HARI pertama menyambut puasa sangat mengujakan bagi keluarga Iris.Seronok rasanya dapat berbuka bersama keluarga tercinta.Kemeriahan dapat dirasai dari yang lain.Dua tahun Iris tak balik jadi puasa kali ini benar-benar lebih bermakna bagi nya.
"Izz,tolong akak ambil sabut kelapa.Nak bakar ikan kejap lagi."
"Baik kak.Nanti Izz tolong buat bara api.Ikan apa akak nak bakar ni?"
"Ni ha ikan keli.Dah perap siap pun.Nak makan cicah air asam."celah Mardia sambil membawa besen berisi enam ekor ikan keli.
"Lama sangat akak tak makan macam ni.Terus rasa terliur dah ni."telah Iris.
Izz dan Mardia ketawa serentak.Nasib mereka juga cuti dapatlah berbuka sekali.
Tengah seronok mengipas ikan atas bara api, terdengar salam diberi dari halaman rumah.Entah gerangan siapa yang datang pada petang hari.Kadang kawan ayah,Pak Hamid yang selalu berkunjung ke rumah sambil duduk atas pakir bawah pokok jambu air.Mereka akan berbual kosong.Pokok jambu air ni kalau berbuah memang lebat sekali.Sedap bila menyicah cabai picit letak kicap dengan belacan.Perghhh....nikmat tu.
"Lahh.. terpadam pula api ni."kata Mardia cemas sambil cuba menghidupkan bara api.
"Tak apa biar akak buat."Iris tunduk sambil mengipas sabut kelapa yang masih bersisa bara api.
Mereka bertiga tidak perasan lagi akan kehadiran Attar di belakang.
"Dia,bagi akak surat khabar sikit.Patut la pun sabut ni basah sikit sebab tu api tak nak menyala."tangan saja yang Iris hulur ke belakang.Mata masih lagi ke arah ikan atas bara api.
Attar hulur surat khabar pada Iris.Mardia sudah gelak-gelak.Iris seorang saja yang tak perasan lagi.Sudah lama dia membongkok,Iris bangun untuk membetulkan urat saraf.Berdiri saja tegak,Attar dah tersengih depan mata Hampir terlompat Iris dibuatnya kerana terperanjat.
"Oh mak kau!mak aku!"Iris melatah.
Attar ketawa diikuti yang lain.Iris jadi malu.Tak pernah-pernah melatah.Nasib tak terlondeh kain batik yang dipakai.Terperanjat punya pasai.
"Hisy,melatah pula dia.Muka cantik-cantik melatah pula dia."usik Attar dengan sisa tawa.
"Terkejut tengok abang Attar la..Nasib Iris tak pengsan tadi.Cantik macam mana pun tetap menjanda juga."seloroh Iris.Spontan keluar dari mulut.
"Peluang untuk orang lain pula kot.."balas Mardia sambil gelak-gelak.
Iris buat tak dengar.Terus berpaling dan masuk ke dalam rumah.Mak Cik Hawa pun ada sekali.Iris salam tangan Mak Cik Hawa.
"Ibu ajak Mak Cik Hawa kamu dan Attar berbuka dengan kita.Tadi ibu pergi ambil pucuk paku dekat rumah Mak Cik Hawa kamu ni.Kebetulan Attar dengar Iris bakar ikan keli terus dia teringin nak makan.Tu yang ibu ajak berbuka sekali."jelas ibu panjang lebar.
Iris hanya mengangguk.Tak kan nak cakap tak boleh pula.Lagi pun berbuka rama-ramai kan seronok.
"Ni ibu nak siang pucuk paku.Boleh buat kerabu."
"Meh sini aku tolong kau.Ni kami ada bawa kuih sikit.Aku buat karipap.Air ni Attar beli dekat gerai hujung simpang sana.Laju saja dia nak berbuka di rumah kamu,Milah.."kata Mak Cik Hawa penuh makna sambil tersenyum panjang.
"Lagi seronok berbuka ramai-ramai.Boleh la kita borak-borak.Hah!Iris,pergi tengok ikan dah masak ker belum?"arah ibu sambil senyum-senyum.
Iris jalan lambat-lambat ke luar rumah.Masuk dalam kena halau ke luar pulak.Attar masih di situ bersama adik-adiknya.Attar dilihat begitu ramah dan mesra dengan Mardia dan Izz.Boleh pula bergurau senda macam dah lam akrab.
Juadah berbuka hari ini sekadar lauk kampung sahaja.Sebenarnya bagi Iris,ini satu kenikmatan yang dia rasa kerana dapat berbuka bersama keluarga.Bila tengok ayah dan ibu gembira pun Iris dah rasa lega.Sekuranganya dapat Iris tebus balik kesilapan lalu.
Tak sangka waktu Maghrib tadi,ayah bagi peluang untuk abang Attar imamkan.Entah kenapa ayah boleh pula serasi dengan dia.Ibu dan Mak Cik Hawa pula asyik berbual bersama.Entah apa yang mereka bualkan,bila Iris datang dekat mereka senyap.Macam pelik saja kan.
Sudah habis mengemas,semua bersolat terawih di masjid pula.Iris betul-betul rasa rindu nak buat semua ini.Tak sangka hikmah yang Allah bagi sangat indah.Ibarat hadirnya pelangi selepas hujan.Iris rasa tenang dan bahagia sangat bila di samping keluarga sendiri.
Lain pula yang tejadi di rumah Puan Yasmin.
"YOU ni setiap malam asyik keluar saja.Sekarang dah masuk bulan puasa,elok you duduk di rumah saja."tegur Harith.Makin geram dengan sikap Intan.Ingatkan lepas berkahwin Intan dah boleh berubah perangai tetapi masih sama.Kawan-kawan lebih penting dari suami.
Intan julingkan mata ke atas.Rasa muak setiap kali dengar Harith membebel.Kalah perempuan pula tu.
"You pun tahu kan.I keluar dengan kawan-kawan I saja.Bukan I pergi mana pun."jawab Intan.Geram juga dia bila Harith dah mula mengawal hidupnya.Dia nak kan kebebasan bukan hanya terkurung dalam rumah macam isteri orang lain.
"Ada saja alasan you.You tu isteri I.Tak kan I nak biar you merayap tiap-tiap malam.Mama pun dah perasan.Cuba you ubat sikap you tu.Asal I balik kerja saja you nak keluar.Tak boleh kah sehari you duduk rumah?"suara Harith sudah naik satu oktaf.Baru saja berapa bulan kahwin,sudah kerap kali mereka bergaduh.
Semua ini berpunca bila Harith berasa tidak puas hati dengan sikap Intan yang masih keluar berfoya-foya.Dah bersuami pun masih ingat diri tu solo.Ikut suka dia saja bila nak keluar bila nak balik ke rumah.Dah la satu apa pun dia tak buat dalam rumah ni.Semua bibik yang buatkan.Dari makan minum pakaian Harith semua bibik yang kena uruskan.Jangan haraplah Intan nak buat semua tu.
"You jangan ingat,you tu baik sangat.You pun sama saja macam I.Sebelum kahwin you okay saja.Lepas kahwin semua benda I nak kena dengar cakap you."Intan pula naik angin.Berang ditegur berkali-kali.
Harith tarik nafas panjang.Cuba mengawal situasi dari menjadi lebih tegang.
"Intan,I bukan nak kontrol you.You isteri I.Apa yang you buat kat luar sana akan melibatkan I.I sayangkan you.I tak boleh dengar orang bercakap yang bukan-bukan pasal you."Harith merendahkan suara.Cuba memujuk Intan.
"You juga yang berjanji dengan I yang you tak akan kontrol I.I tahu lah nak jaga diri.Jaga nama baik you."suara Intan mula mengendur.Penat bertengkar barangkali.
"Intan..I bukan nak marah you.I pun nak kan layanan dari you.Dah lama you tak layan I.I rasa sunyi bila malam I tidur you tak ada sebelah I."kata Harith cuba memujuk Intan secara halus.Kalau kena gaya Intan akan termakan juga.
Harith mendekati Intan.Mengusap pipi Intan.Intan tak jadi naik angin.Harith tahu cara nak memujuk dia.
"Sayang..I love you..."bibir mereka bersatu.Intan tidak menolak.Pelukan Harith menewaskan segalanya.Intan peluk rapat suaminya walau dalam hati masih ada sisa amarah.
Setiap kali pergaduhan berlaku,pasti Harith yang akan mengalah.Intan masih macam tu.Bila keadaan kembali reda,dia masih dengan perangai lama.Kawan-kawan menjadi keutaman.Kadang Harith rasa terkilan juga dengan sikap Intan tetapi disebabkan rasa cinta pada Intan dia terpaksa mengalah.Walau pun dalam hati sudah membara rasa marah.
Puan Yasmin hanya diam saja bila anak menantunya bergaduh.Dulu rumah dia aman saja.Sejak Intan datang,macam-macam hal yang dia dengar.Boleh katakan setiap minggu mesti ada perbalahan.Tapi dia diamkan juga sebab rasa kasihnya pada Intan.
Pernah Puan Yasmin menegur sikap Intan tetapi Intan pekakkan telinga.Dia siap berpesan lagi pada Puan Yasmin agar tidak masuk campur hal rumah tangga dia dan Harith.Baginya itu perkara biasa bagi setiap pasangan suami isteri.Sejak akhir ini,Intan juga selalu bercakal kasar dengan Puan Yasmin.Puan Yasmin pun kadang naik rimas bila terdengar mereka bergaduh.Rumah yang dulu aman tenteram kini dah jadi macam zon peperangan.
Nasib Puan Yasmin lah..Intan kan menantu kesayangan dia.Ahaak!
Share this novel