Bab 3

Action Series 1929

[Lapangan Terbang Kuala Lumpur.]
[Tanggal Mei 2013.]

"Hello? Hello?"

Telefon berbunyi datar, menandakan panggilan telah dimatikan.

Hazirah menghirup air kopi panas. "Wrong number lagi?"

Adriana menyimpan telefon bimbit kedalam kocek. "Hm."

"Weh kau betul, tak nak bagitahu family kau tentang perjalanan ke Itali?"

"Kenapa kau tanya?"

Hazirah menguis makanan atas pinggan. "Yalah... Itali bukannya dekat. Dahlah tiada teman di sana nanti."

"Aku okay." Adriana menjawab ringkas.

Hazirah mendengus. "Kau jumpa orang lain ka di sana sampai kena pergi mengejut macam ni? Majlis bulan depan. Sure kau sempat balik?"

Adriana memandang kawannya. "Arman jumpa kau eh?"

Hazirah menafikan.

"Kau jangan tipu aku, Zi. Aku kenal Arman tu macam mana. Kau cakap dengan dia, kalau aku senang betul berubah hati, aku takkan pernah terima dia jadi tunang aku."

"Yalah. Sorry lah, Na. Aku bukan apa... aku kesian dengan Arman. Dia tunggu kau lima tahun kut."

Adriana sakit hati lalu mengemas barangnya. "Aku tak pernah suruh dia tunggu aku, Zi. Bila seseorang tu menunggu, terpulanglah pada orang yang ditunggu untuk terima atau tidak. Ini hidup aku, kenapa sebab dia tunggu aku, hidup aku terus jadi macam penjara." datar saja suaranya membentak.

"Bukan itu maksud aku, Na."

"Aku faham. Kau kesian dengan Arman, tapi kau kawan aku. Kenapa kau tak kesian dengan aku, Zi?" Adriana laju meninggalkan kawannya.

Hazirah mengemas barang dan berlari mengejar Adriana.

"Sorry kalau kau terasa."

Adriana menghembuskan nafas cuba menenangkan diri. "Okay." Surat coklat diambil dari dalam beg sandang. "Nah. Kau baca bila aku dah pergi. Aku tak nak kita gaduh, Zi. Aku jalan dulu."

Hazirah memeluk bahu kawannya erat. "Jaga diri kau di sana."

Adriana mengukir senyum sebelum dia masuk ke balai berlepas. Dengan setiap langkah kakinya, dia mengatur rentak jantung yang kian berdebar untuk kembali tenang.

Apabila Adriana sudah hilang dari penglihatan, Hazirah tidak tunggu lama, terus membaca isi surat itu.

"Zi, aku tau kau suka Arman. Aku tau kau pernah rancang kejadian Hotel Grand Hyatt. Aku tak berdendam, tapi kalau sebab Arman kita bermusuhan, aku akan berundur. Bukan sebab aku tak pernah suka dia atau sebab kau suka dia, tapi sebab aku tahu apa yang jadi di bilik 509. Kahwinlah dengan dia, daripada korang terus lakukan dosa."

Air mata Hazirah bergenang. "Na, maafkan aku..."

****
"Kapal terbang akan berlepas sebentar lagi. Pastikan semua penumpang telah memakai tali pinggang keledar."

Adriana duduk diam, memandang keluar tingkap kapal. Petugas yang menerangkan ciri-ciri keselamatan di hadapan tidak diendahkan. Fikirannya melayang ke pertemuannya dengan Arman semalam.

"Putuskan pertunangan kita atas nama kau, sebab aku penat gunakan nama aku untuk tutup kesalahan kau."

Arman terkejut. "Tapi kenapa? Apa salah saya?"

Adriana paling benci manusia yang pura-pura suci begitu. "Aku nampak macam senang diperbodohkan ka?"

Arman diam.

Adriana mengembalikan cincin tunang dan beritahu, "Majlis pertunangan bulan depan tetap akan berlangsung."

Muka Arman bertukar riak gembira, mengingatkan dia masih ada harapan.

Adriana tersengih. "Bertunang dan kahwinlah dengan Hazirah."

Arman mengetap bibir. Apabila Adriana berpaling untuk pergi, tangan itu direntap kasar. "Kau ingat aku barang ka! Suka hati mempermainkan perasaan aku!?"

Adriana menendang perut Arman dengan kuat, sekaligus merentap kembali tangannya. "Don't cross the line, Arman. You do this yourself. I know what you did behind me, and I know you will do it again. Aku try untuk terima kau balik selepas apa yang jadi, tapi aku sedar aku tak patut menyerah diri pada lelaki macam kau. Especially for someone I never in love with."

Tap. Tap.

Adriana berpaling, tersedar dari lamunan. Seorang lelaki dengan topi putih menunjuk ke arah tempat duduknya.

"My sit."

Adriana laju melangkah ke lorong untuk memberi ruang kepada lelaki itu. "Sorry."

Setelah lelaki itu mengambil tempat, dia bingkas duduk di kerusi tengah.

"Here." lelaki itu menghulurkan kain sapu tangan. Apabila Adriana memandang pelik, dia menunjuk ke arah mata.

Adriana menyentuh matanya, dan jari dirasakan basah. "Bila masa aku nangis?", getus hati.

"Thanks." tidak ingin berlama, dia menyambut huluran itu.

"I'm Jay." lelaki itu memperkenalkan diri. Senyuman manis diukir.

"Hi." Adriana membalas. Dia masih curiga untuk terus memberitahu nama kepada orang tidak dikenali.

Jay ketawa. "I'm a good person."

Adriana tersengih. "Right." dia menyindir sambil membetulkan tempat duduk.

Jay terhibur dengan perlakuan dinginnya. Dia merasakan seperti adegan ini pernah terjadi, tapi entah bila. Perasaan bilamana perbualan ini pernah berlangsung, fenomena yang dipanggil deja vu.

"Did we ever met before?"

Adriana tidak terus menjawab, dan hanya merenung kain biru gelap yang diberikan Jay tadi. Dia pun sebenarnya merasakan hal yang sama. Pernahkah dia berjumpa lelaki ini? "Did we?", dia berkata tanpa sedar.

Jay mengangguk. "I feel like we did."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience