asalkan dendam aku terbalas. Dan sebelum aku dibunuh, aku akan bunuh anak kau dulu, biar kau rasa keperitan yang aku alami selama ini!”
Zizie mengangkat tinggi pisau rambo untuk menikam anak kecil didalam pelukanya.

Namun belum sempat pisau itu sampai ke kulit Damia, Daim sempat memusing tubuh dan melibas sisi kepala Zizie menggunakan pangkal kakinya.

Zizie agak terkejut dengan tindakan pantas Daim. Anak lelaki itu yang berada dalam pelukannya telepas dah hampir terjatuh.

Sekali lagi Daim pantas menyambut anaknya sebelum sempat tubuh kecil itu mencecah lantai.
Tubuh Daim hampir terduduk namun pelukan Damia tidak dilepaskan. Tangisan anak kecil itu makin mendayu.

Perlahan tubuh dibangunkan. Nafas panjang dihela dari hujung bibir Daim. Pelukan Damia makin kuat kedadanya sebelum Daim berpusing dah menghadap Zizie yang masih terbaring dilantai.

“Kau berani nak mainkan nyawa anak aku Zizie!!”
Bukk!!
Daim menggunakan sekuat tenaga menghayun kakinya dan menyepak sisi tubuh Zizie hingga pondan itu menjerit kesakitan.

“Kau masih tak serik lagi atas apa yang kau buat pada aku dan Eva, Zizie!”
Bukk!!
Sekali lagi Daim menghayun sepakannya, kini hinggap pulak disisi kepala Bapok itu.

Masih tak puas, Daim menghentak tapak kakinya yang beralas sneakers ketengah dada Zizie sebelum meleret dan menekan tengah kerongkong pondan itu, sehingga Zizie tercungap -cungap mencari oksigen.

“Dulu kau pernah luka kan Eva! Kau masuk kan aku dalam penjara atas kesalahan yang aku tak lakukan. Sekarang kau nak bunuh anak aku pulak?! Mother fucker!!!”

Daim seakan hilang pertimbangan. Kakinya terus menekan tengolok Zizie. Walau berkali-kali tangan pondan itu menepis namun kekuatannya masih tidak menyamai kegagahan Daim.

“Im!”
Eva yang turut keluar mencari anaknya terpandang pergelutan yang berlaku antara Daim dan Zizie. Dengan pantas dia menghampiri.

“Im!”
Eva menyambut Damia dari pelukan suaminya dan menghulur pada Dahlia yang turut mengekori.

Saat Damia bertukar tangan, semakin kuat kaki Daim menekan leher Zizie yang kian meronta.
“Kau boleh sakitkan aku Zizie! Tapi kalau kau sentuh family aku, aku bunuh kau! Bullshit!!”

“Im! Dah lah tu!”
Eva cuba menarik lengan Daim supaya menghentikan tindakan lelaki itu. Zizie sudah dilihat tercungap-cungap mencari nafas. Kepala dan hidung membuak-buak cecair merah.

Jika perbuatan Daim tidak dihentikan, Eva takut suaminya akan membunuh Zizie. Bukan dia tak tahu panas baran Daim Akli, lebih-lebih lagi jika ada menganggu hidup Eva.

“Im.. pleasee.. stop it..”
Mata Eva makin bergenang air. Ayat yang keluar dari bibirnya diselang sendu.

Hati Daim tersentuh, pelahan matanya melirik wajah Eva.
Sedikit demi sedikit barannya melebur.
Perlahan kaki diangkat dari tengah leher Zizie sebelum tangannya mendakap bahu Eva dan dibawa menghimpit dada.

Seperti Eva, Daim juga sebenarnya takut mengenangkan apa yang terjadi. Didalam hati hanya penuh dengan kemarahan pada Zizie. Jika Eva tidak menghalang, sudah tentu Zizie akan mati dibawah tapak kakinya.

“Sudah ye Im.. Mia selamat.. semua dah selamat.”
Eva merangkul erat pinggang suaminya, tak mahu dilepas lagi takut amarah Daim kembali hangat.

Daim mengangguk lembut dan ubun-ubun Eva dicium berkali-kali. Sungguh Daim takut.

Eva melepaskan pelukan suaminya dan menarik lelaki itu menjauhi Zizie yang masih terbaring.

Daim akur, matanya memandang Damia yang dipeluk erat oleh Dahlia beberapa meter dihadapan. Dalam diri memanjat syukur kerana anaknya selamat.

Perlahan kaki seiring melangkah bersama Eva menghampiri Dahlia.

“Im!!!”

Serentak Daim dan Eva memandang Dahlia yang menjerit sambil membutang biji mata kearah belakang Daim.

Daim pasti Zizie dibelakangnya sedang merencanakan sesuatu. Pantas lengan menolak Eva ketepi sebelum tubuhnya dipusing kebelakang.

Dan.
Zap!
Dengan menggunakan satu tangan yang masih elok. Zizie membenam pisau rambo didada kanan Daim.

“Im!!”
Eva menjerit taktala melihat darah yang mula membuak keluar dari dada suaminya.

Daim hanya kaku. Mata Zizie dipandang tepat.

“Kau rasakan kesakitan yang aku alami sebelum ni”
Zizie berbisik perlahan, bibir mengorak senyum lebar. Dan Zap!
Sekali lagi pisau rambo itu ditekan dalam hingga menyebabkan Daim menjerit kesakitan.

Bang!

Daim pejam mata sejenak saat darah terpecik mengenai mukanya.
Dia tak pasti siapa yang melepas tembakan. Namun ketika matanya dibuka, sisi kepala Zizie sudah mengeluarkan cecair merah.

Daim pandang mata Zizie. Pondan itu masih terus senyum walaupun otaknya sudah hampir hancur.

“Aku tunggu kau di neraka.”
Dalam keadaan yang hampir lemah, Zizie masih ingin merodok pisau rambonya kedalam tubuh Daim.

Dan sekali lagi.
Bang!
Bunyi tembakan bergema. Kali ni sisi kepala kanan Zizie pulak mencucur darah keluar.

Zizie makin lemah. Perlahan matanya tertutup sebelum tubuh meleret hingga tertiarap di lantai. Dua das tembakan yang tepat di kedua belah kepala pondan itu sudah cukup mencabut nyawa Zizie.

Daim pula merasakan dunia makin berpinar. Peluh merecik keluar seiring darah pekat yang tak henti mengalir dari tikaman pisau di dadanya.

Sebelum tubuh Daim sempat menyembah bumi, Eva menyambut pantas kepala suaminya sebelum dia sendiri terduduk diatas lantai.

Kepala Daim dipanggung keatas riba, darah pekat yang keluar dipandang sayu oleh Eva. Air mata terus mengalir tanpa henti.
“Im.. tahan Im.. sekejap lagi doktor sampai.”

Daim buka mata. Walau keadaannya lemah, namun pipi masih terasa titikan airmata yang jatuh dari tubir mata isterinya. Perlahan jemari diangkat menyeka airmata Eva yang terus mengalir.
“Eva... abang sayangkan Eva.. Eva janji dengan abang untuk terus kuat menjaga Mia.”

Laju Eva geleng kepala.
“Im aku tak kuat tanpa kau Im.. kau janji nak protect aku, kau kena bertahan Im”

“Eva..”
Daim menyentuh pipi isterinya.
“Abang nak dengar sayang panggil abang dengan panggilan ABANG..”

Suara Daim yang semakin lemah meningkat sayu dihati Eva.
“Abang.. sayang cintakan abang.. jangan tinggalkan sayang..”

Bibir Daim mengukir senyum sebelum pandangannya dirasa berbalam dan akhirnya semua gelap dan sunyi.

P/S
* Novel Buddy VS Hubby takde dalam sistem NP.. so please follow acc wee #scandalwee atau ig wee @tengku_hida untuk tahu sambungan cerita ni.

hanya yang follow acc wee sahaja yang akan tahu bila wee akan update last chap..

thank my reader...
love you!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience