BAB 41

Romance Completed 42886

"Thank you, sayang..." ucap Adi Ashraf penuh ikhlas. Kata-kata itu dibisikkan pada telinga Ariana Atilia. Kerana rasa malu, tubuh suaminya ditolak agar jauh daripada tubuhnya.

Mukanya dipalingkan cuba untuk menyembunyikan riak wajahnya yang memerah menahan malu. Tindakan mengejut isterinya membuatkan Adi Ashraf berasa hairan.

Tanpa amaran, lengannya dipukul pula oleh Ariana Atilia.

"Apa ni!" rungut Adi Ashraf sambil memegang lengan yang baru sahaja dipukul oleh isterinya tanpa sebab. Sedikit keliru dengan tindakan agresif isterinya yang secara tiba-tiba.

Ariana Atilia membulatkan mata apabila menyedari tindakannya. Tak sangka dia terpukul suaminya kerana terlalu malu. Dia berdehem sedikit.

"Sorry... tak sengaja. Tapi... semua ini salah kau jugak!" ucap Ariana tanpa berfikir dahulu. Adi Ashraf mengangkat kening. Salah dia? Bila pulak dia buat salah?

"Kenapa salah aku pulak-"

"Sebab kau panggil aku sayang!"

Adi Ashraf terdiam. Tak lama kemudian, bibir sudah mula mengukir senyuman nakal. Ariana sudah menyumpah seranah di dalam hatinya kerana mulutnya yang tiba-tiba sahaja lancang hari ini.

Apa kau buat ni, Ariana? Kau baru saja malukan diri kau sendiri depan suami kau sekarang ni.

"Awww, kau malu ke hmmm? Sayang malu eh?" usik Adi Ashraf yang mula menyakat isterinya. Dia mula mendekatkan jarak antara mereka. Membuatkan Ariana Atilia panik.

"Mana ada! Erm, siapa sayang kau? Bukan aku. " balas Ariana Atilia cuba menegakkan benang yang basah. Walaupun sebenarnya hanya tuhan saja yang tahu. Dia segera meninggalkan suaminya di situ. Sempat dijelirkan lidah pada suaminya.

Adi Ashraf melepaskan ketawa halus. Dia mengeleng kepala apabila melihat tindakan isterinya. Kadang kala dia tak tahu bagaimana dia boleh bersetuju untuk mengahwini isterinya. Tapi sekarang dia mula nampak mengapa.

"Riana... Riana... Riana."

Nama panggilan isterinya diulang dibibirnya beberapa kali bersama senyuman kecil. Dia mengikuti langkah isterinya dari belakang. Matanya ralit memerhatikan isterinya yang sedang leka berjalan.

Langkahnya terhenti sebaik melihat isterinya menghentikan langkah. Dia segera memeriksa tubuh isterinya sekilas risau sekiranya ada kecederaan di mana-mana. Namun tiada apa-apa. Bibir isterinya yang dimuncungkan disedari oleh Adi Ashraf.

"Kenapa ni?" soal Adi Ashraf akhirnya. Tak suka apabila melihat isterinya yang tiba-tiba sedih. Ada apa-apa yang dia tak perasan ke?

Macam mana nak perasan kalau dari tadi sibuk tengok Ariana?

"Hujan. Nanti basah. Habis lah barang-barang
yang kita beli nanti." adu Ariana apabila menyedari cuaca di luar yang sedang hujan lebat. Dia mengerling ke arah suaminya di sebelah.

"Oh aku ingatkan apa tadi." balas Adi Ashraf terasa lega. Dia menyelukkan sebelah tangannya ke dalam poket seluar. Mencari kunci kereta. Bukan jauh sangat pun kereta mereka diparkir tadi.

"Nak buat macam mana ni? Ataupun kau tunggu sini aku beli payung kejap." cadang Ariana Atilia. Dia tersenyum bangga kerana terfikir cadangan yang bernas itu.

Belum sempat dia mengorak langkah, lengan kanannya dipaut oleh Adi Ashraf. Serta-merta menghentikan tindakannya. Dia mengerutkan dahi mahukan penjelasan.

"Tak payah susah-susah. Biar aku je pergi ambik kereta. Kau tunggu sini. Bukan lebat sangat pun hujan." ucap Adi Ashraf sambil memandang ke arah isterinya. Kunci kereta yang sudah berada di tangan dipegang erat di dalam tangan.

"Tapi nanti kalau kau kena hujan, demam nanti macam mana?" luah Ariana risau dengan keadaan suaminya. Bukan lama sangat pun dia nak pergi beli payung.

"Eh aku okay. Aku kuat, takkan kena hujan sikit pun terus demam. Kau tunggu kat sini. Jangan pergi mana-mana, faham?" ucap Adi Ashraf yang berbentuk arahan. Ariana mengangguk kecil.

Malas mahu menghalang tindakan suaminya lagi. Kalau itu yang Adi Ashraf mahukan dia turutkan sahaja. Tapi kalau suami dia betul-betul demam nanti. Tahulah dia apa nak buat.

"Fine. Pergilah cepat. Tapi kalau kau demam nanti- ARGHHH!" terjerit kecil Ariana dibuatnya apabila melihat suaminya yang mula membuka pakaian di tengah-tengah pasar raya tersebut.

Gila ke apa!

"Ash! Apa kau buat ni?" ucap Ariana separuh menjerit kepada Adi Ashraf. Dia menunduk memohon maaf kepada orang yang lalu lalang kerana tindakannya sebentar tadi.

Adi Ashraf meletakkan jarinya di mulut isterinya sebagai tanda untuk senyap. Ariana mengecilkan mata tanda mahukan penjelasan atas tindakan suaminya.

"Shhh... Aku cuma nak bukak hoodie yang kau bagi ni. Aku tak nak baju ni basah sebab kena hujan nanti. Jangan risau lah aku pakai baju lain kat dalam." jelas Adi Ashraf tenang. Lalu, diserahkan hoodienya kepada Ariana untuk dipegang sementara dia pergi nanti.

Ariana sedikit lega apabila mendengar penjelasan suaminya. Pada masa yang sama, gembira dan terharu kerana hadiah yang diberikan kepada suaminya dihargai sampai sebegitu sekali. Terlalu pentingkah dirinya terhadap Adi Ashraf sebenarnya?

"Dah jangan menjerit. Aku takkan bukak baju depan orang lain lah.  Tak ada siapa pun nak rampas aku daripada kau. I'm yours. All yours."  pesan Adi Ashraf sebelum pergi meredah hujan. Sebuah kenyitan mata tidak lupa dihadiahkan kepada isterinya .

Ariana mengeleng kepala. Matanya dijulingkan ke atas tanda sudah masak dengan sikap suaminya. Dia mengukir senyuman nipis.

Baju hoodie suaminya ditarik dalam pelukan. Bau wangian dipakai oleh Adi Ashraf menusuk ke dalam hidungnya membuatkan dia melepaskan nafas lega.

Matanya terpejam menikmati perasaan itu. Tak dapat berada di dalam pelukan Adi Ashraf tetapi sekadar dapat memeluk pakaian suaminya pun sudah lebih dari cukup.

Pin!

Bunyi hon kereta kedengaran menyedarkan Ariana. Matanya dibuka lalu diliarkan ke sekeliling cuba mencari punca bunyi tersebut. Sebaik dia melihat figura suaminya yang sedang datang menghampiri untuk mendapatkan dirinya dia tersenyum lebar.

Mahu saja dia berlari ke dalam dakapan suaminya pada ketika itu tetapi ditahan. Dia cuba mengawal riak mukanya sebaik mungkin. Cuba untuk menyembunyikan perasaan gembiranya tetapi gagal sama sekali.

"Kau kenapa senyum seorang-seorang? Demam ke? Aku yang redah hujan kau yang demam?" soal Adi Ashraf sambil meletakkan tapak tangan pada dahi isterinya. Mahu memeriksa suhu badan isterinya. Payung yang dibawa dari dalam kereta tadi dipegang di sisi.

"Mana ada demam. Jomlah. Aku nak balik, penat." balas Ariana sambil menarik tangan suaminya ke pintu keluar. Adi Ashraf hanya menurut langkah isterinya.

Sebelah tangannya membuka payung yang dibawa untuk melindungi mereka berdua daripada hujan. Sebelah tangannya lagi menarik tubuh isterinya agar rapat pada tubuhnya supaya tidak terkena hujan.

Sebaik tiba di tempat parkir, Adi Ashraf membuka pintu kereta untuk isterinya. Laju sahaja Ariana memboloskan diri ke dalam perut kereta. Risau apabila terlalu lama  terdedah kepada hujan yang makin lebat.

Adi Ashraf turut menyertai isterinya yang sudah berada di dalam kereta. Barang-barang yang dibeli oleh mereka sebentar tadi diletakkan di tempat duduk di belakang.

Dia segera menghidupkan enjin kereta. Ariana segera memakai tali pinggang sebagai langkah keselamatan. Matanya bergerak ke arah suaminya disebelah. Dia mengeluh perlahan.

"Ash, aku tahu kau nak sampai rumah cepat tapi pakailah tali pinggang dulu." ucap Ariana yang sudah meraup muka. Adi hanya mengiyakan sambil menarik tali pinggangnya tetapi sukar.

"Masa ni lah benda ni nak buat hal." rungut Adi Ashraf yang mula tak puas hati dengan tali pinggang tersebut. Sudah beberapa kali ditarik pun tak boleh juga. Mungkin lepas ni dia perlu tukar kereta.

Ariana yang menyedari kesukaran suaminya segera membantu suaminya. Tanpa menggunakan tenaga yang banyak, mudah sahaja tali pinggang itu ditarik. Sekelip mata, dia sudah siap memasang tali pinggang tersebut pada suaminya.

Adi Ashraf hanya diam. Ariana mengangkat kening dengan bongkak sambil mengukir senyuman mengejek. Kedudukan mereka terlalu dekat. Membenarkan Ariana menyedari penampilan suaminya yang sudah tidak kemas lagi.

Wajah Adi Ashraf yang sedikit basah kerana meredah hujan tadi ditilik oleh Ariana.  Matanya bergerak pula pada tompokan hujan pada baju suaminya. Tidak lama kemudian, matanya naik pada tengkuk suaminya yang mempunyai titisan air hujan yang mengalir dari wajahnya sehingga membasahkan lagi pakaian lelaki itu.

Adi Ashraf kaku apabila dirinya berada dalam pandangan isterinya. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Dia hanya mampu mencelikkan mata untuk memastikan dia masih sedar daripada pengsan kerana pandangan isterinya itu.

"Kalau kau bagi aku beli payung tadi kan senang, tak adalah kau basah macam ni." ucap Ariana perlahan. Tangannya pantas mengambil tisu yang berada di dalam kereta suaminya.

Dengan berhati-hati, dia mengelap air yang terdapat pada wajah suaminya.  Rambut suaminya diselak ke belakang untuk membenarkan dia mengelap dahi lelaki itu. Adi Ashraf hanya memerhatikan tindakan isterinya dalam diam.

Dengan kesempatan ini, Adi Ashraf dapat mengamati riak wajah isterinya dengan lebih dekat. Terasa hembusan nafas lembut daripada isterinya pada wajahnya membuatkan dia mahu mengukir senyuman.

Tangan isterinya yang mula bergerak ke lehernya membuatkan dia meneguk air liur. Kolar bajunya yang terbuka membenarkan Ariana mengelap permukaan kulitnya dengan lebih mudah. Baru sahaja dia mahu mengelap dengan lebih jauh, tangannya dipegang oleh Adi Ashraf.

"Stop." arah Adi Ashraf dengan pandangan yang serius kepada isterinya. Serta-merta, menghentikan tindakan Ariana sebentar tadi. Adi berdehem sedikit. Matanya dipejam cuba mengawal diri daripada melakukan perkara yang dia akan menyesal nanti.

"Oh- okay." balas Ariana sedikit tergagap. Keliru dengan perubahan suaminya secara tiba-tiba. Dia ada buat apa salah ke? Rasanya dia tolong lapkan je. Takkanlah... Oh tidak...

"Kau kalau nak goda aku pun janganlah dekat sini." celah Adi Ashraf. Cuba untuk menjadikan keadaan antara mereka kekok. Dalam masa yang sama, mahu mengusik isterinya.

"Eeee perasan! Siapa nak goda kau? Cepatlah bawa kereta ish." bidas Ariana. Dia memberikankan jelingan tajam ke arah suaminya. Wajahnya dipalingkan ke arah luar kereta mahu menyembunyikan rasa malu yang tak terhingga.

Adi Ashraf hanya diam bersama senyuman yang terukir di bibir. Tak mahu membuatkan isterinya malu sehingga tak selesa. Sepanjang perjalanan mereka ditemani dengan lagu yang  dimainkan di corong radio. Kesunyian antara mereka berdua tidak terasa kekok lagi malah lebih selesa. Seolah memberikan ruang untuk privasi.

"Akhirnya, sampai jugak! Penatnya hari ini. Nak aku tolong angkat barang ke?" ucap Ariana sebaik mereka berdua sampai di pekarangan rumah Tok Wan. Dia mengeliat sedikit cuba membetulkan sendi yang terasa lenguh kerana duduk terlalu lama di dalam kereta.

Adi Ashraf mengangguk pada pelawaan isterinya. Pada mulanya dia mahu menolak. Tapi entah mengapa badannya terasa tidak sedap tiba-tiba. Kepalanya juga turut berdenyut.

Keadaan Adi Ashraf tidak disedari oleh Ariana kerana dia terlalu sibuk mengangkat barang. Adi Ashraf pula hanya menyangka perkara itu terjadi kerana dia kepenatan. Mereka berdua berjalan beriringan masuk ke dalam rumah.

Secara tiba-tiba, kedengaran bunyi bersin daripada Adi Ashraf. Ariana segera menoleh ke arah suaminya disebelah. Dia sedikit terkejut apabila melihat wajah suaminya yang mula pucat. Hidungnya yang mula memerah turut disedari oleh Ariana.

"Apa?" soal Adi Ashraf yang sudah jelas tidak menyedari keadaan dirinya pada ketika itu. Belum sempat Ariana membalas, sekali lagi Adi terbersin. Mujurlah dia sempat menoleh muka ke arah lain. Jika tidak pasti dia sudah terbersin pada wajah Ariana tadi.

"Ash, kau demam! Aku dah kata dah tadi kau degil. Kuat la konon tengoklah sekarang demam siapa yang susah. Aku jugak yang susah." bebel Ariana tanpa henti. Dia menarik tangan suaminya ke dalam. Adi Ashraf menurut sahaja langkah isterinya.

Tok Wan yang berada di dapur segera mendapatkan mereka berdua apabila mendengar suara Ariana yang kuat itu. Pasti ada perkara yang berlaku sehingga gadis itu membebel sebegini sekali.

"Lia, Adi kenapa ni? Apa yang bising-bising tadi?" tanya Tok Wan ingin tahu. Puan Sandra turut menyertai mereka apabila melihat anak menantunya sudah pulang. Encik Johan yang sedang membaca surau khabar hanya memerhatikan keadaan antara mereka dalam diam.

"Tok Wan, tanyalah dengan menantu kesayangan Tok ni. Mengada sangat redah hujan." adu Ariana sambil menyiku lengan suaminya. Adi hanya mampu mendesis kesakitan.

"Ibu..." panggil Ariana mahu mengadu. Dia segera mendapatkan Puan Sandra. Mereka berdua sudah ke dapur. Meninggalkan Adi dan Tok Wan di ruang tamu. Encik Johan hanya mengeleng kepala. Bahu menantunya ditepuk lembut.

"Adi sabarlah ya." ucap Encik Johan prihatin. Adi hanya mengangguk tanda faham. Dia sedikit pun tak berkecil hati. Memang salah dia pun sebenarnya.

Tok Wan segera mengajak Adi untuk duduk. Tangannya diletakkan pada dahi Adi Ashraf mahu memeriksa suhu badannya. Sempat juga Adi Ashraf melepaskan bersin.

"Lah demam rupanya. Patutlah Lia risau." ucap Tok Wan kepada Adi. Adi mengangguk tanda mengiyakan. Dia tersenyum kekok. Tok Wan mengukir senyuman penuh makna.

"Cuba Adi tengok Lia. Adi nampak tak apa yang Tok nampak?" tanya Tok Wan tiba-tiba. Adi segera mencari kelibat isterinya. Dia menelan air liur apabila melihat riak wajah isterinya yang sedang menahan marah ke arah dirinya.

"Erm Adi nampak dia tengah marah dekat Adi sekarang ni." balas Adi Ashraf kepada soalan yang ditanya oleh Tok Wan sebentar tadi. Tok Wan melepaskan tawa kecil.

"Adi... Dia marah sebab dia risaukan Adi. Dia marah sebab dia sayang. Dia sayang Adi. Adi sedar tak?" luah Tok Wan cuba menyedarkan menantunya. Adi terdiam seribu bahasa. Tidak tahu membalas kata-kata Tok Wan itu.

Tok Wan mengeluh kecil. Dia tahu tentang keadaan anak menantunya tetapi dia memilih untuk tidak mahu masuk campur. Mahu mereka menyelesaikan sendiri. Dia hanya membantu apa yang mampu.

"Tok tahu Lia sayangkan Adi. Jadi Tok nak Adi tahu tu. Semua orang boleh nampak yang Lia sayangkan Adi. Tok harap Adi pun nampak apa yang Tok cuba maksudkan." nasihat Tok Wan sambil mengenggam tangan Adi Ashraf.

Adi mengukir senyuman sambil mengangguk tanda faham. Walaupun sukar untuk dia percaya kata-kata Tok Wan, ada benarnya juga. 

"Ash, jom." Sampuk Ariana yang tiba-tiba muncul. Tok Wan segera memberikan isyarat kepada Adi untuk menurut sahaja kata isterinya. Dia bingkas bangun untuk mengikuti langkah isterinya.

"Aku dah hidupkan heater dalam bilik air. Mandi cepat. Aku dah masakkan sup ayam. Lepas tu, makan ubat." ucap Ariana lembut. Dia memeriksa sekali lagi suhu badan suaminya. Adi Ashraf terharu dengan tindakan isterinya.

"Dia sayang Adi."

Kata-kata Tok Wan berlayar di fikiran. Dia memikirkan segala kemungkinan bahawa Ariana benar-benar menyayangi dirinya.

Terasa hatinya melonjak kegembiraan apabila hanya memikir perkara itu sahaja. Tanpa dia sedari, mulutnya meluahkan kata-kata tanpa berfikir dahulu.

"Kau sayang aku?"

Perbuatan Ariana serta-merta terhenti apabila mendengar soalan yang keluar dari mulut suaminya. Terkejut bukan kepalang kerana tidak menyangka perkara itu yang akan ditanya oleh Adi Ashraf.

"A-apa kau ni Ash? Sah kau demam ni. Dah cepat mandi." balas Ariana cepat-cepat. Dia menolak tubuh suaminya ke dalam bilik air dengan segera. Jantungnya masih berdegup laju apabila soalan itu diutarakan oleh suaminya, Adi Ashraf.

Sayang? Dia sayang Adi?

Ariana masih berkira-kira dengan fikirannya. Manakala, Adi merasakan bahwa mungkin Tok Wan salah tentang segala-galanya. Mungkin terlalu awal untuk Ariana menyayangi apatah lagi mencintai dirinya. Ataupun sebenarnya Ariana langsung tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

Tanggapan itu membuatkan dia semakin kecewa. Mungkin dia mengharapkan sebaliknya. Akhirnya, dia segera membersihkan diri. Air pancuran yang panas itu bagai membawa pergi segala perasaannya yang mahu menguasai diri.

Dia cuba melupakan kejadian sebentar tadi. Usai itu, dia ditemani dengan kehadiran isterinya yang sudah siap memasak bubur ayam yang masih panas untuknya.

"Nah, aku dah siap masak. Rasalah sedap." ucap Ariana teruja. Dia hanya sekadar mengendahkan sahaja keadaan antara mereka sebentar tadi. Tak mahu mengeruhkan keadaan antara mereka.

Adi Ashraf tersenyum tawar. Hatinya masih terasa dengan tindakan isterinya yang bertindak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tetapi apa yang diharapkan daripada isterinya?

"Hmmm sedap." balas Adi Ashraf selepas merasa sesudu air tangan isterinya. Tidak dapat dinafikan kelazatan masakan isterinya. Cuba dia terasa tidak berselera.

"Ash, aku minta maaf. Aku... Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi yang aku tahu aku risaukan kau." luah Ariana akhirnya. Mahu berterus-terang sahaja. Tiada guna disembunyikan lagi.

Terasa lega hati Adi Ashraf apabila mendengar luahan isterinya. Sekurangnya isterinya masih mempunyai perasaan padanya. Walaupun hanya perasaan risau. Dia mengukir senyuman.

Ariana membalas senyuman suaminya semula. Risau? Ya memang dia risaukan Adi Ashraf. Sayang? Mungkin ya mungkin tidak. Dia sendiri tak tahu. Ataupun sebenarnya takut untuk mengaku rasa sayang itu kerana risau hanya sebelah pihak sahaja.

"Aku maafkan kau... Kalau kau suap aku." ucap Adi Ashraf sambil menyilangkan tangan ke dada. Keningnya digerakkan. Mulutnya dingangakan. Ariana menayang muka menyampah.

Ceh, dasar mencari kesempatan dalam kesempitan!

"Fine, tercekik aku tak tahulah. Bukan salah aku, masakan aku sedap sangat." kata Ariana memberi amaran terlebih dahulu sebelum menyuapkan sesudu bubur tersebut ke dalam mulut suaminya.

"Mmm sedapnya... Lagi-lagi bila kau suap." puji  Adi Ashraf cuba mengambil hati Ariana. Tak pasal-pasal lengannya dipukul lembut.

"Mengada eh." ucap Ariana sambil mencekak pinggang. Adi Ashraf hanya mengangkat bahu. Sekali sekala bermanja dengan isteri bukan selalu. Kan?

"Nak air." pinta Adi Ashraf sambil menongkat dagu. Suhu badannya yang panas membuatkan dia dahaga. Ariana menghulurkan segelas air bersama dua biji panadol.

Risau apabila melihat suaminya demam. Usai menelan ubat tersebut, Adi Ashraf terasa lega. Kini dia hanya perlu menunggu ubat tersebut berkesan sahaja.

"Nak apa-apa lagi ke?" tanya Ariana lembut. Dia memeriksa suhu badan suaminya. Adi mengeleng kepala. Dia hanya mahu rehat yang cukup sahaja sekarang.

"Kalau macam tu, jom tidur. Kau mesti penat kan?" ajak Ariana. Adi Ashraf mengangguk. Dia segera merebahkan diri diatas katil. Manakala, Ariana membawa kain basah untuk diletakkan di dahi suaminya.

"Tidurlah rehat. Nak aku picitkan kepala?" ucap Ariana yang sudah meletakkan kain tersebut pada dahi suaminya. Adi Ashraf memejamkan mata. Dia membalas dengan berdehem lembut.

"Hmmm..."

Ariana mula mengurut pelipis kepala suaminya dengan berhati-hati. Tiba-tiba, Adi teringatkan sesuatu. Dia bingkas bangun. Ariana mengerutkan dahi.

"Eh kenapa? Sakit sangat ke aku urut-"

"Tak. Aku... Aku tak nak kau berjangkit demam dengan aku." luah Adi Ashraf meluahkan kebimbangannya. Kepalanya yang masih terasa sakit itu dibiarkan. Dia lebih risaukan kesihatan isterinya sekarang.

Ariana tersenyum kecil apabila mengetahui suaminya mengambil berat tentang dirinya. Perlahan-perlahan, dia menarik suaminya untuk berehat di katil mereka semula. Adi Ashraf hanya akur.

"Ash, kalau aku demam kau akan jaga aku kan? Jadi janganlah risau. Kau sihatlah cepat-cepat." ucap Ariana cuba menghilangkan kebimbangan suaminya. Adi Ashraf membalas dengan anggukan.

Dia kembali berbaring. Kepalanya juga diurut semula oleh Ariana sehingga lelaki itu selamat berlayar di alam mimpi. Kain yang diletakkan pada dahi suaminya dibasahkan semula untuk menurunkan lagi suhu badan lelaki itu.

Tubuh suaminya diselimutkan sehingga paras bahu. Dia menongkat dagu sambil melihat suaminya yang kelihatan tenang dalam tidur. Dada Adi Ashraf bergerak naik turun mengikut  nafasnya yang teratur.

Ariana melepaskan keluhan kecil. Dia sudah dapat mengenal pasti perasaannya sekarang. Keberadaan Adi Ashraf membuatkan dia terasa gembira walaupun apabila lelaki itu sedang tidur.

"Aku rasa aku dah sayang kau."

Updated!
Lamanya tak update kan? ??
Sorry semua ??
Enjoy reading?
Don't forget to comment!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience