“Aku terima Nikahnya Naura Auni binti Abdul Rahman dengan mas kahwinnya satu ratus ringgit tunai.” Dengan sekali lafaz sahaja, Auni sah menjadi milik Danish Uwais. Selepas doa diaamiinkan, Danish terus pergi ke tempat Auni duduk untuk menyarungkan cincin bertatahkan intan berlian. Manakala, Auni hanya tersenyum manis.
Sebenarnya, Auni dan Danish membuat majlis pertunangan, majlis akad nikah dan majlis bersanding sekali gus. Senang katanya. Qisya dan kawan-kawan Danish juga turut hadir untuk memeriahkan majlis mereka.
Tetapi sekarang ini, Qisya sudah ada teman lelaki katanya, Rayyan iaitu kawan baik kepada Danish. Mereka juga merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Danish dan Auni sangat gembira dengan berita yang baru didengarinya.
“Daris………come here, mummy nak suapkan makan ni, janganlah asyik bergaduh dengan kakak.” Aku memujuk anak lelaki aku iaitu Daris Hamizan untuk makan kerana daripada tadi dia asyik bergaduh dengan kakak kembarnya iaitu Airis Arissa.
“Tak nak, Daris nak tunggu papa balik dari kerja, mummy mana ada Daris gaduh dengan kakak iris, kakak iris kan tido masa tengok tv.” Petah Daris berkata – kata, tetapi masih kuat loghat pelatnya.
“Mana kakak iris?” Aku mendapatkan Daris yang sedang khusyuk menonton cerita kartun Hagemaru di Astro Ceria.
“Ha ! Daris, jomlah mummy ajak makan, hari ni mummy masak makanan kegemaran Daris tau! Nasi Tomato ! Nak tak?” Aku cuba memancing Daris yang sedang menonton kartun. Aku tidak dilayannya, baiklah. Baik aku pergi mengejutkan anak perempuan aku yang sedang tidur. Gayanya macam aku.
“Airis sayang, bangun sayang. Jom mummy dah cook nasi tomato your favourite” Sebaik sahaja aku menyebut perkataan Nasi tomato, mata Airis terus terbuka luas, an dia tersenyum kepadaku.
“Mummy, cook Nasi Tomato, sedapnye !! Airis nak makan mummy.” Petah Airis berkata-kata.
“Okay, jom. Airis boleh tolong mummy tak?” Airis mengangguk.
“Tolong panggil adik Daris, suruh makan. Airis kan boleh kawal daris tu, right? Can you do my favor?” Aku bertanya lagi. Airis cepat-cepat mengangguk. Aku terus masuk ke dapur.
“Sayang ! Tengah buat apa tu?” Danish terus menyergah aku dari belakang, dan membuatkan aku terkejut.
“ Abang ! Ya Allah, ingatkan siapa tadi. Bila masa abang balik dari kerja ni?” Aku terus bertanya kepada Danish seperti Machine Gun.
“Abang balik tadi, Sayang tak perasan lah tu. Kakak dengan adik mana?” Baru sahaja danish bertanya, Airis dan Daris terus menyergah kami berdua bagaikan hendak diterkamnya kami.
“Papa………dah balik kerja…..yeahhh !!!” “Mummy, Airis lapar, jomlah makan sekarang.”
Airis mengusap perutnya bagaikan orang yang mengandung. Kami bertiga yang melihatnya, hanya ketawa terbahak-bahak.
‘’Okay cantik! Memandangkan semua dah ada jom kita keluar makan Fatty Crab nak?’’
‘’Wow makan ketam, apa lagi jom!!!’’
Share this novel