Part 1.

Romance Completed 15511

Luna berjalan di taman sambil menikmati ais krim. Itulah rutin hariannya. Puas sudah dia mencari kerja, tetapi masih belum ada yang sesuai.

Mujur sahaja duit pencen arwah ayahnya ada. Dapatlah menampung perbelanjaan dia dan ibunya.

Arwah ayahnya sudah meninggal dunia 3 tahun lalu kerana kemalangan.

Luna duduk di kerusi yang disediakan sambil matanya memandang sekeliling. Dia mengeluh perlahan. Andai sahaja arwah ayahnya masih hidup, pasti dia akan mempunyai keluarga yang bahagia. Namun siapalah dia untuk melawan takdir Allah.

Mata Luna tertarik untuk melihat seorang lelaki. Wajahnya kusam. Rambutnya serabai.

Luna bangun lalu melangkah mendekati lelaki itu. Dalam hatinya terdetik mungkin sahaja lelaki itu pengemis yang memerlukan bantuan.

Poket seluarnya diseluk, sekeping not RM 5 dikeluarkan lalu dihulur pada lelaki itu.

Rizqin mengangkat kepala memandang gadis di hadapannya kini. Gadis yang berpakaian seperti lelaki itu direnung.

" Nah ambiklah " .

" Kau ingat aku pengemis ke? " Rizqin bangun dari duduknya.

" Eh berlagaknya mamat samdol ni. Orang dah bagi kira syukur tau " marah Luna.

" Kau panggil aku apa? " Rizqin memandang tajam ke arah Luna.

" Mamat samdol. Sesuailah dengan kau " .

" Eh apa masalah kau ni ha? Aku tak kacau hidup kau kan " .

" Aku ingat kau nak minta sedekah. Sebab tu aku bagi duit " .

" Muka aku ni ada nampak macam pengemis ke? " .

" Adalah sikit " Luna memandang lelaki di hadapannya tajam.
" Haishh biadab nya kau ni " .

" Kau ni macam takda orang pedoman hidup jer aku tengok. Rambut serabai macam orang tak mandi " Luna ketawa kecil.

" Kau ni mulut memang takda insurans ea? Sedap mulut jer cakap " .

Rizqin mengenggam penumbuk nya. Besar kecik sahaja dia melihat gadis di hadapannya ini.

" Apa? Betul lah aku cakap. Kau tengok lah diri kau ni " .

" Eh kau ni memang mencabar kesabaran aku kan? " .

Beberapa pengunjung di taman itu memandang ke arah mereka berdua.

Luna memerhati sekeliling. Dia jadi malu apabila ada mata yang memandang pergaduhan mereka itu.

" Kenapa kau diam? Ha? ! " Rizqin tidak mempedulikan mata yang memandang dia dan Luna.

" Gila " Luna terus berlalu meninggalkan Rizqin sendirian.

" Oi! Kau nak pergi mana? Aku belum habis lagi lah! " jerit Rizqin.

Luna terus berjalan tanpa mempedulikan Rizqin.

" Ehh tak guna betul lah. Dah lah mulut takda insurans " bebel Rizqin sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience