BAB 5

Romance Series 25069

Aku terkejut akan kehadiran Pensyarah Khalif yang mengajar aku di Universiti dan secara tiba-tiba dia datang kerumah aku ini. "M...mak..k...kenapa Pensyarah yang mengajar Ayu dekat Universiti ada dekat sini!?" Aku bertanya kepada mak aku, "Lah...sebenarnya orang yang datang masuk minang kamu tu...Khalif ni lah,mak tak sangka pula Khalif ni Pensyarah kamu dekat Universiti tu."

Aku membuat seperti muka orang yang tidak berpuas hati kerana orang yang memasuk minang aku itu ialah Pensyarah aku sendiri!eww...dah lah aku ni tak suka dengan Pensyarah aku tu,he is so annoying! "Ha...Ayu mana pergi tudung kamu?" Mak aku menyoal aku. "Eh Ayu tak pakai lagi ke tudung mak!?" Aku menyoal mak aku dengan nada yang terkejut,kemudian aku menyentuh kepala aku. "Alamak!" Aku kemudian berlari seperti lipas kudung dan mengambil tudung aku di dalam bilik lalu aku menyarung tudung tersebut dikepala aku. "Ish...macam mana ni..aku taknak kahwin dengan lelaki annoying tu!tapi nak buat macam mana..aku dah pun bersetuju dengan mak aku,kalau aku batalkan nanti mak aku sedih...ah aku anggap jelah ni jodoh aku!walaupun aku taknak tetapi aku terpaksa melakukan nya demi mak dan abah aku!" Aku cuba meyakinkan diri aku untuk meneruskan majlis pertunangan aku dengan Pensyarah Khalif.

Dalam beberapa hari akhirnya aku bertunang juga dengan Pensyarah aku itu.Selepas sahaja habis majlis pertunangan...kami terus memulakan majlis akad nikah...sebab mak aku yang nak dipercepatkan sangat...haih penat aku tau!lepas bertunang pastu akad nikah pulak...ish memang penat lah aku,yang aku pun satu tak tau yang mak aku ni nak buat sekali dengan majlis akad nikah, haish...inilah dikira dugaan...bukan penat apa...tapi cuma panas dan berpeluh,aku taknak orang kata yang badan aku ni berbau busuk.

selepas habis kesemua majlis termasuklah sekali majlis akad nikah...dan semua orang pun dah balik kerumah masing-masing...aku pun menuju ke bilik aku itu untuk berehat,yelah kan... penat so rehat lah!hahaha!

Aku melabuhkan punggung aku di atas katil pengantin aku yang baru sahaja dihias dengan cantik.Fuhlamak! cantik wey katilnya!ketika aku sedang berehat..tiba-tiba suami aku memasuk kedalam bilik tersebut dan membuka bajunya..aku tidak perasan yang dia membuka bajunya lalu secara tidak sengaja aku terpandang body dia yang PERFECT tuh! "Ahhhh!!!" Aku menjerit kerana terkejut.Yelah kan...ni baru first time aku tengok lelaki buka baju didepan mata aku,jadi macam nilah jadinya dan..badan dia cukup sempurna dengan otot-otot yang ada pada dia!..siapa jer yang tak malu wey!?

"Eh kenapa sayang menjerit ni!?" Dia menyoal aku, "Awak ni!kalau nak ganti baju pun gantilah dekat bilik air or somewhere else jangan lah ganti dekat depan saya!" Aku menegurnya dengan wajah aku yang sudah pun merona merah. "Lah apa salahnya abang nak ganti baju depan isteri abang sendiri? tak boleh?" Dia menyoal aku soalan yang cukup membuat aku bengang.Ihh...mamat nih...aku dahlah baru je nak rilek dekat sini tiba-tiba dia pergi tayangkan badan sasa dia tu dekat aku!

"Ihh! suka hati awaklah!" Aku berkata lalu aku menutup wajah aku dengan telapak tangan aku.Kemudian dia menuju ke arah aku dengan semakin dekat,dia menundukkan wajahnya ke aku.Sudah lama dia berdiam diri...aku pun hairan...takkan lah dia dah pergi?aku membuka telapak tangan aku daripada wajahku ini dengan perlahan.Tiba-tiba..."Ahhhh!" Aku terperanjat ketika Pensyarah Khalif iaitu suami aku,secara tiba-tiba memegang erat kedua tanganku lalu dia menjatuh kan aku di atas katil pengantin yang empuk itu.

"A...apa yang awak buat ni!?" Aku menyoal dia dengan wajah yang sudah pun merona merah dan ketakutan, "ABANG AKAN MEMASTIKAN SAYANG AKAN TERGODA DAN JATUH CINTA PADA ABANG~" Kemudian dia melepaskan aku dan terus menuju ke bilik air. "A...apakah...?" Aku tergagap-gagap akan kejadian yang berlaku tadi.

"Oh yer...sayang taknak ke mandi sekali dengan abang~?" "Ish! saya boleh mandi sendiri lah!" Aku membantah. "Hmm...betul ni taknak?ini jer rezeki sayang...kalau sayang tolak sayang yang rugi~" Amboi...dia bercakap ikut selamba je kan mamat nih!? "Eh awak jangan macam-macam dengan saya eh!nanti saya bagi penumbuk karang...baru tau!" aku membantah lagi sekali.

"Hmm..ok lah sayang abang mandi dulu..." Dia berkata lalu menutup pintu bilik air tersebut.Ihh mamat nih aku cukup bengang dengan dia!dah lah tadi tiba-tiba jer jatuhkan aku dekat katil dengan tak berpakaian nya!aku dah lah jenis cepat malu!

Dalam beberapa minit dia berada di dalam bilik air,akhirnya dia keluar dan melihat ke arah aku.Dia melihat aku tertidur lena dengan baju pengantin yang masih tidak dibuka.Dia menuju ke arah aku dan berbisik di telinga disebelah kanan aku..."Selamat malam sayang...assalammu'alaikum~" Dia berbisik sambil tersenyum.Kemudian dia mencium pipi aku dengan perlahan dan akhirnya dia melemparkan dirinya di atas katil lalu dia pun melenyap kan matanya.

Dalam beberapa minit kemudian...Akhirnya dia pun tertidur lena.

jadi ini adalah BAB 5 guys!!! harap awak semua enjoy and terima kasih bagi sesiapa yang telah pun follow saya...harap korang enjoy yer! and jangan lupa follow saya tau! assalammu'alaikum! :D

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience