BAB 13

Horror & Thriller Completed 2300

Hamiza bangkit dan menuju ke bilik anaknya. Puteri Kareena membuntuti dari belakang manakala skuad polis yang lain mula menjalankan kerja mereka dengan menghubungi ambulans dan pakar forensik.

Hamiza menyelak selimut anaknya apabila berdiri di hadapan katil Zainol. Serta-merta tubuhnya melorot lemah di atas lantai sebelum menangis teresak-esak melihat keadaan anaknya yang sungguh mengerikan.

Puteri Kareena beristghfar di dalam hati melihat tubuh anak kecil itu yang sudah tidak sempurna. Kedua-dua kakinya telah dipotong dan tangan kanannya kelihatan melecur manakala tangan kirinya hilang entah ke mana.

“Inspesktor, kami telah menemui anggota tangan kiri di ruang tamu. Kemungkinan milik kanak-kanak ini. Kami akan ambil dan dibawa ke makmal untuk dikaji.”

Puteri Kareena mengangguk kepalanya. Dia mengusap belakang kawannya yang masih larut dalam kesedihan yang mendalam. Pasti Hamiza akan melalui saat-saat yang getir apabila peristiwa suaminya mati di hadapan mata bermain semula di dalam kepala.

Tit tit!

Puteri Kareena mencapai telefon Hamiza memandangkan gadis itu masih meraung melihat keadaan anaknya yang meninggal dalam keadaan sadis.

Masa kau akan tiba. Kau terlepas kali ini disebabkan Kareena. Dan lepas ni kau akan mati disebabkan Kareena !

Puteri Kareena terkejut membacanya. Dia merengus apabila menyedari bahawa mesej itu dihantar dengan menggunakan private number. Dia merenung mayat Zainol sedalam-dalamnya. Jiwanya mula berkecamuk dengan mesej itu.

Nampaknya, dia perlu lebih berhati-hati selepas ini. Pemangsa sedang menanti dia dan Hamiza dari segenap sudut. Jika tersalah langkah, maut yang akan menemui mereka berdua.

Seorang lelaki kelihatan tersandar di hadapan televisyen ketika berita kematian seorang lelaki dan seorang kanak-kanak dipaparkan. Bibir lelaki itu tersenyum sinis. Dengan hanya disimbah cahaya dari televisyen, tubuh lelaki itu kelihatan sangat mengerunkan.

Kedua-dua tangan lelaki itu digantikan dengan tangan kayu. Kakinya pula hanya tinggal satu. Sebelah matanya tersembul seperti mahu terkeluar. Dalam kegelapan, dia ketawa terbahak-bahak sehingga darah merah pekat membuak dari mulut.

“Satu saat, satu dunia akan teman aku bermain!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience