BAB 11

Romance Completed 22633

“Assalamualaikum Auni. Hai !” Sebaik sahaja Danish tiba di depan rumah aku dia terus keluar daripada kereta dan membuka pintu untuk aku. Aku terkedu sebaik sahaja melihat senyumannya yang menawan dan boleh menggurkan jantung aku.

“Waalaikummussalam. Hai Danish, awalnya awak sampai?” Aku tersenyum.

“Oh ! Awal ya? Takpelah, ibu dan ayah awak ada di rumah?” Danish bertanya.

“Ibu dan ayah saya tak ada kat rumah, diorang pergi kenduri.” Aku membalas dengan senyuman yang tidak mahu pergi dari tadi.

“Oh ! Ya? Okay jom kita bertolak, saya tak sabar nak bagi tahu awak ni.” Danish mengukir senyumannya lagi dan aku pula, makin lebar senyuman aku.

“Danish, awak ni susah-susah je bukakan pintu untuk saya, saya boleh buka sendiri. Lain kali takpayah buat macam ni ye?” Lalu aku masuk ke dalam kereta BMW Series 4, dan mengucapkan teruma kasih kepada Danish.

Semasa di dalam perjalanan mereka untuk makan malam, Danish dan Auni berbual kosong. Pelbagai cerita yang telah mereka bualkan sehinggalah mereka tiba di hadapan ‘Golden Rose Hotel’, Auni tahu yang hotel itu adalah milik Daddy Danish iaitu Dato’ Baharin. Oleh sebab itu, Auni tidak merasa janggal untuk ke situ.

Selepas mereka memesan makanan, Danish meminta diri untuk ke tandas sebentar.

”Auni, awak tunggu sini kejap tau ! Saya nak pergi ke tandas.” Auni terpaksa duduk sendirian sementara menunggu Danish untuk ke tandas. Tunggu jelah Auni, takkanlah kau nak ikut si Danish tu pi tandas. Hati Auni berkata.

Selepas beberapa minit menunggu…….

Dalam Auni sedang mengelamun sambil menunggu Danish, tiba-tiba pandangan manjadi gelap dan Auni tidak dapat melihat apa-apa pun.

“Alamak !!! Lampu hotel mati, tapi kenapa semua orang dalam ni senyap je, takkanlah dah pengsan kot!. Daddy Danish takkanlah tak bayar bil elektrik? Macam mana ni?” Omel Auni sendirian.

Auni ni jenis yang takut pada gelap, jadi dia tidak menunggu lama. Auni terus bangun, dan apabila dia bangun daripada tempat duduknya. Tiba-tiba lampu hidup kembali dan Auni sangat terkejut kerana di hadapannya sekarang ada seorang lelaki yang amat dia cintai. Danish ! Malah, di sekeliling meja makannya bersama Danish terdapat taburan kuntuman ros yang harum, kuntuman itu dibentukkan menjadi bentuk love.

“Danish, apa semua ni?” Aku bertanya sambil rasa terkejut masih lagi bertapak di hati.

“Kenapa awak buat semua ni?” Aku bertanya lagi tetapi Danish hanya memberikan senyuman yang menawan.

Dan untuk beberapa ketika selepas Danish senyap. Tiba-tiba Danish melutut di hadapannya dan terus mengeluarkan satu kotak berbentuk hati dan membukanya. Aku melihat isi dalaman kotak itu dan aku terkaku. Aku faham apa yang dimaksudkan oleh Danish. Dia ingin melamar aku.

“Naura Auni binti Abdul Rahman yang comel, saya Danish Uwais bin Dato’ Baharin yang kacak ingin melamar awak, sudi tak awak jadi peneman hidup saya sehingga ke Jannah?” Danish mengucapkan kata keramat yang menggurkan jantungku. Aku terkaku lagi. Air mata aku yang bergenang sudah pun membasahi pipi mulusku.

Selepas beberapa minit Danish berkelakuan begitu, aku menyuruh bangun untuk bangun lalu Danish bangun dan betentang mata dengan aku.

“Auni? Awak tak sudi ke?” Danish bertanya. Ada sinaran kecewa di air mukanya, dia pandang ke bawah.

“Danish………. Pandang saya” Lalu Danish terus menatap wajahku.

“Danish, sebenarnya……saya….”Aku cuba mengumpulkan kekuatan yang masih bersisa.

“Sebenarnya saya….dah…awak…” Aku masih lagi cuba memikirkan ayat yang sesuai. Danish menunggu jawapan aku dengan penuh harapan.

“Danish Uwais………..sebenarnya saya dah…lama….” Aku berhenti berkata. Tetapi aku melihat, mata Danish sudah bergenang dengan air mata.

“Sebenarnya Danish….saya dah lama tunggu awak untuk melamar saya.” Selepas aku berkata begitu senyuman gembira Danish terukir dan air mata gembira nya jatuh membasahi pipi.

“Terima kasih Auni, terima kasih………….saya cintakan awak Auni………Saya cintakan awak sejak pertama kali kita bertemu. Danish mengaku jujur kepada aku. Aku terkaku tetapi aku tidak dapat menahan senyuman lebar yang terukit di bibir ku.

Akhirnya Auni dan Danish berterus terang sesama sendiri selepas beberapa tahun memendam rasa cinta yang berputik sejak pertama kali bertemu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience