EPILOGUE

Romance Completed 67139

"CAREFUL, sweetheart." Suara maskulin milik Aiden menerjah ke dalam gegendang telinga Adara yang sedang menuruni tangga. Adara melirik ke arah riak wajah suaminya yang penuh kerisauan. Dia tersenyum sungging.

"Ya, orang tahulah abang." Bidas Adara, rambut panjangnya dibiarkan lepas sehingga ke paras pinggang. Kandungannya yang mencecah 38 minggu kini menunggu masa sahaja untuk melahirkan. Jelas kelihatan perutnya semakin membukit disebalik baju yang dipakai.

Aiden menggeleng kepala melihat perangai isteri kesayangannya yang keras kepala. Dia mendekati Adara sebelum mencempung tubuh isterinya dengan mudah.

"Aiden, janganlah! Orang beratlah." Marah Adara, lengan kekar milik suaminya ditepuk beberapa kali. Namun, tiada apa yang dibalas oleh suaminya.

Yang dia dapat hanyalah ciuman hangat daripada bibir Aiden pada dahinya lama. Terpejam mata Adara merasakan sentuhan suaminya yang tak pernah gagal membuatkan dia berasa tenang.

"I don't want you to do anything right now, love. You're pregnant, baby."

Lembut sahaja nada Aiden menegur Adara. Dia sering mengingatkan Adara tentang keadaan isterinya yang sedang sarat mengandung. Bukan apa, tapi sejak kebelakangan ini isteri dia bukan main aktif lagi.

Langsung tak reti erti penat. Semua benda nak buat. Orang kalau mengandung selalu penat, tapi Adara. Haih.

Well, she's his wife after all.

Adara memeluk erat batang leher Aiden. Tangan sasa milik suaminya masih kemas menggendong tubuhnya dalam pegangan. Matanya dikedipkan beberapa kali. Mulut mencebik.

"Janganlah marah. Sayang tak nak susahkan abang je." Tubir mata Adara mula berair. Hidung mula terasa gatal mahu bersin. Semakin hari dia semakin sensitif. Mood tak menentu. Hormon orang mengandung la katakan.

Aiden pantas mengusap pipi tembam milik wanita kesayangannya itu. Sudah biasa dengan keadaan Adara seperti ini. Yang mahukan pujukan dan perhatian daripada dia.

"No, no, no. Don't cry." Aiden mengalihkan beberapa helaian rambut milik isterinya yang menghalang dia daripada menatap wajah Adara ke belakang telinga.

"Dara sayang, abang tak marah. I'm just worried about you and our babies. Abang tak nak Dara penat. Okay, princess?" Pujuk Aiden bersama ciuman pada kekura tangan Adara.

Pandangan redup penuh kasih Aiden membuatkan Adara terpujuk. Air matanya tadi dikesat dengan belakang tangan. Dia kembali mengukir senyuman buat suami tercinta.

Makin berbunga hatinya mendengar panggilan baru Aiden pada dia sejak dia mengandung.

Dara.

Hanya Aiden sahaja yang panggil dirinya dengan menggunakan nama tersebut.

"Sorry, abang." Aiden mengukir senyuman kecil. Puncak hidung mancung Adara dicium sekilas. Naik merah wajah Adara menahan rasa. Bibirnya mengoyak senyuman sampai ke telinga.

"Ya Allah, ini dah kenapa berdukung ni? Ara nak bersalin dah ke? Leo kenapa ni?"

Kedengaran suara Puan Rossa menegur mereka berdua. Naik cemas wajah ibu mertuanya itu merisaukan keadaan Adara. Mana tak risau? Adara mengandungkan cucu pertama dia.

"Mama no. Tak ada apa mama. Leo tak nak Dara penat. That's why. She's pregnant with my child, ma." Terang Aiden sambil menurunkan Adara dengan berhati-hati. Adara tersenyum ke arah Puan Rossa.

"Isteri Leo, menantu mama. Anak Leo, cucu mama jugak. Mestilah mama risaukan Ara, Leo." Puan Rossa mengeleng kepala. Dia mendapatkan Adara. Perut Adara yang membesar itu diusap lembut. Tahu Adara menjaga kandungannya dengan baik.

"But, still she's mine, ma."

Terserlah sisi possessive Aiden tatkala mengucapkan kata-kata itu. Tangan Adara digenggam kemas dalam pegangan. Adara menyiku Aiden. Suami dia ni lah. Bukan Puan Rossa nak culik dia ke apa.

"What? I'm just claiming you as mine, love."

Belum sempat Adara membalas apa-apa, Puan Rossa terlebih dahulu menampar lembut bahu anak lelakinya. Naik pening dia dibuatnya. Adara tersenyum mengejek ke arah Aiden.

"Dah jangan nak mengada, Leo. Mama nak pergi rumah Nek Kalsum kejap. Jaga Ara elok-elok. Jangan sibuk nak menggatal. Nak jadi bapak budak dah kan." Tegur Puan Rossa yang sudah lengkap berpakaian mahu keluar.

"I know, ma. I know." Balas Aiden beriak biasa. Adara sudah tersenyum lebar mendengar kata-kata ibu mertuanya. Tangan Aiden dipeluk erat.

"Mama nak Leo hantarkan ke? Ersyad tak ada hari ni."

"Tak payah, Aryan dah tunggu dekat luar. Jaga Ara elok-elok. Leo, call mama if anything happens. Bye, Ara sayang. Jaga cucu mama ya? Cucu nekma jangan nakal sangat. Take care you two."

Adara bersalaman dengan Puan Rossa. Pipi dilagakan. Aiden memeluk tubuh ibunya sebelum Puan Rossa pergi. Puan Rossa melakar senyuman.

Pin!

Bunyi hon kereta Aryan di luar dibunyikan. Menandakan Puan Rossa sudah lambat.

"Cakap dekat nenek, Ara dengan Aiden kirim salam tau mama." Pesan Adara, tangannya mengusap perut besarnya yang menjadi tabiat sejak mengandung.

"Iya mama tak lupa, sayang. Adila kata nak datang. Mama dah suruh Ersyad ambikkan. Mama pergi dulu eh, nanti bising Aryan. Leo jaga Ara. Pergi dulu, nanti call mama! "

Pesan Puan Rossa sambil melangkah pergi. Adara melambaikan tangan mengucapkan selamat tinggal. Bibir masih mengukir senyuman. Aiden memandang Adara penuh minat.

God, he loves his woman damn much.

Perlahan-lahan, tangan Aiden melingkar pada pinggang Adara membawa ke dalam pelukan. Dagu disangkut pada bahu isterinya.

"Sayang," Panggil Aiden lembut. Tangan kasarnya bermain-main di atas perut Adara sesekali. Tubuh Adara dipeluk. Adara menyengetkan wajah cuba memandang suaminya.

"Nak apa ni, hmmm?" Tanya Adara, tangannya diletakkan di atas tangan Aiden yang berada diatas perutnya. Terasa geli lehernya apabila rambut hitam perang Aiden terkena pada kulitnya yang terdedah.

"Nak sayang. We're alone. So, you already know what I want, love." Aiden menyembamkan wajah pada ceruk leher Adara. Adara menggeleng kepala tanda tak membenarkan. Makin manja ya suami dia sekarang. Penat kadang.

"Aiden Zarieff, behave yourself please." Adara bercekak pinggang. Dia menolak lembut kepala Aiden dari bahunya. Aiden menggulingkan bebola matanya. Tak suka apabila Adara menolak dirinya sebegitu.

"Oh, tolak abang eh? It's okay. We will see later, sweetheart. You'll regret it."

"Oh we will see, husband. We will." Usik Adara, matanya dikenyitkan. Jarinya menolak dada Aiden jauh darinya dengan sengaja. Aiden mengetap rahang. Mata melirik ke arah Adara yang berlalu melepasinya.

"Careful love, I might bite you."

"Aiden Zarieff, behave!”


"ARGH, comelnya kau Ara! Eeee besarnya perut. Apa ni, nak jugak. Nak, nak, nak!" Jerit Adila sebaik melihat perut Adara yang besar. Pipi Adara habis digomol oleh Adila tanpa belas kasihan. Rasa nak gigit je pipi pau kawan dia ni.

"Dila, kau jangan sampai aku terberanak dekat sini oi. Jakun sangat ni." Tegur Adara, dia memegang perut yang terasa senak apabila anaknya mula menendang.

"Eh, baby tendang! Alololo comelnya anak kau eksaited nak jumpa aku. Meh, sini meh. Mesti tak sabar kan nak jumpa kakak cantiks ni." Puji Adila pada dirinya sendiri. Tangan mengusap perut Adara dengan teruja. Tak sabar!

"Mana kau tahu anak aku eksaited nak jumpa kau, Dila? Entah-entah dia tendang sebab tak suka. Perasan sangat haih nak jadi kakak. Kau tu mak cik ya. Kan anak mommy kan?" Usik Adara. Naik merah muka Adila menahan geram.

"Eeee kau kan. Nasib baik kau mengandung tahu. Kalau tak, ei memang kena dah ni. Baby tengok mommy jahat buat kakak cantiks. Sekeh kepala sat gi mommy ni." Adila menjeling Adara. Malas layan orang mengandung ni. Huh.

"Tak payah nak merajuk sangat. Jom teman aku makan." Ajak Adara. Tangan Adila dipaut mahu ke dapur. Adila beralah. Apa guna dia bergaduh dia bergaduh dengan mak busung ni. Tak ada guna.

"Amboi, ini nak makan ke nak buat kenduri weh. Banyak sangat ni weh." Tegur Adila, dia mengambil tempat duduk bertentangan dengan Adara. Kecur air liur dia melihat makanan yang terhidang di depan mata.

"Mana ada banyak, sikit je ni. Aku makan untuk tiga orang eh." Adara mengambil pasta kegemaran Aiden yang kini menjadi kegemarannya juga ke dalam pinggan. Garlic bread, mushroom soup, dan beberapa hidangan yang lain dibiarkan dahulu.

"Alasan, padahal kau yang nak makan kan? Kesian anak buah aku tak bersalah dipersalahkan. Eh dah tahu ke laki ke perempuan anak kau?" Adila menyuap makanan yang berada dalam pinggan Adara ke dalam mulut. Laju saja, tangan Adara menepis tangan Adila.

"Belum. Ish, ambiklah makanan kau sendiri. Itu aku punya. Aiden yang masakkan." Marah Adara geram. Adila mencebik. Hek eleh. Kalau macam itu, dia pun tak ada. Heh.

"Patut sedap semacam. Berkira eh kau. Kedekut. Nak rasa jugak air tangan Aiden. Aku ni mana ada orang nak masakkan. Umi dengan nenek jelah yang selalu masakkan untuk aku. Maklumlah kita tak ada suami." Adila mula buat drama. Air mata palsu dikesat.

"Jangan nak mengada. Aku masakkan untuk kau selama ni jangan buat-buat lupa. Tu makan bubur ayam tu. Ersyad yang masak." Adara memuncungkan bibir ke arah semangkuk bubur ayam yang tak jauh dari pasta buatan Aiden.

"Ye ke? Kena makan ni. Wajib! Eh, mesti sedap kan? Biasalah bakal suami aku kan?" Adila sudah tersengih seperti kerang busuk. Tak sabar sangat nak merasa air tangan Ersyad. Adara menahan senyum.

"Ya allah, nikmatnya! Sedapnya. Tak sangka eh dia pandai masak. Haih memang calon suami pilihan!" Adila makin berselera menjamah makanan. Adara menggeleng kepala melihat perangai Adila.

"Eh, tapi kan. Kenapa dia nak masakkan untuk kau? Macam pelik je. Kau ada skandal dengan laki aku ke hah?" Adila sudah memegang garfu. Mata dipincingkan ke arah Adara. Adara menghamburkan tawa.

Dia nak curang? Nonsense!

"Kau nak tahu sebab apa? Betul ni?" Adila mengangguk laju. Adara sudah tersenyum penuh makna. Dia mendekatkan diri mahu membisikkan pada telinga Adila mahu memberitahu.

"Sebab... Sebenarnya, bubur tu bukan Ersyad yang buat. Tapi, aku." Adila membulatkan mata tanda tak percaya.

"ADARA QALYSSA!"

"PUAN muda," Tegur Ersyad yang berada di dalam bilik peribadi Aiden mahu mengambil fail penting. Adara melemparkan senyuman membalas teguran Ersyad. Mujur dia memakai tudung sarung sebelum masuk ke dalam bilik tersebut.

Lagipun Aiden selalu pesan bilik peribadinya selalu dihuni Ersyad atau Dayyan. Mereka selalu berbincang di situ untuk memudahkan urusan.

"Ersyad, ada nampak Aiden tak?" Tanya Adara mahu bertanya keberadaan suaminya.

"Oh, Tuan Muda dekat atas. Dalam personal gym dia tak silap, saya. Puan Muda nak saya panggilkan Tuan Aiden ke?" Tanya Ersyad kembali sebaik menjawab soalan yang diajukan Adara tadi. Tak mahu Adara yang sarat mengandung kepenatan.

"Eh tak apalah. Biar saya pergi sendiri. Erm, Ersyad?" Panggil Adara mahu meminta tolong sesuatu.

"Ya, puan?" Lembut nada Ersyad. Tangannya memegang sebuah fail yang mahu diambil dari bilik itu tadi.

"Boleh tak tolong masakkan bubur ayam?" Kekok Adara dibuatnya apabila meminta sebegitu. Lagipun bukan untuk dia. Tapi untuk Adila. Dia dah janji dekat Dila nak suruh Ersyad masakkan.

"Oh okay. Untuk Puan ke atau cik Adila?" Tanya Ersyad mahukan kepastian. Adara sudah senyum simpul.

"Oh tahu eh. Untuk cik Adila awaklah, Ersyad. Takkan saya pulak. Tuan Muda Aiden awak tu saya nak letak mana." Balas Adara tersenyum lebar. Sempat dia melihat telinga Ersyad memerah sebelum pergi tadi.

Ini kalau Dila tahu ni, pergh confirm gedik minah tu. Hmm.

Adara mengorak langkah menuju personal gym milik Aiden dengan berhati-hati. Takut tersalah langkah nanti keselamatan dia dan anak-anaknya terancam. Pintu bilik yang lengkap dengan peralatan senaman itu ditolak.

Menyerlahkan Aiden yang sedang berpeluh keringat melakukan plank di atas yoga mat yang terhampar pada lantai bilik tersebut. Adara tersenyum. Tudung sarung dibuka lalu disangkut pada penyangkut yang ada di situ.

"Hi, handsome." Tegur Adara dengan nada manja. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi plastik yang berada di hadapan Aiden. Matanya tertancap pada figura Aiden yang tak berbaju hanya berseluar pendek.

"Hi, there. Looking for me, hun?" Aiden mengangkat sebelah keningnya. Dia menukar posisinya mahu menghadap isterinya. Kini, perhatiannya tertumpu sepenuhnya pada Adara sahaja.

"Abang," Panggil Adara meleret. Aiden tersenyum senget. Tahu apa yang dimahukan oleh Adara.

"Yes, love. Nak apa, sayang? " Aiden mendekatkan diri pada Adara. Rambut hitam perangnya yang dibasahi peluh disebak ke belakang. Menampakkan butir-butir peluh yang merenik di dahi luasnya.

"Nak abang." Adara mendepakan tangan mahukan pelukan daripada Aiden. Kebiasaan dia untuk bermanja dengan Aiden pada masa seperti ini. Aiden mengukir senyuman.

Dia mendekati Adara lagi mahu dibawa ke dalam pelukan. Adara tersenyum suka. Mata dipejam tak sabar mahu berada dalam pelukan Aiden. Tapi itu cuma harapan palsu.

"But, who said you can have me?" Bisik Aiden pada telinga Adara. Terasa tiupan hangat daripada bibir Aiden pada bulu roma milik Adara. Aiden kembali ke posisinya tadi bersama senyuman sinis di bibir.

"Ish, abang ni kan." Rungut Adara tak suka diusik sebegitu. Aiden angkat bahu dengan selamba.

"Well, you reject me before right? So enjoy the consequences, sweetheart."

Aiden smirk tambah dengan gaya boyish. Penuh dengan aura nakal dan mengusik yang selalu muncul ketika bersama Adara. Adara pula melemparkan jelingan tajam.

"Huh, malas layan abang." Adara menyilangkan tangan ke dada. Bibir ditarik muncung sedepa mahu merajuk.

Dengan perut besar bersama kedua-dua belah pipi gebunya yang jelas kelihatan membuatkan Adara kelihatan comel seperti anak kecil yang sedang merajuk. Aiden mengigit bibir menahan diri daripada menarik isterinya ke dalam pelukan.

Relaks, she's yours.

"Malas layan abang kan?" Ucap Aiden, mata memandang ke arah Adara. Belakang badannya dibaringkan pada lantai. Adara sekadar menunggu tindakan Aiden yang seterusnya.

Perlahan-lahan, Aiden bangun dari posisinya tanpa menggunakan tangan. Sekadar menggunakan otot abdomennya untuk bangun sebelum kembali pada posisinya tadi.

Terhias sebuah senyuman penuh makna pada wajah Aiden. Aiden mengekalkan pandangan matanya ke arah Adara sambil meneruskan sit-up yang sering dilakukan sebagai rutin workout miliknya setiap hari.

"Ingat orang tergoda lah tu. Heh." Adara jeling Aiden sebelum mengalihkan pandangan. Sesekali dia mencuri pandang melihat Aiden semula. Tak tergoda lah sangat.

"You're sure, sweetheart?" Aiden bangun sepenuhnya sebelum membisikkan kata-kata itu betul-betul di hadapan wajah Adara. Kehangatan tubuh Aiden kini terasa menyelubungi Adara. Adara menelan air liur. Pipi sudah merah membahang.

"Ish, janganlah kacau orang macam ni." Adara menolak tubuh Aiden menjauhi dirinya. Menjarakkan kedudukan antara mereka semula. Wajahnya dipalingkan daripada menghadap Aiden. Aiden melepaskan tawa kecil.

Urgh, her husband is too hot to handle.

"Nak abang ke tak, sayang?"

"Kalau nak pun, bukan abang bagi huh."

"Well, if you want me then beg for it, baby."

"Aiden Zarieff, stop it!"

Adara menampar kuat kaki Aiden. Aiden meringis kesakitan sebelum melepaskan tawanya yang ditahan. Suka sangat melihat pipi Adara yang berona merah ketika marah. Muka cemberut Adara kini menandakan dia betul-betul merajuk. Aiden tersenyum nipis.

"Fine, I'm sorry sayang. Come here. Come closer to me." Aiden menghulurkan tangan ke arah Adara. Mahu memujuk isteri tersayang yang sudah merajuk.

Lambat-lambat, Adara menyambut huluran Aiden. Dagu Adara dipagut naik ke atas menemui pandangan lembut Aiden pada seraut wajah milik Adara. Tak lama kemudian, hidung Adara dicium Aiden penuh kasih. Hidung mereka dilagakan membuatkan Adara tersenyum sendiri.

"There's 7 bilions smile exist in the world, but my most favorite is yours, darl." Bisik Aiden perlahan menyapa halwa pendengaran Adara. Adara melebarkan senyuman.

"Can you forgive me, princess?" Adara mengangguk kecil. Kini, giliran Aiden pula yang mengukir senyuman.

"Wait, let me finish my workout." Ucap Aiden tiba-tiba yang membuatkan Adara memasamkan wajah semula. Baru ingat nak bermanja dengan Aiden. Dia hanya melihat sahaja Aiden kembali posisinya tadi dengan hati yang sebal.

Nak Aiden.

Tanpa Adara sedar, terasa dahinya mengenai sesuatu yang lembut. Adara mengedipkan mata tanda tak percaya apabila merasakan bibir Aiden yang mencium dahinya sekarang.

"Stop sulking, and look at me hun."

Suara serak basah milik Aiden menegur Adara. Jelas kelihatan senyuman Aiden berada dalam pandangan Adara sekarang. Itulah merajuk lagi kan sampai tak sedar. Aiden meneruskan perbuatannya tadi.

Setiap kali dia bangkit dari posisinya, Aiden akan menghadiahkan sebuah ciuman hangat pada wajah Adara.

"I love you," Satu ciuman hinggap di dahi Adara. Adara mengigit bibir menahan senyuman.

"And," Sebuah ciuman hinggap di puncak hidung isterinya. Aiden senyum lebar.

"Our babies," Bibir Aiden naik mengucup kedua-dua belah mata Adara untuk seketika. Terpejam mata Adara menahan rasa.

"Sayang." Kini, bibir Adara pula menjadi sasaran. Senyuman lebar terukir pada wajah Adara.

Tubuh Aiden yang berpeluh itu ditarik ke dalam pelukan Adara. Lantaklah peluh ke apa. Apa dia kisah.

"I love you more, abang." Aiden tersenyum sebelum membalas pelukan isterinya. Belakang kepala Adara dibelai penuh kasih.

"And I love you more than anything, sayang."


"SELESA tak?" Tanya Aiden, rambut Adara disikat. Adara mengangguk. Aiden meletakkan kembali sikat yang dipegang ke tempatnya semula. Adara memeluk pinggang Aiden. Mereka berdua sedang duduk berehat di ruang tamu sesudah mandi bersama membersihkan diri tadi.

"Feels good, now?" Tanya Aiden lagi. Tangannya mengusap lembut perut Adara yang senak kerana terlalu banyak bergerak.
Tahu pada usia kandungan Adara kini anaknya semakin aktif.

"Dah, okay dah. Thank you, abang." Ucap Adara, kepalanya yang dilentokkan pada bahu bidang Aiden diangkat mahu menghadiahkan ciuman pada pipi suaminya.

"My pleasure, gorgeous."

Sekilas, dahi Adara dihadiahkan ciuman. Adara kembali melentokkan kepala bersama senyuman. Pinggangnya yang terasa lenguh dan sakit diurut Aiden tanpa disuruh. Kakinya yang bengkak turut dilakukan perkara yang sama. Adara membelai rambut hitam perang milik suaminya.

"Nanti, Dara nak anak-anak kita rambut macam abang. Handsome." Ucap Adara yang leka bermain dengan rambut Aiden. Lembut sahaja terasa pada tangannya.

"But, I want our kids looks like you, love." Aiden memegang tangan Adara yang bermain pada rambutnya. Lalu, dibawa ke wajahnya. Mahu Adara menyentuh dirinya.

"Kenapa? Dara cantik ke, hm?" Adara senyum simpul. Dia mengusap rahang Aiden yang terbentuk elok menambahkan lagi kekacakan seraut wajah Aiden.

"Yes, Dara sayang. Very. You're very beautiful to me, hun." Aiden menyembamkan wajah pada dada Adara. Menggesel hidungnya pada leher isterinya penuh manja. Manja sangat mengalahkan kucing parsi.

"Abang nak boys or girls?"

"Both, love."

"Kalau tak dapat jugak?"

"Are you doubting my ability to give you kids, woman?"

Aiden mengangkat kening nipisnya ke arah Adara apabila mendengar soalan yang diajukan oleh isterinya. Adara melepaskan tawa kecil apabila melihat wajah tak puas hati yang ditayang oleh Aiden.

"Dara, tanya je. Janganlah marah." Adara mencubit pipi Aiden. Aiden mengacah mahu mengigit tangan isterinya. Gigit kang pipi tu baru tahu.

"We're going to have a twin but you still doubting me. Just tell me when if you want me to prove myself to you then, baby."

Aiden mencium pipi Adara. Adara lantas menampar mulut Aiden.

"Ei, nak tidurlah. Bisinglah abang ni." Belakang tubuhnya disandarkan pada dada bidang Aiden. Tangan kekar milik Aiden melingkar pada pinggang Adara. Mengusap lembut perut Adara sehingga isterinya tertidur.

"Sleep tight, hun." Sebelah tangan Aiden menepuk lembut sisi tubuh Adara supaya wanita kesayangannya itu tidur dengan lena. Rambut Adara yang terjuntai diselitkan ke belakang telinga. Tak lama kemudian, kedengaran dengkuran halus daripada isterinya. Aiden tersenyum kecil.

"Shhh, I'm here. I'm not going anywhere." Bisik Aiden perlahan apabila Adara mula bergerak-gerak dalam tidurnya ketika dia mahu mengangkat Adara ke dalam bilik tidur mereka.

"Abang," Suara mamai Adara mula kedengaran.

"Sakit..." Sambung Adara sedang menahan sakit yang tiba-tiba rasa mencucuk.

"Sakit dekat mana, sayang?" Suara Aiden mula bertukar nada risau. Tangannya mula terasa basah dibasahi sesuatu.

"Argh!" Adara mula menjerit kesakitan. Tangan memegang erat batang leher Aiden apabila rasa sakit tersebut tak henti menyerang. Air ketuban kandungannya sudah pecah mahu melahirkan. Aiden mula bergerak pantas menuju ke kereta. Segala persiapan sudah disiapkan.

"Hold on, love." Tangan Adara dipegang erat.

"ARGH! Abang, sakit. Sakit sangat! Tak boleh. Sayang tak boleh. Dara mintak maaf abang. Maafkan salah silap, sayang. Maafkan Dara selalu marah abang. Ah, tak nak buat lagi dah! Abang, sakit! AIDEN ZARIEFF!" Raung Adara menjerit sekuat hatinya di dalam wad bersalin. Tangan Aiden dipegang erat. Terlalu erat. Jelas kelihatan urat berselirat pada tangan Aiden menahan rasa sakit.

Tapi itu hanyalah sedikit kalau nak dibandingkan dengan sakit Adara yang sedang bertarung nyawa melahirkan anak kembar mereka. Aiden mengelap dahi Adara yang dibasahi dengan peluh.

"Dara sayang, listen to me. Abang tahu sayang kuat. My woman is strong enough to handle the pain, right love? Please, sayang. I'm here always with you. Isteri abang kuat. Abang tahu. Babies know their mommy is strong too. Let's meet them soon, okay precious? I love you more than the pain you're going through right now."

Aiden memberikan kata-kata semangat. Tangan Adara tak pernah lepas dari genggamannya mahu menyalurkan kekuatan. Hampir gila dia dibuatnya apabila melihat Adara dalam keadaan kesakitan sedemikian.

"One more push, Puan Adara." Gesa Doktor Adhena Rania yang ditugaskan untuk membantu Adara pada hari tersebut. Adara melepaskan keluhan berat. Dia sudah kepenatan.

"Sayang, count with me. It will be over soon, I promise." Adara memandang Aiden mahu mencari kekuatan. Dia menarik nafas panjang. Kolar leher Aiden ditarik ke arahnya.

"If this not over, we are over abang!" Adara memberi amaran. Berkerut seribu dahi Adara menahan sakit. Aiden mencium wajah Adara berkali-kali. Kerutan pada dahi Adara diusap oleh Aiden.

"One..." Adara memegang tangan Aiden.

"Two...." Adara menggunakan sepenuh tenaga mahu meneran.

"Three... Ah!" Jeritan Adara memenuhi segenap ruangan tersebut. Kedengaran tangisan sepasang bayi kembar milik Aiden dan Adara tak lama kemudian.

"Congratulation, it's a boy." Ucap Doktor Adhena bersama senyuman lebar kepada pasangan Aiden dan Adara.

Aiden menyambut anak-anak lelakinya dengan penuh berhati-hati. Dia tersenyum bangga ke arah Adara yang masih pucat. Adara mengalirkan air mata. Tak sangka sudah menjadi ibu kepada sepasang kembar lelaki.

"Go to your mommy, boys." Aiden mencium lembut ubun-ubun anak lelakinya selepas diazankan. Adara memegang anak sulung lelakinya sementara Aiden memegang anak keduanya. Beza mereka tak banyak. Hanya beberapa minit.

"Abang, he looks more like you." Adara memeluk anak lelakinya dengan senyuman. Sebuah ciuman turut diberikan pada anak lelakinya yang didukung Aiden.

"But, they have your lips, precious." Aiden mengambil anak lelaki sulungnya daripada Adara. Mahu Adara berehat selepas penat bertarung nyawa.

"Assalamualaikum, hi babies!" Suara Adila menerjah masuk ke dalam bilik. Wajah teruja langsung tak disorokkan. Adara mengeleng kepala. Dia menepuk lembut punggung anaknya yang sedang tidur. Aiden menyambut kedatangan Puan Rossa dan Nek Kalsum.

"Lah, anak lelaki ke? Aku beli set kembar perempuan lah Aiden. Apa ni? Ganti balik duit aku. Aku dah suruh check gender kan, degil." Bebel Aryan yang tadi teruja membawa hadiah untuk anak-anak Aiden.

"Apa susah, gunalah untuk anak kau nanti." Sampuk Dayyan yang turut datang melawat Adara. Dia mengusap pipi tembam anak kedua Aiden yang berada dalam dukungan Aiden.

"Hey, little buddy." Tegur Arrez. Langsung tak menghiraukan Aryan dan Dayyan yang sedang bertekak. Ersyad yang berada di situ turut menyertai Arrez melihat anak sulung Aiden yang berada dalam tempat baby.

"Ara okay, sayang? Sorry mama tak dapat teman Ara bersalinkan twin." Puan Rossa memeluk tubuh Adara yang masih lemah. Nek Kalsum pula mengusap lembut pipi Adara.

"Besar dah cucu nenek. Dah jadi mak orang. Mesti mama papa bangga tengok Ara macam ni. Sini, haih sayangnya nenek dekat Ara." Nek Kalsum turut memeluk tubuh Adara dengan erat. Adara tersenyum bahagia.

"Ara sayang mama dengan nenek jugak." Adara membalas pelukan Nek Kalsum sebelum memeluk tubuh mertuanya pula. Puan Rossa tersenyum.

"Nak hug jugak!" Adila menarik perlahan Adara ke dalam pelukan. Belakang badan Adara ditepuk. Dah jadi ibu dah kawan dia. Dia pulak? Heh. Isteri bukan. Girlfriend orang pun bukan.

Senang kata single la katakan.

"Leo, Ara, apa nama kembar?" Tanya Puan Rossa kepada pasangan suami isteri itu. Aiden memandang Adara. Adara memandang Aiden. Masing-masing mengukir senyuman.

"Arden."

"Adren."

Serentak, mereka berdua membalas. Aiden mendapatkan Adara. Dia menyatukan tangan mereka berdua.

"Mana satu Arden? Mana satu Adren?" Tanya Aryan apabila tak dapat membezakan kembar lelaki itu.

"Abang, Arden Zafrel. Adik, Adren Zariel. Yang kau dukung tu Adren." Maklum Aiden, dia mencium sisi kepala Adara sesekali.

"Sedap nama Aiden bagi." Puji Nek Kalsum. Puan Rossa mengiyakan. Terlebih dahulu mereka semua meminta diri. Mahu memberikan ruang untuk Adara berehat. Pasangan kembar juga sudah lena diulit mimpi. Memudahkan Adara lagi.

"Rest, precious. Abang tahu sayang penat. Tidur. I will take care the twin." Pesan Aiden, tangan Adara diusap. Adara tersenyum nipis. Kepalanya digelengkan.

"Nak tidur dengan abang." Pinta Adara, dia mengesot ke hujung katil. Tempat disebelahnya ditepuk lembut. Mengajak Aiden menyertainya.

"You need the bed to sleep more than me, love."

"But, I need you more than the bed to sleep, abang."

Aiden mengalah. Tahu tak akan menang kalau berbalah dengan isterinya. Dengan penuh berhati-hati dia naik ke atas katil yang agak besar untuk mereka berdua itu.

Anything and everything for his wife.

Aiden menarik pinggang Adara ke dalam pelukan. Belakang badan Adara diusap lembut. Leher Adara disembamkan wajah Aiden. Salah satu kebiasaan Aiden tatkala bersama Adara.

"Sayang," Panggil Aiden pada tepi telinga Adara. Hujung baju Adara dipintalkan dengan tangannya.

"Hmm?" Gumam Adara memejam mata. Tangannya bermain-main di atas dada bidang Aiden. Terasa hilang sekejap penatnya apabila berada dalam pelukan suami tercinta.

"Thank you."

"For what?"

"Thank you for everything, sayang. Thanks for existing. Thanks for giving birth to our adorable kids. Told you before we're going to have adorable babies together soon, hun. And thank you for being my wife, precious."

Aiden mengangkat kepala merenung ke dalam anak mata Adara ketika mengucapkan kata-kata itu. Cincin perkahwinan mereka berdua yang tersarung kemas pada jari runcing isterinya dicium.

"I can lose anything or everything, sweetheart. But, oh god not you. Not you and the babies. You're only the one I have."

Luah Aiden meluahkan rasa takutnya apabila terbayang jika dia kehilangan Adara sewaktu isterinya melahirkan putera-puteranya tadi. Adara mencium dahi Aiden. Tahu Aiden benar-benar risau kehilangan dia nanti. Kedua-dua belah pipi Aiden diusap.

They don't need to tell each other about their feelings.

Their bonds already understand them, both inside and outside.

Adara menyatukan dahi mereka berdua. Tangan dilingkarkan pada batang leher Aiden. Mengusap belakang kepala Aiden penuh kasih. Segaris senyuman terukir pada bibir Aiden apabila Adara mendekatkan jarak wajah mereka berdua. Mahu membisikkan sesuatu pada telinga Aiden.

"And only you can have me, abang."

Longgg time no see, hun. Rindu AiDara ke rindu saya? ;) Nak tengok AiDara beraya tak hehehe Will be update soon, love<3 Happy Hurry Rawr-aya sweetheart

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience