Bab 4: Kawan Pertama

Romance Series 6632

Iffat sedar dari pengsannya. Pandangannya kabur dan di sebalik kabur itu dia dapat melihat tangan yang melambai - lambai di depan mukanya. Dia juga terdengar satu suara.

" Encik.. Encik, dah sedar ke?" tanya Suraya. Tangannya dilambaikan ke depan muka Iffat.

Penglihatan Iffat sudah pulih. Perkara pertama yang dia lihat ialah seorang perempuan yang sedang melihatnya dari jarak dekat.

" Aduh!!" jerit Suraya apabila Iffat tiba-tiba bangun dari pembaringan dan kepalanya terhantuk pada dahi Suraya. Terbelakang Suraya dibuatnya sambil memegang dahi.

" Apa encik ni?!" marah Suraya apabila dahinya merah disebabkan Iffat.

" Awak siapa?" tanya Iffat. Kedudukannya juga dijauhkan dengan Suraya. Takut..

Suraya maju ke depan semula berdekatan katil Iffat. Dia menghulurkan tangan kanan sementara tangan kiri memegang dahinya dengan wajah berkerut.

" Suraya." kemudian dia duduk di kerusi.

Iffat tidak membalas huluran itu sebaliknya menjauh daripada Suraya. Dia dapat melihat reaksi Iffat selepas sedar. Mesti dia tidak tahu kenapa dia ada di sini.

" Saya jumpa awak dekat tengah jalan raya semalam. Awak pengsan. Sebabtu saya bawa awak datang sini.."

Iffat memandang Suraya. Pengsan? Ah, dia ingat, waktu itu dia balik dari melayan nafsu gila datin - datin bodoh, sebabtu dia pengsan.

" Awak..bawa saya datang sini? " tanya Iffat takut-takut.

Suraya mengangguk.

" Dah saya nampak awak. Takkan saya nak tinggal awak dekat tengah jalan macamtu je?"

" Saya sakit apa?" tanya Iffat. Suraya tidak menjawab sebaliknya seorang doktor masuk ke dalam ruangan itu.

" Dah bangun?" Tanya doktor Raihan.

Suraya mengangguk menjadi wakil Iffat.

" Iffat Khari kan? "

" Y-ya. "

" Awak mengalami dehidrasi berlebihan. Dan itu menyebabkan awak pengsan."

Suraya memandang Iffat.

" Tak minum air ke?" tanya Suraya. Iffat tersenyum tawar.

" Saya sibuk." kata Iffat.

"Kalau sibuk pun, kesihatan tetap diutamakan. Dehidrasi ni bukan benda remeh." nasihat Doktor Raihan lalu keluar dari situ.

Mereka berdua hanya memandang doktor terlebih dingin itu. Suraya memandang semula Iffat yang tercengang lalu tersengih semula kepadanya.

" Tak payah ambil hati sangatlah dengan doktor tu. Dia memang macamtu. Dingin tak bertempat. Biasalah, doktor kan hati kering.." kata Suraya. Dia tersengih sumbing.

Iffat pula hanya tersenyum. Tak penat ke cik abang duk tersenyum saja?

" Sebenarnya kan, kita ni lama dah nak tanya, ni luka dengan lebam dekat muka ni kena apa? Bergaduh? " tanya Suraya ingin menyentuh lebam itu. Namun ditepis perlahan oleh Iffat.

" Mesti suka cari fasal dengan orang, kan?" Suraya meneka. Pandai betul kau, eh?

" Saya tak cari fasal dengan orang. Orang yang cari fasal dengan saya. "

Suraya mengerutkan dahi. Orang cari fasal dengan dia?

" Awak kena buli ke?" Suraya terperanjat.

" Lebih kurang macamtulah.. " kata Iffat. Malu untuk memberitahu orang fasal perihal dirinya.

" Awak tak lawan ke? " tanya Suraya sedikit kuat.

" Saya..takut. Selama ini, saya cuma patuh apa yang diaorang nak saya buat. "

Suraya mengeluh perlahan. Kalau tengok keadaan dia sekarang ni, memang kes buli teruk ni.

" Umur awak berapa?" tanya Suraya.

" 17. "

Suraya terkejut.

" Jadi awak calon SPM tahun ni? Awak tak report ke perkara ni dekat cikgu? Ke diaorang tak ambil peduli? Sekolah apa yang tak ambil peduli tentang pelajar SPM kena buli macam ni?" Suraya frust. Kalau boleh, rasa nak lenyek-lenyek je pengetua sekolah tu.

" Saya yang tak nak beritahu. "

" Kenapa? "

" Saya..bukannya orang berada. Saya takut dianggap mengada-ngada je bila beritahu perkara ni." kata Iffat.

" Awak, buli ni bukan perkara kecil tau. Buli ni boleh buat si pembuli masuk penjara selama berbelas-belas tahun. Takkan awak nak terus macamni? " tanya Suraya.

" Saya sedar diri saya. Sebabtu saya tak nak susahkan sesiapa. "

" Kita report polis.."

" Tak nak! "

" Kenapa? "

" Saya tak nak sesiapapun campur tangan. Dan awak tak payahlah nak campur urusan saya. Saya tak kenal awak. " jelas Iffat panjang lebar. Dia bukannya marah, cuma dia takut gadis ini tidak boleh dipercayai.

Suraya mengeluh. Kepalanya ditundukkan.

" Saya minta maaf, okay? Saya tak berniat nak masuk campur urusan awak.. "

" Tak apa. "

" Tapi, kita boleh jadi kawan kan?" kata Suraya mengangkat kepalanya ke arah Iffat.

Iffat terkejut. Dia nak berkawan dengan aku? Betul ke?

" Awak nak kawan dengan saya? "

Suraya mengangguk.

" Betul? "

Suraya mengangguk lagi tetapi wajahnya bertukar kerut.

" Saya tak pernah ada kawan." kata Iffat. Dia begitu teruja apabila seseorang sudi berkawan dengannya.

Suraya tercengang. Dia tak ada kawan? Serius arh?

" Really? Kalau macamtu, saya kawan pertama awak?" kata Suraya teruja.

Iffat mengangguk pantas.

" So, Iffat. Untuk meraikan saya sebagai kawan pertama awak, nah!"

Suraya memberikan seutas gelang bermanik hitam kepada Iffat. Iffat hanya melihat gelang bermanik hitam itu di atas tapak tangannya.

" Ini sebagai hadiah kerana saya adalah kawan pertama awak. Saya juga ada satu!! " kata Suraya menunjukkan gelang tangan bermanik hitam yang berada di pergelangan tangannya.

" Jangan hilangkan tau! Kalau awak hilangkan, putuslah tali persahabatan kita." kata Suraya bergurau.

Mereka ketawa. Iffat yang tadinya janggal kini boleh ketawa dengan gadis itu. Perasaan selesa mula menyelinap dalam dirinya.

******

Mereka berdiri di hadapan hospital. Iffat dibenarkan keluar hari ni.

" Awak nak saya hantar awak ke, Iffat?" Suraya bimbang. Dahlah tak sihat lagi, nak berjalan sesorang?

" Saya boleh je balik sendiri. Awak pun ada kereta ke nak hantar saya balik?" tanya Iffat yang berjalan di hadapan sementara Suraya berjalan di belakangnya.

" Saya memanglah tak ada kereta, tapi saya boleh teman awak balik naik bas. Taklah awak sunyi nanti.. "

" Takpe, Saya boleh balik sendiri. Awak pun mesti nak balik kolej kan?"

" Saya tak sedap hatilah." luah Suraya.

Iffat berhenti. Dia berdiri berhadapan dengan Suraya. Disebabkan Iffat tinggi, Suraya terpaksa mendongak melihatnya.

" Saya boleh balik sendiri. Sebelum saya jumpa awak pun, saya balik sorang - sorang je. " kata Iffat lalu pergi. Suraya ditinggalkan di belakang.

Iffat berjalan dari jauh. Dia sebenarnya tiada duit nak naik pengangkutan. Nak meminjam dengan Suraya, tak selesa pulak...

Dalam perjalanan, Iffat beberapa kali merasakan bahawa seseorang memmerhatikannya. Namun dia menidakkan perasaannya itu. Tanpa dia sedari, Suraya mengikutnya dari jauh. Dari awal Iffat pergi, dari situ juga dia mengikutnya. Dia takut sesuatu terjadi pada Iffat. Takut dia dibuli. Ketika Iffat memandang ke belakang, dia akan menyorok di sebalik pokok-pokok untuk mengelakkan Iffat terlihatnya.

Akhirnya mereka sampai di rumah milik Iffat. Iffat sekali lagi menoleh ke belakang namun tiada sesiapa. Dia terus masuk ke dalam. Suraya pula menyorok di tepi pokok. Maklumat baru. Dia jumpa rumah Iffat!!

Dia pun berlalu pulang ke kolej apabila melihat Iffat selamat pulang ke rumah. Masaklah dia nak dengar ceramah cikgu Anita bila dekat kolej nanti.

*****

Sorry tak update sebab ada masalah sikit semalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience