BAB 8

Drama Completed 552

"Ain."

Aku tercari-cari arah suara itu. Suara yang sudah lama aku tidak dengar.

"Fahri!."

Fahri brlari-lari anak mendapatkanku. Di bibirnya trsimpul senyuman. Manis sungguh senyumannya.

"Fahri mana kau menghilang? Lama gila kita tak jumpa."

Aku teruja berjumpa dengan Fahri. Mana taknya zaman kolej dulu aku dan Fahri selalu berkongsi cerita. Habis sahaja belajar, Fahri hilang begitu sahaja.

"Aku ada la. Aku sambung master dekat Scotland cari pengalaman baru."

"Cari pengalaman baru ke merajuk bawa diri?"

Aku menyenggol Fahri. Kening aku naik kan.

Bukan aku tidak tahu kisah Fahri. Hatinya kecewa apabila mengetahui Farina berkahwin dengan Ad. Sudah lama dia memendam cinta pada Farina. Nak diluahkan dia takut. Akhirnya Farina terlepas ke tangan Ad. Semenjak perkahwinan Farina dan Ad, Fahri terus hilang begitu sahaja.

"Errr mana ada. Err Farina macam mana, sihat?."

Aku menelan air liur. Serba salah dengan pertanyaan itu.

"Kenapa ni Ain? Ada yang tak kena ke?"

"Fahri kau jangan terkejut dengan apa yang aku nak cerita ni."

Fahri mengerutkan dahi. Matanya tepat memandangku menunggu cerita dariku.

Aku menceritakan segala-galanya kepada Fahri. Tentang aku, Ad dan Farina. Sekali sekala aku melihat Fahri menggenggam penumbuknya menahan marah. Wajahnya semakin merah padam apabila aku menceritakan apa yang Ad lakukan pada Farina.

"Aku harap kau bertenang Fahri. Marah tak boleh selesaikan masalah."

Aku cuba menenagkan Fahri apabila dia mula menumbuk meja.

"Jangan risau Ain. Aku akan sedaya upaya bantu kau orang. Tak guna punya Ad."

=====

"Kau gila!!!"

Bentak suamiku lalu berdiri. Semua mata memandang tepat ke arah Am.

"Am kau tahu kan Si Ad tu suka dekat Ain? So Ain je umpan yang sesuai."

Am menggaru kepala yang tidak gatal.

"Tapi Fahri, suami mana yang nak serahkan isteri dia dekat lelaki psycho camtu."

"Aku rak suruh kau serahkan Ain dekat Ad. Kita cuma perlu gunakan Ain supaya Ad lemah."

Aku mula gelisah. Idea Fahri memang gila. Kalau tersilap langkah kemungkinan besar aku menjadi mangsa Ad.

"Kau nak aku goda balik Si Ad tu? Ishh aku tak ada confident la nak buat semua tu."

Fahri menarik nafas dalam. Aku tahu dia juga gelisah apabila semua tidak bersetuju dengan cadangannya.

"Ain, Am, Amira and Shah. Fikirkan Farina. Takkan kita nak biarkan dia terseksa."

Kami berpandangan. Semenjak peristiwa di taman, langsung khabar Farina kami tidak dengar. Wasap terakhir Farina iaitu gambar lengannya yang melecur merungsingkan kami. Kami semua mengesyaki Ad telah mengurung dan mendera Farina.

Apa yang Fahri katakan itu benar. Tak sanggup aku melihat Farina diseksa setiap hari oleh Ad.

Akhirnya kami mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience