TH-4

Romance Completed 994023

"RM80 ribu ?"

Stella mengeluh berat apabila soalan itu diajukan semula oleh Harraz. Dia sudah agak yang tuannya itu pasti terkejut apabila dia memberitahu untuk meminjam duit sebanyak itu. Dia mencuri pandang tuannya yang seakan marah saja wajahnya itu.

"Nak buat apa duit sebanyak tu ? Hm ?" soal Harraz sambil menjeling Stella. Stella tersentak sedikit apabila ditanya sebegitu. Takkanlah dia mahu beritahu perkara sebenar. Apa pula persepsi tuannya itu nanti kalau dapat tahu ayahnya main saham tapi sebenarnya terjerat dalam hutang ahlong ?

Dia menarik nafas sedalam mungkin sambil cuba mencipta ayat yang boleh dia goreng tuannya itu.

"Ermm d-duit tu untuk kos...rawatan...Mama saya." jawabnya sambil menayangkan barisan giginya yang putih bersih berseri itu. Dia memejam mata erat sambil menjerit 'Bodoh kau Stella !' berkali-kali.

'Ya Allah Ma maafkan Stella sebab petik mama dalam hal ni. Stella takoddd !' desis hatinya sambil memerhatikan gerak geri tuannya yang sedang pertimbangkan permintaannya. Dia dah habis fikir nak guna cara apalagi untuk melangsaikan hutang ayahnya. Haih, balik je kampung memang siap dia soal siasat ayah dia ni.

"Err T-Tuan jangan risau Tuan boleh potong ga-gaji saya tiap bulan untuk bayar semula duit tu." katanya dan diakhiri dengan suara yang sangat perlahan di hujung ayat. Perasaan gugupnya semakin meninggi apabila tiada sebarang respon dari tuannya itu. Bibirnya digigit kuat.

"Tch gaji kau pun berapa je sibuk nak potong-potong."kata Harraz perlahan namun cukup kuat untuk didengari oleh Stella. Satu tanda 4 urat kecil terpamer di dahinya dengan keadaan masih tersenyum. Tahulah gaji CEO lebih tinggi dibandingkan dengan seorang manager, tapi perlu ke nak memperendahkan dia ?

"Baik. Aku luluskan permohonan kau." Harraz memberi kata putus. Membulat mata Stella apabila permohonan pinjamannya diluluskan. Macam tak percaya je.

"Be-betulkah ni Tuan ?!"

"Eh taklah. Saya main-main."

Membeku badan Stella apabila diperli sebegitu sekali dengan tuannya. Salahnya juga. Orang dah beri kata putus tu, percaya jelah. Sibuk nak tanya lagi, kan dah kena. Harraz menggeleng perlahan apabila melihat staffnya itu tertunduk berkali-kali meminta maaf. Dia mengambil buku cek yang ada di dalam laci mejanya lalu menulis nilai sebanyak rm80 ribu pada cek tersebut.

Kertas cek itu dikoyakkan lalu dihulurkan ke arah Stella. Baru saja si gadis itu mahu mengambil, kertas itu ditarik semula oleh Harraz.

"Dengan syarat, kau gunakan duit ni untuk kos rawatan mak kau. Kalau aku dapat tahu kau gunakan duit ni untuk kepuasan diri kau...Siap kau !" ugutnya sambil menepuk mejanya kuat sehingga terhinjut kedua bahu gadis itu.

"Ba-baik Tuan. S-saya akan gunakan duit tu s-sebaik mungkin." terangguk-angguk kepalanya apabila diugut sebegitu. Harraz mengangguk kecil lalu menghulur semula cek tadi.

"Cek awak, Stella. " dia memberi senyuman kecil kepada gadis itu. Terketar-ketar Stella mengambil cek itu dari tangan tuannya. Pelik tiba-tiba saja boleh berlembut. Tadi bukan main garang semacam. Pening kepala Stella kalau fikir perangai bosnya ni.

"Kalau dah tak ada apa-apa, sila berambus." katanya tanpa memandang wajah gadis itu sambil tangannya menghalau-halau gadis itu. Stella berdiam diri seketika kemudian mengorak langkah untuk keluar. Baru separuh langkah, dia berpatah balik semula ke meja tuannya.

"Tuan !"

"Haihh apalagi tak cukup ke 80 ribu tuuuuu ??!!" soal Harraz sambil menjegil matanya kepada Stella. Giginya juga diketap tanda geram apabila staffnya itu datang semula. Stella tergelak kekok lalu menggeleng laju.

"B-bukan pasal duit dah ta-tapi pasal--"

"Pasal apa ?!" terpejam mata Stella dihambur begitu. Haih baru kejap tadi elok siap senyum lagi. Ini bertukar jadi singa balik dah ? Stella tarik balik kata-kata dia tadi.

"Saya nak minta cuti panjang sikit. Nak balik kampung." balasnya. Harraz menjongket sebelah keningnya. Dia bersandar pada kerusinya sambil memeluk tubuh.

"Berapa lama ? Sebulan ? Dua bulan ? ke setahun ?" soalnya bertubi-tubi dengan riak wajah tak bersalah. Stella mengeluh kesal. Cubalah kalau sehari jangan buruk sangka dengan orang ?

"Tak adalah sampai setahun. Tuan ni pun nak buruk sangka dengan saya agak-agaklah ahaha." balasnya sambil ketawa kekok. Harraz tidak memberi respon apa sebaliknya menunggu kata dari Stella.

"Erm saya nak minta cuti dalam 5 hari saja. Itupun, kalau Tuan izinkanlah. Kalau tak izinkan tak apa." sambungnya menyatakan satu lagi permintaan pada tuannya itu. Harraz menghela nafas kemudian mengangguk perlahan. Stella memandangnya tidak percaya. Dia menekup mulutnya apabila soalan yang sama tadi ingin terpacul semula. Kan tak pasal-pasal kena perli macam tadi.

"Hm tahu pula tak nak kena perli. Aku izinkan. Tapi lebih baik kalau kau masuk kerja cepat sikit. Banyak kerja company ni nak uruskan. Faham ?" dia memandang Stella tajam. Seperti biasa, tak sah kalau dia tak scan tubuh ramping gadis itu terlebih dahulu sebelum si tuan badan keluar.

"Faham , Tuan Harraz. Terima kasih sangat-sangat sebab beri kelulusan pada permintaan saya. Saya minta diri dulu ya ? Terima kasih sekali lagi." Stella memberi senyuman yang cukup manis kepada tuannya itu kemudian mengorak langkah keluar dari pejabat CEO itu. Harraz yang dari tadi memerhatikan staffnya itu mengangguk perlahan.

"Sama-sama."

***

Kereta Perodua Myvi bermodel baru berwarna biru kehitaman milik Stella membelok masuk pada persimpangan jalan menuju ke rumah ibu bapanya. Masih tak hilang lagi rasa gembiranya apabila tuannya itu memberi keizinan padanya untuk meminjam wang. Cuma kadang kala rasa gembiranya itu diracuni dengan andaian jikalau niat sebenarnya diketahui.

Ah, nantilah yang pasal tu. Sekarang, dia pulang ke kampung untuk berjumpa dengan keluarganya dan menyelesaikan hutang ayahnya. Bukan nak fikir pasal tuan singanya itu. Keretanya masuk ke dalam laman rumah tradisional bercampur moden milik keluarganya. Dia melepas nafas lega apabila akhirnya sampai jua ke destinasi. Dia mematikan enjin lalu mengambil tas tangannya. Pintu dibuka lalu dia keluar dari perut kereta. Dia memandang segenap rumahnya itu. Terukir senyuman nipis di bibir.

"Assalamualaikum !" laungnya dengan semangat. Tak lama kemudian, kendengaran pintu dibuka seseorang. Makin lebar senyuman Stella apabila melihat wajah adik lelakinya yang agak terkejut itu.

"KAK !!! MA ! AKAK DAH BALIK !!!" jeritnya riang lalu terus turun dari tangga rumahnya. Stella tergelak kecil apabila melihat perangai adiknya itu tak pernah berubah. Suara nyaring betul. Kelam kabut adiknya itu menyarung selipar lalu menerpa ke arahnya. Sang ibu yang dipanggil tadi kini muncul. Reaksinya juga sama. Terkejut. Kelam kabut dia turun dari tangga bagi menyambut satu-satunya anak daranya yang baru pulang itu.

"Ya Allah, Mama ingat siapalah tadi tiba-tiba dengar ada orang bagi salam. Rupanya Stella. Nasib adik jerit. Kalau tak, takut Mama tau." katanya sambil mengusap kepala anak daranya itu tatkala Stella menyalam tangannya. Stella tersengih lalu memeluk tubuh wanita berusia itu.

"Mama ni, suara anak sendiri pun dah tak kenal. Suara adik Mama kenal pula." cebiknya sambil menjeling adiknya. Puan Asmah tergelak kecil.

"Suara adik lainlah. Suara adik ni, bukan Mama je kenal. Ni, satu kampung ni kenal tau suara Mohd Azrin bin Mohd Azmin ni." kata Puan Asmah secara tak langsung memerli anak bongsunya itu. Yang si tuan badan tersentak lalu memandang ibu dan kakaknya yang seronok terkekeh mengelakkannya. Dia mencebik.

"Ya orang taulah suara orang macam nyamuk. Ngengggg tak henti-henti halah Mama ni. Orang lari dari rumah kang haa." rajuknya. Stella menjelingnya lalu memeluk lengan Puan Asmah.

"Haa lari ah lari. Lepas ni pun aku dah tak payah nak berebut kasih sayang Mama sebab kau dah lari dari rumah kan ? Ha pergilah. Sila kutip baju-baju anda ya Azrin." kata Stella sambil membuat gaya mempelawa kepada adiknya itu. Azrin mengetap gigi. Terdapat juga urat-urat kemarahan terpamer di dahinya.

"Stella~ dah jangan usik adik. Dah nak mengamuk dah tu." Puan Asmah menepuk lengan anak sulungnya. Stella membuat muka lalu berjalan ke arah pintu belakang keretanya. Sempat dia menolak tubuh adiknya sekali gus menambahkan lagi kemarahan adiknya.

"Kak jangan sampai tayar kereta kau aku bocorkan nanti." ugutnya. Stella hanya membuat tidak tahu dan mengambil beg bajunya. Azrin menarik-narik rambutnya kerana tidak dilayan. Maka, terkeluar semburan api dari seekor naga- fuh metafora betul. Tak tak tak. Maka kedua adik beradik itu pun bergaduh apabila sang adik menyepak punggung kakaknya.

Pagi yang indah tadi dibawa oleh waktu tengah hari yang panasnya semakin giat. Namun, dalam keadaan suasana kampung sebegitu, kurang sedikitlah bahangnya. Kalau masuk waktu tengah hari, sudah tentu mahu makan tengah hari. Disebabkan tak disangka anak sulung mahu pulang, jadi sang ibu hanya baru siap masak nasi saja.

"Nasib aku kenyang lagi kalau tak aku telan kau dik." kata Stella sambil matanya fokus memandu. Mereka berdua sedang menuju ke kedai runcit untuk membeli bahan masakan. Azrin menoleh ke arah kakaknya.

"Apasal pula ? Kau tu pun satu, cakaplah awal-awal nak balik harini. Ini tidak main balik je ha memang tak sempat ah aku nak masak untuk kau." kata Azrin sambil menjuih bibir. Stella menoleh ke arahnya sekilas lalu tersenyum sinis.

"Excuse mehhh ? Kau cakap apa tadi ? Kau ? Masak untuk aku ? HAHAHAHA TAK PAYAH NAK MENDOBOL AKULAH ! Kau masak nasi pun tak reti lagi nak masak untuk aku konon. Podah." perlinya diselangi tawa kecil. Azrin mendengus geram. Tak habis-habis kena perli.

"That's why I hate you bila balik kampung. Perli aku tak habis-habis." rungutnya sambil memeluk tubuh. Stella ketawa terbahak-bahak apabila melihat wajah cemberut adiknya itu.

"Terasa ke tuwww ?"

"Eh babinya."

Stella ketawa besar lagi apabila semakin cemberut wajah adiknya itu. Sebuah kedai runcit di tepi jalan menjadi pilihan mereka untuk membeli lauk. Hampir bergaduh jugalah mereka dalam kedai tu sebab tak nak kalah dengan pendapat masing-masing. Nasiblah si pemilik kedai kenal mereka berdua jadi tak adalah kekok sangat. Habis berbelanja, Azrin merengek meminta kakaknya singgah sekejap di kedai cendol dan air batu campur di tepi jalan.

"Ngada-ngadalah kau. Cepatlah ! Kau beli untuk Mama dengan Abah sekali." kata Stella sambil memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dompetnya dibuka lalu sekeping not merah bernilai RM10 dihulur pada Azrin. Azrin tersengih malu lalu mengambil duit yang diberikan oleh kakaknya. Dia keluar dari perut kereta dan berlari anak ke kedai cendol dan ABC milik kawannya itu.

"Ghazi, nak cendol 4. Bungkus tau." dengan selambanya dia memesan minuman tersebut pada sahabatnya yang sedang mengelap meja. Ghazi atau lebih tepat sekali, Ghazirullah mendongak memandang wajah Azrin yang tak tahu malu itu. Dia menggeleng perlahan lalu pergi ke arah tempat persediaan minuman tersebut. 4 cawan plastik kecil bersaiz sederhana di letakkan di atas meja.

”Tak pernah-pernah kau order 4. Biasa paling banyak pun 3 je." kata Ghazi sambil tangannya ligat mengisi cendol pada keempat-empat cawan tersebut. Azrin tergelak kecil. Sempat lagi dia bersandar di tiang kedai kawannya itu.

"Kakak aku balik." balasnya dan tanpa diduga, susu santan yang baru saja diisi Ghazi tertumpah apabila terdengar balasannya. Kelam kabut dua jejaka itu apabila meja membuat air tadi ditumpahi dengan susu santan tersebut.

"Apo kau ni Ghazi ? Kalut semacam tiba-tiba." soal Azrin sambil menolong mengalihkan cawan-cawan tersebut dari terkena susu santan tadi. Ghazi berdehem sedikit sambil mencampak kain lap yang sudah kotor digunakan tadi ke bawah.

"T-tak ada apa. Kakak kau...Stella tu ke ?" soal Ghazi semula sambil menutup kesemua cawan yang sudah berisikan air cendol tadi. Azrin tersengih.

"Ha lah. Memang aku ada aku beradik lain ke dari minah tu ?"

"Tak adalah aku nak confirm kan je. Manalah tahu kau ada kakak 'angkat' ke kan ?" usik Ghazi diselangi tawa kecil. Azrin berdecit geram. Dalam sehari ni dah berapa kali dia kena perli. Ghazi memasukkan keempat cawan plastik tadi dengan berhati-hati.

"Nah. Rm8." dia menghulurkan plastik panjang tadi ke arah Azrin. Duit dan minuman bertukar tangan. Baki sebanyak rm2 dikembalikan semula.

"Terima kasih, aku beli ya."

"Ha aku jual. Ni, kirim salam dekat kakak kau sekali ya. Lama tak jumpa." kata Ghazi. Azrin tersengih jahil.

"Kalau lama dah tak jumpa, jumpalah esok~ Lepas rindu sekali HAHAHA!" bantai habis dia kenakan Ghazi semula. Ghazi berdecit geram apabila kawannya itu mengusiknya semula. Dia menghantar pandangan ke arah Azrin yang memasukki ke dalam sebuah kereta Perodua Myvi. Kereta itu bergerak meninggalkan kawasan kedai itu perlahan-lahan. Ghazi tersenyum kecil. Mukanya berbahang sedikit.

"Rindu ? Hm ada-ada je kau ni Azrin."

To Be Continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience