Anya terbangun. Dia di mana? Bukan kah baru sahaja tadi dia berjumpa dengan Bahr, kenapa dia berada di sebuah bilik yang besar. Dan, sudah dua kali perkara ini berlaku, mungkin terlalu penat dengan apa yang berlaku.
Persoalan, dia di mana sekarang?
"Anya.. kau dah bangun?" soal Becky. "Aku dekat mana sekarang ni?" soal Anya, lemah. "Kau dekat penthouse Bahr. Dia tengok masak sekarang ni, lepas ni kau makan tau." kata Becky. "Aku nak balik!" kata Anya terus berdiri. Ditarik kembali Anya untuk duduk. "Anya, aku tahu kau benci Abang Bahr, tapi.. jangan lah macam ni. Lagipun, dekat luar tu sekarang ada.." belum sempat Becky bercakap, Anya mencelah.
"Aku malas dah nak jumpa dia. Ambil lah apa yang dia nak. Aku nak balik kampung, ke aku berhijrah ke Paris, supaya boleh lah aku jauh dari dia. Dia tu.. tak layak lah nak jaga aku.. Aku rasa nak je berce..." belum sempat Anya menghabiskan kata-katanya, dia tergamam apabila Bahr dan Mummy masuk ke dalam bilik.
"Anya dah sedar. Syukur.. Anya sihat? Rindu dekat Anya, menantu Mummy ni." terus Anya dipeluk. Bahr hanya meletakkan dulang berisi bubur dan potongan buah di atas meja. Suka dia melihat wajah Anya yang terkejut.
***
"Anya, boleh tunaikan permintaan mummy? Anya sayang Mummy kan?" pujuk Mummynya. Anya terdiam. Permintaan Mummynya agar Anya tinggal di sini, di penthouse milik Bahr. Berdua? Dia tidak mahu. Tapi, untuk mengecewakan hati orang tua, dia tidak sanggup.
"Mummy tak kisah kalau Bahr dan Anya tinggal bilik asing, asalkan Anya tinggal sini. Boleh kan?" soal Mummynya lagi. Anya hanya mengangguk lemah.
"Baiklah.. kalau itu yang Mummy mahukan. Tapi.. Anya tak akan tidur sekatil dengan Bahr, bagi Anya masa. Semua ini masih terlalu cepat untuk Anya, dan sampai sekarang Anya tak habis fikir, kenapa Bahr kahwin dengan Anya?" luah Anya.
Mummy hanya senyum, " bagi diri Anya dan Bahr masa.. Okaylah.. Mummy dan Becky dah nak balik. Bahr jaga Anya tau." pesan Mummynya. "Anya nak ikut Becky, yalah.. takkan lah Anya nak tinggal sini tanpa ada baju kan?" luah Anya.
Terketawa Becky melihat Anya yang seperti lipas kudung tu, "Anya.. jangan gelabah, boleh tak? Baju kau dari rumah sewa semuanya dah ada dekat sini. Abang Bahr dah suruh tadi lagi. Semuanya dah ada dalam almari tu. Dah lah, kami balik dulu. Jom Mummy." ajak Becky.
Bahr mengikut Mummy dan Becky untuk menghantar mereka di bawah. Tinggal lah Anya keseorangan di rumah ini. "Hish! Kenapa aku pergi setuju tadi?!!" jerit Anya.
***
"Mummy dah jalankan tanggungjawab Mummy. Kamu buatlah apa yang patut." pesan Mummy. "Terima kasih banyak Mummy." kata Bahr. "Becky, selama saya tidak berada dekat Anya, tolong jaga Anya bagi pihak Abang ye. Lagipun, Abang dah janji takkan ganggu Anya kalau dia tengah kerja." kata Bahr.
"No prob, Abang Bahr." kata Becky. "Anyway, ada satu perkara yang Abang nak bagitahu Becky, abang dah ingat semuanya. Tulah sebab Abang kahwin Anya. Okaylah, Mummy Becky. Bye.." kata Bahr meninggalkan mereka berdua. "Mummy, apa tadi Abang Bahr cakap?" seakan Becky baru sedar.
"Nanti Mummy cerita." kata Mummy Bahr, tersenyum.
***
Bahr tersenyum apabila Anya awal-awal sudah mengunci pintu. "Sayang.. bukalah pintu ni." pujuk Bahr. Anya sudah berdiri membelakangkan dirinya dari pintu.
"Dah kenapa aku nak kena buka pintu? Yelah, aku tahu lah ni rumah dia. Tapi, tak payahlah nak pintu. Aku tak selesa dengan dia. Dia ingat dia tu siapa?" monolog Anya sendiri.
"Abang suami Anya." kata Bhar yang sudah berdiri di belakangnya. "Oi! Macam.. macam mana awak masuk arr?" terkejut Anya. "Ni kan rumah Abang, sudah semestinya Abang ada kunci pendua. Jadi, Anya nak seratus kali kunci, Abang boleh seribu kali buka pintu.." kata Bahr.
"Dah, keluar.. saya nak rehat." kata Anya. "Okay. Tapi, esok.. Anya cuti tau." pesan Bahr. "Kenapa pula saya kena cuti? Awak siapa nak tentukan cuti saya?" kata Anya tidak puas hati.
"Abang siapa? Let me remind you.." kata Bahr terus maju ke hadapan, Anya terundur sehingga terasa dinding di belakangnya. "I'm your husband and also your new boss, so.. when I say, you will take a leave tomorrow. You have to! Okay, semoga cepat sembuh. I love you." kata Bahr dan sepantas kilat mencium bibir Anya dan dengan pantas Bahr menutup pintu kerana kedengaran suara Anya memecahkan suasana.
***
"Maksudnya Abang Bahr dah ingat semuanya. Baguslah. Tapi, bukan kah dulu Abang Bahr pernah hina Anya, kenapa pula Abang Bahr kahwini Anya?" soal Becky. "Mungkin Bahr tak bermaksud, lagipula.. Bahr ada misi." kata Mummy. "Misi apa? Misi nak hancurkan Anya ke?" soal Becky.
"Misi mencari siapa dalamg semuanya sebab musuh lama Becky dah muncul balik dan sekarang dia sasarkan Anya." kata Mummynya, tenang.
"Ahh?!! Maksdunya, selama ni.. Ya Allah.." kata Becky, terkejut. "Tolong rahsiakan perkara ini.. dan rahsiakan pasal ingatan Bahr. Dia buat semua untuk Anya dan dia sangat cintakan Anya." kata Mummy nya.
"Baiklah. Becky berjanji akan satukan Bahr dan Anya." kata Becky, gembira. "Tapi, kan.. yang dulu dah selesai kan?" soal Becky. "Siapa tahu.. masih ada yang berdendam... mana tau??" kata Mummy.
"Siapa ye?" soal Becky.
Share this novel