Tujuh bulan kemudian....
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam...Izz tu mama dah balik."Ujar Siti kepada Izz Harith yang sedang leka melukis di ruang tamu.
Izz Harith menoleh ke arah Iris Qarissa yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.Cepat-cepat langkahnya diatur mendekati Iris Qarissa.
"Mama,tengok ni apa yang Izz lukis.Cantik tak?"Soal Izz Harith sambil menghulur sehelai kertas putih yang sudah terlakar sebuah lukisan di atasnya.
Iris Qarissa menyambut huluran Izz Harith.Matanya dibawa menatap lukisan yang telah dilukis oleh si anak.Bibirnya melakar senyuman nipis sambil mengulus lembut rambut Izz Harith.
"Wah,pandainya anak mama lukis!Cantik!Siapa yang ajar Izz ni?Nek Ti ke?"Soal Iris Qarissa.
Pantas Izz Harith mengangguk laju sebelum kertas lukisan di tangan Iris Qarissa diambil semula.
"Izz nak sambung warna.Esok Izz boleh bawa pergi school."
Izz Harith terus membawa kertas itu kembali ke meja kopi yang terletak di ruang tamu.Melihat tingkah Izz Harith itu,Iris Qarissa tertawa kecil.Hilang rasa penatnya seharian mencari pekerjaan saat melihat keletah Izz Harith.Iris Qarissa mengatur langkah ke arah ruang tamu.Punggungnya dihenyak di atas sofa bersebelahan dengan ibu saudaranya,Siti.
Sudah hampir dua minggu Iris Qarissa dan Izz Harith berpindah ke rumah Siti.Itu pun setelah puas dipujuk oleh Badri dan Suraya untuk menerima pelawaan Siti tinggal bersamanya semula.Lebih-lebih lagi Siti sekarang sudah tidak lagi bekerja setelah bersara sepenuhnya.Kerana terasa sunyi dan bosan tinggal sendiri,akhirnya dia meminta supaya Iris Qarissa kembali tinggal bersamanya.
"Nampak penat sangat anak mak teh sorang ni?Macam mana?Dapat kerja?"Soal Siti di sisi Iris Qarissa.
"Alhamdulillah.Akhirnya dapat juga Iris kerja.Tapi bukan kerja dekat pejabatlah,mak teh.Tapi dekat kedai bunga."Balas Iris Qarissa sambil melentokkan kepalanya di bahu Siti.
"Kedai bunga?Seronoklah tu.Dapat cuci mata hari-hari.Perempuan dengan bungakan tak dapat dipisahkan.Syukur Alhamdulillah...Yang penting kerja tu halal."Balas Siti.
Iris Qarissa tersenyum nipis saat mendengar balasan ibu saudaranya itu.
"Iris,mak teh nak tanya sesuatu dekat kamu ni.Tapi...Iris jangan marah tau."
Iris Qarissa mengangkat kepalanya dari bahu Siti sebelum dia menoleh ke arah ibu saudaranya itu.
"Mak teh nak tanya pasal apa?Takkanlah Iris nak marah mak teh pula.Tanya jelah mak teh.Iris ok je."Balas Iris Qarissa.
"Iris tak teringat mak dan abah Iris?Adik-adik Iris?Kesian mak teh tengok mak Iris.Selalu call tanya kalau mak teh ada khabar pasal Iris."
"Habis tu,mak teh ada beritahu apa-apa pasal Iris pada diorang ke?"Duga Iris Qarissa.
Siti sekadar menggeleng kecil.
"Mak teh tak cakap apa-apa pun pasal kamu.Dah Iris yang suruh rahsiakan semuanya daripada keluarga kamu kan?Tapi Iris,sampai bila kamu nak hidup macam ni? Dah lima tahun peristiwa tu berlalu.Kamu tak nak ke bawa Izz ni jumpa atok dan nenek dia?Mana tahu bila abah kamu nampak Izz hati dia jadi lembut.Mak teh yakin abah kamu dah lama maafkan kamu.Cuma dia lebih pertahankan ego dia.Nama pun lelaki."
Iris Qarissa mengangkat kedua bahunya.Matanya beralih memandang ke arah Izz Harith.
"Ntahlah mak teh.Iris tak fikir langsung nak balik ke sana.Biarlah dulu.Iris belum bersedia."Balas Iris Qarissa.
"Tapi keluarga kamu perlu tahu,Iris.Izz ni cucu diorang.Darah daging diorang.Sudah-sudahlah merajuk tu.Sabtu ni mak teh nak balik kampung jenguk mak dan abah kamu.Iris ikut ya?"Siti masih terus memujuk.
"Tak apalah.Mak teh balik jelah dulu.Iris betul-betul belum bersedia.Pasal Izz ni mak teh jangan risau.Biar Iris bawa dia pergi kedai.Iris cuma dapat cuti hari Ahad je."Iris Qarissa masih menolak.
"Tak apa ke kalau Iris bawa Izz pergi tempat kerja?Boss Iris tak marah?"Soal Siti.
"Ok je kot.Nanti Iris tanya boss Iris.Lagi pun Izz bukan banyak ragam pun.Dapat kertas dengan pensel diamlah dia."
Siti mengeluh kecil.Bahu Iris Qarissa disentuh lembut.
"Apa kata kalau mak teh bawa dia balik kampung.At least dia boleh kenal keluarga kandung mama dia ni.Itu pun kalau Iris tak kisah."Siti pula memberi cadangan.
Iris Qarissa tergamam seketika.Wajah ibu saudaranya ditatap dalam.Seakan mencari maksud tersirat akan cadangan yang diutarakan oleh Siti sebentar tadi.
"Mak teh,bukan Iris tak nak bagi dia ikut.Tapi apa mak teh nak jawab kalau diorang tanya pasal Izz?Iris takut kalau diorang tak dapat terima kehadiran Izz.Rasanya Izz pun belum betul-betul bersedia untuk terima orang lain dalam hidup dia.Yalah,selama ni dia cuma kenal Iris,mak su,pak su dan mak teh je.Tolonglah mak teh,Iris belum bersedia nak diorang tahu pasal anak Iris."Rayu Iris Qarissa.Lengan Siti digenggam erat.
Melihat riak wajah anak saudaranya yang penuh berharap,akhirnya Siti mengalah.
"Baiklah.Mak teh tak paksa.Tapi nanti balik rumah kunci pagar pintu semua.Dahlah kamu berdua je yang tinggal dekat rumah ni nanti.Risau mak teh.Cuma satu mak teh nak pesan pada kamu.Bila kamu rasa kamu dah bersedia nanti,telefonlah mak kamu tu.Adik-adik kamu.Diorang semua rindukan Iris.Boleh?"
Perlahan-lahan Iris Qarissa menganggukkan kepalanya.Bibirnya hanya tersenyum kelat membalas bicara Siti.
"Mak teh,Iris naik atas dulu.Nak mandi.Nak solat sekejap.Mak teh temankan Izz sekejap ya?"
"Yalah.Iris rehatlah dulu.Lepas siap nanti turun makan.Mak teh ada masak makanan kesukaan kamu."
"Baik,mak teh.Nanti kita makan sama-sama.Izz,mama naik bilik sekejap tau.Kejap lagi mama turun semula."
"Ok,mama."Balas Izz Harith tanpa melihat wajah si ibu.
Iris Qarissa senyum segaris sebelum mengatur langkah naik ke tingkat atas.
*********
"Tok!Tok!Tok!"
"Come in!"
Daun pintu ditolak dari luar.Kelihatan seorang lelaki berjaket kulit hitam dan bertopi sedang melangkah masuk ke dalam bilik yang berhawa dingin itu.Sampul surat berwarna coklat sederhana besar disua ke arah figura yang sedang duduk memandang tajam ke arahnya.
"Boss,saya ada maklumat terbaru.Saya rasa kali ni boss akan suka dengan isi kandungan sampul surat ini."
Figura itu menarik senyum sendeng.Sampul surat yang disua di hadapannya disambut.Lalu sampul surat itu dibuka dan isi di dalamnya dikeluarkan.Beberapa keping gambar yang berada di tangannya ditatap tanpa lepas.Benar apa yang dikatakan lelaki itu,hatinya merasa puas saat dapat menatap wajah yang dirindukan selama ini.
"Di mana dia tinggal sekarang?Aku perlu tahu dengan lebih terperinci."Soal figura itu dengan wajah beku.
"Masih dalam siasatan.Yang saya dapat tahu dia baru sahaja berpindah ke sini.Ini pun kebetulan anak-anak buah saya ternampak dia berada di sebuah kedai bunga yang terletak tidak jauh dari restoran tempat mereka makan.Pada mulanya mereka tak berapa pasti tentang wanita itu.Sebab gambar yang boss bagi dulu tidak berhijab.Sangat berbeza dengan penampilan dia yang sekarang.Tetapi selepas mendapatkan maklumat daripada pemilik kedai bunga tersebut,akhirnya kami pasti dialah wanita yang boss cari selama ini."Terang lelaki itu panjang lebar.
"Bagus!Aku nak kau ekori dia.Laporkan setiap maklumat baru yang kau dapat.Perhatikan dia dari jauh.Tetapi ingat,jangan sampai dia perasan.Faham!"
Lelaki bertopi itu hanya menurut.Kepala diangguk kecil.Masih setia berdiri di hadapan figura yang telah mengupah dia dan anak-anak buahnya untuk mencari seorang wanita sejak empat tahun yang lalu.Hingga kini dia masih tertanya-tanya tentang hubungan wanita yang dicari itu dengan lelaki yang berada di hadapannya ini.Sepertinya wanita itu amat bermakna dalam kehidupan lelaki ini.
"Baik,boss.Yang itu boss tak perlu risau.Segala maklumat yang kami dapat,kami akan segera laporkan pada boss."
"Baik,aku yakin dengan kau.Tak sia-sia aku upah kau selama empat tahun ni.Semua yang aku minta kau siasat,kau buat dengan bagus.Kau memang dah memudahkan kerja aku.Sekarang kau boleh pergi.Tapi jangan lupa apa yang aku pesan."
"Baik,boss.Saya balik dulu."
Lelaki bertopi itu terus melangkah keluar dari bilik.Sempat dia menghela nafas lega saat selesai berurusan dengan lelaki yang sudah dianggap seperti majikannya itu.Manakan tidak,aura lelaki itu sangat kuat hingga membuatkan dia merasa kecut perut tiap kali bersua muka dengan majikannya yang seorang itu.
Tubuh disandarkan di dada kerusi.Pandangannya dibawa memandang ke arah luar jendela bilik pejabat.Bibirnya tersungging senyum.Sekeping gambar yang berada di atas meja dicapai,lalu ditenung lama.Wajah ayu wanita itu benar-benar telah menambat hatinya kembali.Diusap lembut gambar wanita itu dengan jari telunjuknya sebelum gambar itu dirapatkan ke dada.Kenangan lamanya seakan terlayar di ruang mata.
"Maafkan B,sayang.....B tahu B dah lukakan sayang.B minta maaf...."
Tanpa sedar air jernih di tubir matanya mengalir di pipi.Dengan pantas dia menyeka kasar air mata itu.Gambar tadi disimpan kembali ke dalam sampul surat.Lalu sampul surat itu disimpan ke dalam laci mejanya.
"Harraz,are you busy?Am I disturbing you,my son?"
Tersentak Harraz saat mendengar suara garau yang menyapanya.Harraz memandang ke arah figura yang berjalan ke arahnya.
"Papa.Sorry,Harraz tak perasan pun papa masuk.Harraz tak busy pun.Just checking some paperwork for our project.Why,papa?Papa nak minta Harraz tolong apa-apa ke?"
Kamal melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan anak lelakinya.Dia hanya tersenyum kecil saat mendengar pertanyaan anaknya itu.
"Nothing.Saja papa datang tengok pejabat.Checking on you."Balas Kamal ringkas.
"Kenapa?Papa takut Harraz tak boleh handle urusan pejabat ni ke?Papa tak percaya Harraz?"Duga Harraz.
"No.Papa cuma risau.Sejak dua menjak ni papa tengok Harraz macam tak keruan.Is something bothering you?Sebab bukan papa je yang perasan.Your mom also."
Harraz menggeleng kecil.Punggung diangkat sebelum dia menapak ke arah Kamal.
"Tak ada apa-apa.I'm good.Nothing to worry.Pesan dekat mama supaya jangan risaukan Harraz.Harraz ok.Tak ada masalah.Mungkin perasaan papa dan mama sahaja."
Kamal menghela nafas lega.Wajah anak lelakinya ditatap redup.Dia kembali berdiri berhadapan dengan Harraz.
"Baguslah.Tapi kalau Harraz ada sebarang masalah,please....Don't keep it to yourself.You still have your parents by your side."Bahu si anak ditepuk lembut.
"Yup.Thank you for always being the best father to me.I love you,papa."Ucap Harraz ikhlas.
"I love you too,son.Oops...Sebelum papa terlupa.Ada satu perkara lagi yang papa nak tanya.Itu pun kalau Harraz tak kisah."
Harraz berkerut kening memandang Kamal.
"Mengenai apa,pa?"
"Iris.Have you found her?Mama asyik tanya pasal dia je.Papa sampai tak tahu nak bagi alasan apa.You have to fix everything,Harraz.Jangan terlalu lama.Mama terlalu rindukan Iris.Rasa bersalah dia buatkan dia selalu menangis sendiri."Ujar Kamal dengan nada yang sedikit bergetar di hujung bicara.
"I will,papa.Don't worry.Papa tolong pujuk mama.Minta dia bersabar dan jangan terlalu fikirkan sangat pasal hal tu.Percayalah.Tak lama je lagi,papa.Semuanya akan kembali baik.Harraz janji."
"Papa percaya kamu.Oklah,kalau macam tu...papa balik dulu.Jangan balik lewat sangat.Kesian mama tunggu kamu dekat rumah.Makan malam dekat rumah malam ni.Ok?"
"In Syaa Allah,pa.Take care."
Kamal menepuk-nepuk bahu anaknya itu sebelum dia mengatur langkah keluar dari bilik.Harraz menggali nafas dalam.Pandangannya dibawa memerhati langkah bapanya hingga hilang dari pandangan.
"I will keep my promise,mama...Soon you will meet her."
Share this novel