Dia tiba awal di pelabuhan Sharing-La, awal sedikit dari masa yang ditetapkan. Semua ni lanun laut punya pasal, kalau bukan disebabkan laporan mengatakan bahawa mereka akan merompak barang berharga yang ada di kapal Cruise Symphony On The Sea ni tak adanya mereka bangun seawall 3 pagi hanya untuk berkumpul dan temui semua crew yang ada di kapal ini briefing dan soal selidik latar belakang setiap orang.
Tup-tup dia terlena. Entah bila dan berapa la, dia tak sedar. Apa dia tahu masa bangun rakan-rakan sekumpulannya sudah tiada lagi di dalam cabin atau dimana-mana. letih duduk terperap dalam cabin dia gerak untuk naik ke tingkat atas dek kapal untuk ambil angin. Katanya ada kolam renang dan padang golf di situ.
Keluar saja dia ke ruangan yang ada kolam renang tu mata dia terarah pada tiga orang lelaki yang sedang berborak di tepi kolam renang. Dekat sini rupanya tiga orang ni?
"Huargh!!"nguap Eden sambil angkat tangan menggeliat renggangkan badan yang lenguh sebab letih. Dia pejam mata menikmati angin petang itu. Ugh!Sedapnya menggeliat.
"Argh!!"suara teriakan seseorang dan bunyi deburan air kedengaran tak jauh dari tempat Eden berdiri.
Terkejut dengan suara itu, cepat-cepat dia buka mata dan bergegas ke tempat kejadian. Dah apahal tu.
Splash!
Splash!
Tangan tu terkapai-kapai dekat permukaan air.
Eden tiba terlebih dahulu sebelum tiga orang rakannya di tepi kolam tu. tanpa berlengah dia lompat masuk ke dalam kolam tersebut dan selamatkan orang yang hampir tenggelam itu.
"Apahal tu?"tanya Dritan yang mengenakan pakaian t-shirt round neck biasa dan seluar pendek bunga Hawaii.
Garvien yang mengenakana baju kemeja lepas dan singlet di bahagian dalam muncul dekat tepi kolam sewaktu Nampak Eden tolong seorang wanita keluar dari dalam air.
Connall berdiri di sebelah Dritan. "Dia tak apa-apa ke?"soalnya lepas mereka bertiga sama-sama berdiri di tepi kolam menyaksikan kejadian menyelamat mangsa hampir lemas itu.
Eden tiba di tepi kolam itu, dia angkat wanita yang berada dalam pelukannya itu tanpa memandang wajah terlebih dahulu sebab rambut Panjang yang telah basah milik wanita tersebut menutupi wajahnya.
Dritan dan Garvien hulur tangan nak Tarik wanita itu naik ke atas lalu di baringkan dekat situ.
Panjat saja Eden keluar dari kolam renang di situ, lelaki tu terus terduduk lepas Nampak muka sebenar orang yang dia selamatkan sebentar.
"Damn!"sebut Connall dengan tergamam. "Davina?Serius?Dia ke ni?"
"Oh sh*t!"dengan serentak Garvien dan Dritan melafaz. Mata mereka lirik pada masa yang sama ke Eden.
"Uhuk!Uhuk!"batuk Davina yang tersedak minum air kolam tu masa tenggelam. Sampai ke sudah dia masih tak reti nak berenang. Dan paling parahnya sekarang dia berdepan dengan orang yang terakhir yang dia nak temui walaupun dunia nak kiamat.
Eden bantu Davina duduk tegak lalu tepuk belakang badan tu walaupun dia dalam keadana terkejut yang amat.
Pergh!Pedihnya otak! "Uhuk!Uhuk!"batuk Davina sebelum raup wajah dengan tangan untuk buang sisa air dari membasahi wajahnya. Lepas pandangannya jelas baru la dia Nampak wajah orang yang sedang menepuk belakang badannya.
Sekali bila Eden bertentang mata dengan mata yang itu, dia kaku sendiri. Keciknya dunia ni?
"Oh my god!Eden?"sebut Davina dengan tak percaya sewaktu kedipkan mata beberapa kali. Sakit sebu yang dirasai pada otak tidak di hiraukan. Apa yang Eden buat dekat sini sekali? "Kau ke ni?"tanya dia lagi.
"Mana Declan?"bisik Dritan pada Garvien.
Garvien pandang ke Dritan lalu jungkit bahu. "Tak tahu"dia pandang ke Connall semula. "Kau tahu?"
Connall pandang ke Garvien pula. "Kalau dia tahu ni"gelengnya sambil tu.
Terasa dengan apa yang berlaku Eden cepat-cepat berdiri dan bergerak pergi dari situ. Tak cakap apa-apa. Buatkan Davina yang di tinggalkan terpinga-pinga.
"Eden!"panggil Davina dengan cemas apabila Eden bangun dan menjauh. Dia yang nak kejar apa lagi, tanpa berlengah bangunkan diri dari situ, tapi kakinya yang terseliuh buatkan dia terduduk semula. "Auw.."aduhnya.
"Kenapa ni?"tanya Garvien semasa tunduk dapatkan Davina.
"Wei..bagi la baju kau dekat dia...tak Nampak ke dia dah basah kuyup macam tu.."arah Dritan pada Garvien.
Davina tak hiraukan mereka., perhatian terarah pada kelibat Eden yang sudahpun menghilang ke muka pintu masuk kapal. Bersama nafas naik turun, dia gigit bawah bibir menahan sakit dan juga rasa terkilan apabila Eden pergi macam tu je!Tahu tak berbulan lama dia cuba contact lelaki tu!
"Mari kami bawa awak masuk ke dalam.."ajak Connall yang bawa lengan Davina naik ke atas bahunya.
Di bantu oleh Garvien, mereka bangunkan Davina dari situ dan di pimpin masuk ke dalam kapal itu.
"Hei..apa yang dah berlaku?Kenapa awak boleh ada di kapal ni?"tanya Dritan dekat depan.
Davina pandang Dritan dengan renungan teragak-agak. Patutnya dia yang tanya mereka dulu. kenapa mereka boleh berada di kapal percutian yang sama dengan dia! "Bercuti."jawabnya dengan perlahan.
"Bercuti?dengan siapa?Tunang awak?"tanya Connall pula.
Kepala Davina berpaling pantang ke Connall. "Mana awak tahu saya dah bertunang?"soalnya.
"Well...Eden bertemu dengan Declan, mereka berdua bertekak dan menyalahkan antara satu sama lain dengan alasan sebab awak tinggalkan mereka. Kemudian Eden beritahu pada Declan sebabkan isu mereka berdua, awak bertunang dengan anak kepada tuan punya hospital tempat awak berkerja."jawab Garvien pula.
"What!?"soal Davina dengan kuat hampir hendak terpelecok sekali lagi sebab terkejut. "Mereka apa?"
"Yupp!"setuju Dritan pula.
Davina yang tak faham apa yang berlaku buat muka hendak tanya sesuatu tapi tak dapat nak di luahkan sebab dia sendiri tak tahu nak tanya macam mana. Eden tahu dia dah bertunang?Declan salahkan Eden?Mereka berdua bergaduh?So apa sebenarnya yang dah berlaku? Jangan beritahu dia mereka kesan dia di kapal ini lalu mereka ekori dia?
Ah tak mungkin la!
"Declan!"tak semena Dritan yang ada dekat depan sekali bersuara.
Nak melompat keluar jantung dia dibuat nama tu. Davina pandang dengan mata menjegil ke belakang Dritan masa lelaki tu lambai tangan ke depan. Sh*t!Yang di panggil tu kenapa! "Lepaskan saya!"gelutnya serta merta.
"Hah?Kenapa ni?Awak tak boleh jalan kan?"tanya Connall dengan bingung masa Davina Tarik tangan dari cengkamannya.
"Lepaskan je la.."desis Davina dengan geram.
Declan yang sudah berada tidak jauh dari Dritan jalan mendekat. Dia yang baru naik dari dek kawalan itu sedang mencari rakan-rakannya. Tak tahu pulak boleh bertembung di situ. Semakin dia mendekat, baru la dia perasan ada yang bergerak-gerak dekat belakang badan Dritan ketika itu.
"Kau orang dari mana ni?"tanya Declan sambil tu.
Davina pandang cemas ke depan, Dia cuba Tarik tangan dia dari dua orang lelaki yang mengapit dia tapi mereka enggan jugak lepaskan dia! Tak guna!!!!Dia tak sedia nak jumpa dengan Declan lagi.
Waarghhhh!!!!!!!
LEPASKAN!!!!!!!!!
"Ohh...kau takkan percaya apa yang kita orang jumpa dekat sini.."sengih Dritan dengan penuh muslihat.
"hah?"nganga Declan sambil tersengih sebab tak faham. "Apa kau cakap?"
"Tadaaaa"Dritan gerak ke tepi sambil ajukan tangan untuk dedahkan Davina yang berdiri di belakangnya itu.
Terus jatuh senyuman dari bibir Declan lepas dia nampak Davina. Kakinya turut berhenti dari mendekat. Buat beberapa saat hati dia berdetak aneh kerana dapat melihat wajah tu semula. namun setelah dia ingat kembali mengenai kenyataan Eden yang Davina telah bertunang, perasaan kecewa dia bertandang.
"Jumpa aku dekat cabin nanti."pesan Declan sebelum berpaling dari situ ke arah yang sama semula.
Terpinga-pinga dengan situasi itu, Dritan pandang ke Garvien, Garvien pandang ke Connall, Connall pandang Davina, Davina pandang kecewa ke langkah Declan.
"Kalau awak berdua tak kisah...boleh tak hantarkan saya ke cabin saya?"minta Davina dengan nada hendak menangisnya kerana sedih melihat reaksi yang di berikan Declan kepadanya. Sampai hati!Dah la Declan yang buat salah pada dia. Bukan datang nak cari dia ke pujuk dia ke!Malah diam sampai dia terpaksa bertunang dengan Kaden. Bila jumpa boleh pulak buat-buat tak kenal!Benci!
"Ah..okay"angguk mereka yang masih belum sober dari terkejung masing-masing.
Bukan ini yang mereka expect sekiranya Declan temui Davina. Bukan ke selama ni Declan teringin menemui Davina. Dah jumpa boleh pulak buat tak tahu?
Share this novel
kesalahfahaman smua tu...ego..mn la nak mengalah..last2 davina jg kna beralah spt selalu...maybe kna ada rancangan...kan...hahah