Bab 8

Romance Series 80702

NURJIHAN sedang dalam perjalanan pulang dari kedai. Dia keluar sebentar untuk membeli barangan dapur yang di kirim oleh Mak Eton.

Sedang dalam perjalanan itu, dia terlihat kumpulan gangster orang-orang suruhan along tempoh hari sedang bersandar dan menghisap rokok di lorong tersebut. Tercengang Nurjihan. Perlahan-lahan dia berundur ingin pergi dari laluan itu supaya dia dan mereka tidak bertembung.

Salah seorang dari mereka sedar akan kehadiran Nurjihan.

"Oii amoi ! lu apa pasai mau lari? Gua tak kacau lu ma.. lai..wa ada benda mau kasi tau lu."
Panggil lelaki cina itu.

Nurjihan berasa was-was dengan apa yang di katakan itu. Dia hanya kaku membiarkan dirinya di dekati oleh mereka.

"Benda apa? korang jangan macam-macam eh, aku jerit nanti." Ugut Nurjihan kepada mereka.

Mereka ketawa.

"Rileks amoi, wa cuma tunggu lu, mau kasi tau..lu punya bapak tiri punya hutang itu sudah langsai."

Terkejut Nurjihan. Telinga dia tak bermasalah kan?

"Korang jangan nak kencing aku ye. Bila masa aku bayar?". Tanya Nurjihan.

Rokok yang sudah hampir habis di sedut itu di campak pada jalan dan di pijak untuk memadamkan api yang tersisa pada abu rokok.

"Lu punya bos bayar sama wa. Dua puluh lima ribu langsai sekali bunga." Kata lelaki cina itu.

"Maksud kau siapa? Tuan Syed?". Tanya Nurjihan lagi.

"Mana wa tau apa nama dia. Tapi wa rasa dia la yang settlekan lu punya hutang. Wa cau dulu okay? bye-bye".
Itulah kata akhir dari lelaki cina itu dan mereka pergi meninggalkan Nurjihan yang masih tidak percaya dengan apa yang di khabarkan padanya itu.

Tuan Syed bayar hutang aku? adakah gaji aku di tolak atau..... Nurjihan berasa tidak senang.

PSSTT !!

Nurjihan berasa terganggu dengan bunyi hembusan angin yang kuat itu. Dia kembali berjalan semula menuju ke perpustakaan.

"Aduh!".

Nurjihan mengadu kesakitan. Dari mana datang batu kecil yang jatuh di lengannya ini seperti di lempar seseorang. Kecil-kecil pun sakit bila terkena. Dia memerhati arah sekeliling dan mencari si pelaku.

Akhirnya, Nurjihan terpandangkan ada susuk tubuh di sebalik tiang di pagar luar laluan menuju ke perpustakaan itu.

Benjamin !

Ada apa lelaki ini muncul pada waktu sebegini. Ini bukan waktu Nurjihan mula bekerja dengan Tuan Syed Iqwal. Benjamin tidak putus-putus menggamit Nurjihan agar datang dekat dengannya.

Sekeliling kawasan kampus itu di perhatikan oleh Nurjihan untuk memastikan tiada siapa yang nampak pertemuan dia dan Benjamin di situ.

"Ha, kenapa awak datang ni Ben?". Tanya Nurjihan setelah sampai di hadapan pagar yang memisahkan kedudukan Nurjihan dan Benjamin.

"Tuan Syed arahkan saya untuk jemput Cik Nurjihan datang ke Villa Rose sekarang".

Nurjihan berasa tekejut. Mana boleh !

"Ish, awak ni. Saya ada kelas sekejap lagi. Tak boleh la." Jawab Nurjihan.

"Pukul 3 kan kelas? sekarang baru pukul 12.30 tengah hari Cik Nurjihan. Tuan Syed tak nak terima alasan tu". Jawab Benjamin serius.

Nurjihan memutarkan bola matanya ke atas.

"Fine! jom." Nurjihan akhirnya terpaksa akur.

Sesampainya Nurjihan di Villa Rose, dia menapak turun dari kereta itu.

Nurjihan menggeliat untuk meregangkan ototnya yang terasa sengal. Mata yang tertutup sedang menguap tadi di buka.

Eh?! di hadapannya kini bukan Villa Rose, tetapi mereka berada di tingkat dua di hadapan rumah jenis penthouse. Masakan Nurjihan tidak sedar yang dia di bawa ke laluan lain semasa di dalam kereta tadi. Termenung je kerja !

"Ben, kenapa kita kat sini? bukan ke nak ke Villa Rose". Tanya Nurjihan mengikuti langkah Benjamin.

Benjamin hanya diam dan berjalan ke sebuah unit rumah di hadapan mereka itu. Kekunci skrin pada pemegang pintu di tekan oleh Benjamin dan terlihat jarinya menekan beberapa angka rahsia sebagai kata laluan sebelum pintu terbuka dengan sendiri.

"Silakan masuk Cik Nurjihan. Tuan Syed sedang menunggu di dalam". Arah Benjamin kepada Nurjihan yang masih dalam kecelaruan itu.

Setelah itu Nurjihan hanya akur dan mula menapak masuk ke dalam rumah itu.

Masyaallah ! dekorasi penthouse ini sangat mewah. Dia tidak pernah terbayang untuk dapat jejakkan kakinya ke sini. Dia bagaikan dalam alam mimpi.

Tuan Syed menekan kerusi roda elektriknya dan menuju ke arah Nurjihan yang kaku di muka pintu.

"Welcome home Jihan. Do you like it?".

Teguran dari Tuan Syed Iqwal itu membuatkan Nurjihan terkejut. Hampir terlompat dia ke atas sofa berdekatan.

"Err Tuan Syed, kenapa tanya saya macam tu? ini rumah siapa?".

Nurjihan bertambah hairan. Sudah la Benjamin buat tak tahu akan soalannya tadi. Di tambah pula dengan Tuan Syed yang suka suki je culik dia dari kampus.

"This is your house. Mulai hujung minggu ni awak dah boleh tinggal dekat rumah ni. Saya hadiahkan pada awak". Jawab Tuan Syed Iqwal.

What? hadiahkan . This gonna be kidding me !

"Saya tak faham kenapa Tuan Syed bagi saya rumah ni?".

Tuan Syed tersenyum sedikit sambil menggerakkan kerusi rodanya ke arah sofa. Pertanyaan Nurjihan masih di biarkan sepi.

"Jihan, boleh awak tolong saya?". Tanya Tuan Syed Iqwal memberi isyarat meminta pertolongan Nurjihan untuk duduk di atas sofa tersebut.

"Haa, yes Tuan Syed, sekejap." Laju Nurjihan ke arah Tuan Syed Iqwal dan membantu lelaki itu untuk duduk di atas sofa.

Setelah membantu Tuan Syed Iqwal duduk dengan selesa di atas sofa itu Nurjihan ingin bangun dan berdiri di hadapan Tuan Syed Iqwal.
Niatnya terbantut bila tangannya di gapai laju oleh Tuan Syed Iqwal.

"Teman la saya duduk kat sebelah ni."
Arahan Tuan Syed Iqwal di berikan pada Nurjihan sambil menepuk tempat duduk kosong di sebelahnya.

Nurjihan mengganguk dan perlahan-lahan dia duduk di sebelah Tuan Syed Iqwal.

"Rumah ni sebagai tanda penghargaan kepada awak yang dah kerja dengan saya selama seminggu. Saya suka dengan cara awak layan saya. Saya suka dengan sikap awak. Rumah ni juga penting dalam memainkan peranan untuk awak menjadi Karlisa. Seorang wanita kelas atasan yang memerlukan semua ni."

Pergh! kelu lidah Nurjihan saat ini.

Tuan Syed Iqwal terus mengeluarkan sebuah kotak di dalam beg kertas dan di letakkan di atas meja kecil di hadapan mereka itu.

Hampir terkeluar biji mata Nurjihan melihat apa yang terhidang di depannya itu.
Sebuah telefon pintar jenama iPhone model 11 pro max berwarna kelabu dan di sebelah itu pula ada kunci kereta berlambangkan logo Audi.

"This phone saya rasa awak perlu guna untuk senangkan saya untuk berkomunikasi dengan awak dan itu pula kunci kereta untuk kegunaan harian awak supaya senang bergerak ke mana-mana". Penjelasan Tuan Syed itu memang membuatkan dirinya hampir pitam.

Rumah mewah? kereta mahal? telefon mahal? Nurjihan menepuk-nepuk pipinya untuk sedarkan dirinya dari terus hanyut dalam dunia yang bernama 'dreaming Zone'.

"Tuan Syed, saya tak nak semua ni. Saya ikhlas bekerja dengan Tuan Syed. Tuan Syed dah tolong saya dengan bayarkan hutang arwah ayah tiri saya tempoh hari pun dah besar rahmat dah. Tak tahu berapa lama tempoh untuk kumpulkan gaji saya dan bayar pada Tuan Syed semula."

Kata-katanya yang jujur itu mencairkan hati Tuan Syed Iqwal. Lelaki itu merenung gadis tersebut bersama senyuman.

"It's okay dear. Pasal hutang tu tak perlu pun awak nak bayar balik. Asalkan awak tidak mengkhianati saya dan komited pada tugas awak itu cukup bagi saya. Lepas ni awak akan tinggal di sini. Ajak mak dan kawan awak untuk duduk sekali."

Nurjihan berasa sangat tidak selesa dengan semua pemberian Tuan Syed Iqwal yang di rasakan agak keterlaluan pada dirinya itu. Dia memang pernah berangan untuk hidup selesa tetapi bukanlah terlalu mewah seperti ini !

PAP !! meja di ketuk oleh Mak Eton dengan kuat dan meyentakkan lamunan Nurjihan.

"Haa! berangan tak habis-habis kau ni. Apa masalah? cuba cerita dekat aku". Sergah Mak Eton dari belakang.

Nurjihan terus meraup wajahnya dan mengurut dadanya. Mak Eton ni kalau nak terperanjatkan orang...dialah nombor 1!

Nurjihan kembali menghirup air milo di dalam gelasnya itu dan memandang ke arah Mak Eton di hadapannya itu.

"Kita kena pindah mak."

Terbangun Mak Eton dari kerusi yang di duduknya itu.

"Ha, pindah? apasal pulak? rumah ni okay apa duduk sini. Selesa tau."

Nurjihan menggaru-garu kepalanya. Aduh masalah pula nak explain dekat emaknya yang seorang itu!

"Kena pindah jugak mak. Bos orang dah bagi rumah suruh duduk sana. Dekat sikit orang nak pergi kerja".

Penjelasan Nurjihan menzahirkan kerutan di wajah Mak Eton.

"Kawasan mana? dekat tak dengan tempat kerja aku?".

"Mak tak payah kerja dah. Biar orang je kerja. Rumah Penthouse area Mont Kiara mak".

Bertambah lagi kejutan untuk Mak Eton. Pisau yang di gunakan untuk mengupas kulit buah mangga itu di acukan pada Nurjihan.

"Kau ni biar betul, kau cakap dengan aku kau kerja apa sampai bos kau bagi kau duduk dekat rumah orang kaya macam tu? Kau di bela bapak ayam ke?" soalan dari Mak Eton itu membuatkan Nurjihan gelisah.

"Mak, bawa bertenang mak.. letakkan pisau tu. Orang cakap dah kan kat mak malam tu yang orang kena kerja jadi setiausaha sulit orang kaya tu.. satu lagi orang ni nanti akan jadi Karlisa mak. Karlisa tu pengarah syarikat. Mak ingat biasa-biasa ke jadi Karlisa tu?".

Penjelasan panjang Nurjihan melegakan hati Mak Eton dan pisau di letakkan semula di atas meja.

"Nasib baik kau...tak apalah dah kau dapat arahan macam tu kita ikutkan ajelah. Ni kau dah cakap dengan Pia ke belum yang kita nak pindah ni?". Tanya Mak Eton.

Laju Nurjihan mengangguk.

"Dah mak. Tadi masa baru sampai rumah."

Fuh, bukan bapak ayam ye. Bapak serigala ! Bukan garangnya yang menakutkan Nurjihan tetapi tatapan mata Tuan Syed Iqwal yang memukau itu bisa membuatkan segala organ Nurjihan mengecut bila terpandang.

TANGAN Pia di tarik oleh Nurjihan masuk ke biliknya pagi itu setelah Mak Eton keluar pergi berkerja untuk hari terakhir.

"Pia kau tolong aku boleh?" Nurjihan menatap mata Pia dalam-dalam.

Pia yang rimas dengan cara tenungan Nurjihan itu terus menolak dahi Nurjihan.

Aduh!

Bahasa isyarat Pia : Tolong apa?

Nurjihan tersengih. Lalu di keluarkan telefon pintar pemberian dari Tuan Syed Iqwal kelmarin.

Terbeliak biji mata Pia melihatkan telefon yang ada pada tangan Nurjihan itu.

pergh! telefon canggih bapak ni.

"Tolong ajar aku cara nak guna ni". Ujar Nurjihan.

Pia menahan ketawa. Buta teknologi rupanya kawan dia ni. Eh kejap! Tapi tak la sebuta itu kerana Nurjihan pandai juga menggunakan komputer di perpustakaan kampus untuk membuat tugasan pembelajaran.

Nurjihan menahan geram melihat riaksi Pia yang ingin ketawakan dia itu.

" ketawa la puas-puas. Mentang-mentang la terer I.T. huh! . Dah cepat la ajar...." Rayu Nurjihan pada Pia.

Satu jam setengah Nurjihan belajar cara untuk menggunakan telefon pintar itu. Mudah untuk Pia mengajar Nurjihan kerana Nurjihan sendiri adalah seseorang yang mempunyai minda tajam dalam memahami sesuatu.

p/s : Nasib Nurjihan bakal berubah lebih baik atau sebaliknya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience