BAB 4

Romance Completed 42886

Dua minggu telah berlalu sejak mimpi ngeri itu kembali dalam hidup Adi Ashraf. Parut lama di hati lelaki itu kini berdarah kembali. Pelbagai cara dia lakukan untuk mengalih perhatian dirinya daripada terus mengingat kembali memori pahit tersebut.

Pada masa yang sama, dia tertanya-tanya tentang khabar berita gadis yang datang secara tiba-tiba ke pejabatnya hanya untuk mengajak dia kahwin dua minggu yang lalu. Tiada angin, tiada ribut gadis itu hilang begitu saja seperti mana dia datang ke dalam kehidupan Adi Ashraf sebelum ini.

Tak tahu apa perasaan atau harapan yang dimiliki oleh Adi Ashraf pada ketika ini terhadap gadis yang bernama Ariana Atilia itu? Dia berharap yang gadis itu benar-benar memaksudkan kata-kata dia ke? Atau dia mempunyai perasaan terhadap gadis itu dalam diam?

Walau bagaimanapun, penyiasat persendirian yang diupah oleh dia juga tidak dapat mendapatkan apa-apa maklumat yang berkaitan tentang gadis misteri itu. Latar belakang gadis itu juga dia tak dapat ketahui daripada syarikat. Seolah-olah gadis itu tak pernah wujud dalam hidup dia.

Mungkin gadis itu hanya berniat untuk mengusik dirinya dan tidak mahu dikenali lebih lanjut selepas itu. Namun, itu takkan menghalang Adi Ashraf daripada terus mencuba untuk mengenali gadis itu selepas ini. Ternyata Ariana Atilia berjaya menarik perhatian Adi Ashraf tanpa lelaki itu sendiri sedari.

Malas mahu berfikir dengan lebih mendalam, Adi Ashraf bercadang untuk berjoging bersama Akid Ahnaf pada pagi tersebut untuk menenangkan fikiran. Lagipun, adik dia dah bising kerana sudah lama mereka tak berjoging bersama.

Siapa je tak kenal, mulut Akid Ahnaf macam mana. Haih. Kuat complain betul adik dia tu.

Sempat lagi Adi Ashraf mengutuk Akid Ahnaf.
Sememangnya contoh abang yang baik. Tolong jangan contohi perangai ni. Memang mintak kaki. Hmm.

Kakinya melangkah keluar ke rumah sebelum memboloskan diri ke dalam kereta. Tanpa melengahkan masa, pedal kereta tersebut ditekan sehingga meluncur laju di jalan raya.

Selepas 30 minit memandu, akhirnya sampai juga Adi Ashraf ke tempat yang dijanjikan. Baru setapak langkah lelaki itu keluar dari kereta, sebuah figura yang dikenalinya muncul sekelip mata. Dia hanya menghiraukan saja.

"Oh, kau. Dah tak reti sapa adik sendiri eh." perli Akid Ahnaf. Geram apabila dipulaukan begitu saja.

Dia ajak lepak bukannya untuk kena pulau je! Haih, apa salah dia dapat abang tak berperasaan macam Adi Ashraf? Entah-entah abang dia anak pungut?

Merepek.

"Dah puas kutuk aku?" soal Adi Ashraf sambil meraup rambutnya ke belakang.

Menyerlahkan dahi lelaki itu yang putih bersih. Sebotol air mineral diteguk oleh dia sambil memandang ke arah Akid Ahnaf. Keningnya diangkat sedikit. Membuatkan lelaki itu tampak lebih kacak.

Beberapa orang gadis yang melintasi mereka mencuri pandang untuk melihat Adi Ashraf. Kedengaran juga suara mereka memuji rupa paras Adi Ashraf yang sememangnya mampu menarik hati mana-mana perempuan. Namun malangnya, Adi Ashraf langsung tak kisah tentang semua itu.

Walaupun dengan baju t-shirt hitam berlengan pendek dan berseluar sukan, lelaki itu masih berjaya mencuri hati kaum hawa. Apatah lagi apabila Adi Ashraf lengkap berpakaian sut.

Ya Allah. Bayangkan pun dah cukup. Tak mampu tengok depan-depan. Pengsan!

Akid Ahnaf mendecit. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia tak berpuas hati dengan abang pungut dia. Manakan tidak, apabila perhatian semua perempuan tersebut terarah kepada Adi Ashraf dan bukan pada dia!

Tak adil!

"Siapa lambat, dia kalah." ujar Akid Ahnaf sebelum mula berlari di trek yang disediakan. Sempat juga lelaki itu menjelirkan lidah.

Childish!

Adik siapa la tu? Mengaku kejap. Adi Ashraf mengeleng kepala sebelum mengikuti adiknya dari belakang. Akhirnya, dapat juga dia lepaskan tekanan. Mungkin ada baiknya untuk dia lepak sekali sekala.

"Oi, Akid!"

??????

Butir-butir peluh mula merenik pada dahi kedua-dua lelaki muda itu. Tubuh badan mereka pula sudah dibasahi peluh hingga menyebabkan mereka rasa melekit. Angin yang bertiupan mengeringkan peluh yang membasahi tubuh.

Dalam pada masa yang sama, membawa pergi segala masalah yang dialami oleh Adi Ashraf sejak akhir-akhir ni. Minda lelaki itu menjadi tenang untuk seketika. Dia menghela nafas panjang.

"So, apa kau rasa sekarang? Tenang?" soal Akid Ahnaf mahu kepastian. Tangannya menyuakan sebotol air isotonik kepada abangnya untuk mengembalikan tenaga lelaki itu.

Huluran tersebut disambut oleh Adi Ashraf. Dia mengucapkan terima kasih sebelum meneguk air ke dalam kerongkongnya. Usai sahaja, dia menoleh ke arah Akid Ahnaf semula sambil menutup botol itu kembali.

"Apa maksud kau, Akid?" soal Adi Ashraf kembali. Tak faham dengan apa yang cuba dimaksudkan oleh lelaki itu. Akid Ahnaf melepaskan keluhan kecil sebelum menjawab soalan tersebut.

"Aku tahu kau stress lately ni. Nampak sangat kau ada masalah. Sebab tu aku ajak kau lepak. Aku tak suka tengok kau macam ni, abang. Kau tahu kan, aku ada kalau kau perlukan apa-apa." luah Akid Ahnaf ikhlas.

Dia tahu Adi Ashraf suka memendam perasaaan dan suka menyelesaikan masalah sendiri cuma dia berharap sangat abangnya dapat berkongsi masalah tersebut. Keadaan Adi Ashraf merisaukan dirinya sejak lima tahun yang lalu. Dia takut kehilangan satu-satunya abangnya.

Adi Ashraf terdiam mendengar luahan Akid Ahnaf. Memang benar dia tak suka berkongsi masalah dengan orang lain termasuk ahli keluarganya sendiri. Kematian Mawar Adriana bebar-benar memberikan impak yang besar dalam kehidupan lelaki itu.

Cuma dia tak menunjukkan yang dirinya sedang terseksa kerana tak mahu orang sekeliling merisaukan keadaannya. Jauh di sudut hati lelaki itu, dia lemah dan merana dalam diam tanpa gadis yang dicintainya di sisi.

Namun pada pandangan orang lain, dia kelihatan kuat dan gagah untuk tidak menampakkan dirinya lemah. Oleh itu personalitinya kini amat jauh berbeza dengan dirinya yang ceria pada suatu ketika dulu.

"Aku okay. Jangan risau. Aku banyak fikir sangat kot." balas Adi Ashraf cuba meyakinkan adiknya. Terselit sedikit kebenaran di dalam kata-katanya. Memang dia banyak fikir sangat akhir-akhir ni.

Akid Ahnaf hanya mengangguk tanda faham. Dia tak nak paksa kalau abangnya tak bersedia lagi untuk berterus terang. Bibirnya mengukir senyuman.

"Bro hug?" soal Akid Ahnaf cuba mengusik. Keningnya dijongketkan sedikit manakala bibirnya sudah tersengih nakal. Tangannya diangkat ke udara cuba menarik lelaki itu ke dalam pelukan.

Adi Ashraf memasamkan muka. Namun bibirnya sudah mengherot senyuman dalam diam. Terharu dengan sifat ambil berat adik dia. Walaupun seteruk mana perangai Akid Ahnaf, dia sememangnya adik yang baik.

Contohi lah Akid Ahnaf. Ceh.

"Eiii, dah berpeluh nak peluk-peluk pulak. Dah la, jauh sikit busuk." balas Adi Ashraf pula. Tangannya pantas menolak sedikit tubuh Akid Ahnaf menjauhi dirinya. Sebelah tangannya lagi menutup hidung berpura-pura tidak tahan dengan bau peluh lelaki itu.

Akid Ahnaf menjulingkan mata ke atas. Dia sudah berpeluk tubuh. Baik dia peluk diri dia sendiri. Tak nak peluk cakap. Tak perlulah nak cakap dia busuk. Tak guna punya abang.

"Nasib kau abang tau. Kalau aku lahir awal sikit, dah lama dah aku kerjakan kau ni." Omel Akid Ahnaf tak puas hati dengan perlahan. Tak mahu didengari oleh lelaki itu.

"Hari ni aku tidur rumah mama dengan papa. Mungkin dalam dua tiga hari macam tu." maklum Adi Ashraf kepada Akid Ahnaf.

Dia bercadang untuk mencuba meluangkan masa dengan ahli keluarganya. Terasa lama sudah dia tidak menjejakkan kaki ke rumah keluarganya walaupun baru beberapa minggu yang lalu dia melawat mereka.

"Okay, nanti aku bagitahu mama dengan papa. Lagipun mama rindukan kau. Papa ada ajak kau pindah balik duduk dengan dia orang." balas Akid Ahnaf senada.

"Tengoklah macam mana nanti. Aku balik dulu. Nanti jumpa kat rumah. Kalau apa-apa, aku call." ujar Adi Ashraf meminta diri terlebih dahulu. Bahu Akid Ahnaf ditepuk lembut sebelum dia melangkah pergi.

Tak lama kemudian, telefon bimbit milik Adi Ashraf berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Nama yang tertera pada skrin telefon tersebut membuatkan dia semakin tertanya-tanya.

"Hello, Alif. Ada apa call aku ni? Ada apa-apa khabar berita ke?" soal Adi Ashraf mahu kepastian. Dia mengerling jam di tangan buat seketika.

"Ada. Aku ada maklumat lengkap dia macam yang kau mintak. Jadi, kau nak jumpa bila? Aku free minggu ni. Tapi minggu depan tak boleh sebab jadual aku dah full." maklum Alif Zafran yang merupakan penyiasat persendirian yang diupah oleh Adi Ashraf untuk menyiasat Adriana Atilia.

"Hmm, kalau macam tu kau emel je lah kat aku. Jangan risau payment nanti aku selesaikan terus. Lagi satu, ada apa-apa yang mencurigakan ke pasal perempuan tu?" soal Adi Asyraf cuba mengesahkan syak wasangka dia terhadap Adriana Atilia selama ini.

"Malangnya, tak ada. Apa yang kau rasa selama ni mungkin perasaan kau je kot, Adi. Dia biasa je macam perempuan lain dekat luar sana. Cuma aku rasa dia jenis tak bersosial sebab aku tak pernah nampak dia keluar dengan sesiapa. Kawan-kawan dia pun aku tak pernah nampak. " terang Alif Zafran panjang lebar.

"Kalau macam tu tak apalah. Terima kasih sebab tolong aku. Tak pasal-pasal kau buat kerja sia-sia. Nanti aku bayar double payment." balas Adi Asyraf puas hati.

"Eh, tak payah-" kata-kata Alif Zafran segera dipotong oleh Adi Asyraf.

"Terima jelah. Anggap je ni rezeki kau. Ada masa kita jumpa. Aku letak dulu. Assalamualaikum." ujar Adi Ashraf sebelum meletakkan panggilan.

Dia berpuas hati dengan keputusan siasatan yang dilakukan oleh Alif Zafran. Namun mindanya masih memikirkan tentang Ariana Atilia. Akhirnya, dia pulang ke rumah dengan minda yang serabut.

??????

"Ya Allah, rindunya mama dekat Adi." ujar Puan Ratna gembira. Dia menarik anak lelakinya ke dalam pelukan. Adi Ashraf mengukir senyuman.

"Adi, pun rindu dengan mama. Maafkan Adi ma. Adi sibuk sangat." terang Adi Ashraf jujur. Tenang dia apabila dipeluk sebegitu oleh ibunya yang tersayang.

"Dah, pergi rehat dulu. Mesti penat kan? Akid ada beritahu dengan mama papa Adi nak datang lepas joging dengan dia tadi. Mama nak siapkan makanan tengah hari kejap. Nanti boleh makan sama-sama. Lagipun Akid dah terbungkang atas katil tu. Pergilah rehat." ujar Puan Ratna lembut. Dia menepuk lembut lengan Adi Asyraf.

"Okay, ma. Adi pergi rehat kejap. Nanti Adi kejut Akid. Papa mana?" balas Adi Asyraf sambil mencari kelibat bapanya di sekeliling rumah.

"Papa keluar dengan kawan dia tadi. Nanti baliklah tu. Dah pergi rehat. Cuba dengar mama cakap ni." ujar Puan Ratna tak puas hati. Suruh rehat pun susah anak dia seorang ni. Apa nak jadilah.

"Ya, nak pergilah ni. Mama jangan lah marah nanti tua, papa lari baru tahu." balas Adi Asyraf selamba sebelum melarikan diri. Risau telinga ditarik bila cuba membuat lawak yang dikira berani mati tu.

"Adi Asyraf!" laung Puan Ratna dari dapur. Lelaki itu ketawa halus. Timbul rasa gembira setelah sekian lama hilang di dalam hati lelaki itu.

Tubuhnya dibaringkan diatas katil yang empuk itu. Tangannya disilangkan di belakang kepala. Fikirannya mengimbas kembali kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Mawar Adriana suatu ketika dahulu. Walaupun hatinya terasa sakit apabila menggambarkan memori itu semula di dalam kepalanya dia tetap cuba.

Dia tak sanggup menyalahkan takdir atas kematian gadis itu. Tetapi, dia menyalahkan dirinya sendiri kerana tak mampu menyelamatkan gadis itu. Dia sering tertanya-tanya mengapa bukan dia sahaja yang pergi dan bukannnya Mawar Adriana. 

Tetapi dalam masa yang sama, dia tak mahu gadis itu sedih dengan keadaannya yang sekarang. Sepanjang lima tahun ini, sekalipun dia tak pernah berfikir panjang tentang kata-kata gadis itu. Dia terlalu terkesan dengan kehilangan gadis itu sehinggakan dia langsung tidak berfikir tentang semua itu.

Adakah mimpi yang dialami oleh dirinya baru-baru ini merupakan suatu petanda? Suatu petanda daripada Tuhan untuk dia berubah menjadi yang lebih baik. Mungkin telah tiba masa untuk dia mencari kebahgiaan dirinya selepas ini?

Namun, bagaimana caranya? Satu keluhan berat dilepaskan. Tangannya meraup muka dalam keresahan. Mungkin dia boleh meluangkan masa bersama orang-orang yang tersayang untuk membantu dia. Ya, dia masih ada keluarga yang menyayangi dia sepenuh hati.

Ketukan di pintu melenyapkan segala lamunan lelaki itu. Langkahnya dibawa ke arah pintu tersebut. Tombol pintu dipulas menonjolkan Akid Ahnaf yang baru bangun dari tidur.

"Kenapa?" soal Adi Asyraf kepada Akid Ahnaf. Adik dia yang sedang menguap, mengeliat sebelum menjawab pertanyaan dirinya.

"Makan. Mama dah siap masak." balas Akid Ahnaf sebelum melangkah ke meja makan. Adi Asyraf mengangguk lalu mengikuti langkah adiknya dari belakang.

Baru sahaja mereka berdua mengambil tempat di meja makan, loceng rumah berbunyi. Akid Ahnaf menyiku perut Adi Asyraf sebagai isyarat untuk dia membuka pintu. Lelaki itu hanya akur. Malas mahu bergaduh depan rezeki.

Encik Marzuki hanya tersenyum melihat telatah anaknya. Lupa pula dia untuk menyapa Adi Asyraf. Puan Ratna masih sibuk di dapur. Kedengaran suara Puan Ratna memanggil Akid Ahnaf untuk membantu menyediakan hidangan di meja makan. Maklumlah, mereka tak mengupah mana-mana pembantu rumah.

Manakala, Adi Asyraf sibuk melayan tetamu yang datang ke rumah mereka secara tiba-tiba. Dia menjemput masuk sebuah keluarga yang merupakan kenalan bapanya.

"Jemputlah masuk. Papa ada dekat dalam. Bolehlah uncle dengan aunt makan tengah hari  dengan kami." sapa Adi Asyraf mesra.

"Oh ye ke? Langkah kanan la ni. Maaf datang tak beritahu." balas lelaki yang kelihatan sebaya dengan Encik Marzuki. Bibirnya mengukir senyuman lebar. Isterinya pula turut melakukan perkara yang sama.

Baru sahaja Adi Asyraf mahu berbual dengan lebih lanjut, pandangannya jatuh ke atas sebuah figura yang dia kenali. Figura itu tersengih menunjukkan sebaris giginya yang putih bersih.

"Miss me?"

-To be continued..-

 

Hello my lovely readers! Special thanks sebab sudi baca story ni! Enjoy reading! Don't forget to vomment! -ftnfzyyy-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience