BAB 2

Humor Completed 1124

3 bulan yang lalu….

Dhia memakirkan skuter miliknya di lot parkir dengan berhati-hati. Dhia melangkah masuk ke dalam Chocolate Café untuk bertemu dengan seseorang. Ini semua rancangan emaknya yang inginkan dirinya untuk menamatkan zaman bujangnya. Entah siapa yang emaknya ingin perkenalkan kepada Dhia. Dhia malas ingin mengambil tahu. Hatinya menjadi keras sejak mengenali lelaki yang bernama Harraz Haider . Lelaki itu sering saja menganggu dirinya tidak kira di mana saja Dhia berada pasti ada lelaki itu sehinggakan di tempat kerja juga sama.

Seminggu yang lalu, lelaki itu telah datang melapor diri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk mengambil alih Syarikat Berjaya Cooperation. Alangkah terkejut Dhia apabila ditugaskan menjadi setiausaha kepada Qimie. Hari indah yang dilaluinya kini sudah bertukar menjadi gelap gelita apabila sekali lagi perasaan diuji oleh lelaki yang bernama Harraz Haider .

“BIP…!” deringan mesej berbunyi di dalam beg tanganku. Aku segera mengambil telefon bimbitku.
Dhia, mama harap kamu suka dengan pilihan mama ni. Tolong jangan kecewakan mama, sayang.

“ Hemmm….kena tengok dulu orangnya. Baru boleh decide. Kalau tak, memang tak jadi punya la.” Omelku sendirian lalu ku teruskan langkahku menuju ke Chocolate Café.

Mataku lliarkan ke kiri kanan untuk mencari lelaki yang ingin dikenalkan untukku. Mama ada juga cerita sikit tentang latar belakang lelaki misteri ni. Tapi, macam biasalah aku bukannya nak ambil peduli, tambah-tambah lagi bab kahwin ni. Kalau bab novel ke, cerita korea ke….hah….itu baru aku ambil peduli dua ratus persen!!! Tiba-tiba, sekali lagi telefon bimbit ku berdering.

“ Assalamualaikum. Saya Haider . Saya dah sampai kat Chocolate Café ni. Saya pakai baju kemeja putih..meja yang hujung sekali.”

“ Wa…waalaikumsalam. Saya baru je sampai. Ok..saya datang cari awak sekarang.” Balasku.

“ Oh..dah sampai. Ok…assalamualaikum.” Ucap Harraz tenang. Harraz mengukir senyuman.

Semalam, bukan main lagi rasa gelisah. Tidur pun tak lena. Mimpi pun kadang-kadang masuk, kadang-kadang ‘out’. Huh!!! Entah apa-apa. Mungkin berdebar menanti seseorang yang selama ini sudah Berjaya mengetuk pintu hatinya sejak zaman sekolah lagi. Cuma, tak tahu la sama ada ‘dia’ boleh menerima dirinya atau tidak. Ini kira beruntung la ni disebabkan kecanggihan dunia teknologi semuanya boleh jadi. Nasib baiklah, sepupu Harraz berkawan dengan ‘dia’ di laman fac. Boleh la skodeng-skodeng profil tentang si ‘dia’. Dan paling penting…..bab ‘status’ dalam fac.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience