‘Wey aku risaulah' – Shazrin
‘Risau tentang Saraa?’ – Areena
‘Ha'ahla aku risau tentang Saraa ni. Takkan kita nak biarkan aje benda ni?– Shazrin
‘Habistu? Kau nak buat apa?’ – Syafiqa
‘Jom kita jumpa. Kita bincang. Bawak Adam sekali' – Shazrin
‘Bila?’ – Areena
‘Malam ni nak tak?’ – Shazrin
‘Aku boleh aje' – Syafiqa
‘Reen?’ – Shazrin
‘Hmm okaylah. Aku bawak Damien sekali boleh?’ – Areena
‘Okay’ – Shazrin
‘Okay kalau macam tu aku call Adam dulu' – Syafiqa
‘Aku pun nak call Damien jugak ni. Bye. See ya' Areena
Areena mengeluh kecil sebelum mendail nombor tunangnya.
“Hello, assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam, sayang,”
“Kenapa ni, sayang?” tanya Damien apabila suara Areena tidak seperti kebiasaannya.
“Sayang free tak malam ni?” tanyanya tanpa menjawab soalan Damien.
“Free aje. Sayang ada nak pergi mana-mana ke?”
“Sayang teman I keluar malam ni. Keluar dengan Shazrin, Syafiqa dan Adam,” ajaknya.
“Oh boleh aje. Lepas isyak I jemput you ye sayang. Tapi I nak tahu kenapa macam serious aje ni,” tanya Damien lagi.
“Hmmm Saraa,” dia mengeluh lagi.
“Ha kenapa dengan dia, sayang?”
“Dia tiba-tiba aje menghilangkan diri. Number I, Shazrin, Syafiqa, Adam semua dia block. Group chat kami pun dia left. Kami risaulah sayang,” adunya manja.
“Oh macam tu. Okeylah sayang. Sayang jangan susah hati sangat tau. Nanti I jemput you ye sayang,” Damien juga melenggok suaranya manja untuk menenangkan hati tunangnya yang sedang dilanda kerisauan.
“Okay sayang. Bye,”
“Bye. Love ya,”
…
“Hey orang tua! Kau bangunlah cepat! Berapa lama lagi kau nak pengsan ni hah?!” Saraa menyimbah sebotol air mineral di muka Maklang. Geram.
Maklang tersedar kerana terperanjat apabila wajahnya berasa basah akibat simbahan air mineral oleh Saraa. Dia terbatuk-batuk kecil akibat air yang memasuki rongga hidungnya.
“Ha sedar pun kau,” Saraa tersenyum meleret.
“So bolehlah aku sambung sesi kita yang tertangguh tadi ya,” sambungnya sambil bertepuk tangan sebelum membuka beg sandangnya. Sebatang pena dikeluarkan.
Maklang yang masih mamai dan Maksu terkejut apabila melihat pena bermain di tangan Saraa. Sufrina pula hanya melihatnya dengan pandangan yang kosong. Dia kelihatan bagai sudah tidak kisah tentang apa yang bakal berlaku kepada mereka. Mila menelan liur ketakutan.
“Ka..kamu nak buat apa ni, Saraa?” Paksu cuak melihat pena yang berada di tangan anak saudaranya yang sudah kelihatan tidak waras itu.
“Belum apa-apa dah takut. Apalah kau ni. Baik tak payah jadi lelaki,” dia ketawa.
“Mila..,” panggilnya. Mila mendongak memandang wajahnya.
“Kau ingat tak dengan parut ni?” dia menyelak kaki seluarnya sehingga ke paras lutut. Terdapat parut besar di betis sebelah kanannya.
Mila tidak menjawab. Hanya matanya yang masih lekat melihat parut yang ditunjukkan oleh Saraa.
“Kau ingat tak masa tu aku bawak sebuah dulang yang berisi tiga gelas air sirap. Aku nak bawak air tu kat ruang tamu sebab nak hidangkan kat tetamu. Tapi aku tak tahulah apa yang kau dan adik kau fikir masa tu sampai korang sanggup letak minyak kat tangga masa aku nak menuju ke ruang tamu hanya semata-mata nak kenakan aku. Hasilnya, aku tergelincir dan terjatuh dari tangga. Gelas-gelas tu pulak pecah dan kaca dia lekat kat betis aku ni,” dia bercerita sambil pena itu bermain-main di tangannya.
“Kau nak rasa tak macam mana sakit dia?” dia perlahan-lahan mendekati Mila.
“Tapi aku takde kaca. Aku guna pena je lah ye,” dia senyum meleret. Tangannya sudah bersedia untuk menoreh paha Mila.
“Saraa jangan buat macam ni nak. Maksu tahu yang Saraa Airisha takkan buat benda macam ni,” pujuk Maksu.
“Saraa Airisha takkan buat benda macam ni? Hahaha kau tak kenal pun siapa Saraa Airisha jadi kau tak tahu apa yang dia mampu dan akan buat,” dia ketawa kecil.
“Saraa… kalau kau nak buat jugak benda ni, biar kau buat kat aku sorang je. Jangan libatkan yang lain,” ujar Mila dengan suara yang terketar-ketar. Jarak antara mata pena itu dengan pahanya kini hanyalah satu sentimeter.
“Gila ke apa aku nak buat kat kau sorang aje. Aku nak korang semua kat sini rasa kesakitan dia,” tanpa berlengah dia terus menekan pena itu di paha Mila lalu menorehnya.
“Argh!” Mila menjerit kesakitan. Darah mengalir deras di pahanya.
“Sekarang giliran kau pulak,” dia beralih kepada Sufrina.
Sufrina memandang tepat si matanya.
“Akak torehlah kaki Suf puas-puas tapi tolonglah jangan buat kat kaki ibu dan ayah Suf,” pintanya.
“Sorry tapi aku nak jugak buat kat semua orang,” jawabnya tanpa perasaan.
“Sekarang aku nak kau tarik nafas dalam-dalam, pejam mata dan ketap gigi kuat-kuat,” arahnya sebelum mula menoreh paha Sufrina kuat.
Selepas Sufrina, dia beralih pula kepada Paksu. Perkara yang sama dilakukan sehingga giliran Maklang. Kini kaki mereka semua sudah berlumuran darah. Dia berdiri dan mula mendekati Haris pula.
“Sekarang giliran kau pulak,” bisiknya di telinga Haris.
“Kau nak buat apa kat aku ni?!” Haris mula takut.
“Ssshhhh,” dia memegang perut Haris lalu menorehnya sama seperti dia menoreh paha mereka berlima tadi.
“Urghhhh!!”
Dia ketawa mendengar Haris mengerang kesakitan. Wajahnya diraup sebelum dia melihat tangannya yang dipenuhi dengan darah. Tawanya terhenti.
“Apa yang kau dah buat ni, Saraa?” bisiknya kepada diri sendiri sebelum terduduk di tempatnya berdiri pada saat itu. Kakinya terasa lemah kerana terkejut melihat darah di tangannya.
“Aku tak buat semua ni,” dia memandang tiga orang suruhannya sambil menggeleng-geleng kepala.
Mereka bertiga hanya melihatnya dengan pandangan yang pelik.
…
“Abang nak pergi mana tu?” tanya Afrina apabila melihat Adam mengenakan sweater hitam yang dipadankan dengan seluar jeans.
“Keluar,” jawab Adam ringkas tanpa memandang wajah Afrina. Dia masih sakit hati apabila mengenangkan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan wanita itu ke atas ayahnya petang tadi.
“Af nak ikut, boleh? Af bosanlah abang,” Af melenggok suaranya manja.
“Tak payah,” Adam mengambil kunci keretanya lalu keluar dari rumah meninggalkan Afrina seorang diri di ruang tamu.
“Ish! Takkan masih marah kut,” Afrina mencebik.
…
“Ha kenapa nak jumpa ni?” tanya Adam sambil menghirup jus tembikainya.
“Nak bincang hal Saraa lah,” Shazrin memandang wajahnya serius.
“Kau tak risaukan dia ke?”
“Tipulah kalau aku cakap tak risau. Tapi nak buat macam mana? Number kita semua pun dia dah block,” Adam melepaskan keluhan berat.
“Mak saudara dan bapak saudara dia belum balik lagi ke?” tanya Areena dengan nada serius.
“Belum. Afrina sekarang ni pun menumpang kat rumah aku. Takut diapa-apakan oleh Saraa katanya,”
“Kenapa dia cakap macam tu?” Damien yang kurang faham mula mengutarakan soalan.
“Dia kata Saraa adalah dalang di sebalik kehilangan ahli keluarga dia,” jawab Adam selamba.
“Dia ada bukti ke?”
“Bukti ada, tapi kesahihan bukti tu masih tak jelas,” jawab Syafiqa pula.
“Maksud?” Damien mengerutkan dahinya.
“Haritu, business partner Saraa datang jumpa kitaorang. Dia cerita yang Saraa pernah bercakap tentang rancangan dia nak culik dan seksa ahli keluarga dia sendiri,” jelas Syafiqa lagi.
“Oh… lepastu?”
“Minggu lepas dia kata dia nak pergi Sarawak sebab nak jumpa business partner dia tu. Tapi sebenarnya dia tak pergi pun kat sana,” sambung Areena pula.
“Mana korang tahu dia takde kat Sarawak?” Damien masih menyoal untuk memahami situasi sebenar.
“Business partner dialah yang bagitahu masa dia jumpa kitaorang hari tu. Kakak aku pun dah sahkan yang Saraa memang takde kat sana,” jawab Syafiqa.
“Jadi pada masa yang sama, ahli keluarga dia pun hilang jugaklah? Hmm memang ada link lah situation ni dengan apa yang business partner dia ceritakan. Habis tu nak buat macam mana ni?” Damien menggaru kepala.
“Entahlah, sayang. Kami pun dah buntu,” keluh Areena.
“Aku rasa lebih baik kalau kita serahkan benda ni kat pihak polis ajelah. Biar pihak polis je yang mengesan di mana keberadaan diorang,” cadang Adam.
“Maksud kau…,” Shazrin memandang wajah Adam.
“Kita biar pihak polis aje yang buat kerja diorang. Kita nak bertindak sendiri pun tak dapat jugak sebab kita tak tahu pun Saraa ada kat mana sekarang ni. Entah-entah Saraa tak tahu pun yang mak saudara dan bapak saudara dia hilang, kita je yang beria-ria nak syak dia yang bukan-bukan,” ujar Adam tenang.
“Ermm betul jugak apa yang Adam cakap tu,” sokong Damien.
“You rasa kita bertiga ni risau melebih sangat ke, sayang?” Areena meminta pendapat daripada tunangnya itu.
“Hmm,” Damien mengangguk perlahan.
“I faham kalau you bertiga risau sangat tentang dia. Ye la, dia kan best friend korang sejak sekolah menengah lagi. Tapi… I tak nak lah kerisauan korang ni sampai nak syak dia yang bukan-bukan,” terang Damien lembut kepada tunangnya itu.
Areena memandang wajah Syafiqa dan Shazrin satu persatu.
“Aku rasa ada betulnya apa yang diorang cuba sampaikan. Kita ni risau sangat sampai fikir yang bukan-bukan terhadap Saraa. Kita biarkan ajelah pihak polis je yang siasat,” ujarnya.
Shazrin dan Syafiqa sekadar mengeluh dan mengangguk sahaja tanda setuju.
…
Pada malam itu, di saat Saraa dan dua orang rakannya sudah nyenyak dibuai mimpi, Utba perlahan-lahan membuka beg sandang Saraa. Telefon bimbit Saraa dikeluarkan. Mujur sahaja telefon tersebut tidak mempunyai sebarang kata laluan untuk dibuka. Dia segera membuka aplikasi Kenalan lalu mencari nombor telefon Adam. Dengan pantas dia menyalin nombor telefon tersebut di telefonnya.
Dia menatap wajah Sufrina yang sedari tadi melihat gerak-gerinya. Sufrina kelihatan agak hairan dengan tindakannya.
“Sshhhh,” jari telunjuknya diletakkan di bibir sebagai isyarat supaya Sufrina tidak mengeluarkan sebarang suara.
…
Adam tersedar dari lenanya apabila telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Dia melihat jam di dinding lalu mengerutkan dahi. Jam menunjukkan pukul satu tiga puluh minit pagi. Siapa pulak yang hantar mesej pada waktu macam ni?
‘Esok jumpa aku kat Taman Lorong Melati pukul 9 pagi. Aku akan pakai baju dan jaket warna hitam berseluar jeans warna biru gelap. Tunggu aku kat sana. Hal ni berkaitan dengan Saraa Airisha. Jangan bagitahu sesiapa.’ – Unknown
Share this novel